Está en la página 1de 7

KERTAS KONSEP SSDM V2.

RUJUKAN : http://www.pendidik2u.my/ssdm-online-kpm/

1. PENGENALAN

Sistem E-SSDM v2.0 ini merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan
memasukkan elemen mata (markah) dalam system ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan
budi pekerti.

2. TUJUAN

Antara tujuan sistem ini adalah untuk

i. Menambahbaik sistem SSDM sedia ada


ii. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada
iii. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi
iv. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling
v. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM,
Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga
vi. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan
vii.

3. PROSES KERJA

3.1 Perekodan Kes Salah Laku

I. Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem


II. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan jika sah, akan mencadangkan hukuman
III. Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman
IV. Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua
V. Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat
VI. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

3.2 Perekodan Amalan Baik

I. Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem


II. Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid

4. LATAR BELAKANG SSDM V2.0

4.1 CIRI-CIRI

4.1.1 PANGKALAN DATA DISIPLIN

SSDM V2.0 akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat nasional.
Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan

4.1.2 SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN

Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh
berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid, terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan
akademik.

4.1.3 MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK

Sistem ini mengutamakan Amalan Baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan Amalan Baik
untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan Amalan Baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid
melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa

1
4.1.4 PENGUKURAN SAHSIAH

Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh
digunakan dalam membantu murid-murid, terutama yang hight risc, untuk meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana
kala murid-murid yang baik akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah Amat Baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah

i. Terpuji
ii. Amat Baik
iii. Baik
iv. Perlukan Perhatian
v. Perlukan Perhatian Serius

4.1.5 KAWALAN SISTEM

Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi
mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan
dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

4.1.6 KES KHAS

Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas , iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan
bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas
serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.

4.1.7 MESRA PENGGUNA

Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek mesra pengguna. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang mesra pengguna
ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data
nasional yang lebih tepat.

4.1.8 MUDAH DIAKSES

Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain
penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.

4.1.9 MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-
murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM

4.2 OPERASI SISTEM

4.2.1 WEB (ONLINE)

Sistem ini adalah berasaskan Web, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas

Individu Peranan dan Tugas


Guru-guru Melaporkan Kes salah laku dan Amalan Baik
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM Menentukan keesahan kes dan mencadangkan tindakan
Memberi ruang membela diri kepada murid
Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
Pengetua Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat
pengesahan
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
Guru UBK Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan
Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah
PPD Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat
daerah
JPN Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat
2
negeri
KPM Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat
nasional
Murid-murid Memantau pelaporan individu dan berbincang dengan UBK untuk meningkat status sahsiah
Penjaga Memantau pelaporan individu anak-anak di semua sekolah di bawah KPM

4.2.2 ANDROID

Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada penggunaan
Android dan Smart Phone

4.3 AKSES

4.3.1 KPM

Pelaporan peringkat nasional


Pelaporan JPN
Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

4.3.2 JPN

Pelaporan JPN
Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

4.3.3 PPD

Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

4.3.4 SEKOLAH

GURU-DURU

Melaporkan kes salah laku


Melaporkan amalan baik

KETUA GURU DISIPLIN / GPK HEM

Siasatan dan cadang hukuman


Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling


Pelaporan sesi kaunseling
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

PENGETUA

Pengesahan hukuman
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid

4.3.5 MURID

3
Pelaporan individu murid

4.3.6 PENJAGA

Pelaporan individu murid / anak-anak

4.4 SENARAI KESALAHAN / KES KHAS


(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Keterangan Salah Laku Status Kes


N101 MEMBAWA HANDPHONE SPI
N104 MENUNJUK PERASAAN/BERPIKET PILIHAN
N109 MENIRU DALAM PEPERIKSAAN PILIHAN
- -
A101 BERJUDI PILIHAN
A102 MENCURI PILIHAN
A103 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU PILIHAN
A104 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN PILIHAN
A105 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID PILIHAN
A106 PERAS UGUT PILIHAN
A107 GENGSTERISME PILIHAN
A108 BERGADUH PILIHAN
B101 BULI BAHASA SPI
B102 BULI FIZIKAL SPI
B103 BULI ISYARAT SPI
B104 BULI PERHUBUNGAN SPI
C101 MEMILIKI DAN MENYIMPAN ROKOK PILIHAN
C102 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN ROKOK PILIHAN
C103 MENJUAL DAN MENGEDAR ROKOK PILIHAN
C104 MENGHISAP ROKOK SPI
D101 PONTENG SEKOLAH PILIHAN
D102 PONTENG KELAS PILIHAN
D103 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM PILIHAN
D104 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN PILIHAN
D105 PONTENG PREP PILIHAN
D106 PONTENG ASRAMA PILIHAN
D107 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH PILIHAN
D108 PONTENG PERHIMPUNAN PILIHAN
E101 BERCUMBUAN PILIHAN
E102 BERKHALWAT PILIHAN
E103 BAWA BAHAN LUCAH PILIHAN
E104 MENGEDAR BAHAN LUCAH PILIHAN
E105 MENGINTAI PILIHAN
E106 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH PILIHAN
E107 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH PILIHAN
E108 MENONTON VCD / FILEM LUCAH PILIHAN
E109 MEMELUK MURID LAIN JANTINA PILIHAN
E110 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK PILIHAN
F101 BIADAP KEPADA GURU PILIHAN
F102 BIADAP KEPADA KAKITANGAN PILIHAN
F103 BIADAP KEPADA TETAMU PILIHAN
F104 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID PILIHAN
F105 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID PILIHAN
F106 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN PILIHAN
F107 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA PILIHAN

4
F108 INGKAR ARAHAN GURU PILIHAN
F109 INGKAR ARAHAN PENGAWAS PILIHAN
F110 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA PILIHAN
G101 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH PILIHAN
G102 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA PILIHAN
G103 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN PILIHAN
G104 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS PILIHAN
G105 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN PILIHAN
G106 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH PILIHAN
G107 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA PILIHAN
G108 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT PILIHAN
G109 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN PILIHAN
G110 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN PILIHAN
G111 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID PILIHAN
H101 PECAH AMANAH PILIHAN
H102 BERBOHONG PILIHAN
H103 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PILIHAN
H104 TIDAK JUJUR PILIHAN
J101 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH PILIHAN
J102 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA PILIHAN
J103 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN PILIHAN
J104 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PILIHAN
J105 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK PILIHAN
J106 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN PILIHAN
J107 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK PILIHAN
J108 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN PILIHAN
J109 BERMAIN DALAM DORM PILIHAN
J110 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA PILIHAN
K101 LEWAT KE SEKOLAH PILIHAN
K102 LEWAT KE PERHIMPUNAN PILIHAN
K103 LEWAT MASUK KELAS PILIHAN
K104 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM PILIHAN
K105 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA PILIHAN
L101 BERKUKU PANJANG PILIHAN
L102 MEWARNA KUKU / BERINAI PILIHAN
L103 BERAMBUT PANJANG PILIHAN
L104 RAMBUT BERFESYEN PILIHAN
L105 BERMISAI / BERJANGGUT PILIHAN
L106 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN PILIHAN
L107 PAKAI BARANG KEMAS PILIHAN
L108 MENCUKUR BULU KENING PILIHAN
L109 MEMAKAI ALAT SOLEK PILIHAN
M101 PENGLIBATAN DALAM POLITIK PPDM
M102 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK PPDM
M103 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA PPDM
M104 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK PPDM
P101 PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN KES KHAS
P102 MEMILIKI / MENYIMPAN BAHAN BERKAITAN DADAH / INHALAN KES KHAS
P103 MEMBEKAL / MENAWARKAN BAHAN BERKAITAN DADAH / INHALAN KES KHAS
P104 MENJUAL / MENGEDAR BAHAN BERKAITAN DADAH / INHALAN KES KHAS
MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU BAHAN KES KHAS
P105 BERKAITAN DADAH / INHALAN
P106 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN KES KHAS
P107 BERTATOO KES KHAS
P108 MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI KES KHAS
P109 CUBAAN MEMBUNUH DIRI KES KHAS
P110 TERJUN BANGUNAN KES KHAS
P111 PENYALAHGUNAAN RACUN KES KHAS

5
P112 HAMIL KES KHAS
P113 LUMBA HARAM KES KHAS
P114 KEMALANGAN DALAM SEKOLAH KES KHAS
P115 LARI DARI RUMAH KES KHAS
P116 AJARAN SESAT / MILITAN

Pilihan bermaksud sekolah boleh mempertimbang sesuatu kes sama ada ringan atau berat

Kod Kategori Kes

Kod Kategori
A Tingkah laku jenayah
B Buli
C Rokok
D Ponteng
E Tingkah laku lucah
F Tingkah laku kurang sopan / biadap
G Kesalahan vandalisme
H Tingkah laku tidak amanah
J Kenakalan
K Tingkah laku tidak pentingkan masa
L Kekemasan diri
M Penglibatan politik
N Lain-lain
P Kes Khas

4.5 SENARAI HUKUMAN

Kategori Mata Kaunselin


Status Kes Keterangan Kes Kes g
SPI ROTAN 1 X BERAT 9 Yes
SPI ROTAN 2 X BERAT 9 Yes
SPI ROTAN 3 X BERAT 9 Yes
SPI GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9 Yes
SPI BUANG SEKOLAH BERAT 9 Yes
SPI DIBERI AMARAN KERAS (Bersurat) BERAT 9 Yes
SPI LARANGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN SEKOLAH BERAT 9 Yes
SPI ROTAN MAKSIMUM 3 X BERAT 9 Yes
SPI GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9 Yes
SPI BUANG SEKOLAH BERAT 9 Yes
SPI DIBERI AMARAN (Bersurat) BERAT 1
SPI LARANGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN SEKOLAH BERAT 9
PPDM GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9
PPDM BUANG SEKOLAH BERAT 9
PILIHAN AMARAN LISAN 1 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN LISAN 2 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN LISAN 3 RINGAN 1
PILIHAN DENDA RINGAN 1
PILIHAN KELAS TAHANAN RINGAN 1
PILIHAN AMARAN BERSURAT 1 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN BERSURAT 2 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN BERSURAT 3 RINGAN 1
PILIHAN ROTAN 1 X RINGAN 1
PILIHAN ROTAN 2 X RINGAN 1
PILIHAN AMARAN BERSURAT 1 BERAT 9
PILIHAN AMARAN BERSURAT 2 BERAT 9
PILIHAN AMARAN BERSURAT 3 BERAT 9
PILIHAN DENDA BERAT 9
PILIHAN KELAS TAHANAN BERAT 9

6
PILIHAN ROTAN 1 X BERAT 9
PILIHAN ROTAN 2 X BERAT 9
PILIHAN ROTAN 3 X BERAT 9
PILIHAN GANTUNG SEKOLAH BERAT 9
PILIHAN BUANG SEKOLAH BERAT 9

4.6 SENARAI AMALAN BAIK

Kod Mata
Amalan
Baik Keterangan Amalan Baik
01 SUKARELA MEMBANTU GURU 1
02 SUKARELA MELAPOR KES SALAH LAKU 1
03 MEMBANTU MELAKSANAKAN KERJA-KERJA LANDSKAP / TAMAN 1
04 MEMBANTU MENGEMAS / MENYUSUN ATUR BILIK-BILIK KHAS 1
05 MEMBERSIH KAWASAN / BILIK KHAS 1
06 KERJA-KERJA MENGECAT 1
07 MENYERTAI AKTIVITI LUAR DI BAWAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
08 AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI

5 STRUKTUR SISTEM

Struktur sistem , format surat-surat, borang-borang dan format laporan dilampirkan

6 PENUTUP

Diharapkan sistem SSDM v2.0 ini dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak, terutama guru-guru di sekolah agar permasalahan
pengurusan disiplin dapat ditangani sebaik mungkin, seterusnya dapat menyediakan data-data nasional yang lebih tepat.