Está en la página 1de 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN


14000, MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
_____

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KURSUS : ANATOMI DAN FISIOLOGI

_____

NAMA PELAJAR

MOHD ZULFARIS BIN ZAINAL ABIDIN

NO. K/P

880805 - 07 5383

NO INDEX

2008302310065

OPSYEN

2 PISMP PJPK

NAMA PENSYARAH

ENCIK ALYES BIN ARIFFIN

TARIKH HANTAR

5 SEPTEMBER 2008

1.0

PENGENALAN

ANATOMI
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara
setiap struktur tersebut. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk.
Anatomi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ana yang bermaksud asingkan dan
tome yang bermaksud memotong
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu displin yang mengkaji fungsi struktur
tubuh. Sebagai contoh, tulang tulang kaki yang tebal dan panjang seperti femur, tibia
dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan
nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
Dalam badan manusia, tulang, sendi dan otot mempunyai peranan dan fungsi
masing-masing. Tulang berperanan untuk menyokong berat badan kita, melindung
organ-organ lembut di dalam tubuh seperti otat, saraf tunjang (spina korda) , jantung
dan paru-paru. Selain itu, tulang dalam badan manusia juga berfungsi untuk member
bentuk dan mengekalkan bentuk badan,serta mnghasilkan sel-sel darah merah dan sel
darah putih dan platlet di dalam sum-sum merah tulang.
Bagi sendi pula, ia berfungsi untuk menyediakan tempat untuk perlekatan otot
otot rangka serta sebagai tuas untuk pergerakan badan.
Akhir sekali ialah otot. Otot dalam badan manusia berfungsi untuk mengekalkan
postur badan, menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot, menstabilkan sendi
serta mengartikulasikan antara otot dengan tulang.

PERMAINAN BADMINTON
Badminton merupakan permainan yang sangat popular di negara kita buat masa
ini. Badminton adalah permainan yang menyerupai tenis dan bola tampar. Permainan
ini menggunakan jaring, raket, dan bulu tangkis. Ia dimainkan oleh 2 atau 4 pemain.
Terdapat banyak kemahiran asas di dalam permainan badminton, antaranya adalah
pukulan servis, servis rendah, servis flik, servis tinggi, pukulan hadapan, pukulan kilas,
pukulan lob, dan pukulan smesy. Saya telah memilih satu kemahiran asas di dalam
permainan badminton iaitu pukulan servis. Servis merupakan pukulan pertahanan.
Servis boleh menjadi pukulan serangan jika dilakukan dengan baik dan betul.
Perubahan taktik dan penggunaan jenis servis yang berbeza-bza akan menyebabkan
pemain lawan tidak dapat mengembalikan dengan baik servis itu. Penerima mempunyai
kelebihan kerana dia tahu bulu tangkis tentu dipukul ke atas dan terhad pada petak
servis yang ditetapkan. Dia akan berada dalam keadaan yang bersedia. Jika servis
dibuat dengan baik, ia merupakan cara paling mudah untung mendapatkan mata
Menerima dan mengembalikan servis dianggap sebagai satu pegerakan yang
penting dalam permainan badminton. Ini juga merupakan satu lagi kemahiran asas
yang penting. Walaupun sering dianggap sebagai satu cara atau taktik bertahan tetapi
servis ini lebih merupakan taktik menyerang yang paling berkesan. Sebagai kemahiran
asas, servis ini penting kerana pergerakan ini akan menentukan sama ada pukulan
dibuat atau terus dimatikan.

2.0

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti otot-otot yang terlibat dalam kemahiran servis tinggi badminton


2. Mengenalpasti fungsi otot-otot
3. Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat dalam kemahiran servis tinggi
badminton
4. Mengenalpasti fungsi tulang-tulang
5. Mengenalpasti sendi-sendi terlibat
6. Megenalpasti fungsi sendi-sendi
7. Mengenalpasti jenis pergerakan sendi yang boleh dilakukan sendi.
8. Mengenalpasti mekanisme pergerakan

También podría gustarte