Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
Apabila berbicara tentang struktur ayat, aspek yang penting ialah aspek urutan.
Aspek urutan ayat terbahagi kepada dua iaitu susunan biasa dan juga susunan
songsang. Murid tersebut telah menulis menggunakan susunan songsang. Menerusi
analisis yang telah dibuat, ayat yang dibuat oleh murid tersebut tidak mengalami
sebarang kesalahan. Ayat kawan baru saya ialah bertindak sebagai predikat
manakalah Jessica Ngu Ying Ying pula menjadi subjek kerana ayat tersebut merujuk
kepada Jessica.
Oleh itu, dalam penulisan karangan, guru perlu bertindak sebagai fasilitator atau
pembimbing. Penerokaan ini memerlukan seorang guru berfikir secara kritis untuk
menjadikan murid lebih imaginatif iaitu dengan membuat eksperimen, memanipulasi,
mencari pengetahuan dan mencipta sesuatu yang baru ( Mastuti Isa , Permainan yang
Berkesan, 1997 ). Penerokaan yang mendalam dalam aspek bahasa melayu akan
menjadikan murid fasih dalam aspek bahasa. Maka, tidak akan wujud sebarang
masalah untuk murid ini menulis dalam penulisan.