Está en la página 1de 2

Kek (Sila guna penyukat khas)

2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1
measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)

1 sudu kecil serbuk penaik diayak

2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)

2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko
sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di
bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk

1 cup (240 ml) susu kotak full cream sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau
1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting


2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2
1/2 cup

Cara-cara

1.BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan
biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup
plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

2.KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat
bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

3.Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas
sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna
merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
4.Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko
merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

5.Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian
masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi
tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang
tinggal.

6.Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die
berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan
dalam loyang dan bakar.

7.Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene
cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

8.Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah
betul2 sejuk sebelum letak frosting.

9.CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus,
perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

10.Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata
di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian
letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah.
kemudian sapu frosting di seluruh kek.

11.Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap
bagi die xkeras, baru makan.

Satu je nasihat aku, jangan kedekut dgn cream cheese sbb cream cheese dia
memang sedap. Tanpa cream cheese, siapalah si Red Velvet kann? Red Riding
Hood? Ehh?

También podría gustarte