Está en la página 1de 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut Islam, zina ialah persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah dengan sengaja (Markom, 2003). Zina dalam pengertian ini akan
membawa kepada hukuman hudud seperti yang telah telah dinyatakan oleh Allah yang
bermaksud: Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang dari
mereka dengan 100 kali sebat(An-Nuur:2)

Zina dalam konteks yang lebih umum ialah apa sahaja bentuk perlakuan yang boleh
meningkatkan nafsu syahwat seseorang itu, sama ada melalui rangsangan tangan, mata, kaki,
dan sebagainya. Firman Allah swt:

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbutaan yang keji
dan suatu jalan yang buruk (Al-Israa:32)

Dalam tafsiran ayat ini, Allah bukan sahaja melarang manusia melakukan zina, malah Allah
juga melarang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang menjuruskan seseorang
kepada perlakuan zina. Maka daripada pemahaman ayat ini, timbul lah istilah-istilah seperti zina
mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki, zina hati dan sebagainya.

Undang-undang jenayah Islam dibahagikan kepada tiga komponen utama, iaitu hukuman
hudud, qisas dan takzir (Shukri, 2016). Terma hudud yang berasal daripada perkataan hadd
didefinisikan sebagai suatu bentuk pencegahan, halangan atau larangan. Hudud merupakan
ordinan yang digubal oleh Allah SWT dan berdasarkan terma teknikal yang merujuk jenis
jenayahyang telah ditetapkan hukumannya secara khusus menerusi al-Quran dan sunah.
Manakala qisas pula merangkumi kesalahan seperti membunuh dan mendatangkan
kecederaan kepada tubuh badan seseorang. Hukuman hudud merupakan elemen utama yang
diperjuangkan oleh sesetengah pihak supaya dilaksanakan dengan efektif dan menyeluruh.
Hukuman hudud terdiri daripada enam atau tujuh jenis kesalahan kerana semua mazhab, selain
mazhab Maliki tidak mengkategorikan kesalahan melakukan pemberontakan (rebellion) sebagai
salah satu jenis kesalahan hudud. Antara jenis kesalahan yang boleh dikenakan hukuman
hudud termasuklah mencuri, berzina, membuat tuduhan zina (qadhf), merompak, minum arak
dan murtad (Shukri, 2016). Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan mencuri (had al-
sariqah) ialah memotong tangan pencuri dan hukuman bagi kesalahan berzina (hadd al-zina)
pula ialah sebatan sebanyak 100 kali bagi pesalah yang belum berkahwin dan rejam sampai
mati bagi pesalah yang telah berkahwin. Sementara itu, hukuman bagi kesalahan membuat
tuduhan zina (hadd al-qadhf) pula ialah sebatan sebanyak 80 kali, manakala hukuman yang

1
diperuntukkan bagi kesalahan merompak (hadd al-hirabah) ialah memotong tangan dan kaki
perompak, hukuman buang daerah, hukuman penjara atau hukuman bunuh (Shukri, 2016).
Bagi kesalahan meminum arak (hadd al-shurb al-khamr) dan mana-mana minuman yang
memabukkan, hukumannya ialah sebatan sebanyak 80 kali dan hukuman bagi kesalahan
murtad (haddall-ridda) ialah hukuman bunuh (Shukri, 2016).

2.0 HUKUMAN BAGI KESALAHAN ZINA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Menurut jurnal Muhammad Hafiz(2016) bertajuk pendekatan mahkamah untuk menjatuhkan


hukuman terhadap kesalahan zina, dinyatakan bahawa terdapat kira-kira tiga kategori hukuman
bagi kesalahan zina menurut perspektif Islam, iaitu hukuman sebat 100 kali, rejam sampai mati
dan hukuman buang negeri. Namun, penetapan hukuman bagi kesalahan zina dalam sesuatu
kes bergantung pada keadaan pesalah tersebut sama ada individu tersebut telah berkahwin
(muhsan) atau individu tersebut belum berkahwin (ghayr muhsan). Hukuman-hukuman ini
dinyatakan di dalam alquran misalnya firman Allah SWT di dalam surah An-nur ayat kedua yang
bermaksud Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman

Hukuman yang dinyatakan di dalam ayat alquran di atas bersifat umum di mana kita tidak
mengetahui adakah ianya untuk pesalah yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Namun
begitu bedasarkan sumber daripada sunnah Nabi Muhammad SAW, ayat al-quran tersebut
hanya terpakai kepada pesalah yang belum berkahwin dan hukuman yang dikenakan ialah
hukuman sebat sebanyak 100 kali. Rasulullah ada bersabda di dalam satu hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari yang bermaksud :Perbuatan membunuh seseorang Muslim
adalah tidak dibenarkan, kecuali dalam tiga kes: (i) apabila dia telah membunuh orang lain, (ii)
apabila dia telah melakukan perbuatan zina selepas berkahwin, dan (iii) apabila dia telah
murtad (al-Bukhari).Di samping itu, terdapat sebuah lagi hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : Seorang lelaki (Maiz ibn Malik) telah datang kepada
Rasullullah SAW semasa Baginda sedang duduk di dalam masjid. Selepas itu, lelaki tersebut
pun berkata, Saya telah melakukan hubungan seks haram (zina). Baginda kemudiannya
berpaling muka daripada lelaki tersebut. Lelaki itu seterusnya pergi ke arah tempat Baginda

2
memalingkan mukanya dan berkata, Saya telah melakukan hubungan seks haram. Kemudian,
Baginda sekali lagi memalingkan mukanya ke arah lain dan lelaki tersebut pergi ke arah tempat
baginda memalingkan mukanya. Selepas lelaki tersebut membuat pengakuan sebanyak empat
kali, Baginda pun memanggil lelaki tersebut dan berkata, Adakah kamu gila?. Lelaki itu pun
menjawab, Tidak, ya Rasullullah. Kemudian Baginda pun berkata, Adakah kamu telah
berkahwin?.Lelaki tersebut pun membalas, ya. Baginda seterusnya berkata (kepada orang
ramai), Bawa dia pergi dan rejamlah dia dengan batu sampai mati

Bedasarkan hadis tersebut, maka jelaslah bahawa hukuman terhadap kesalahan zina bagi
individu yang belum berkahwin adalah 100 kali sebatan manakala bagi golongan yang telah
berkahwin ialah rejam sampai mati.

3
3.0 SEJAUHMANAKAH HUKUMAN ZINA YANG DIWAHYUKAN ALLAH SWT MAMPU
MEMELIHARA KETURUNAN YANG BERSIH DALAM SISTEM MASYARAKAT DI
MALAYSIA

Bedasarkan hukuman jenayah zina yang telah dibincangkan, terdapat beberapa kesan
atau kebaikan hukuman tersebut bagi memelihara keturunan yang bersih di dalam sistem
masyarakat di Malaysia. Yang pertama adalah dengan adanya hukuman hudud yang
dikenakan ke atas pesalah zina ianya akan menimbulkan rasa takut terhadap Allah SWT.
Takut adalah sifat terpuji yang patut ada di dalam hati setiap mukmin yang ingin
mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut ianya akan membuatkan seseorang
itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang boleh mendatangkan dosa
hingga terjerumus ke dalam api neraka (Arshad, 2005). Selain itu, dengan adanya rasa
takut kepada Allah SWT, seorang mukmin tidak akan berani untuk melanggar perintahnya.
Rasa takut yang terdapat di dalam diri mukmin tersebut akan mendorong dirinya untuk
benar-benar taat kepada perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Anfal
ayat 2 Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah
hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya
kepada Allah sajalah mereka menyerah diri. Ayat ini menerangkan bahawa orang yang
benar-benar takut kepada Allah hanya lahir di hati mereka yang mempunyai sikap tawakal
atau penyerahan kepada Allah. Dengan erti kata lain hanya orang yang beriman sahaja
dapat merasa erti takut itu.
Seterusnya, dengan adanya hukuman zina yang telah ditetapkan, ianya mampu untuk
mengelakkan dari berlakunya penyebaran penyakit yang merbahaya seperti penyakit HIV
dan AIDS. Sebagaimana yang diketahui gejala seks bebas boleh membawa kepada
oenyebaran penyakit yang merbahaya ini. Sekiranya penyakit seperti ini tidak dikawal ianya
akan merosakkan imej sebuah generasi. Penyakit seperti ini juga hanya membawa kepada
keburukan dan bukannya kebaikan. Dengan adanya pelaksanaan hukuman zina ianya juga
akan melahirkan masyarakat yang bebas dari penyakit. Perbuatan zina juga akan
melahirkan aktiviti jenayah kejam contohnya adalah pengguguran dan pembuangan bayi.
Saban hari, kita disajikan dengan berita mengenai kes-kes pembuangan bayi yang sering
berlaku terutamanya di dalam golongan remaja. Dengan adanya hukum hudud terhadap
zina ianya akan membantu untuk membanteras jenayah seperti pembuangan bayi. Apabila
kadar jenayah berkurang ianya akan membawa kepada kelahiran masyarakat yang harmoni
dan bebas dari unsur- unsur jenayah.

4
Di samping itu, dengan adanya hukuman zina ianya akan melahirkan masyarakat yang
menjaga adab pergaulan. Di dalam kehidupan, manusia tidak akan dapat lari dari pergaulan
di antara rakan-rakan. Asas utama yang menjadi kunci bagi pergaulan adalah hati yang
memainkan peranan penting di dalam jiwa dan kehidupan seorang muslim untuk
menegakkan iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah SWT.
Dengan adanya hukuman hudud bagi penzina ianya akan menyebabkan setiap muslimin
dan muslimat untuk menjaga adab pergaulan mereka. Seperti yang kita ketahui pergaulan
remaja generasi pada masa kini amatlah bebas dan tidak terkawal. Pergaulan yang tidak
terkawal ini boleh membawa ke arah zina dan mendatangkan pelbagai keburukan yang lain.
Pergaulan menurut islam dipengaruhi oleh hati (Hasan, 1995). Sekiranya hati seorang
individu sentiasa sihat maka pergaulan dan persahabatan sentiasa akan terjaga. Sebaliknya
sekiranya hati telah rosak maka tidak akan ada unsur menjaga batas di dalam pergaulan.
Akhir sekali, dengan adanya hukuman hudud terhadap penzina ianya akan melahirkan
satu masyarakat yang saling bantu membantu antara satu sama lain. Hukuman hudud ini
akan menyebabkan umat Islam saling ingat mengingati di antara satu sama lain mengenai
keburukan melakukan satu perbuatan jenayah. Kemudian, ianya akan menimbulkan satu
sifat kesedaran di dalam diri bagi mengingatkan diri agar menjauhi jenayah yang membawa
kepada keburukan contohnya zina.

5
4.0 KONSEP AKHLAK SEORANG PELAJAR MENURUT ISLAM DAN SEJAUHMANAKAH
KONSEP AKHLAK TERSEBUT BOLEH DIAPLIKASIKAN DI DALAM SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Menurut Islam, perkataan akhlak adalah kata jamak dari perkataan khuluq yang
bermaksud tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan dan bermaksud agama
itu sendiri (Ishak, 1995). Menurut istilah pula akhlak bermaksud sifat yang tertanam di dalam
diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan (Ishak, 1995). Menurut Ibnu Miskawaih seorang ahli
falsafah islam yang terkenal mentakrifkan bahawa akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang
mendorong kea rah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian (Harjin, 2006).
Imam Ghazali radiallahu anhu ada mengatakan bahawa akhlak ialah sauatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji
menurut syara dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila
terkeluar perbuatan yang buruk ia dinamakan akhlak yang buruk. Sumber utama bagi
agama islam ialah Al quran dan As sunnah dan ianya juga merupakan sumber yang sama
bagi akhlak seorang individu yang beragama Islam. Menurut Ustaz Abd Aziz di dalam
kajiannya yang bertajuk konsep akhlak menurut ajaran Islam akhlak dirumuskan sebagai
satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam
usaha membentuk kehidupan yang sempurna bedasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT.
Di dalam agama Islam, bidang akhlak adalah luas di mana ianya merangkumi semua
perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan
Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan mahluk lain.
Sebagai seorang pelajar, ketiga-tiga aspek akhlak ini perlu diutamakan dan diterapkan ke
dalam diri. Akhlak yang pertama adalah akhlak dengan Allah SWT, Setiap pelajar perlu
beriman dengan Allah SWT dengan mengakui dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta
beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutannya. Di samping itu, akhlak
kepada Allah adalah sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah SWT yang bermaksud
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan dengan ikhlas semata-
mata kerana Allah SWT.Aspek akhlak yang lain yang perlu diutamakan bagi seorang pelajar
ialah akhlak sesama manusia contohnya ialah akhlak dengan guru. Terdapat satu hadis
Rasulullah SAW yang mengatakan muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya.
Hadis ini menunjukkan bahawa tingginya darjat seorang guru kerana guru berperanan untuk
menyampaikan sesuatu ilmu yang penting di mana dengan adanya ilmu tersebut manusia

6
dapat menduduki tempat yang mulia dan dapat mengatasi pelbagai masalah hidup sama
ada di dunia ataupun di akhirat. Pelajar yang berakhlak mulia adalah pelajar yang mampu
menjalin hubungan baik dengan guru-guru mereka. Hubungan baik yang terjalin ini mampu
untuk memberi manfaat kepada guru dan anak muridnya. Seorang pelajar juga perlu
mengenang budi dan jasa guru, berbakti kepada mereka, menjaga rahsia, memaafkan dan
tidak mengumpat di belakang mereka. Seorang pelajar juga tidak boleh bangga dan angkuh
dengan ilmunya dan perlu mematuhi nasihat dari gurunya. Selain itu, di antara ciri-ciri
akhlak yang patut dicontohi oleh seorang pelajar muslim antaranya ialah memelihara
penglihatannya. Sebagai seorang pelajar mereka perlulah memelihara pandangannya
daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan
terhadap perkara-perkara zina boleh membawa ke arah maksiat. Terdapat satu hadis yang
diriwatkan oleh At Tabrani iaitu hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga
kehormatan (kemaluan kamu atau Allah SWT akan menghodohkan wajah kamu.
Bedasarkan hadis tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa agama Islam mengingatkan
umatnya supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.
Seterusnya, akhlak yang perlu ada pada seorang pelajar muslim ialah memelihara
lidahnya. Sebagai seorang muslim, kita perlulah memelihara lidah dari menuturkan kata-
kata yang tidak membawa faedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, mengumpat,
dan mengeji. Imam Nawawi Rahimahumullah ada mengatakan bahawa ketahuilah,
seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali
percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama
sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana
percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Kejadian demikian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.
Hadis ini membawa maksud bahawa sebagai seorang muslimin kita diharuskan untuk
mengelakkan diri dari mengumpat atau bercakap mengenai keburukan orang lain. Sebagai
seorang pelajar, mereka tidak boleh menentang pecakapan guru atau mengeluarkan kata-
kata yang kesat terhadap guru mereka.
Konsep akhlak yang telah dibincangkan boleh diaplikasikan di dalam sistem pendidikan
di Malaysia melalui beberapa cara antaranya ialah melalui subjek atau matapelajaran di
sekolah.. Dalam sistem pengajian pondok pendidikan akhlak juga berlaku. Hakikat ini
dinyatakan oleh Ghazali Basri(1991) yang berpendapat bahawa pengajian pondok
berpengaruh untuk melahirkan pelajar yang arif dalam hukum agama, mempunyai akhlak
yang tinggi serta dapat membimbing masyarakatnya. Usaha murni ini diteruskan hinggalah
KBSM diperkenalkan. Namun, perlu ditegaskan bahawa penerapan dan pendidikan akhlak

7
dalam Pendidikan Islam adalah dengan berpegang dan berpandukan cara dan etika
dakwah daripada al-Quran serta contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w dan para
sahabat. Para ulama' dan pendakwah bukan sahaja menyeru orang lain supaya bertaqwa
kepada Allah dan berakhlak mulia bagi mencapai sifat muslim yang kamil tetapi juga
menjadikan akhlak mulia sebagai amalan yang sebati (istiqamah) dalam diri mereka
(Abdullah Ishak 1995). Selain itu, Pengenalan komponen Adab dan Akhlak Islam(AAI)
dalam Pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada
tahun 2003 menunjukkan bahawa terdapat bukti pelaksanaan akhlak islamiah di dalam
sistem pendidikan negara. Dari sudut strukturnya, pembentukan kandungan dalam
komponen ini berteraskan kepada empat aspek hubungan, iaitu hubungan dengan diri
sendiri, individu lain, alam sekitar dan negara serta Rasul dan Pencipta. Daripada teras ini
maka sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskan iaitu Adab dalam kehidupan
seharian,Adab dalam kehidupan bersosial, Adab dalam menunaikan ibadah, Adab terhadap
ibu bapa dan keluarga, Adab menuntut ilmu dan Adab terhadap Allah dan Rasul.
Selain itu, guru boleh menjadi role model ataupun contoh hendaklah mempamerkan nilai
akhlak mulia dan memainkan peranan utama sebagai seorang pendidik. Selain itu, faktor
rohani atau akidah dan iman hendaklah dikukuhkan di dalam diri pelajar sebagaimana yang
ditekankan oleh agama Islam. Di samping itu, sebagai seorang muslim setiap amalan atau
akhlak yang konsisten perlu dikaitkan dengan faktor iman dan agama bagi melahirkan rasa
cinta dan faham mengenai konsep akhlak itu sendiri secara menyeluruh (Hasan, 1995).
Perkara ini adalah penting bagi mengharungi era globalisasi yang penuh dengan cabaran
pada masa kini. Perkara ini disokong oleh Asmawati Suhid (2005) yang menyatakan
bahawa globalisasi juga merisaukan sesetengah pihak tentang kemerosotan nilai akhlak
dan moral manusia serta sistem agama dalam cara hidup dan kebudayaan yang diamalkan.
Akhir sekali, konsep akhlak ini boleh diterapkan melalui pelaksanaan peraturan di sekolah.
Misalnya peraturan memberikan salam atau bertegur sapa apabila bertemu dengan guru.
Dengan adanya peraturan seperti ini ianya akan membantu untuk melatih akhlak seorang
pelajar. Peraturan ini juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar itu sendiri
dan membawa kepada satu kewujudan komuniti yang harmoni dan stabil.
Sebagai kesimpulan, walau apapun pandangan dan cara yang dibincangkan di atas,
sokongan dan penglibatan yang ikhlas dan bersungguh-sunggu dari semua pihak amat
diperlukan bagi membentuk akhlak di dalam diri pelajar. Amalan menuding jari kepada
sesetengah pihak perlu dielakkan tetapi usaha untuk berganding bahu perlu dilaksanakan.
Usaha yang dilakukan ini perlu dijalankan bersama agar peradaban ummah dapat
dipertahankan dan modal insan yang luhur dan kamil dapat dilahirkan.

8
5.0 RUJUKAN

Arshad, A. R. (2005). Pengajian Fiqh. Selangor.


Basri, G. (1991). Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Kebangsaan. Selangor:
Jurnal Pendidikan Islam.
Harjin, A. A. (2006). Konsep akhlak menurut ajaran Islam. 12-14.
Hasan, M. K. (1995). Peranan akhlak dalam pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam, 50-
52.
Ishak, A. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Markom, R. (2003). Apa itu undang-undang islam. Pahang: PTS.

9
Shukri, M. H. (2016). Pendekatan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap
kesalah zina serta implikasinya kepada wanita dan kanak-kanak. Makalah,
246-272.
Suhid, A. (2005). Kerelevanan pendidikan nilai dan agama dalam pembentukan
masyarakat madani. Jurnal Pendidikan Islam, 69-82.

10

También podría gustarte