Está en la página 1de 3

Tajuk : Abah, bagi balik tangan Ita ....

Di sebuah kota , tinggal suami isteri bersama anak tunggal mereka yang bernama Ita,
berusia 3 tahun.. Ita diasuh oleh pembantu rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

Setiap hari, dia sendirian di rumah dan kerap dibiarkan bersama pembantunya bermain
di luar kawasan rumah .Bermainlah dia di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga-bunga sambil ditemani oleh anak patung kesayangannya itu.

Suatu hari, dia terjumpa sebatang paku berkarat. Dia pun melakar simen tempat parkir
kereta ayahnya. Oleh kerana, ia diperbuat daripada marmar,lakaran itu tidak kelihatan.
Dicubanya pula pada kereta baharu ayahnya. Pada hari itu, bapa dan ibunya hanya
bermotosikal ke tempat kerja ..

Yakerana kereta itu bewarna gelap, maka lakarannya begitu jelas.


Apa lagi ... kanak-kanak ini pun melakar mengikut kreativitinya. Penuh sebelah kanan
dia beredar pula ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya . Kejadian itu langsung tidak disedari si pembantu rumah.

Apabila ibu bapanya pulang dari tempat kerja .. alangkah terkejutnya mereka.
Kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, Siapa punya kerja ni?

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu terus berlari keluar . Mukanya merah
padam ketakutan .. tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan
pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan Saya tak tahu tuan !

Duduk di rumah sepanjang hari pun tak tahu, apa kau buat? herdik si isteri lagi. Bila
anak mendengar suara ayahnya, tiba-tiba dia terus berlari keluar dari bilik. Dengan
penuh manja sambil memeluk dan menarik kaki seluar ayahnya dia berkata Ita yang
buat ayahhh.. cantik kan ayah ! kata Ita sambil menerkam ayahnya ingin bermanja
seperti selalu.

1
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting pokok bunga raya di depannya, terus
memukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong menjerit kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu
cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang
dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-
mukul tangan anaknya. Selepas itu , si bapa terus masuk ke dalam rumah dituruti si ibu.

Tinggallah si pembantu rumah memeluk dan menggendong anak kecil itu. Di bawanya
ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air .. sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik tangannya terkena
air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa pula sengaja
membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan Ita mula bengkak. Pembantu rumah
mengadu kepada tuannya. Sapukan saja minyak gamat tu! balas tuannya.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu. Si bapa mahu mengajar anaknya. Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu pun sama.

Keesokkannya .. pembantu rumah mengadu kepada tuannya .. Ita demam tuan suhu
badan terlalu panas

Bagi minum panadol tu.. pada sebelah petang baru kita ke klinik balas si ibu.
Si anak yang lemah longlai itu dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke
hospital kerana keadaannya begitu serius.

2
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
Doktor menyatakan tangan Ita terpaksa dipotong Ia sudah bernanah demi nyawa
anaknya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah. Kata doktor .

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.


Terasa diri tunggang terbalik. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis
kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Dalam seksaan menahan sakit, si anak bersuara
dalam linangan air mata.

Abah.. Mama Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita sayang abah.. sayang
mama. katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. Ita juga sayang
Kak Narti.. katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis
dari Surabaya itu menangis ...

Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan
macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta ayah lagi, katanya
bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Pengajaran dari cerita ini ialah:

ANAK ADALAH AMANAH ALLAH dan JAGALAH MEREKA SEBAIKNYA.. Didiklah anak dengan
penuh kasih sayang dan bukan untuk lepaskan geram dan marah kita .. Sekian, terima
kasih.

También podría gustarte