Está en la página 1de 2

Dasar Kependudukan Negara telah dikemukakan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac

1984 untuk mencapai sasaran 70 juta orang penduduk menjelang tahun 2100.

(a) Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mencapai dasar tersebut.
[4 markah]

Memastikan bekalan makanan dengan mengkaji keupayaan kegunaan tanah dan penggunaan
sumber-sumber lain untuk mengelakkan kebergantungan kepada makanan import serta
mengurangkan kadar pertukaran asing.

Menyediakan sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan untuk menampung tambahan


penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan mengambil masa selama 100 tahun mengikut kadar
pembinaan sekarang ini.

Menyediakan lebih daripada 20 juta pekerjaan baru serta menggerakkan tenaga buruh menjadi
berdisiplin, bermotivasi dan produktif.

Menyediakan kemudahan kesihatan yang lengkap contohnya bilangan katil-katil hospital perlu
ditambah dari 25 ribu sekarang ini kepada 140,000 .. Bilangan doktor-doktor juga perlu ditambah
daripada 4,200 kepada lebih 30,000.

Menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap misalnya tempat bagi 15 juta hendaklah
disediakan dan sekurang-kurangnya 4000,000 guru diperlukan.

Memastikan bekalan air mencukupi

Memastikan penggunaan tenaga cukup kerana penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak 4 atau
5 kali ganda ini akan berlipat ganda lagi dengan adanya ekonomi perindustrian.

(b) Sejauhmanakah matlamat ini dapat di capai. Berikan alasan anda.

[6 markah]

Matlamat penambahan penduduk negara sehingga 70 juta orang menjelang tahun 2100 tidak
mungkin tercapai berikutan kadar kesuburan rakyat Malaysia menurun dengan cepat daripada yang
dijangkakan.Kadar kesukaran ini berlaku akibat kadar pembangunan dan perindustrian yang dialami
negara semakin pesat. Situasi penurunan kesuburan itu terjadi kerana negara turut membuka
penyertaan kepada wanita untuk turut sama terlibat dalam pembangunan negara mereka.Selain
itu katanya, mereka yang berkahwin lewat juga menyumbangkan kepada penurunan kadar
kesuburan.

Usaha kerajaan mengambil inisiatif seperti pelepasan cukai dari tiga anak kepada lima anak
dan menggalakkan majikan mengadakan pusat penjagaan masih tidak berkesan dalam
meningkatkan kelahiran setiap tahun.Di samping itu,kerajaan kini memberi tumpuan keutamaan
negara untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dan penyayang .Kerajaan berhasrat
melahirkan penduduk yang berkualiti, keluarga harmoni dan kehidupan yang sejahtera melalui
perancangan yang mampan serta penggunaan sumber yang bijak tanpa menjejaskan keperluan
generasi akan datang.
(c) (i) Berdasarkan kepada penilaian anda, apakah kesan terhadap negara pada

tahun 2100 jika matlamat ini tercapai?

[6 markah]

Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif terhadap
bekalan tenaga kerja.Di samping itu, peningkatan produktiviti negara.akan melonjak naik
disebabkan bekalan buruh tempatan yang mencukupi. Ia juga dapat memperluaskan pasaran dalam
negeri bagi produk tempatan yang dikeluarkan.

Selain itu, jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan politik dan
keselamatan negara contohnya negara China mempunyai kelebihan dan kini antara kuasa ekonomi
terbesar dunia kerana mempunyai penduduk yang ramai.Penduduk yang ramai juga membolehkan
sesebuah negara mempunyai tentera yang ramai dan akan mengerunkan kuasa asing yang berniat
tidak baik.

(ii) Rakyat merupakan sumber berharga yang dimiliki oleh negara.

Jelaskan ciri-ciri rakyat berkualiti yang diperlukan oleh sesebuah negara

pada masa hadapan.

[4 markah]

Berdedikasi

Berilmu pengetahuan tinggi

Berdisiplin

Berfikiran terbuka

Berkemahiran tinggi

Berani