Está en la página 1de 5

Murid mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran yang diajar.

Hal ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Punca sebab :

Kurang pendedahan terhadap cara atau kemahiran dengan betul.

Kekuatan badan yang kurang baik.

Koordinasi badan yang kurang baik.

Tindakan:

merancang aktiviti-aktiviti ansur maju

menyediakan beberapa permainan kecil

meminta murid-murid untuk melakukan latihan kekuatan badan seperti tekan tubi
untuk meningkatkan kekuatan badan supaya mereka dapat melakukan
kemahiran dengan baik.

Peneguhan akan diberikan kepada murid-murid yang mempunyai kemajuan


manakala galakan akan diberi kepada murid-murid yang masih tidak dapat
menguasai kemahiran tersebut. Tindakan ini adalah untuk meningkatkan
semangat dan keyakinan diri mereka.

OJEKTIF UMUM

Memastikan murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dalam masa


pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan

OBJEKTIF KHUSUS

Menjalankan kemahiran yang diajar dengan lakuan yang betul


Menjelaskan lakuan anggota badan yang terlibat semasa menjalankan
kemahiran

PERSOALAN KAJIAN

Apakah punca yang menyebabkan murid belajar kemahiran dengan lambat?


Apakah cara untuk menentukan strategi yang paling berkesan bagi murid untuk
menguasai kemahiran yang diajar?
Bagaimana strategi yang berkesan memberi kesan kepada penguasaan
kemahiran pj murid?
PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang
berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sahsiah. Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu
yang seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara.

Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja
menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana
ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai
sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses
sepanjang hayat.

Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang
menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran 2 tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui
aktiviti pendidikan. Modal insan yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai dengan persekitaran global
yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).

Pendidikan Jasmani melibatkan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor yang diperolehi daripada
suatu proses yang yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menetapkan pendidikan jasmani sebagai matapelajaran teras di sekolah
menengah dan sekolah rendah.Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar sama ada di sekolah rendah mahupun di
sekolah menengah. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga
kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Guru memainkan peranan yang amat penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan tiada masalah yang timbul. Oleh itu, golongan pendidik perlulah sentiasa
memotivasikan diri untuk menghadapi segala cabaran yang akan mereka tempuhi. Selain itu, guru juga
perlu meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pendidikan agar mereka dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang semakin mencabar. Menurut Abd. Rahman Yusoff
(1997), guru atau pendidikPendidikan Jasmani hendaklah dapat menggalakkan pelajar menguasai
kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan.
Schwager dan Labate (1993) pula turut mengakui pendapat ini dengan mengatakan bahawa galakan untuk
berfikir secara kritikal dapat membantu pelajar lebih memahami sesuatu tugasan belajar dan turut
membantu sesuatu pengajaran mencapai objektifnya.

Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal guru atau dikenali juga
sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan dalam 3 bidang ini juga tidak terkecuali dalam
memastikan pelaksanaan pembangunan Negara dapat diteruskan dengan jayanya. Sebelum bergelar sebagai
guru yang bertauliah, guru pelatih perlu menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar selama
beberapa minggu. Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih perlu bersedia menghadapinya dan
dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan baik. Proses pengajaran mereka perlu dilaksanakan
dengan penuh berkesan.

Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah dipengaruhi oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor
penggunaan alat bantu mengajar serta bahan bantu mengajar.Dalam kajian ini, ia memfokus kepada isu
keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani di kalangan pelajar sekolah untuk menguasai kemahiran yang
diajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.
FOKUS KAJIAN

Murid sekolah tidak dapat melakukan kemahiran yang dipelajari dengan tepat dalam
temph yang ditentukan kerana mereka mempunyai kemahiran asas yang lemah. Ini kerana di
sekolah, guru Pendidikan Jasmani sebelum ini tidak menumpukan perhatian ke atas pengajaran
kemahiran asas, sebaliknya terus mendedahkan murid dengan kemahiran dalam sukan.
Selain itu, kaedah pengajaran yang tidak sesuai juga dilihat menyumbang kepada masalah
ini. Ini kerana kaedah pengajaran tradisional masih digunakan. Pengajaran tradisional ialah
pengajaran kemahiran dilakukan dengan mengajar latihan kemahiran tersebut secara berulang
dengan menggunakan alatan.
Antara kaedah pengajaran yang menarik telah diperkenalkan dalam pendidikan ialah
belajar melalui bermain. Menurut Caplan dan Caplan (1973), main merupakan penentu penting
bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan
seseorang murid. Permainan juga merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang
melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu
suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran.

Penggunaan peralatan yang sesuai adalah penting dalam permainan. Ini kerana
penggunaan peralatan menurut situasi pendidikan adalah lebih berkesan dan tepat kerana ia
membantu murid membina rangsangan otot dan merasai perubahan posisi badan melalui
perpindahan dari satu pergerakan ke pergerakan yang lain. Ia juga membantu meningkatkan
keyakinan diri semasa melakukan sesuatu kemahiran (Manal Mohamaed Sayed, 2010).
Justeru itu, kaedah permainan dilihat sebagai kaedah pengajaran yang sesuai yang boleh
digunakan pengkaji untuk mengatasi masalah kemahiran membaling ini. Untuk memastikan
permainan tersebut berkesan, pengkaji telah merujuk kepada latihan The Line-Target Drill.
Latihan ini telah digunakan oleh Becky (2012), untuk membantupemain bola lisutnya yang
berumur bawah 12 tahun melakukan balingan tepat kepada sasaran. Oleh itu, pengkaji melihat
bahawa dengan sedikit pengubahsuaian, latihan ini juga sesuai untuk dijalankan ke atas
responden yang mempunyai masalah yang sama.

También podría gustarte