Está en la página 1de 2

Rujukan kami : JEB1006 /100-23/2/14 ( )

Tarikh : 16/7/2017

Yang Di pertua PIBG,


SMK ------------

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK BAYARAN JURI PERTANDINGAN ESSAY


WRITING SEMPENA KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT
KEBANGSAAN 2017

Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak SMK


________________akan mengadakan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2017.
Sehubungan dengan itu, pihak Panitia Bahasa Inggeris ingin memohon sumbangan daripada
pihak tuan/puan bagi bayaran 3 orang juri jemputan iaitu sebanyak RM 200 seorang.

2. Butir-butir berkenaan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2017 adalah


seperti berikut :

Tarikh : 22 Julai 2017 (Sabtu)


Tempat : Dewan SMK
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

3. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat meluluskan permohonan


sumbangan tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.
LAMPIRAN.

Bersama sama ini dilampirkan nama juri yang terlibat dalam pertandingan Essay Writing
tersebut.

MR. ANG TAUK KHOON


PENGETUA JOHOR JAYA 1

SARAVANAN A/L PALANISAMY


GURU SEKOLAH SENI MALAYSIA

MAZELINA MAHMOOD
GURU SMK TAMAN UNIVERSITI 2

También podría gustarte