Está en la página 1de 8

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi

sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat

untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk

memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan

guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap

amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri

yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

TUJUAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman.

Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar.

Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik

atau kaedah pembelajaran yang berkesan

untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan
untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

CIRI-CIRI KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki

mutu kerja/amalan mereka.

memerlukan usahasama di antara pihak-pihak yang terlibat.

merupakan proses pembelajaran yang teratur.

membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.

menggalakkan fikiran yang terbuka.

membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses

penyelidikan.

berkembang melalui lingkaran renungan kendiri iaitu satu lingkaran yang

mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan.

melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi

dimulakan secara kecil-kecilan di mana mungkin seorang sahaja sebagai

permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang

lebih besar.
KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN MENITIKBERATKAN 4 PERKARA

penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti yang boleh

digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.

Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan

oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri

mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.

Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja

kurikulum. Ia juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk

membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza

daripada pandangan sains semulajadi. Penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik

itu sendiri.

KEPENTINGAN KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN


dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian

objektif dan dapat pula memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri

meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif

membentukkan budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan untuk tindakan

PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN TINDAKAN

PERANCANGAN
PELAN TINDAKAN
ANALISIS DAN REFLEKSI
PENGUMPULAN DATA
PENGUMPULAN DATA
REFLEKSI ANALISIS DATA
PELAN TINDAKAN
PERANCANGAN SEMULA
PROSES KAEDAH PENYELIDIKAN BERDASARKAN PENDIDIKAN
Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan satu pendekatan menjalankan

Penyelidikan Tindakan.

Langkah 1: PERANCANGAN

Apakah anda hendak buat?

Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?

Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?

Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?

Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?

Langkah 2: PELAN TINDAKAN

Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?

Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda

sedang menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?

Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik

darjah?
Langkah 3: PENGUMPULAN DATA

Apakah jenis maklumat anda ingin mengumpul untuk menjawab soalan penyelidikan?

Teknik Pengumpulan Data:

- Temu duga murid

- Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai dengan memerhati apa yang

berlaku di kalangan murid

- Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan,

tulisan dan lain-lain

- Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru

- Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik

darjah

- Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas

- Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.

Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA

Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada "perkataan", "frasa", "ayat

pendek" dan sebagainya. Ini berlainan dengan data kuantitatif yang merupakan nombor dan

angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.

Kaji dengan teliti "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang disebut oleh murid atau "perkataan",

"frasa" atau "ayat" yang anda telah catatkan berdasarkan apa yang anda perhatikan.

Susunkan "perkataan", "frasa" atau "ayat" yang diperolehi kepada kategori tertentu.
Cari tema, pola dan idea-idea umum yang timbul daripada data yang dikumpulkan.

Contohnya: murid yang lemah turut bercakap dalam kelas, murid pandai membantu murid

lemah, murid suka membuat kerja secara berkumpulan.

Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa

yang anda telah rancangkan.

Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea

baru akan muncul.

Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan

mereka.

Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA

Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda

mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.

Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru

memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru

mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan

murid dalam sesuatu kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan

kepada murid konsep asas dan sebagainya.

Langkah 6: PELAN TINDAKAN

SAMA SEPERTI LANGKAH 2

Langkah 7: PENGUMPULAN DATA


SAMA SEPERTI LANGKAH 3

Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI

SAMA SEPERTI LANGKAH 4

KESIMPULAN

Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

kualiti pendidikan melalui perubahan.

Ia juga merupakan kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi

sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-

masing.

También podría gustarte