Está en la página 1de 1

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat
peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41


LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

SEKSYEN A PENGETAHUAN AM

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan sistem percukaian negara, dasar-dasar
semasa, pentadbiran kerajaan, kenegaraan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan serta lain-lain perkembangan
semasa di dalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-
perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik


Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data


Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik


Calon diuji dengan konsep Matematik, kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik,
pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa : 50 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

SEKSYEN C KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kemahiran memindahkan
maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.

Masa : 20 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)

También podría gustarte