Está en la página 1de 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA

42100 KLANG SELANGOR


EMAIL: bba009@btpnsel.edu.my
Tel/fax : 0332911308

LAPORAN PROGRAM
KITAR SEMULA
LAPORAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : Program Kitar Semula


TARIKH : 3 Mei 2017
HARI/MASA : Rabu / 1.00 petang 2.00 petang
TEMPAT : Dewan Lestary
SASARAN : 1800 murid SK Sementa
OBJEKTIF:
1) Memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kitar semula
2) Memberi kesedaran tentang kepentingan kitar semula
3) Memupuk semangat kerjasama murid-murid dalam bilik darjah
4) Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar
5) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula
6) Memberi peluang dan kesempatan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti
kitar semula

PENILAIAN PROGRAM
1)KEKUATAN PROGRAM
Program kitar semula merupakan program kolaborasi antara KPM dan pihak Tetrapak
dalam usaha memberi kesedaran terhadap murid-murid dan pihak sekolah tentang
kepentingan kitar semula kotak susu yang telah diminum. Kitar semula membawa maksud
mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan
barangan baru yang berguna. Melalui taklimat ringkas yang diberi kepadamurid-murid dapat membantu
mereka memahami dengan lebih jelas berkaitandengan isu kitar semula. Semua murid juga berkesempatan
mengenali bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti yang disenaraikan. Selain itu,kami
menyediakan plastik hitam bersaiz besar bersama labelnya untukmembezakan kumpulan bahan-bahan kitar
semula misalnya kertas, plastik dantin-tin aluminium. Murid-murid juga sedar akan kepentingan kitar semula
sepertimengurangkan pencemaran, manambah pendapatan dan memupuk sikap jimatcarmat.melalui risalah
yang diberikan kepada setiap kelas Mereka jugamenggunakan bahan kitar semula yang telah dikumpul dalam
pertandinganrekacipta dengan bahan kitar semula semasa Hari Kokurikulum. Bertitik-tolak daripada
manifestasi ini, jelas membuktikan bahawa murid-murid memahami tujuan Program Kitar Semula yang
diadakan kali ini dan memberi sokongan penuh untuk menjayakannya.Seperti yang diketahui, tajuk kitar
semula memang dimasukkan dalam sukatan matapelajaran Sains Tahun Empat. Hal ini menunjukkan murid-
murid mula menyedari tanggungjawab mereka agar tidak membuang sampah merata-rata tempat sesuka hati
dan amalan memelihara dan memulihara alam semula jadi untukgenerasi akan datang. Kitar semula
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan
dari sumber asli.
2)KELEMAHAN PROGRAM

Tempoh masa Program Kitar Semula selama 1 jam adalah singkat dimana kesedaran murid-murid
terhadap tujuan sebenar kitar semulatidak jelas dan efektif. Apa yang difahami oleh murid dalam tempoh ini
adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan tujuan mereka ialah mamastikan kelas mereka menang
dalam pertandingan Pengumpulan BahanKitar Semula. Mereka tidak menyedari dengan kepentingan kitar
semula yang menyatakan ia dapat menjimatkan kos, sumber dan tenaga atau mengurangkan penggunaan
sumber kerana kami tidak memberi maklumat lanjutan tentang tindakan yang bolehdiambil selain daripada
mengumpul bahan-bahan terpakai. Contohnya, kami tidak menggalakkan murid-murid mengurangkan
penggunaan plastik, polisterin dan juga kertas haruslah diggunakan kedua-dua belah sebelum
membuangkannya. Info berkaitan penggunaan semula bahan-bahan kitar semula juga tidak disampaikan oleh
semua murid. Oleh itu, Program Kitar Semula kali ini hanya sempat menyampaikan maklumat asas tentang
kitar semula kepada murid-murid dimana aktiviti ini sebenarnya perlu diteruskan pada jangka masa yang
panjang dan dimana-mana jua sahaja anda berada.

3)CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yangberjaya menghasilkan


program yang mempraktiskan kaedah guna semulabahan-bahan secara berkesan. Pertandingan yang diadakan
hendaklah meliputicadangan kaedah pengurangan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada
alam sekitar. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam
menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti. Ganjaran seperti kupon
diskaun membeli buku di koperasi sekolah boleh diberikan kepada mereka yang banyak menyumbang demi
menjayakan program kitar semula. Aktivitipengumpulan bahan-bahan kitar semula boleh dijadikan tabiat
setiap wargasekolah dengan menyediakan tong-tong sampah kitar semula yang sesuai agar setiap orang dapat
membuang sampah mengikut kategori yang sesuai danmengurangkan pencemaran di sekitar sekolah. Selain
itu, pihak sekolah bolehbekerjasama dengan kantin sekolah agar mengelakkan penggunaan plastik
ataupolisterin dan menyeru murid-murid membawa bekas sendiri ke sekolah begitu juga dengan botol air.
Maklumat berkaitan dengan kitar semula sepertipengenalan, kepentingan, barang-barang kitar semula dan
sebagainya harusditampal di setiap sudut sekolah untuk mengingati semua warga sekolah darisemasa ke
semasa. Akhir sekali, program kitar semula perlulah disertai olehsemua warga sekolah bersama-sama agar
mendapat sambutan yang baik danberjaya.

KESIMPULAN
Semua murid mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang bolehdikitar semula dan diguna
semula. Mereka memahami bahawa mempraktikkankitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta
terhadap alam sekitar,sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia danbertanggungjawab
serta sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke ataskepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan
murid-murid sekolah ini, akantetapi sesetengah murid kurang menyumbang dalam aktiviti ini. Tabiat lama
memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secaraberansur-ansur. Amalkan konsep kitar semula selangkah
demi selangkah untukmemelihara ruang hidup kita dan wujudkan persekitaran yang lebih bersih dansihat
tanggungjawab semua rakyat.
DOKUMENTASI BERGAMBAR

Gambar 1 : Sesi ceramah kitar semula daripada Tetrapak tentang kitar semula

Gambar 2 : Murid-murid didedahkan dengan cara melipat kotak untuk dimasukkan ke dalam
tong sampah
Gambar 3 : Murid yang Berjaya menjawab soalan kuiz tentang kitar semula

Gambar 4: Sesi akhir demonstrasi cara membuang kotak minuman yang telah diminum
Gambar 5 : Penglibatan guru dan murid-murid SK Sementa dalam Program Kitar Semula

Disediakan oleh,

(PUAN AMANINA BINTI KAUS)


Ahli 3K

Disemak Oleh:
...
(PUAN ROSLINA)
KETUA 3K

Disahkan Oleh,

(ENCIK FARIDZUL AZWAN)


PK HAL EHWAL MURID

También podría gustarte