Está en la página 1de 10

Struktur Jantung Manusia

1. Jantung manusia terletak di dalam rongga toraks, di belakang tulang


dada, dan di antara paru-paru kiri dan kanan.
2. Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon dan hujungnya adalah
condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita.
3. Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot
jantung (cardiac muscles) yang tebal dan kuat.
4. Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama.
5. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair bagi tujuan
untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di
sebelahnya.

Struktur terperinci jantung manusia.


1. Jantung bertindak sebagai satu pam berotot.
2. Dinding jantung dibentuk daripada otot kardium yang mengecut sendiri
secaa beritma.
3. Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot.
a) Dua ruang di sebelah kiri:
atrium kiri ventrikel kiri

b) Dua ruang disebelah kanan:


atrium kanan ventrikel kanan

4. Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya
darah beroksigen tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen.

5. Ciri-ciri atrium dan ventrikel:


a) Ventrikel mempunyai ruang isipadu yang lebih besar daripada atrium.
b) Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium.
c) Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan
kerana ruang ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke
seluruh tubuh badan.

6. Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.
a) Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari.
b) Atrium kanan dihubungkan ke vena kava.
c) Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta.
d) Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari.
5. Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis
injap (valve):
I. Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve)
- mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.

II. Injap trikuspid (tricuspid valve)


- mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.

III. Injap sabit (semi-lunar valve)


- mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari
ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

Pengaliran Darah Manusia


Jantung kiri adalah lebih tebal dari jantung kanan
kerana perlu mengepam darah ke seluruh badan
berbanding jantung kanan yang hanya
mengepam darah ke peparu.
Sistem peredaran darah manusia adalah sistemik
dan tertutup kerana darah hanya mengalir dalam
salur darah sahaja.

1. Paru-paru darah beroksigen.

2. Vena pulmonari salur darah yang mengandungi


darah beroksigen.

3. Atrium kiri bilik jantung pertama terima darah


beroksigen.

4. Injap bikuspid injap yang memastikan darah


hanya bergerak dari atrium kiri ke ventrikel kiri.
5. Ventrikel kiri,
bilik jantung kedua terima darah beroksigen
berdinding sangat tebal
berfungsi mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan
Bilik jantung paling penting.

6. Aortic valve injap yang memastikan darah hanya bergerak dari ventrikel kiri ke
aorta.

7. Aorta,
salur darah arteri paling penting
paling besar dan berdinding paling tebal
paling kenyal untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di
dalamnya
tiada injap.

8. Sel-sel badan,
terima oksigen dari darah
tempat berlakunya respirasi sel yang membebaskan karbon dioksida, air
dan tenaga

9. Vena kava,
salur darah pertama terima darah terdeoksigen.
ada injap
berdinding agak nipis
lumen besar.
Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan bertekanan rendah.

10. Atrium kanan bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen

11. Injap trikuspid injap yang memastikan darah mengalir dari atrium kanan ke
ventrikel kanan

12. Ventrikel kanan,


bilik kedua terima darah terdeoksigen
berdinding tebal sedikit berbanding atrium kanan tetapi tidaklah setebal
ventrikel kiri
mengepam darah ke paru-paru

13. Pulmonary valve memastikan darah hanya mengalir dari ventrikel kanan ke
arteri pulmonari

14. Arteri pulmonari salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembali ke
paru-paru untuk mengambil oksigen semula
Sistem Pengangkutan Dalam Manusia

Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada:


Jantung Darah
Salur darah

Salur darah Manusia


1. Arteri
a) Tekanan tinggi (dekat dengan jantung)
b) Kadar pengaliran darah sangat laju
c) Lumen kecil
d) Dinding tebal dan kenyal
e) Injap tiada
f) Jenis darah yang dibawa darah beroksigen (kecuali arteri pulmonari)
g) Fungsi membawa darah keluar dari jantung dan hantar keseluruh sel
darah badan.

2. Vena
a) Tekanan rendah (jauh dengan jantung)
b) Kadar pengaliran darah perlahan
c) Lumen besar
d) Dinding nipis dan kurang kenyal
e) Injap ada
f) Jenis darah yang dibawa darah terdeoksigen (kecuali vena pulmonari)
g) Fungsi membawa darah dari seluruh badan ke jantung

3. Kapilari
a) Tekanan sangat rendah
b) Kadar pengaliran darah sangat perlahan
c) Lumen sangat kecil
d) Dinding sangat nipis
e) Injap tiada
f) Jenis darah yang dibawa darah beroksigen dan darah terdeoksigen
g) Fungsi menghubungkan arteri dan vena dan membenarkan pertukaran
gas dan bahan.
Darah Manusia

1. Sel darah merah


a) Mengangkut oksigen ke seluruh badan
b) Berbentuk cakera dan dwicekung
c) Mengandungi pigmen darah (haemoglobin) membantu mengangkut
oksigen
d) Tidak mempunyai nucleus

2. Sel darah putih


a) Melawan jangkitan dengan cara membunuh mikroorganisma dan bakteria
b) Berbentuk tidak sekata
c) Mempunyai nucleus

3. Platlet
a) Cebisan kecil sel yang pecah
b) Tidak mempunyai nucleus
c) Berbentuk tidak sekata
d) Membantu dalam pembekuan darah (untuk menghentikan pendarahan)
4. Plasma
a) Terdiri dari 90% air
b) 10% bahan terlarut seperti nutrien, garam mineral, hasil perkumuhan, protein
larut dan hormon.
c) Membawa bahan terlarut dan haba ke seluruh badan.

Kumpulan Darah Manusia

1. Kumpulan darah manusia ialah:


A
B
AB - dikenali sebagai penerima universal
O dikenali sebagai penderma universal

Kumpulan darah Boleh derma kepada Boleh terima daripada


O O, A, B, AB O
A A, AB A, O
B B, AB B, O
AB AB O, A, B, AB
Pengangkutan Dalam Tumbuhan

Transpirasi
1. Proses di mana air hilang dari permukaan tumbuhan secara penyejatan
2. Air hilang dalam bentuk wap air
3. Kehilangan air pada tumbuhan berlaku terutamanya melalui stoma pada
epidermis daun
4. Saiz bukaan stoma di kawal oleh sel-sel pengawal

5. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh:


a) Bilangan stoma
- semakin banyak, semakin tinggi kadar

b) Cahaya
- semakin cerah, semakin tinggi kadar

c) Suhu
- semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar

d) Kelembapan
- semakin lembap, semakin rendah kadar

e) Angin
- semakin laju angin, semakin tinggi kadar

6. Peranan Transpirasi ialah:


Membantu mengangkut air dan garam mineral
Membantu menyejukkan tumbuhan

Stoma
Ialah liang kecil pada bahagian bawah daun
Saiz liang stoma dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk kacang

Sistem Pengangkutan Tumbuhan


1. Xilem: berfungsi mengangkut air dan garam
mineral
2. Floem: terletak di luar xylem, berfungsi untuk
mengangkut makanan seperti glukosa
3. Eksperimen,
a) Pokok keembung diletakkan ke dalam
larutan dakwat merah
b) Urat-urat pada batang, daun dan bunga berubah menjadi warna merah
c) Ini menunjukkan bahawa air dan bahan terlarut terserap oleh akar ke seluruh
bahagian tumbuhan
d) Kulit pokok dibuang
e) Selepas beberapa minggu bahagian atas (yang mempunyai daun) akan
membengkak
f) Ini berlaku kerana makanan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah dan
akan terkumpul
g) Floem berfungsi mengangkut makanan

También podría gustarte