Está en la página 1de 43

1. MATLAMAT PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA.

Matlamat penggubalan dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan
negara,memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan Negara,
menggalakkan pembangunandan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat
melalui kerjasama antara bangsa. Selain itu matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk
menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk
kesejahteraan dunia.

( 5 markah )

2. BENTUK PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA

Bentuk bentuk dasar luar Malaysia ialah Malaysia melaksanakan dua bentuk
hubungan luar dengan Negara-negara lain iaitu hubungan bilateral dan hubungan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan Negara-
negara tertentu contohnya Malaysia mengutamakan hubungan dengan Negara-negara
jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan Negara Asia yang lain, Amerika
Latin, Afrika, Asia Barat serta Negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.

Manakala hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk


kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau
Associaton of South East Asia Nations (ASEAN), Komanwel ,Pertubuhan Persidangan
Islam atau Organisation of Islamic Conference ( OIC ) , Pergerakan Negara-negara
Berkecuali atau Non- Allignent Movement (NAM) dan sebagainya.

( 10 markah )

1
3.FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini
berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun
di Kepulauan Melayu seperti hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti
Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis Malaya
(PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Keadaan ini mendorong Malaysia
mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia
masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan
pertahanan. (7 markah)

Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih
timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.
Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing. Langkah
ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang
pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing
juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea. Pada masa
yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun
dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. (8 markah)

2
Faktor Politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia
berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan
sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-
prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan
dunia. Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. `
(5 markah)

Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Brunei. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan Malaysia. (3 markah)

Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan sepenuhnya mengamalkan
budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited
terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang dasar Aparteid. Malaysia
juga tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu dimansuhkan oleh kerajaan Afrika Selatan.
Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar
luar Malaysia. (6 markah)

3
4) TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

(a) Tahap Pertama (1957-1970)

Dasar luar Malaysia pada tahap ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman yang
memperlihatkan dasar pro-barat yang anti komunis serta berbaik-baik dengan
dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman
disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk kepada ancaman
komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti
Komunis Malaya. Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada
negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi
menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia menandatangani Perjanjian
Pertahanan Ingeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA)
pada tahun 1956. Mengikut perjanjian pihak British akan memberi bantuan kepada
Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara
jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas
berkaitan isu pembentukkan Malaysia seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963
-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963 - 1965) dan keluarnya
Singapura daripada Malaysia (1965).Usaha-usaha untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah
menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada
tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967
bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

(b) Tahap Kedua ( Tahun 1972 Hingga Tahun 1976)

Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah seiring perubahan
kepimpinan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan
dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur. Selain itu, perubahan dasar ini juga
disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa
besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Seterusnya, dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia ini beberapa usaha
telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali

4
atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan
anggota negara ASEAN. Di samping itu, negara kita Malaysia juga telah menjalin
hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman
Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin
persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran jelas dapat
dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada
tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama
negara-negara jiran.

( 20 markah )

c) Tahap Ketiga ( Tahun 1981 Hingga Tahun 2003)

Dasar luar Malaysia pada tahap ini dibawah era kepimpinan Dato Seri Dr.
Mahathir Bin Mohamad telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi
memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di
kalangan negara yang membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut,
Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Selain itu, Dasar Pandang
Ke Timur juga telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun
dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini
bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai
yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan
etika pengurusan kerja yang baik.

Seterusnya, Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala


dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut
serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan
kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin
hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia
Ketiga.

( 25 markah )

5
5.SEBAB / FAKTOR PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA

1-Faktor keselamatan dan pertahanan negara

Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan
negara. Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang
erat dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan
kepada Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957.
Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah
Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu
ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan tidak mampu
menghadapi ancaman dari luar.

Selain itu, dasar luar negara kita juga turut dipengaruhi oleh faktor keselamatan
negara sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak
berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara
kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba
menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. (5 markah)

2-Faktor ideologi

Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia


mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan
ideologi komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah
Melayu pada masa itu. Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang
berideologi komunis apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara diancam oleh
Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat dan
antikomunis. (4 markah)

3-Faktor ekonomi

Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi
pasaran bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk
memajukan ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman
penjajahan British. Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat
perdagangan utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal
daripada Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan
Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi Negara. (4 markah)

6
4-Faktor politik

Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan berdasarkan
prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di
Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan
menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang
Kampuchea di Paris. Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis
Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB
untuk mengekalkan keamanan dunia. (5 markah)

5-Faktor sejarah

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan


dengan China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti
Brunei, Singapura dan Indonesia. Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand. (2 markah)

6-Faktor geografi

Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan


dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan
Indonesia. Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini
sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa
masing-masing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan negara Malaysia. (4 markah)

7-Faktor demografi

Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana
negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin. Malaysia menentang keras dasar
Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika
Selatan. (3
markah)

7
8-Faktor persekitaran geostrategik

Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah
membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita
mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha
memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini
satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. (3 markah)

9-Faktor struktur politik negara

Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen


yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan
berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama. (2 markah)

10-Faktor keadaan politik serantau

Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara
kita. Dasar luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas
dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan
mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut
agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu. (3 markah)

11-Faktor institusi antarabangsa

Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu (PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan
dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara
kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan
menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan
tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
(NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya. (3
markah)

12-Faktor hubungan diplomatik

Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini.
Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan

8
diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik,
ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan
digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut. (3 markah)

13-Faktor undang-undang antarabangsa

Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara
kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-
undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah
menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara
terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara
lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka,
dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.

(3 markah)

9
6.Kepentingan dasar luar kepada negara

Dasar luar Malaysia bertujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan


negara ,memelihara keharmonian Negara di mana masyarakat dapat hidup dengan
aman dan bersatu padu . Selain itu , dasar luar negara juga dapat menjamin
keselamatan Negara daripada anasir luar. Hal ini kerana , penglibatan Malaysia dalam
pertubuhan serantau contohnya ASEAN, OIC , Komenwell dan PBB membantu
menjamin keselamatan Negara. Buktinya semasa Malaysia terlibat dengan konfrantasi
Indonesia Malaysia pada tahun 1963 Mlaysia telah mendapat bantuan ketenteraan
dari Negara Komenwell dan PBB untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dasar luar Malaysia juga membantu meningkatkan ekonomi dan


menggalakkan pembangunan demi kepentingan negara. Hal ini kerana, hubungan
luar ini Negara-negara yang terlibat saling membantu untuk meningkatkan kemahiran
dan teknologi yang merupakan elemen penting kepada pembangunan negara.
Melalui kerjasama ini, Malaysia juga dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sektor
pembuatan negara. Hasilnya barangan keluaran Negara akan bertambah sekali gus
membantu meningkatkan ekonomi Negara. Melalui MOU antara negara-negara
peserta, Malaysia dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja apabila negar-
negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh dapat menyalurkan buruh tersebut
untuk mengatasi kekurangan pekerja. Contohnya buruh daripada Vietnam di bawa
masuk ke Malaysia.
Selain itu matlamat dasar luar negara juga bertujuan untuk menjadi warga
global yang bertanggungjawab ke arah mengekalkan kesejahteraan dunia. Dasar luar
juga dapat mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di
peringkat global contohnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala
dengan negara luar.
Seterusnya dasar luar Malaysia juga bertujuan mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan serta kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak
campurtangan dalam halehwal dan masalah dalaman negara lain. Kerjasama
ASEAN+3 iaitu kerjasama yang wujud antara Negara-negara ASEAN
mempermudahkan urusan dengan Negara-negara Timur iaitu Jepun, China dan
Korea. Zon Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade (AFTA) turut
ditubuhkan untuk membantu Negara-negara anggota untuk meningkatkan prestasi
ekonomi.

10
No 7. Bukti dasar luar negara kita membawa kepada kemakmuran negara.

Antara bukti yang menunjukkan dasar luar negara kita membawa kemakmuran kepada
negara ialah pasaran eksport dari negara kita bertambah luas hasil hubungan dengan
dengan luar kecuali Israel. Antara barangan tersebut ialah hasil pertanian seperti getah,
nenas, dan kelapa sawit. Hasilnya harga getah dan kelapa sawit stabil seteruskan
meningkatkan pendapatan rakyat dan negara.

Hasil hubungan luar tersebut juga turut membawa masuk pelabur dari luar untuk melabur
di negara kita seperti Jepun dan Korea. Kemasukan pelabur ini dengan membuka kilang-
kilang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Keadaan ini
sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan seterusnya taraf hidup
rakyat akan meningkat.

Pelaburan negara kita semakin meningkat khususnya dalam sektor industri. Keadaan ini
akan menyebabkan ekonomi negara berkembang maju. Keadaan ini akan menyebabkan
banyak pembangunan negara dapat ditingkatkan untuk kesejahteraan rakyat seperti dalam
bidang pendidikan dan kesihatan.

Hasil hubungan luar itu juga menyebabkan berlakunya pertukaran teknologi dengan
negara maju seperti Jepun. Pertukaran teknologi ini akan meningkatkan lagi penyelidikan
dan pembangunan (R&D) dan melahirkan idea-idea bertaraf antarabangsa seperti
penggunaan jentera moden untuk pertanian.

Hubungan baik dengan negara luar juga memberikan impak yang baik dalam sektor
pelancongan kerana negara luar yakin dengan keselamatan negara kita. Negara luar juga
membenarkan negara kita untuk membuat promosi pelancongan di negara-negara mereka
contohnya Matta Fair. Kesan kemasukan pelancong asing menambahkan perkhidmatan
seperti perhotelan dan pengangkutan.

Negara kita juga mendapat kerjasama kepakaran dari negara-negara luar . Misalnya
peristiwa kehilangan misteri kapal terbang Mas MH370 yang telah hilang dari radar telah
mendapat perhatian banyak pihak. Negara Australia telah menghulurkan bantuan dari
aspek kepakaran untuk mengesan kehilangan pesawat tersebut dengan menghantar kapal
selam mereka untuk mengesan bangkai pesawat di dasar laut.

Kesan hubungan luar tersebut juga menyebabkan negara kita dapat mengatasi masalah
kemelesetan ekonomi negara pada tahun 1997. Negara kita telah dapat mengatasi
ketidakstabilan nilai mata wang negara dengan mengapungkan nilai mata wang. Apungan
ini dapat dilakukan dengan kerjasama negara-negara luar.

Penubuhan FELDA yang ada pada hari ini juga adalah bukti kejayaan negara kita hasil
hubungan dengan negara luar. Kita telah meminjam dana dari Bank Dunia dan hasilnya hari
ini Felda menjadi pemangkin ekonomi negara.

11
Hubungan dengan luar juga dapat meningkatkan keselamatan dan mengukuhkan
pertahanan negara. Misalnya penglibatan negara kita dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB). Hubungan ini menjadi jaminan keselamatan kepada negara kita sekiranya
negara diancam oleh mana-mana negara luar. Keadaan ini akan memberikan keselesaan
dan kemakmuran kepada rakyat

8.Sumbangan Malaysia di pentas dunia dalam mengekalkan kesejahteraan dunia.

Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam


(OIC). Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agong OIC yang pertama.
Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan krisis peperangan Iran Iraq. Selain
itu Malaysia juga telah memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan
semula tanah air mereka yang diceroboh oleh Israel.

Malaysia juga telah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan
2003. Manakala pada tahun 2002 Malaysia menganjurkan Persidangan Luar Biasa Menteri-
Menteri Luar OIC untuk menetang pengganas dalam kalangan negara Islam.

Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan wang dinar emas dalam kalangan
negara- negara Islam. Hal ini bertujuan untuk melicinkan urusan perdangangan an
melancarkan urusan perdagangan dan melancarkan kegiatan ekonomi yang lain.

Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah membantu


menyelesaikan konflik antarabangsa dengan menyertai pasukan pendamai ke Congo untuk
menamatkan perang saudara. Selain itu, Malaysia juga telah mewakili pasukan keamanan
PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan. Tidak ketinggalan Malaysia juga
telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq serta menghantar pasukan
pangaman ke Bosnia.

Dalam usaha uuk untntuk memerangi penyalahgunaan dadah, telah membuat usul d
PBB. hasil daripada usul Malaysia,satu persidangan antarabangsa teah diadakan diVienna.
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.

Idea penubuhan Negara Negara Selatan adalah lahir daripada Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad semasa sidang kemuncak NAM di Zimbabwe
pada tahun 1987.Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada
tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada
tahun 1990.

Dalam Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) Malaysia telah mengemukakan


cadangan bagi menghapuskan Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 2003,Malaysia
telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke 13.Dalam sidang
kemuncak tersebut dua negara anggota baru telah barjaya didaftarkan iaitu Timur Leste dan
Pulau Cataelina. Sidang kemuncak ini juga mencatatkan penyertaan tertinggi dengan
kehadiran 63 negara ahli.

Di peringkat serantau pula Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam Mensyuarat
Menteri Menteri ASEAN pada tahun 1971.Hasilnya Deklarasi Kuala Lumpur ditandantangani
oleh semua negara anggota yang sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai
Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

12
Malaysia telah mengemukakan idea dalam ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi yang melibatkan China,Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukakan
oleh Tun Dr Mahathir Mohammad dan dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur
(EAEC).Walaupun idea ini ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika
Syarikat,kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3.

Dalam bidang sosial, Malaysia telah bekerjasama dengan Pertubuhan Menteri -


Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) dengan pembinaan Pusat Serantau Sains dan
Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Selain itu,Malaysia juga bersama-sama
menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN dan mengadakan pertukaran rancanagn dengan
negara-negara ASEAN.

13
9.Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan
semua negara

Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua
negara yang pertama ialah perbezaan ideologi antara negara telah mewujudkan jurang
persefahaman yang berbeza.Contohnya perbezaan ideologi antara negara yang pro Barat
dengan ideologi komunis. Cabaran yang kedua adalah sukar mendapat persetujuan
bersama dalam menyelesaikan sesuatu isu. Contohnya masalah kemasukan pendatang
asing( PATI) ke negara kita yang sukar mendapat persetujuan bersama dari negara-negara
jiran bagi mencari jalan penyelesaian masalah ini. Cabaran ketiga yang dihadapi Malaysia
ialah keselamatan negara teruji dan digugat oleh kuasa luar. Sebagai contoh sejak
kebelakangan ini Malaysia diancam dengan pelbagai serangan luar yang mengugat
kedaulatan negara seperti pencerobohan pengganas Filipina ke Lahad Datu, Sabah . Selain
itu, cabaran yang keempat negara kita juga menghadapi masalah untuk mengekalkan
kemajuan dalam bidang ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia yang
menyebabkan negara tidak dapat bersaing dipasaran antarabangsa. Cabaran yang kelima
adalah campur tangan daripada negara maju. Situasi ini akan memberi kesan kepada
negara kita apabila kuasa luar seperti Amerika Syarikat campurtangan dalam pentadbiran
negara. Cabaran yang keenam ialah berlakunya kegiatan jenayah yang merentasi
sempadan. Sebagai contoh penyalahgunaan dadah. Para pengedar dadah antarabangsa
menjadikan Malaysia sebagai negara transit serta ada dikalangan rakyat negara ini yang
menjadi orang upahan atau keldai dadah. Cabaran yang ketujuh adalah mengekalkan hak
kedaulatan negara. Sebagai contoh isu persempadanan atau tuntutan bertindih antara
Malaysia dan Singapura terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh dan tuntutan Kepulauan
Spartly yang menjadi rebutan dengan China, Filipina, Brunei dan Indonesia. Cabaran yang
terakhir ialah berlakunya kegiatan pemerdagangan manusia di sempadan negara kita.
Sebagai contoh pada tahun 2015 telah terbongkar kegiatan haram pemerdagangan
manusia yang berleluasa di pintu sempadan utama negara di Wang Klian, Perlis dan Bukit
Kayu Hitam , Kedah apabila terjumpanya perkuburan besar melibatkan mangsa kegiatan
perdagangan manusia dari negara Myanmar.

14
10. BAGAIMANAKAH/ CARA DASAR LUAR NEGARA DAPAT MEMBANTU
MENGELAKKAN KONFLIK ANTARABANGSA/ ANTARA NEGARA

Dasar luar negera dapat mengelakkan konflik antara negara/ antarabangsa ialah
dengan tidak mencampuri urusan negara lain, contohnya dalam masalah konflik politik di
Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Negara kita hanya menjadi perantara dan penasihat
untuk mendamaikan kedua-dua pihak tersebut. Selain itu,menjaga hubungan baik dengan
negara lain. Contohnya masalah pendatang haram tanpa izin, kita berbincang secara
bersemuka tentang masalah yang timbul di antara kedua-dua negara dan mencari
penyelesaian bersama. Negara kita juga haruslah mengutamakan keamanan dan
kesejahteraan serta mengelakkan perlumbaan senjata dengan negara maju, contohnya
kita menggunakan landasan yang betul dengan membawa isu Pulau Batu Putih ke
Mahkamah Antarabangsa dan tidak bersaing membeli senjata dengan negera Singapura.
Bagi mengelakkan konflik juga, negara kita juga perlu prihatin dengan masalah yang
dihadapi negera lain contohnya memberi bantuan perlindungan kepada pelarian Vietnam
dan perlarian Rohingya dari Myammar. (5 markah)

Di samping itu, negara kita telah mengamalkan Dasar Berkecuali yang tidak
memihak kepada mana mana blok kapitalis dan komunis. Negara juga perlu
meningkatkan hubungan dua hala dengan negara lain dalam pelbagai bidang. Dalam
kalangan negara ASEAN ZOPFAN telah dibentuk untuk mengelakkan konflik antara
serantau dan antarabangsa. Selain itu, negara kita juga mengadakan hubungan
perdagangan dengan negara lain contohnya, Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. Selain
itu, negara kita juga boleh memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang
memerlukan bagi menghadapi konflik, seperti konflik politik di Negara Palestin dan Syria.
Negara kita juga boleh mengelakkan konflik menerusi usaha sama dan kerjasama
dalam pelbagai bidang contohnya pelaksanaan Sistem Pengharmonian Global.

(10 markah)

15
11 Cara Malaysia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar.

Cara Malaysia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar ialah
terdiri daripada beberapa perkara. Yang pertama ialah penggubalan dasar luar Malaysia
sejarak mencapai kemerdekaan. Berdasarkan faktor sejarah, negara kita telah berabad
lamanya menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, Arab, Siam dan
Kepulauan Melayu. Oleh itu, negara kita mudah menjalankan kerjasama ekonomi.

Selain itu, atas faktor geografi, negara kita juga mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan negara jiran di Asia Tenggara kerana kita berkongsi sempadan dengan kebanyakan
Negara-negara Asean iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina. Oleh itu,
kita dapat mengawal keselamatan di perairan kita yang menjadi laluan kapal dagang dunia.
Hal ini dapat menjamin keselamatan negara dan membina semangat setia kawan.

Apabila melihat faktor ekonomi, kita mengamalkan pasaran bebas. Oleh yang
demikian, hubungan yang baik dengan beberapa buah negara gergasi ekonomi dunia
seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun, dan China dapat menggalakkan kemasukan
pelaburan dan modal asing, meningkatkan produktiviti serta pasaran barangan keluaran
Negara seterusnya dapat memajukan ekonomi negara. Selain itu, kita dapat meningkatkan
peluang pekerjaan kepada penduduk selari dengan perkembangan pesat sektor industri.

Berbaik-baik dengan Negara Jepun dan Korea Selatan melalui Dasar Pandang Ke
Timur dapat membantu pertukaran teknologi dan kepakaran terutamanya yang berkembang
pesat sejak tahun 1980-an lagi. Ini dapat benbantu memajukan negara kita dan budaya
kerja yang baik mengikut cara orang timur. Selain itu dapat meningkatkan kerjasama sains
dan teknologi.

Dari sudut politik, kita juga mengamalkan dasar Pro-Barat yang yang anti komunis
serta dasar berbaik-baik dengan semua pihak. Dasar luar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman bukan sahaja untuk kebaikan politik Malaysia, malah merangkumi faktor ekonomi
dan social juga. Ini terbukti selepas merdeka negara kita menyertai Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Negara-negara Bekas Tanah Jajahan British
(Komanwel). Dengan hal yang demikian, negara kita mudah mendapat bantuan dan

16
pertolongan jika perlu, dan menjalin kerjasama ekonomi. Selain itu, dapat mengukuhkan lagi
pertahanan negara terutamanya selepas pasca kemerdekaan yang memerlukan bantuan
ketenteraan dari Negara-negara komanwel.

Faktor demografi pula kita menjalinkan hubungan diplomati yang baik dengan
Negara-negara Islam sejajar dengan penduduk Malaysia yang majoriti beragama Islam.
Oleh itu, Malaysia dapat bersuara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dapat
menunjukkan sikap komited terhadap isu penindasan Israel terhadap rakyat Palestin. Selain
itu, Malaysia juga dapat menunnjukkan amalan konsep perpaduan terhadap hak asasi
manusia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar tersebut
dihapuskan. Sekarang ini hanya tinggal Israel kita tidak membuat sebarang kerjasama
demokratik.

Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang
tidak mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain.
Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan
meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita amalkan sekarang.

17
Dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam
semua aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan global seperti
ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara.

12. Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah cara untuk mengekalkan hubungan yang
baik dengan negara luar?

Sebagai seorang pemimpin, cara-cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan


negara serantau adalah dengan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira
ideologi dan menghormati kedaulatan negara-negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan
lain-lain negara lagi.
Kita juga tidak harus mencampuri urusan hal ehwal dalam negara lain,
sebaliknya kita harus menghormati kepelbagaian agama dan pengamalan demokrasi di
negara-negara tersebut seperti membantu menyelesaikan konflik secara rundingan krisis di
selatan Thailand dan selatan Filipina.
Dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau, kita juga boleh
mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan sikap toleransi.
Contohnya isu pembantu rumah dengan negara Indonesia.
Selain itu, sebagai pemimpin juga, kita harus mengutamakan keamanan dan
keharmonian negara-negara serantau dengan cara berpegang teguh kepada Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengelakkan persaingan senjata antara
negara serantau.
Kita mestilah menghormati hak asasi manusia. Contohnya dengan membantu
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dan prihatin terhadap isu-isu
kemanusiaan seperti pelaksanaan demokrasi dan krisis kemanusiaan di Rohingya,
Myanmar (Burma).
Sikap penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin untuk mengekalkan
hubungan baik dengan negara serantau adalah rasional dan berfikiran dinamik. Melalui
sikap ini, negara akan terus maju dan dapat bersaing seiringan dengan negara-negara maju
yang lain dalam pelbagai bidang. Kesannya negara akan stabil dan rakyat hidup aman dan
harmoni.

18
SOALAN 13: Faktor dasar luar Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran
masa.

Faktor dasar luar Negara Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada faktor
politik. Pucuk pimpinan Negara yang berubah mengikut perubahan Perdana Menteri
bermula daripada Tunku Abdul Rahman hingga Perdana Menteri sekarang, Dato Seri Najib
Razak. Contohnya dasar luar Malaysia daripada pro Barat semasa Tunku Abdul Rahman
berubah kepada dasar berkecuali ,iaitu dasar berbaik-baik dengan semua Negara semasa
Tun Abdul Razak disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan politik di Vietnam
yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.

Faktor politik lain keselamatan Negara. Keselamatan Negara Malaysia pernah


tergugat kerana ancaman komunis kesan perkembangan Parti Komunis Malaya. Oleh itu,
Malaysia melaksanakan dasar pro Barat bagi mendapat bantuan pertahanan daripada
Negara-negara Komanwel, iaitu Britian, Australia dan New Zealand.

Dasar luar Malaysia sentiasa berubah dalam usaha memelihara hubungan dengan
Negara jiran terutama dalam menangani krisis dengan Negara jiran. Contohnya peristiwa
konfrontasi dengan Indonesia dan Malaysia pernah terputus hubungan dengan Negara
Filipina kesan pembentukan Malaysia. Akhirnya diselesaikan melalui penubuhan
MAPHILINDO dan ASA.

Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia. Malaysia
mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua Negara atas kepentingan ekonomi
Negara, contohnya perkembangan perdagangan dan pelaburan. Contohnya Malaysia
mengadakan hubungan ekonomi dengan Negara-negara ASEAN.

Selain itu, Tun Dr Mahathir juga turut memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Ini
sebagai satu uasaha untuk menarik pelabur dari Negara berkenan.

19
14. Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?

Jika dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita. Misalnya,
eksport negara akan berkurangan. Ini adalah kerana secara hubungan dengan negara
lain akan terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan ini menyebabkan
pendapatan negara merosot.

Kita juga akan menghadapi masalah kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan
pelabur luar yang terhad akan menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan
taraf hidup rakyat merosot. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan terjejas dan
mempengaruhi pembangunan negara Malaysia. Imej negara juga akan terjejas di mata
dunia..

Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang
tidak mantap akan mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain.
Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan
meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita amalkan sekarang.

Dasar luar yang tidak mantap juga akan membataskan kerjasama antara negara dalam
semua aspek terutamanya keselamatan. Usaha menangani keganasan global seperti
ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya kerjasama antara negara.

20
15. Cara dasar luar Negara dapat memantapkan perpaduan masyarakat

antarabangsa.

Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa.


Perkara ini berlaku kerana masyarakat Negara kita amat kukuh mengamalkan semangat
tolong menolong dengan negara luar tanpa mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan
juga sempadan politik.

Perpaduan ini jelas terbukti ketika bencana alam yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan
gempa bumi di Jepun. Negara kita telah menghantar bantuan perubatan, bantuan
kewangan, bantuan menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada
semua mangsa.

Dasar luar Malaysia juga mengutamakan perpaduan, Ini dibuktikan Malaysia pernah menjadi
perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.

Disamping itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan
peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula
tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas- lunas yang terkandung dalam piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) sehingga hari ini.

Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa dapat


dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia melalui
keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang
menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan perundingan
dan perbincangan secara aman.

Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita
dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga
Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari
negara-negara lain.

Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.

21
16.Nilai kejayaan/ keberkesanan dasar luar negara

Dasar luar negara yang diamalkan mampu menarik minat pelancong justeru
pertukaran wang asing semakin meningkat dan mampu menjana ekonomi negara. Selain
iitu, dasar berbaik-baik dengan negara luar termasuk negara yang mengamalkan ideologi
komunis seperti republik. China dapat membangunkan ekonomi negara dengan baik.
Barangan keluaran negara dapat dipasarkan ke negara barat dan negara Republik China.
Hal ini mampu meningkatkan pendapatan negara.

Dasar berbaik-baik dengan dengan semua negara termasuk negara-negara Islam


seperti OIC mampu meningkatkan pasaran barangan tempatan ke negara-negara arab.
Selain itu, Malaysia juga mendapat keistimewaan di negara-negara Arab seperti urusan
jemaah haji ke Mekah.

Dasar luar Malaysia juga mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali
menyebabkan Malaysia dihormati oleh negara luar justeru dapat mengekalkan
kedaulatannya, perpaduan negara dapat diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar
Pandang ke Timur, Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati
masa, rajin dan berintegriti yang tinggi dalam kehidupan.

Antara kejayaan Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara luar, Malaysia
dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan
ke Negara barat dan ke Negara Asia dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton
Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke negara Republik China. Dengan ini,
pendapatan Negara akan meningkat.

Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan
dalam bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam
Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi peluang kepada semua pelajar Islam di
dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu,
pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria dapat meneruskan pengajian
mereka untuk menuntut imu.

22
17. Dasar luar negara yang diamalkan sejak dahulu hingga kini berjaya meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar.

Dasar luar negara yang diamalkan Malaysia adalah konsisten, berprinsip dan
pragmatik. Selagi Malaysia tidak berdiam diri dan terus berperanan ketara, dasar luar
Malaysia mampu memberi kejayaan dan kebaikan kepada negara seterusnya menjadikan
negara dihormati di negara luar. Malaysia merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang mementingkan
hubungan baik antara negara-negara luar.

Situasi ini membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang
anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini juga membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah negara
yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.

Hasil daripada mengambil sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Pada tahun 1989, Malaysia
terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia
mencapai kemerdekaan.

Malaysia dalam dasar luarnya telah mengambil bahagian di dalam pelbagai isu
rantau dan antarabangsa. Apa juga yang menyentuh soal kemanusiaan dan keadilan
sejagat Malaysia tidak sunyi menyuarakan pandangan dan perspektifnya. Pada tahun
1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-
pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta
menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Malaysia sebagai sebuah negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik
dan kaum menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan
sesama kaum. Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-
amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan dengan Afrika
Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara tersebut. Malaysia juga
mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia. Situasi ini
membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam negara dan seterusnya
merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.

(10 markah)

23
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan
hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat
Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan
keputusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga berhubung kait dengan soal
tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran.

Kesimpulannya dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan


dunia terhasil kesan daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan negara luar
sehingga menjadikan negara Malaysia dihormati dan disegani oleh negara luar. Malahan
situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil daripada sumbangan-
sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.

(15 markah)

24
18. Kewajaran jalinan hubungan baik dengan negara luar

Malaysia wajar menjalin hubungan baik dengan negara luar untuk mengekalkan
kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan
rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira
ideologi. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh
hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.
Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk
mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi negara
anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui konsep zon
aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diperkenalkan. Aktiviti perdagangan dua hala
juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan
negara lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota
ASEAN.
Dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar Malaysia dapat
membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke
Negara barat dan ke Negara Asia dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton
Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke negara Republik China. Dengan ini,
pendapatan Negara akan meningkat.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga menjadikan Malaysia mudah
dikunjungi ramai pelancong. Hal ini mendorong pertukaran mata wang asing semakin
meningkat, Seterusnya dapat menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan
Malaysia dalam ASEAN, Malaysia telah memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada
seluruh negara di Asia Tenggara. Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan juga turut
meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Melalui hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat menarik pelabur-
pelabur asing datang ke negara kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing,
ekonomi negara akan berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga
kerja dari luar yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti
pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik
dengan negara lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Selain itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan
dalam bidang sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia
dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi peluang kepada semua pelajar Islam di
dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu,

25
pelajar di negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria dapat meneruskan pengajian
mereka untuk menuntut imu.
Menjalinkan hubungan yang baik dengan Negara luar juga penting untuk kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat dengan negara-negara maju
memudahkan pemindahan teknologi moden ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang
teknologi diperlukan contohnya dalam pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun. Oleh
itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi dengan negara lain
telah membantu memajukan negara Malaysia.
Hubungan yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan
keamanan dunia. Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Contohnya dengan menyertai
pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu
memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan sejagat.
Disamping itu juga, hubungan yang baik dengan Negara luar telah berjaya
mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat
yang saling menyayangi, menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak
prasangka buruk dalam kalangan semua negara. Contohnya, masyararakat antarabangsa
bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan
Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara lain ternyata mampu
menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai aktiviti sukan.

26
19. Faktor keadaan dunia yang masih tidak aman walaupun sudah terjalin

hubungan dengan negara luar

Keadaan dunia yang masih tidak aman walaupun sudah terjalin hubungan dengan
negara luar ialah wujudnya gabungan negara-negara seperti negara kapitalis dan negara
komunis Perlumbaan senjata dalam kalangan negara-negara tertentu di dunia juga telah
menimbulkan keadaan tidak aman . Pembinaan senjata nuklear oleh Korea Utara dan Iran
bukan saja menggugat keselamatan negara-negara maju bahkan negara jiran.

Selain itu ,terdapat juga fahaman yang berbeza walaupun dalam satu pertubuhan
seperti OIC. Walaupun menjalinkan hubungan diplomatic yang baik dalam kalangan anggota
tetapi masih berlaku peperangan contohnya antara Syiria dengan Turki akibat fahaman yang
berbeza seperti Syiah dan Sunni.

Negara-negara maju yang masih membuli atau menguasai negara-negara


membangun darisegi ekonomi telah mewujudkan jurang hubungan yang lebih besar.
Contohnya negara-negara berkuasa besar dunia telah memanipulasi harga mintyak dunia
menyebabkan negara-negara kurang maju mengalami ketidaktentuan ekonomi.

Kesan daripada kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan


matawang telah memberi kesan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia,
Indonesia dan lain-lain.

27
20. LANGKAH MENGATASI CABARAN DALAM MEWUJUDKAN HUBUNGAN
BAIK DENGAN NEGARA JIRAN

Dalam usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut, Malaysia telah mengambil


beberapa langkah yang bersesuaian. Antaranya ialah mengadakan perundingan peringkat
menteri contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN .Dalam masyuarat tersebut
beberapa isu yang boleh mengggugat kerjasama akan dibincang dan diselesaikan.

Penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama


berkaitan sempadan yang bertindih.Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Ma;aysia
dengan Singapura dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia

Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan , kerjasama antara pasukan


keselamatan negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan
APPM,UPP dan ESCOM.Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang kemasukan barang
terlarang seperti senjata api,dadah,mercun.,dan lain lagi.

Latihan ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan


tertera negara jiran akan dapat menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara
jran.Contohnya latihan Malindo antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand
mengeratkan lagi hubungan kita dengan Thailand.

Dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara jiran, Malaysia telah
menghulur bantuan yang diperlukan oleh negara jiran apabila berlaku bencana
alam.Contohnya Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Indonesia dan
Filipina apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.Selain itu, kita juga
menghantar pasukan bomba untuk memadam kebakaran di Indonesia.

Malaysia juga telah menghulur bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara
ASEAN yang lain untuk membantu mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi Selain itu menyediakan peluang pelajaran kepada pelajar dari negara jiran untuk
belajar di negara ini.

Mengenai pelarian Rohingya negara kira terlah bekerjasama dengan PBB iaitu
menyediakan tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan
kemudahan perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut

28
Saling menghormati ideologi dan meningkatkan kerjasama dalam perbagai bidang
supaya hubungan dua hala supaya ideology yang berbeza tidak menjadi penghalang.

Malaysia perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara dan


mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah. Selain itu, Malaysia perlu
mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara negara lain agar masalah ini
dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala.

29
21. Cipta/ rancang dasar luar negara Malaysia mengikut keadaan masa kini

atau

Hala tuju dasar luar negara Malaysia pada masa hadapan

Dasar luar masa kini seharusnya mengekalkan dasar berkecuali supaya dunia
aman tanpa persaingan pengaruh yang boleh membawa kepada peperangan. Selain
daripada itu, ia dapat mengekalkan kedaulatan negara. Dasar berbaik-baik dengan semua
negara juga harus dikekalkan tanpa mengira blok Barat atau blok Timur. Selain itu, negara
harus mengukuhkan hubungan serantau seperti ASEAN. Kerjasama yang erat dengan
negara anggota PBB, OIC, NAM dan Komanwel. Sebagai contohnya menjadi Ahli dalam
Majlis Keselamatan PBB.
Dasar luar negara kita harus meneruskan Dasar Pandang ke Timur dengan
menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Dasar
ini mampu memupuk nilai kerja keras dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
dapat diperkukuhkan lagi. Di samping itu juga, para pemimpin negara harus menggunakan
pendekatan diplomasi dalam tuntutan sempadan yang bertindih seperti tuntutan ke atas
Pulau Batu Putih.
Kerjasama berbentuk diplomatik penting dalam menarik pelaburan asing ke dalam
negara kita demi memajukan negara. Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya
dengan mengambil kira kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan,
pelaburan dan pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan
modal dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Kita harus
meneruskan pelaburan dengan negara China kerana ia menguntungkan kedua-dua belah
pihak.
Dalam dasar luar negara masa kini dan akan datang, kita perlu berperanan aktif
dalam OIC supaya dapat mempertahankan kesucian Islam dan menjadi medan untuk
menyuarakan kepentingan umat Islam sedunia. Negara kita juga perlu mengurangkan
pergantungan perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat dan Britain.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni,
Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan
pertikaian secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib
rakyat Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan bersuara
untuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.

30
SOALAN 22:
CARA MALAYSIA DAPAT MENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN DUNIA.

Antara sumbangan Malaysia dalam menyumbang kepada kesejahteraan dunia


adalah dalam penglibatan pakatan ketenteraan di peringkat antarabangsa. Antara usaha
dan penglibatan dalam bidang ketenteraan adalah dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) melalui Angkatan Tentera Malysia. Menteri Pertahanan.
Mengambil contoh penyertaan ATM dalam misi Pasukan Bantuan Keselamatan
Antarabangsa (Malcon ISAF) di Afghanistan, pasukan tersebut kini mendapat permintaan
PBB untuk terus berada di negara tersebut terutama dalam memperbesarkan kemudahan
perubatan tahap dua. Perkara itu berikutan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang
menyediakan doktor dan pembantu perubatan wanita di negara bergolak tersebut
khususnya di kawasan Bamiyan. Pasukan itu juga berjaya mencatat rekod apabila kadar
kematian bayi dan wanita bersalin berada pada tahap sifar. Kita sudah menerima surat
pujian daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik
Utara (NATO) dan mereka mahu kita memperbesarkan kemudahan perubatan. Begitu juga
dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengiringi kapal-kapal dagang di Teluk
Aden, Somalia. Sejak operasi dan lanun-lanun Somalia ditahan, tiada sebuah pun kapal-
kapal dagang Malaysia diserang lanun. Ini menjadi ikutan tentera-tentera asing. (10
Markah)

Seterusnya pula penglibatan Malaysia dalam pertubuhan negara-negara


Komonwel. Kepentingan sosial yang melibatkan Sukan Komanwel bagi memupuk
hubungan persahabatan antara anggota. Pemberian biasiswa yang melibatkan pelajar
miskin untuk belajar di universiti negara-negara anggota. Kepentingan Pertahanan juga
penting kerana ketika itu Malaysia sedang menghadapi masalah dengan Indonesia.
Perjanjian Pertahanan telah dibuat antara Malaysia, Britain, Australia, New Zealand dan
Singapura yang menyaksikan semua negara terbabit bebas membuat keputusan untuk
membantu atau tidak jika sesebuah negara anggota diancam oleh kuasa lain. Kepentingan
ekonomi juga jelas kerana Rancangan Colombo menyaksikan negara-negara maju
membantu memajukan negara-negara anggota yang miskin. Begitu juga penubuhan
Pertubuhan Blok Sterling yang menjadi tabung bagi negara-negara anggota untuk
mengasaskan nilai mata wang mereka dengan mata wang British. Peranan Malaysia dalam
Komanwel? Memang banyak. Antaranya menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM). Malaysia juga aktif menimbulkan isu-isu antarabangsa
seperti Isu alam sekitar melalui Deklarasi Langkawi, hak-hak asasi manusia dan
penentangan dasar Apartheid. (15 Markah)

31
Selain bantuan yang di hulurkan oleh pihak kerajaan, pihak NGO Malaysia juga
menyumbang bakti di peringkat antarabangsa. Contohnya, sukarelawan HALUAN
melalui Biro Misi Kemanusiaan (BMK) telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bantuan
kemanusiaan dan kebajikan di Palestin, Syria, Somalia, Turki, China, Pakistan, Indonesia,
Myanmar dan Kemboja yang telah ditimpa musibah bencana alam atau dilanda kancah
peperangan. Kebanyakan aktiviti kemanusiaan HALUAN dalam negara mahupun luar
negara digerakkan melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan
kemanusiaan antarabangsa dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Selain itu, Persatuan
Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah
organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan
pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam
situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY
Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada
organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk
memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar
negara. Pada tahun 2010, MERCY Malaysia bekerjasama dengan Merlin UK untuk
menghantar bantuan dalam Haiti. Mereka juga bertindak balas secara langsung dalam fasa
kecemasan kepada gempa bumi di Chile di samping banjir di Pakistan. Pada tahun 2011,
MERCY Malaysia menghantar pasukan ke Somalia , gempa bumi melanda Turki dan juga
untuk membantu mereka yang telah terjejas oleh banjir di Thailand. Pada tahun 2012, Mercy
Malaysia telah menghantar pasukan ke Rakhine , Myanmar , di mana mereka diedarkan
barangan (bukan makanan) dan klinik bergerak ditubuhkan untuk membantu mereka yang
terjejas, di samping menghantar bantuan kepada Mindanao, Filipina untuk bertindak balas
terhadap mereka yang terjejas oleh Ribut Tropika Washi dan Taufan Bopha. Mereka juga
telah menghantar pasukan penilaian mereka untuk membantu pelarian Syria di sana.
(20 Markah)

32
23.: USAHA-USAHA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN NEGARA

LUAR.

Baru baru ini, Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung
kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisi
negara jiran tersebut di Malaysia. Ternyata Perkongsian Budaya antara Negara dapat
dihubungkan. Pulau Pinang sememangnya giat berusaha dalam mempromosikan aktiviti-
aktviti yang berkaitan dengan kebudayaan. Program kebudayaan menjadi komponen
penting dalam mengeratkan hubungan antara rakyat negara-negara jiran melalui
perkongsian budaya.

Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa


memang tidak dapat dinafikan dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Antara
pertandingan sukan yang diadakan ialah Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan
Olimpik. Ibu negara kita, Kuala Lumpur, telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah
Sukan Komanwel 1998 ternyata menunjukkan bahawa Malaysia boleh berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan Negara berprestij lain. Tuntasnya, penyertaan pelbagai negara
dalam pertandingan sukan dapat mewujudkan suatu jaringan komunikasi yang baik
merentas sempadan.

Malaysia boleh mengembleng tenaga dengan negara luar yang mempunyai teknologi
lebih canggih dalam sistem pertahanan mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan
benteng pertahanan negara. Secara tidak langsung kerjasama dalam meningkatkan
pertahanan negara dapat dicapai. Misalnya, penguatkuasaan Maritim Negara telah
berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL)
yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim
di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. Jenis-jenis jenayah di kawasan
ini adalah penahanan tebusan, rompakan, penyeludupan dadah, senjata dan
pemerdagangan orang, PATI, dan kecurian khazanah laut.

Selain itu, negara kita melakukan pemindahan teknologi dalam kerjasama ekonomi
dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.
Contohnya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun
dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Kerjasama ini menyebabkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi
pembuatan kereta daripada negara maju berkenaan. Keadaan ini membolehkan
perkembangan inovasi serta penciptaan teknologi baru oleh syarikat tempatan di
samping meningkatkan hubungan diplomatik antara negara melalui kerjasama ekonomi.

33
Sehubungan dengan itu, usaha dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara
luar, kita juga boleh mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan
sikap toleransi contoh isu pembantu rumah dengan negara Indonesia. Selain itu sebagai
pemimpin juga, kita harus mengutamakan keamanan dan keharmonian negara-negara
serantau dengan cara berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dan mengelakkan persaingan senjata antara negara serantau.

Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian Free Trade
Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas) di antara negara-negara terbabit. Contohnya
Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan
mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun.
Jepun menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi
Perdana Menteri Malaysia.

Hubungan baik dengan negara luar juga membolehkan wujudnya perdagangan


dua hala antara negara. Contohnya, Malaysia menjalankan hubungan serantau dengan
Singapura dan Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan perdagangan antara dua
negara tersebut. Maka akan membawa keuntungan dari segi ekonomi antara dua pihak.

(10 Markah)

34
24. PERUBAHAN EKONOMI GLOBAL MEMPENGARUHI DASAR LUAR NEGARA.

Kejatuhan ekonomi global telah mempengaruhi Dasar Luar Negara Malaysia


antaranya ialah kejatuhan harga minyak dunia. Kejatuhan harga minyak dunia telah
menyebabkan Malaysia menjalin hubungan dagangan yang lebih fleksibel dengan
Negara-negara Barat.

Malaysia masih memberi tumpuan kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah
dan getah menyebabkan pelabur Britain masih menguasai peratus besar dalam
ekonomi Malaysia. Malaysia mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian
perdagangan dengan Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , Singapura
dan Jerman bagi memgurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari
pasaran baru.

Perubahan dasar luar Malaysia yang menekankan kepentingan ekonomi juga telah
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara membangun dan Negara Islam.
Hal ini bertujuan meningkatkan pasaran barangan Malaysia serta mengadakan
pelaburan di negara berkenaan. Selaras dengan perubahan tersebut, Malaysia
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara Afrika, Amerika Selatan
,Carribean dan Pasifik Selatan. Malaysia telah menandatangani perjanjian dua hala
yang menguntungkan kedua dua belah pihak.

Malaysia menjalin hubungan baik dengan Negara Asean bagi meningkatkan


kemajuan Negara. Malaysia menjalinkan kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan
melancarkan projek baja UREA. Projek tersebut mampu menjana ekonomi pertanian
dengan lebih baik. Malaysia berusaha mewujudkan kerjasama ekonomi antara
ASEAN dengan Negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan melalui EAEC
dan ASEAN + 3.

Malaysia juga telah menjalin hubungan baik dengan Negara-negara di Timur melalui
Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari Negara- Negara di timur
terutamanya Jepun dan Korea. Pada masa yang sama , Malaysia menjalin hubungan
baik dengan Negara- Negara sedang membangun dan juga Negara- Negara Dunia
Ketiga bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping
mengadakan pelaburan di Negara- Negara berkenaan.

35
25. PERUBAHAN POLITIK DUNIA MEMPENGARUHI DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar Malaysia dibentuk untuk memelihara dan mempertahankan kepentingan politik,
keselamatan dan ekonomi serta kepentingan utama yang lain. Dasar ini didorong ke arah
menggalakkan kewujudan persekitaran serantau dan antarabangsa yang harmoni yang
akan memberikan ruang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat negara tanpa
gangguan daripada ancaman luar.

Semenjak merdeka hingga kini, Malaysia masih meneruskan dasar luar negara yang bebas,
berprinsip dan pragmatik yang berlandaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan
kesamaan. Ia juga dibina atas rasa hormat terhadap kebebasan, kedaulatan, keutuhan
wilayah dan sikap tidak mencampuri urusan negara lain, penyelesaian masalah secara
aman, kewujudan bersama secara harmoni dan hubungan yang saling memanfaatkan.

Sejak kita mencapai kemerdekaan hingga kini, Malaysia tidak pernah mengasingkan diri
daripada masyarakat antarabangsa dan menunjukkan dasar luar yang aktif di peringkat
antarabangsa dan serantau. Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan yang
berkesan dalam sistem politik antarabangsa dan setiap tindakan yang diambil adalah berkait
rapat dengan dasar domestik negara, iaitu dasar mementingkan keamanan, kebebasan dan
semangat kerjasama dalam perhubungan antarabangsa.

Dalam zaman Tunku Abdul Rahman dari 19571969, dasar luar Malaysia berada di tahap
pengasasan dan pengembangan, di mana ianya didorong ke arah kelangsungan hidup
negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata
bersifatantikomunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan negara-negara
Komanwel.Ketika itu Malaysia berada dalam situasi dan kondisi politik domestik yang kurang
stabil . Kita juga menentang kuat dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.Dasar
yang membelakangan hak asasi manusia.

Era pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 19701976,di bawah kepimpinan
Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaanmendalam beliau mengendalikan hubungan
luar Malaysia mengikut arusperubahan. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC) dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah Negara Islam.
Beliau telah merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan hampir semua negaratanpa mengira ideologi.Era ini adalah
era Perang Dingin di antara Blok Barat dan Blok Komunis yang perlu ditangani dengan
bijaksana.

Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan Negara-


negara Berkecuali (Non-Alignment Movement) kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai
negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni
dan kebebasan.

Malaysia juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat
serantau dan membina hubungan danhubungan diplomatik dengan negara komunis.. Beliau
juga telah mengadakan penyelarasan dalam aspek politik, ekonomi, dan dasar pertahanan
bagi memenuhi tuntutan strategik negara.

Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn(19761981) dengan


ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negaraMalaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon
(kini Bandar Ho ChiMinh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara
dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam.Sidang Kemuncak ASEAN
yang pertama diadakan dan Malaysiamenandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama di Bali padatahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke atas
kebebasan,

36
kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. Dasar luar Malaysia
dalam tempoh ini menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-
mana negara. Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak
ke arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang berkonflik.

Perubahan yang lebih ketara terjadi apabila Tun Dr. MahathirMohammad mengambil alih
jawatan sebagai Perdana Menteri yangkeempat pada tahun 1981 (1981-2003). Selepas Era
Perang Dingin tamat pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan
ekonomi daripada sebelum ini.

Sebelum ini, dasar luar Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model, tetapi dalam era
Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai role-
model. Dasar Pandang ke Timur merupakan satu pembaharuan yang sangat nyata dalam
pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat .

Dasar luar Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah AhmadBadawi dari 2003-2009
disifatkan telah melalui proses evolusi yangdinamik. Beliau meneruskan kesinambungan
dasar luar Malaysiaera Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan
mengkonsolidasi dasar luar sedia ada dengan memperlihatkan respons pragmatik dalam
menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi.

Dalam era pemerintahan Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak, beliau menekankan dasar
luar yang lebih proaktif dan dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau,
terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga
menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) yang
mesra dengan negara jiran .

Satu-satunya pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysiaturut prihatin tentang
ketegangan dan konfl ik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik PalestinIsrael
yang terus menemui jalanbuntu. Sebagai menunjukkan keprihatinannya, Malaysia hanya
akan menimbangkan untuk memulakan hubungan dengan Israel apabilaperjanjian damai
yang menyeluruh antara Israel dengan rakyat Palestinberjaya dimuktamadkan.

Hubungan dua hala Malaysia-China telah menunjukkan peningkatanyang signifikan dalam


tempoh tiga dekad yang lalu. Hubungan diplomatikyang terjalin antara kedua-dua negara ini
bukan hanya dalam aspekkeselamatan dan kepentingan politik sahaja tetapi kini ianya
merangkumiaspek ekonomi, sosial dan sebagainya. Hubungan diplomatik yang lebih
formal ini telah wujud lebih 35 tahun yang lalu semasa zaman Tun RazakHussein dan
diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia selepasnyasehinggalah kepada Dato Seri Najib
Tun Razak.

Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubunganantara kuasa besar


dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika
Syarikat-Rusia dan China, Amerikadilihat sebagai pelindung kepada negara kecil Malaysia.
Hubungan antarakedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat.Terutamanya
dalam hal ini Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam beberapa aspek utama
seperti hubungan perdagangan dua hala, kerjasama ekonomi serantau (ASEAN, APEC,
WTO) serta usahasama ketenteraan dalam menangani isu keganasan samada di peringkat
serantau dan antarabangsa.

Namun sebagai sebuah dengan kecil Malaysia perlu bijaksana dan berhati hati dalam
hubungan antarabangsa di era politik global yang menggantikan era geopolitik dimana dunia
dikuasai oleh kuasa kuasa besar.Terkini Perdana Menteri Dato Seri Najib bin Tun Abdul

37
Razak menegaskan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan
khususunya melibatkan tuntutan bertindih di Laut China Selatan biarpun negara yang perlu
didepani merupakan kuasa besar dunia.Malaysia kekal dengan pendirian bahawa sebarang
isu tuntutan bertindih harus diselesaikan melalui meja perundingan dan semua negara
terlibat mesti mengelak daripada daripada terjerumus kke kancah peperrangan.

Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin danpendekatan dalam dasar


luar Malaysia tetapi objektif dan matlamatnegara tetap sama iaitu menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negarayang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi politik, dihormati oleh
semua masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan di arenaantarabangsa. Bagi
mencapai hasrat ini, Malaysia harus mempunyaidasar luar yang bukan sahaja dinamik,
tetapi juga berupaya mengubahcorak dan oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang
diterima olehKerajaan dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatanini
diharapkan Malaysia akan terus mengorak langkah menuju ke arahsebuah negara maju
menjelang tahun 2020.

38
26. Perubahan Pucuk Pimpinan Negara Mempengaruhi Dasar Luar Negara

Dasar luar mana-mana negara dipandu oleh apa yang dipanggil sebagai
kepentingan nasional mengikut persepsi kepimpinan tertinggi negara yang semestinya
dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam negeri dan luar negeri selaras berteraskan
kepentingan nasional mengikut persepsi pemimpin semasa terhadap persoalan
keselamatan, politik, ekonomi dan sosial bagi menjamin pembangunan dan kestabilan
politik.
Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setiap Perdana
Menteri mengasaskan dasar luarnya kepada kepentingan nasional yang bersaling-kait
kepada suasana dan persekitaran negara dan antarabangsa pada ketika itu. Ancaman
pengganas komunis dan keadaan keselamatan masih tidak menentu mendorong Tunku
Abdul Rahman untuk mengambil pendirian anti komunis dan pro barat. Perkara utama pada
kerajaan pimpinan beliau adalah menjamin keselamatan negara supaya usaha
membangunkan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama
dan budaya dapat di beri tumpuan

Selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 Tun Razak mengambil alih kepimpinan dan di
lantik Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1971. Beliau setelah memegang teraju
pemerintahan negara dan menyedari landskap politik rantau dan antarabangsa berdepan
dengan perubahan, maka beliau mengubah dasar luar dari anti komunis ke berkecuali dan
pro barat kepada non alignment barat . Pada tahun 1974, menjalin hubungan diplomatik
dengan negara China. Pendekatan itu menyelesaikan masalah sosial dan politik dalaman
serta ancaman keselamatan.

Tun Hussein meneruskan dasar-dasar luar yang ditinggalkan Tun Razak dan kerana
persekitaran politik dan rantau yang tidak menentu beliau membawa pendekatan dasar luar
berteraskan kesinambungan bagi mengelakkan dari ancaman keselamatan oleh kerana
penerusan perang dingin dan persaingan di antara negara kuasa-kuasa besar dan terus
menjadikan ASEAN sebagai tunggak utama kepada dasar luar Malaysia. Pada masa itu
termetrilah perjanjian TAC dan ZOPFAN.

Bila Dr Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau
meneruskan pendekatan dasar luar yang disandarkan kepada kepentingan nasional dan
pragmatisma tetapi orientasinya berubah kepada mengutamakan kepentingan ekonomi
untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu serta memiliki jati diri untuk berjaya
sebagai negara maju mengikut objektif yang di gariskan di bawah Wawasan 2020.

39
Tun Abdullah menerus dan menguruskan dasar luar yang di warisinya dari Dr.
Mahathir tetapi berbeza cara dan pendekatannya kerana karektar dan personaliti serta latar
belakang yang tidak sama. Abdullah mengambil pendekatan yang berteraskan kepada
kemesraan dan perundingan dan lebih intim dengan pemimpin dan negara-negara barat.
Justru itu hubungan bilateral dengan Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Britain
menjadi lebih kukuh dan akrab.

Apabila Dato Seri Najib Razak mengambil alih pimpinan negara dari Tun Abdullah
Badawi beliau memperkenalkan 1Malaysia dan program Transformasi Ekonomi dan Politik
melalui inisiatif-inisiatif dasar baru bagi membezakan dasarnya dari pimpinaan Abdullah.
Najib dalam dasar luarnya masih lagi bertunggakkan kepada mempertahankan kepentingan
nasional, walaupun beliau menegaskan dasar luarnya dilandaskan kepada prinsip
1Malaysia. Jelas sekali yang sandaran sebenar dasar luarnya adalah berteraskan kepada
tuntutan dasar domestik Hubungan dua hala Malaysia/UK kini bertambah mesra dan akrab
setelah PM Dato Seri Najib mengambil alih pemerintahan negara. Sememangnya hubungan
ini pada masa lalu berdepan dengan turun/naik bergantung kepada personaliti pemimpin,
isu dan lanskap politik serantau dan antarabangsa. secara pragmatis. Pasang surut di masa
lampau hubungan dua hala Malaysia/Britain kini menjadi sejarah.

Jelas sekali pendekatan PM Dato Seri Najib dalam dasar luar yang terus mesra dan
akrab dapat merapatkan lagi hubungan diplomatik dengan Britain dan juga Amerika Syarikat
yang bertemakan kepada prinsip 1Malaysia. Hubungan dengan Britain kini telah
dipertingkatkan dengan pertukaran lawatan di antara kedua-dua Perdana Menteri Malaysia
dan Britain. PM Dato Sei Najib baru-baru ini telah membuat lawatan rasmi ke Britain,
disusuli oleh Perdana Menteri Britain yang membuat lawatan balasnya ke Kuala Lumpur,
bagi menterjemahkan bukti jalinan baru di antara kedua-dua negara. Perlu di ingati lawatan
terakhir seorang Perdana Menteri Britain, John Major berlaku 25 tahun yang lalu.

Najib terus menjalin hubungan yang lebih mesra dengan negara-negara barat di
dalam aspirasinya untuk menjamin program transformasinya agar terus mendapat sokongan
bukan sahaja oleh pelabur domestik malahan dari luar negara. Perubahan dasar luar dapat
dirasai oleh masyarakat rantau dan antarabangsa. Jelas kini, hubungan dua hala Malaysia /
UK bertambah mesra dan akrab setelah Dato Sri Najib mengambil alih pemerintahan
negara.

40
SOALAN 27

Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa telah memberi faedah kepada


negara kita.

Bermula dengan penyertaan dalam PBB, Malaysia seterusnya memainkan peranan


penting dalam pertubuhan serantau , negara-negara Islam dan pertubuhan dunia. Malaysia
mendapat banyak faedah daripada penglibatan dalam pertubuhan-pertubuhan dunia seperti
menjamin keselamatan negara. Malaysia mengamalkan konsep ZOPFAN yang dipelopori
oleh negara-negara ASEAN untuk menjamin negara selamat daripada kancah peperangan
dan persaingan kuasa dunia. Malaysia tegas dengan sikap berkecuali dengan tidak
mencampuri urusan pentadbiran negara-negara lain. Dasar ini menyebabkan Malaysia
dihormati negara-negara luar.

Malaysia berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pemindahan


teknologi oleh Syarikat Lotus. Kerjasama ini membolehkan Malaysia meningkatkan mutu
pengeluaran automobil negara. Selain itu,nilai eksport bahan pertanian juga meningkat
melalui usaha R&D bagi menambah mutu bahan pertanian seperti eksport buah-buahan
tempatan ke Jepun. Malaysia juga mendapat faedah pemindahan teknologi makanan
sejuk beku daripada negara-negara luar. Industi ini semakin popular dalam kalangan rakyat
dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Malaysia juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing kerana kestabilan ekonomi


dan keramahan penduduknya. Hubungan erat dengan negara ASEAN membolehkan
Malaysia menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan mempelbagaikan acara-
acara menarik pelancong. Kemasukan pelancong asing menjadi salah satu sumber
pendapatan negara yang penting.

Penglibatan Malaysia sebagai anggota Majlis Olimpik Antarabangsa membolehkan


negara menghantar atlet-atlet ke peringkat antarabangsa. Malaysia telah berjaya melalui
penyertan atlet-atlet negara dalam Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.

Dalam aspek pendidikan global, nama Malaysia menjadi sebutan pelajar-pelajar


asing sebagi salah satu hab pendidikan bertaraf dunia. Penglibatan Malaysia dalam OIC
membolehkan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa direalisasikan. Kerajaan
memberi komitmen yang besar untuk memajukan tahap pendidikan di negara ini.
Penubuhan kolej dan universiti swasta, memberi ruang yang besar kepada kemasukan
pelajar-pelajar asing. Keadaan ini secara tidak langsung telah meningkatkan persaingan
pembelajaran di peringkat global. Pelajar-pelajar Malaysia terdedah kepada transformasi
pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, negara juga mendapat manfaat kerana kemasukan
pelajar asing menyebabkan bertambahnya pertukaran wang asing.

28. Nilai murni dan iktibar.

41
Nilai yang saya peroleh daripada kajian ini ialah, Malaysia perlu mewujudkan dasar berbaik-
baik dengan semua negara di dunia agar kestabilan politik sentiasa terpelihara. Melalui
hubungan luar ini Malaysia akan memperoleh bantuan luar sekiranya dilanda musibah.
Contohnya, bantuan ketenteraan daripada Britain dan Australia ketika Malaysia berhadapan
dengan konfrontasi dan ancaman komunis.

Kita juga perlu menunjukkan pendirian yang tegas dalam menangani isu-isu antarabangsa
seperti isu pencerobohan Palestin, isu penentangan terhadap dasar apartheid oleh rejim
Afrika Selatan dan isu pergolakan politik di Timur Tengah.

Prinsip penyelesaian masalah secara rundingan yang diamalkan oleh pemimpin Malaysia
telah berjaya menaikkan imej negara yang bencikan peperangan seperti yang berlaku di
dunia pada masa kini. Keperihatinan pemimpin negara terhadap masalah global telah
meringankan beban masyarakat dunia yang ditimpa musibah, contohnya isu pelarian Syria
dan Rohingya.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita wajar menyokong usaha pemimpin
negara membanteras gerakan militan yang boleh menggugat keharmonian kehidupan rakyat
negara ini seperti ancaman militan Daesh, IS dan sebagainya.

Kebijaksanaan pemimpin negara dalam menggubal dasar luar sewajarnya diiktiraf oleh
rakyat negara ini kerana perubahan dasar luar dari semasa ke semasa ini telah berjaya
meningkatkan ekonomi, mengukuhkan kestabilan politik dan menarik ramai pelancong serta
pelabur asing sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai destinasi kunjungan mereka.

[ 10 markah ]

29. Rumusan/Penutup

42
Kesimpulannya, pengetahuan yang saya perolehi daripada kajian ini ialah pemimpin negara
kita telah mengambil langkah yang dinamik dalam merangka strategi penggubalan dasar
luar Malaysia bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara lain.
Malaysia turut mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara demi kepentingan
bersama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Prinsip penyelesaian masalah secara
rundingan dalam penggubalan dasar luar Malaysia telah menjadikan negara kita sentiasa
dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa. Diplomasi di antara Malaysia dengan
negara-negara luar telah berjaya meningkatkan pendapatan ekonomi negara melalui
kemasukan pelaburan asing dalam pelbagai bidang di negara ini.

Nilai murni yang saya perolehi melalui kajian ini ialah setiap warganegara Malaysia perlu
memupuk semangat kerjasama dan saling bantu membantu demi menjaga keamanan dan
kestabilan politik negara. Dasar luar yang mengutamakan prinsip-prinsip bertoleransi
dengan semua negara telah menjadikan rakyat Malaysia mudah diterima oleh masyarakat
antarabangsa. Rakyat Malaysia juga perlu menghormati prinsip dan kedaulatan negara-
negara lain demi mengekalkan keharmonian hidup pada masa hadapan.

Rakyat Malaysia perlu menyokong dasar luar Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin
negara ini agar kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Keperihatinan rakyat Malaysia
terhadap isu-isu antarabangsa seperti perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan
Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin
Afghanistan telah meningkatkan lagi imej negara di mata dunia. Rakyat Malaysia juga perlu
berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan negara agar dasar luar Malaysia
dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Harapan saya agar dasar luar Malaysia sentiasa diterima baik oleh negara-negara lain di
dunia dan mendatangkan manfaat kepada rakyat negara ini dalam bidang ekonomi dan
sosial. Melalui dasar berbaik-baik dengan semua negara di dunia, akan menjadikan negara
kita terus aman dan berdaulat pada masa hadapan. Saya juga berharap Malaysia akan
terus memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu antarabangsa melalui
rundingan demi keamanan sejagat. Saya juga berharap Malaysia terus menyuarakan isu
keamanan dunia melalui pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), NAM dan OIC.

[ 5 markah ]

43