Está en la página 1de 12

ULUM AL-HADITH

ISI KANDUNGAN

No Tajuk Halaman

1.0 Pengenalan 23

2.0 Peranan Ulama Hadith Dalam Menyebarkan Hadith Yang Sahih 3

2.1 Menyusun Kaedah Pengkajian Ilmu Hadith 34


2.2 Pengumpulan Hadith-Hadith Sahih 4
2.3 Mengasingkan Nama-Nama Perawi 4
2.4 Penulisan Buku-Buku Khas 45

3.0 Ilmu Dan Syarat-Syarat Untuk Menjadi Seorang Ulama Hadith 5


Yang Thiqah
3.1 Menguasai Bahasa Arab Secara Mendalam 5
3.2 Memiliki Ilmu Yang Luas Tentang Hadith Rasulullah SAW 56
3.3 Bersifat Mahmudah 6
3.4 Seorang Abid 7

4.0 Kaedah Yang Terbaik Bagi Pengajaran Hadith Yang Berkesan 7


4.1 Mengajar Secara Beransur-ansur 78
4.2 Dialog Dan Bersoal Jawab 8
4.3 Teknik Pengulangan 9
4.4 Kaedah Latih Tubi 9 10

5.0 Kesimpulan 10 - 11
Rujukan 12
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

1.0 PENGENALAN

Hadith ataupun disebut juga dengan Sunnah merupakan segala sesuatu yang
bersumber atau disandarkan kepada Rasulullah SAW baik berupa perkataan, perbuatan
mahupun taqrirnya. Hadith merupakan sumber rujukan yang kedua setelah al-Quran di dalam
menetapkan sesuatu hukum. Sejarah perjalanan hadith tidak terpisah dari sejarah perjalanan
Islam itu sendiri. Ianya seiringan dengan al-Quran kerana terdapat ayat-ayat al-quran yang
sukar untuk difahami maksudnya, maka hadith digunakan untuk menjelaskan dengan lebih
terperinci lagi bagi menjelaskan maksud ayat-ayat al-Quran tersebut.

Hadith-hadith ini boleh terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu hadith sahih, hadis
daif dan hadith mawdhu. Para ulama telah sepakat bahawa hadith sahih adalah wajib
beramal dengannya dalam perkara akidah, ibadah ,muamalat dan hukum-hakam yang lain. Ia
juga merupakan salah satu dari hujah syara berkaitan perkara halal dan haram dan juga
untuk mentafsirkan al-Quran. Manakala hadith daif pula tidak boleh dijadikan hujah dalam
syariah Islam kerana sebab-sebab kelemahan yang ada pada hadith tersebut. Hadith mawdhu
pula ialah hadith palsu yang mana kewujudannya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan
ini.

Mempelajari ilmu hadith ataupun dikenali juga ulum al-hadith adalah sangat penting
dan ianya juga berkait rapat dengan berbagai-bagai ilmu yang lain kerana tanpanya akan
mengundang seseorang kepada kesilapan. Maka tidak hairan apabila Imam Ibn al-Salah telah
mengkategorikannya sebagai ilmu yang paling istimewa dan paling berguna dan ilmu ini
diberi kutamaan oleh para ulama terbilang. Kerana matlamat ilmu ini adalah untuk
memelihara hadith Nabi daripada bercampur aduk, mempertahankan hadith daripada
sebarang tuduhan dan tohmahan seterusnya membersihkannya daripada sebarang elemen
yang tiada kaitan dengannya.

Oleh sebab itu kita memerlukan seseorang yang boleh menjelaskan kepada kita
tentang jenis, hukum dan perkara yang berkaitan dengan sesuatu hadith tersebut dengan lebih
terperinci. Orang yang boleh menjelas tentang perkara ini ialah ulama. Ulama pula ialah
seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang berkaitan agama,contohnya untuk mengetahui
perkara berkaitan ilmu fiqh haruslah bertanya kepada ulama fiqh manakala untuk tahu dengan
lebih lanjut berkaitan sesuatu haruslah bertanya kepada ulama hadis. Hal ini kerana ulama
adalah pewaris para nabi, sebagai sabda Rasulullah SAW:

1
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar
dan dirham. Sungguh mereka hanya mereka hanya mewariskan ilmu maka barang siapa
mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak (Riwayat At-
Tarmizi)

2.0 PERANAN ULAMA HADITH DALAM MENYEBARKAN HADITH YANG


SAHIH

Peranan para ulama dalam menjaga dan menyebarkan hadith Rasulullah SAW yang
dianggap sebagai warisan turun temurun yang perlu dijaga dan dilestarikan, pengorbanan
para ilmuan Islam dari zaman ke zaman ini merupakan satu keikhlasan dan perjuangan yang
perlu dihargai. Sampainya hadith-hadith Rasulullah SAW ini kepada kita pada hari ini
merupakan hasil dari perjuangan mereka untuk menyelamatkan hadis-hadis terebut dari
penukaran, pemalsuan, dan kelenyapannya.

Para ulama hadith sejak dari dahulu hinggalah kini telah melakukan pelbagai usaha
yang gigih dan berterusan dalam memelihara kesucian hadis-hadis sahih agar tidak tercampur
aduk dengan hadis-hadis daif dan palsu. Walaupun masyarakat Islam tetap dicemari dengan
kejahilan tentang perkara ini, namun keadaan pasti akan menjadi lebih parah jika tidak ada
usaha-usaha daripada para ulama hadis tersebut. Antara peranan para ulama hadith ini dalam
menyebarkan hadith sahih ialah:

2.1 Menyusun Kaedah Pengkajian Ilmu Hadith

Para ulama telah bertindak dengan membuat penyusunan kaedah-kaedah pengkajian


ilmu hadith yang dinamakan Mustolah al-Hadith atau Usul al-Hadith. Usaha ini dilakukan
adalah bagi membantu memudahkan dalam mengenali sesuatu hadith seterusnya dalam
mengenal pasti jenis hadith tersebut. Pada peringkat awalnya (sebelum kurun ke 4), kaedah-
kaedah pengkajian ilmu hadith ini tidak disusun dalam satu bentuk yang khusus tetapi ia
hanya diketahui oleh semua yang terlibat dalam pengkajian hadis tersebut. Seterusnya selepas
kurun ke 4 kaedah-kaedah ini telah dibukukan dan diasingkan untuk kemudahan mereka yang
ingin melibatkan diri dalam kajian ilmu hadith ini. Di antara buku-buku yang terawal telah
dihasilkan di dalam bidang Mustolah al-Hadith ialah buku al Muhaddith al Fashil karya al-
Ramahurmuzi (360H) dan buku Marifat Ulum al Hadith karya al-Hakim. Namun kaedah-
kaedah ini bukanlah segala-galanya yang diperlukan oleh para pengkaji hadith, malah

2
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

seseorang pengkaji memerlukan pengalaman dalam mempraktikkan segala teori yang ada di
dalam ilmu Mustolah Hadith. Walaupun demikian ianya tetap banyak membantu.

2.2 Pengumpulan Hadith-Hadith Sahih

Tindakan Pengumpulan hadis-hadis sahih oleh para ulama Hadith adalah sangat
relevan dan sangat membantu. Ia sememangnya bertujuan untuk dijadikan panduan. Maka
dengan adanya buku-buku ini masyarakat dengan sendirinya dapat membaca dan
mempelajari hadis-hadis yang sememangnya diyakini kesahihan dan kebenarannya daripada
Nabi Muhammad SAW. Antara yang telah melakukan usaha ini ialah Malik bin Anas dalam
bukunya al Muwattho, al Bukhari dalam bukunya al Jami al Sahih atau yang lebih dikenali
dengan nama Sahih al Bukhari dan lain-lain lagi.

2.3 Mengasingkan Nama-Nama Perawi

Salah satu cara untuk membezakan antara hadith sahih dan hadith daif atau mawdhu
ialah melalui perawinya. Oleh itu, para ulama telah membuat pengasingan nama-nama perawi
yang dikritik dan tidak diterima sama ada sebagai perawi yang daif, penipu dan sebagainya.
Para ulama hadis telah pun mengenal pasti dan mengumpulkan nama-nama mereka untuk
diambil perhatian oleh masyarakat sama ada para ulama atau masyarakat biasa agar tidak
mengambil seterusnya menggunakan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Berkat
usaha yang murni ini maka lahirlah buku-buku seperti al Dhuafa karya al-Bukhari, al
Dhuafa wa al Matrukun karya al-Nasaai, Mizan al Itidal karya al-Zahabi dan sebagainya.

Selain itu terdapat juga buku-buku yang mengumpulkan nama-nama perawi secara
umum dan mengkategorikan sama ada beliau diterima (dipercayai) atau tidak diterima. Buku-
buku tersebut adalah seperti Tahzib al Kamal karya al-Mizzi dan Taqrib al Tahzib oleh Ibnu
Hajar al-Asqalani. Kesemua buku ini bertujuan bagi memudahkan penganalisis dan pengkaji
hadith sepanjang zaman untuk membezakan antara perawi yang diterima ataupun tidak dalam
sesuatu sanad hadis serta melihat kedudukan mereka dari segi meriwayatkan hadis.

2.4 Penulisan Buku-Buku Khas

Tindakan ulama hadith menulis buku-buku khas yang mengumpulkan hadis-hadis


daif dan palsu untuk dijadikan sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam agar tidak
menerimanya sebagai hadis sahih. Usaha ini telah pun dibuat oleh ulama-ulama hadith sejak
dahulu lagi sehingga kini ianya masih diteruskan seperti Ibnu al Jauzi dalam bukunya al
Maudhuaat, al Suyuthi dalam bukunya al Laali al Mashnuah dan Muhammad Nasiruddin
al-Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhuah. Di Malaysia pula,
3
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

usaha ini dipelopori oleh Drs. Abd. Ghani Azmi Idris yang telah berjaya mengumpulkan
banyak hadith daif dan palsu dalam bukunya Himpunan Hadis-Hadis Dhaif dan Palsu.

3.0 ILMU DAN SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI SEORANG ULAMA


HADITH YANG THIQAH.

Menjadi seorang yang pakar di dalam sesuatu bidang terutama bidang agama yang
digelar sebagai ulama bukanlah sesuatu yang mudah, kerana ianya melibatkan hukum-hukum
agama. Oleh itu, para ulama ini dikenali dengan ilmunya dan pendiriannya. Tidak berbeza
juga dengan ulama hadith, untuk menjadi seorang ulama hadith mestilah mempunyai ilmu
dan syarat-syarat tertentu antaranya:

3.1 Menguasai Bahasa Arab Secara Mendalam.

Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran, begitu juga dengan Hadith. Seperti juga
Bahasa Melayu yang mempunyai tatabahasa, Bahasa Arab juga mempunyai tatabahasanya
tersendiri. Banyak cabang ilmu di dalam Bahasa Arab antaranya ilmu Nahu, Saraf dan
Balaghah yang mana cabang ilmu ini mesti dikuasai dengan mendalam. Kerana di dalam
Bahasa Arab seandainya tersalah meletakkan baris sesuatu perkataan itu akan membawa
maksud yang berlainan daripada maksud sebenar.

Terdapat banyak perkataan yang tidak memberi maksud tajrih telah pun dianggap
sebagai tajrih, dan ada kalanya perkataan tajrih pula disangkakan tadil. Sebab banyak
berlakunya kekeliruan ini dan bagi mengelakkan ianya terus berlaku maka seorang ulama
mestilah menguasai penggunaan Bahasa Arab dengan sebaiknya. Hal ini kerana makna
sesuatu perkataan tidak sepatutnya digunakan bukan pada tempatnya. Ulama juga mestilah
mengetahui pengertian lafaz-lafaz terutamanya lafaz uruf iaitu lafaz yang bersifat semasa dan
setempat yang berubah dengan sebab perubahan masa dan tempat di mana kemungkinan pada
satu masa ia bermaksud pujian dan pada masa lain ia merupakan satu celaan. Maka untuk
menjadi ulama hadith yang akan menyampaikan dan memelihara Sunnah Rasulullah SWT ini
mesti menguasai Bahasa Arab dengan sebaiknya agar tidak menyampaikan ilmu yang salah.

3.2 Memiliki Ilmu Yang Luas Tentang Hadith Rasulullah SAW.

Memiliki dan menguasai ilmu yang luas tentang hadith Rasulullah SAW adalah antara
syarat yang penting untuk menjadi ulama hadith yang thiqah. Terutama sekali ilmu yang

4
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

berkaitan dengan persoalan hukum deperti Asbab Al-Wurud (latar belakang munculnya
hadith) dan Rijal Al-Hadith (sejarah para perawi hadith). Ilmu ini sangat penting untuk
dikuasai kerana tanpa menguasainya akan menyebabkan seseorang ulama itu akan
menyebarkan perkara yang tidak betul dan mengelirukan orang lain.

Bahkan dengan mendalami ilmu-ilmu ini akan membantu para ulama untuk
membezakan jenis-jenis hadith sama ada hadith sahih, hadis daif atau hadis mawdhu. Ilmu-
ilmu ini akan membantu para ulama hadith dalam menilai sanad, matan dan perawi hadith ini
bagi memudahkan mereka menentukan sama ada hadith tersebut boleh diterima atau tidak.
Hal ini penting bagi mengelakkan hadith daif dan hadith mawdhu digunakan sebagai hujah
untuk beramal.

3.3 Bersifat Mahmudah.

Sifat bermaksud kelakuan, tindakan, akhlak, aktivti fizikal dan hati, manakala
Mahmudah pula bermaksud sesuatu yang dianggap dan dizahirkan sebagai yang terpuji dan
cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah dan estetika. Setiap amalan sifat-
sifat mahmudah ini akan memberi impak ataupun kesan dan implikasi yang juga mahmudah
(positif) kepada diri dan persekitaran pelakunya. Oleh itu, seorang ulama hadith mestilah
memiliki sifat-sifat ini kerana masyarakat pada masa kini memandang tinggi dan sangat
menghormati para alim ulama. Tetapi tidak bagi mereka yang yang sayang kepada maksiat
dan kemungkaran. Disebabkan adanya golongan inilah munculnya tohmahan dan tuduhan
termasuk dalam ilmu hadith.

Antara sifat mahmudah yang lazim dan ada pada para ulama ialah sabar, ikhlas,
tawadhu, istiqamah dan banyak lagi. Ulama mesti sabar dalam menyampaikan dakwah
kebenaran, mempertahankan hadith-hadith Rasulullah SAW dan menjelaskan kekeliruan
yang timbul dengan penuh hikmah. Mesti juga istiqamah dalam menjalankan misi dakwah
agar matlamat dapat dicapai. Dengan mengamalkan sifat-sifat mahmudah ini, seorang ulama
akan dapat diterima dan akan menjadi contoh ikutan manusia yang lainnya. Ianya juga akan
memudahkan orang ramai dapat menerima apa yang disampaikan oleh para ulama kerana
walaupun sekali ulama itu melakukan perkara atau sifat yang tidak elok maka selama-
lamanya dia tidak akan diiktiraf oleh orang-orang disekelilingnya.

5
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

3.4 Seorang Abid

Syarat paling utama untuk menjadi seorang ulama hadith yang thiqah seseorang itu
mestilah seorang abid iaitu ahli ibadah yang tidak pernah meninggalkan perkara-perkara yang
wajib dan selalu mengamalkan ibadah-ibadah sunat. Seorang abid yang memlihara solat 5
waktu khasnya di masjid. Hal ini kerana, para ulama huffaz sunnah di kalangan salaf hanya
menyampaikan hadith kepada yang layak iaitu memlihara ibadah (abid), yang adil iaitu
berakal cerdas iaitu yang ahli. Bukannya seorang yang ahli bidah, fasiq dan lemah
hafazannya.

Ini bermaksud, seorang yang selalu meninggalkan ibadah-ibadah wajib dan


melakukan dosa-dosa kecil tidak layak untuk menjadi seorang ulama hadith yang thiqah.
Bahkan untuk menjadi ulama di dalam bidang ilmu syariah yang lain juga mengutamakan
syarat ini.

4.0 KAEDAH YANG TERBAIK BAGI PENGAJARAN HADITH YANG BERKESAN

Tidak dinafikan bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting untuk
manusia mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan dalam hidup. Ianya menjadi asas dalam
membina ilmu pengetahuan untuk membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta
terdidik dari sudut spiritual dan fizikal. Pendidikan boleh ditafsirkan sebagai satu usaha
sistematik yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai,
sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan
perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Manakala dari perspektif Islam pula pendidikan
membawa erti yang sangat mendalam dan menyeluruh di mana ianya merangkumi proses
melatih rohaniah, akliah dan jasmaniah yang berasaskan ajaran al-Quran dan
hadith sebagai pegangan utama kehidupan. Namun mempelajari al-Quran dan
hadith merupakan perkara utama dalam ajaran Islam. Seperti pelajaran-pelajaran
yang lain, dalam proses pengajaran hadith pun memerlukan kaedah dan teknik
yang sesuai agar memberikan kesan yang terbaik, antaranya ialah:

4.1 Mengajar Secara Beransur-ansur.

Teknik atau kaedah mengajar secara beransur-ansur ini telah pun digunakan oleh
Rasulullah SAW dalam pengajaran baginda agar mudah difahami dan diingati oleh murid-

6
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

muridnya. Baginda sangat menitik beratkan konsep beransur-beransur ini di dalam sesi
pengajaran dan sentiasa mendahulukan perkara-perkara yang lebih penting bahkan mengajar
secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit.

Kaedah ini sesuai dipraktikkan dalam pengajaran hadith kerana, seandainya guru itu
mengajar dengan banyak sekali gus pasti akan menimbulkan perasaan jemu dikalangan murid
dan apa yang ingin disampaikan tidak akan dapat dikuasai dengan baik. Bukan itu sahaja,
murid-murid mungkin akan keliru dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan.
Pembelajaran haruslah dimulakan dengan ilmu yang asas terlebih dahulu. Contohnya
mengajar hadith, guru harus memperkenalkan kepada murid-muridnya tentang sanad dan
matan hadith terlebih dahulu sebelum masuk kepada yang lebih jauh lagi seperti jenis-jenis
hadith.

4.2 Dialog Dan Bersoal Jawab

Salah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran hadith yang juga telah
digunakan oleh Rasulullah SWT ialah kaedah dialog dan bersoal jawab. Semasa zamannya,
dengan berdialog baginda dapat menarik perhatian pendengar dan mengajak mereka supaya
menjawab setiap persoalan yang dikemukakan seterusnya menggalakkan mereka agar
memberikan idea yang bernas dalam menjawab setiap persoalan. Seandainya para sahabat
tidak dapat menjawab persoalan yang diberikan maka baginda akan memberikan jawapan
yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada jiwa para pendengar. Seperti yang semua
sedia maklum di mana-mana institusi pengajian sekalipun sekolah rendah, seandainya semasa
mengajar hanya guru sahaja yang bercakap sepanjang sesi pengajaran sudah tentu ia akan
membosankan murid-muridnya. Apatah lagi kanak-kanak yang sememangnya mudah hilang
tumpuan akan melakukan kerja-kerja lain seperti bermain dan mengganggu rakan-rakan
mereka.

Begitu jugalah dalam pengajaran hadith, adanya sesi soal jawab ini murid-murid akan
lebih memberi tumpuan kerana mereka tahu yang guru akan menyoal mereka tentang apa
yang telah diajarkannya. Cara ini juga membantu guru mengenalpasti sama ada murid-
muridnya faham atau tidak apa yang telah disampaikan. Jika mereka tidak faham atau kurang
jelas, guru dapat menerangkan dengan contoh-contoh yang lebih mudah untuk difahami.
Contohnya, guru boleh mengajukan soalan selepas memberikan penerangan tentang sanad
dan matan hadis. Teknik ini juga boleh menguatkan lagi ingatan murid-murid.

7
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

4.3 Teknik Pengulangan

Di dalam sesi pengajaran hadith, teknik pengulangan sesuai digunakan agar murid
mudah dan cepat untuk menghafal sesuatu sanad dan matan hadith. Bukan itu sahaja, guru-
guru menggunakan teknik ini dengan tujuan untuk menguatkan dan menegaskan lagi isi
kandungan dan segala pengajaran yang terdapat dalam sesebuah hadith. Sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda akan mengingatkan para pendengar tentang
kepentingan isi kandungan pelajaran yang diajarkannya supaya mereka dapat memahami dan
mengingati apa yang disampaikan olehnya. Terdapat hadis dari Imam Bukhari yang berkaitan
dengan kaedah ini, hadis tersebut bermaksud:

Daripada Sayyidina Anas bin Malik, daripada Nabi sesungguhnya apabila baginda
berbicara ia akan mengulanginya sebanyak 3 kali agar ia dapat difahami.

Hadis lain yang menunjukkan Rasulullah SAW menggunakan kaedah ini yang juga
diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin A`mru katanya : Rasulullah pernah terlewat dalam suatu
perjalanan yang kami ikuti, kemudian kami mendapati bahawa solat asar telah masuk dan
kami telah kelewatan menunaikannya. Tatkala kami sedang menyapu kaki sewaktu
berwudhu( dengan tergesa-tergesa ), Baginda bersabda dengan nada yang tinggi: Neraka
wail lah balasan buat mereka yang tidak menyempurnakan basuhan tumit kakinya dengan air
secara sempurna. Baginda mengulangi amaran itu sebanyak 2 atau 3 kali.

Berpandukan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa dalam sesi pengajaran


digalakkan untuk menekan dan menegaskan isi-isi kandungan yang penting dengan
mengulanginya beberapa kali supaya mudah difahami dan diingati oleh murid. Maka teknik
ini juga sesuai digunakan dalam pengajaran hadith.

4.4 Kaedah Latih Tubi

Salah satu kaedah yang penting dalam pengajaran ialah kaedah latih tubi di mana
ianya bertujuan untuk menyediakan latihan dan memberikan peneguhan yang secukupnya
kepada murid tentang hadith yang telah dipelajari. Menggunakan kaedah ini akan
membuatkan murid-murid secara automatik boleh mengingati dan menyatakan semula segala
maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam kaedah latih tubi adalah
maklumat khusus yang perlu diketahui seperti sanad dan matan sesuatu hadis atau dalam

8
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

bentuk pengetahuan yang lain misalnya hukum beramal dengan hadith sahih dan larangan
beramal dengan hadith daif atau mawdhu.

Namun kaedah latih tubi ini mungkin akan membosankan jika dilakukan secara
berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid. Oleh itu, bagi mengelak
kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan
seperti:

mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu,
iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan
dengan pelajaran yang telah dipelajari, markah akan dikira, dihimpun dan kemudian
dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang terlibat.
bagi murid yang kurang daya saing pula, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan
cara memegang kad perkataan dan menyebutnya dengan bunyi yang betul.

Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi
ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam
mengajar ilmu hadith bagi memudahkan mereka untuk memahami dan mengingati apa yang
diajar.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai hamba Allah SWT yang serba kekurangan, kita sepatutnya bersyukur kerana
Allah SWT telah menjadikan al-Quran dan Hadith sebagai sumber yang agung di dalam
syariat Islamiyah, menjadi pedoman dan ajaran bagi orang yang beriman. Tanpa adanya
kedua-dua sumber utama ini sudah tentu manusia akan hidup dalam keadaan yang kucar-
kacir tanpa ada tujuan. Bahkan bukan itu saja, kita juga bertuah kerana adanya para ulama
yang telah memelihara dan membawa sumber-sumber ini sehingga sampai kepada
masyarakat moden pada hari ini. Tanpa adanya mereka kita tidak akan mengenali apa itu
hadith, al-sunnah dan sebagainya.

Dalam konteks kehidupan masyarakat Islam pada masa kini, para ulama mestilah
dijadikan ikutan dan pemimpin, hal ini kerana kefahaman mereka yang sangat mendalam
terhadap Islam akan memastikan ummah terpelihara daripada terjerumus kepada kesesatan.
Begitu juga dengan sifat mereka yang sangat takutkan Allah SAW telah menjadikan para

9
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

ulama ini sentiasa bertindak berdasarkan kepada panduan wahyu al-Quran dan al-Sunnah
yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.
Sebaliknya perbuatan yang memandang serong kepada para ulama ini,
memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka merupakan bibit-
bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulama. Ia merupakan permulaan
malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila mereka jauh dari pimpinan para
ulama bermakna semakin jauhlah mereka dari panduan al-Quran dan al-Sunnah.

(2,895 patah perkataan)

10
ABSH2103 (Ulum Al-Hadith)

RUJUKAN
Abd Al-Fattah Abu Ghuddah (2001). Nabi Muhammad Guru dan Pendidik Terunggul.
Seremban: al-Azhar Media Ent.
Al-Khathib, M. Ajaj, Dr. (1999). Keutamaan Ilmu-Ilmu Hadis, Johor Bharu: Badan
Cemerlang.
Fauzi Deraman, Prof Madya Dr. (2012). Ulum Al-Hadith. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd
Huda @ Udah bin Muhsin (1995). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mohd. Muhiden Abd Rahman (2010). 'Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Razali Saaran (2010). Hebatnya Cara Rasululluh Mendidik. Kuala Lumpur: Mustread
Sdn.Bhd.
Utang Ranuwijaya, Dr. ( 1999). Ilmu Hadis. Kuala Lumpur: Edaran Kalam
http://allangkati.blogspot.com/2012/03/peranan-ulama-terhadap-hadis-syarif.html
http://shamil-azwan.blogspot.com/2011/06/maksud-sejarah-dan-kepentingan-ilmu.html
http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/pendahuluan-dalam-mempelajari-
sumber.html

11

También podría gustarte