Está en la página 1de 4

PERUTUSAN

KETUA POLIS NEGARA


SEMPENA MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke


hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayahNya, kita dapat sama-sama menjayakan program
Jom Ke Sekolah yang julung kalinya diadakan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berbesar hati kerana


diberi kepercayaan untuk berkolaborasi dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha
menangani permasalahan disiplin dan salah laku pelajar.
Jelas sekali, matlamat program ini amat relevan dalam
proses pembentukan sosialisasi masyarakat yang bermula
seawal usia remaja.

PDRM amat prihatin tentang permasalahan sosial dan


salah laku jenayah dalam kalangan generasi muda,
khususnya pelajar-pelajar sekolah. Sehubungan itu, PDRM
sentiasa memantau pelajar-pelajar yang terlibat dengan
salah laku disiplin, lebih-lebih lagi yang menyumbang
kepada perlakuan jenayah. Kerjasama rapat antara pihak
sekolah dengan PDRM dilihat berupaya membendung
salah laku ini daripada berleluasa.

Dalam menyokong usaha ini, Pegawai Perhubungan


Sekolah (PPS) dari kalangan pegawai dan anggota polis
dilantik bagi setiap sekolah, bertujuan mewujudkan
komunikasi berterusan antara PDRM dan pihak sekolah, ke
arah meningkatkan kesedaran terhadap jenis perlakuan

1
jenayah yang berubah-ubah mengikut persekitaran sosial
sesebuah sekolah.

PPS turut memainkan peranan dalam membantu


mewujudkan suasana sekolah yang selamat, sebagaimana
yang telah digariskan dalam Buku Panduan Pegawai
Perhubungan Sekolah (PPS). Antaranya termasuklah
mengumpul maklumat daripada sekolah untuk diambil
tindakan jika perlu, melakukan rondaan/lawatan berjadual
di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan
dengan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.

Menyedari akan peri pentingnya keselamatan sekolah


dalam mempengaruhi suasana pembelajaran murid-murid,
maka setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif
dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar, ke
arah melahirkan warganegara yang berdisiplin dan
bersahsiah tinggi. Ia bukanlah sekadar memenuhi jadual
penugasan PPS semata-mata, tetapi direkabentuk
pengisian aktivitinya bagi melahirkan remaja yang
berdisiplin, bersemangat jati diri dan berjiwa patriotik.

Penglibatan secara langsung PPS dalam program ini juga


berupaya mendorong dan meransang masyarakat sekolah
untuk turut sama memainkan peranan dalam mencegah
salah laku disiplin murid. Menerusi mekanisme ini, PPS
dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah
berkaitan peranan yang boleh dimainkan serta langkah-
langkah pencegahan yang boleh diimplementasi dalam
usaha mengekang kes salah laku disiplin murid, sekali gus
menjayakan program ini, insya-Allah.

Selain peranan PPS di sekolah, saya juga ingin menyentuh


mengenai penglibatan pelajar dalam Kor Kadet Polis yang
tidak harus dilihat sebagai mengisi ko-kurikulum sekolah
semata-mata. Lebih penting lagi, ahli-ahli Kor Kadet Polis
boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga
kepada pihak pentadbir sekolah dan PDRM. Pengisian
aktivitinya seperti latihan kawad, perkhemahan, kerja
2
khidmat masyarakat, berorganisasi dalam pasukan, dan
sebagainya dapat membentuk ahli-ahli Kor Kadet Polis
menjadi lebih matang berbanding rakan sebaya yang lain.

Begitu juga dengan penerapan nilai-nilai disiplin diri, sikap


bertanggungjawab dan pendedahan kepada silibus
undang-undang diharap dapat menjadi satu nilai tambah
kepada mereka. Dengan adanya peranan yang boleh
dimainkan oleh ahli Kor Kadet Polis ini, ia sedikit sebanyak
dapat membantu mencegah perlakuan jenayah di
kalangan pelajar sekolah. Walaupun kuasa tersebut terhad
kepada pelaporan kegiatan jenayah, namun ianya mampu
memberi impak berkesan dalam memupuk sikap
tanggungjawab dan pendedahan kepada pelajar dari segi
aspek pencegahan awal.

Permasalahan disiplin di sekolah seperti buli, vandalisme,


dan ponteng adalah masalah tradisional di kalangan
pelajar sekolah. Kini, kita berhadapan pula dengan ruang
lingkup jenayah baru hasil daripada kecanggihan teknologi
serta kebebasan penggunaan media sosial di kalangan
remaja. Penanaman ideologi militan dan fahaman akidah
yang songsang kepada golongan remaja merupakan
antara ancaman keselamatan masa kini.

Kewujudan kumpulan militan Islamic State (IS) telah


menular ke negara kita dengan mengeksploitasi media
sosial bagi merekrut golongan belia menyertai mereka
untuk berjuang bersandarkan pemahaman radikal militan
itu. Kumpulan ini menyasarkan golongan remaja kerana
mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh
dalam usia yang membuatkan mereka tercari-cari identiti
diri sebenar.

Dalam menangani ancaman ini, PDRM sentiasa memantau


dan menjalankan risikan agar ia tidak menular di kalangan
pelajar-pelajar kita. Selain itu, saya juga meletakkan
sepenuh harapan agar semua pihak termasuklah guru-
guru, ibu bapa, PPS dan pihak-pihak yang berkaitan untuk
3
sama-sama membimbing generasi muda ini menjadi
modal insan yang cemerlang serta disanjung tinggi oleh
masyarakat.

Saya turut difahamkan, bahawa bersempena pelancaran


Program Jom ke Sekolah ini, KPM telah mengambil
inisiatif menyediakan saluran aduan berkenaan isu dan
masalah disiplin pelajar melalui Peti Aduan Disiplin
Murid yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Adalah
diharapkan agar inisiatif ini dapat memberi pemahaman
dan pengetahuan yang menyeluruh kepada semua
peringkat warga sekolah, agar masalah disiplin pelajar
dapat ditangani dengan pantas dan bijak.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima


kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
para pengetua, guru-guru, ibu bapa dan para Pegawai
Perhubungan Sekolah serta semua pihak yang sentiasa
memberi sokongan dan kerjasama kepada setiap program
atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PDRM dalam
melahirkan generasi muda yang dinamik, berkualiti,
berjati diri dan berwawasan. Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG


Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

También podría gustarte