Está en la página 1de 9

PERJALANAN KEMBARA UMRAH 5.12.

16
Hadirku sebagai Dhuyufurrahman dan kembaliku
bersama kemabruran
Kembara Rohani menuju kpd keredhaan Allah
Dari Rumah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Bersihkan badan, kemaskan janggut misai dll.


Mandi Ihram ( shj Aku mandi sunat Ihram kerana Allah Taala)
Solat Sunat Hajat dipermudahkan perjalanan UMRAH semua Jamaah
Pastikan semua keperluan telah di bawa kain ihram jgn lupa bawa.
Solat Sunat Musafir
Berniat Musafir
Keluar rumah Kaki kanan dan baca doa
Ucapan selamat tinggal kepada keluarga.
Bertolak ke Angsana

Di Angsana Mall 6.00 pagi 5.12.16


1.
2.
3.
4.

Azan akan dikumandangkan


Mengaminkan bacaan Doa Naik kenderaan dengan tawaduk
Pastikan tiada barang tertinggal
Doa Kenderaan

Di KLIA
1.
2.
3.
4.

berwuduk, solat zohor dan asar jamak takdim.


Wanita yang uzur sila pastikan dalam keadaan yg terkawal
Bacaan Doa
2.30 ptg perjalanan bermula.

Di flight
1.
2.
3.
4.

Membaca doa kenderaan


Sentiasa berzikir dan penuh pengharapan kearah keredaan Allah
Bersiap pakaian Ihram jam sebelum sampai Miqot.
Berniat Ihram ketika sampai di qarnul manazil, niat spt berikut :

Niat ( rukun umrah 1) & Niat di miqot ( Wajib Umrah 1 )


1. Niat- Bersyarat
1

1.1. Wanita dlm keadaan suci, wanita yg telah putus haid dan
lelaki yang sihat berniat ihram bersyarat :
sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram
dengannya kerana Allah sekiranya aku terhalang dgn
halangan syarei selepas ini maka halallah aku ketika itu

Jika dtg haid atau sakit ( yg menghalang


mengerjakan tawaf ) sebelum atau semasa tawaf
maka tertahallul lah dia dan terlepas dari ikatan
ihram.
Bagi yg haid tggu hingga suci mandi dan kemudian
pergi ke tanah halal utk berniat ihram, masuk ke
masjid haram, tawaf dan saie dan bertahalul.
Jika tidak suci hingga tarikh pulang, pulang saje..
tanpa dam.
Jika dtg haid selepas tawaf, maka teruskan saie dan
bertahalul kerana saie tidak disyaratkan bersuci.
Bagi yang sakit sebelum atau semasa tawaf tunggu
hingga sembuh. Jika hendak tunaikan umrah, keluar
ke miqat tanah halal dan kembali semula ke Masjid
Haram utk Tawaf, saie dan tahalul.

1.2. Wanita dlm keadaan haid, berniat Ihram dengan Ihram Syarat
(MH15)
sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram
dengannya kerana Allah Jika haid aku berterusan
hingga 1 hari maka halallah aku
Jika berhenti haid sebelum 1 hari.. tunggu hingga 24
jam.. kemudian bersuci dan tawaf serta saie dan
bertahallul.
Jika tidak suci hingga melebihi 1 hari maka
tertahalullah dia ketika itu dan tak perlu dam..
tunggu hingga suci
Jika suci.. dan ingin mengerjakan Umrah maka
hendaklah keluar ke miqat iaitu tanah Halal berniat
Ihram dan masuk semula ke masjid haram Bertawaf,
saie dan tahalul.

1.3. Jamaah yang sakit yang sukar mengerjakan tawaf dgn


sakitnya, boleh berniat ihram bersyarat : ( MH15)
sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram
dengannya kerana Allah Jika sakit aku berterusan
melebihi 1 hari maka halallah aku
2

Apabila sampai dimakkah, dia tidak sembuh melebihi 1


hari maka halallah dia tanpa dam.
Jika sembuh selepas itu dan ingin melakukan Umrah
maka maka boleh keluar ke tanah Halal dan berniat ihram
dan kembali menyempurnakan tawaf dan saie serta
bertahalul.

1.4. Adalah lebih baik tidak mengambil pil penahan haid kecuali
perlu.
1.5. Darah kekuningan / keroh dlm mazhab Syafie adalah darah
Haid.
Namun Sebahagian Syafieyah kata bukan darah haid,
Wanita yg terpaksa keluar dari mekah boleh
berpegang pd pndgn ini, iaitu semasa darah
kekuningan, terus mandi dan bertawaf serta saie dan
bertahlul.
1.6. Darah yang keluar selepas putus haid selama 6 bulan atau
lebih dlm keadaan biasa dikira sebagai darah haid.
Namun dikira sebagai darah istihadah oleh hanafiyah
dan malikikyah.. Jemaah yang begini boleh mengikut
pndgn ini.. teruskan tawaf seperti biasa.
1.7. Alhamdulillah kita telah Niat di Miqot ( Qarnul Manazil)
1.8. Boleh niat ihram sebelum sampai miqot.
1.9. Jika tidak berniat setelah melepasi miqot, hendaklah terus
berniat dan bayar dam, atau patah balik ke miqot dan niat ( tp
kita tak boleh patah balik ).
1.10.
Miqot Umrah kita ialah :
- Dari Malaysia terus ke mekah di qarn Manazil ( lebih
kurang 1 jam sebelum mendarat )
- Jamaah kita akan berniat tinggal bermukim (lebih 3 hari) di
tanah haram Mekkah, maka jika nak berniat ihram kita
kena keluar ke tanah halal dan berihram dan masuk semula
ketanah haram.
5. Selepas berniat maka perbanyakan Talbiyah.
6. Menjaga diri dari semua larangan dalam Ihram yg 13
perkara :
a- Memakai Pakaian bersarung berjahit bagi lelaki
- Termasuk kasut. Dibenarkan sandal yang menampakan
semua tumit dan semua hujung jari kaki (Mh07) kecuali
jamaah yang sakit kakinya ( MH15)
- Sandal ada ikatan belakang boleh digunakan
3

b- Menutup kepala atau sebahagian daripadanya. - Yang


melekat dikepala.
c- Memakai sarung tangan
d- Menutup Muka ( wanita )
- Had muka wanita sama wuduk.. tidak mengapa tertutup
sedikit kawasan dahi dan dagu.
- Boleh mneggunakan masker krn tidak menutup seluruh
muka dan sbb kesihatan.
e- Memakai wangian
- Wangian yg digunakan utk tujuan berwangi-wangian
- Wangian sebelum Ihram yg kekal setelah Niat tidak
mengapa.
- Termasuk sengaja duduk ditempat yg dia tahu telah
disapu
minyak wangi.
- Termasuk juga mandi dengan sabun wangi. ( Al-Manhaji)
- Mencium bau wangian bunga tidak termasuk yg
diharamkan.
f- Memakai Minyak rambut
g- Menanggalkan bulu- Menyikat rambut jika biasanya akan
gugur rambut maka haram menyikat rambut, kalau tidak
takut gugur makruh hukumnya ( fiqh al manhaji )
h- Mengerat kuku
i- Mencabut menebang dan memotong tumbuhan
j- Memburu binatang - kecuali binatang bahaya spt ular kala
dll.
k- Berkahwin dan mengkahwinkan
l- Istimtak - Boleh berpegang tgn suami isteri jika tidak
bersyahwat
m- Bersetubuh - (mh 2006 ) jika Terpaksa, jahil atau lupa tidak
rosakan haji dan tidak kena dam.
Jika Anda bercukur, potong kuku, berjahit, tutup muka,
sarung tangan dam nya ialah memilih antara
1. Sembelih kambing
2. Sedekah 2 mud beras 2 kilo
3. Puasa 3 hari
Jika Anda bunuh binatang.. damnya
1. menyembelih binatang yg sepadan dengan yg dibunuh.
2. Beli makanan seharga dengan binatang tersebut
3. Puasa sebyk. Bilangan harinya dianggarkan dgn mud yg
disediakan. mud 1 hari puasa.
Alhamdulillah kita sampai di terminal haji
4

Di Terminal haji
1. Solat Maghrib dan Isyak jamak Takkhir
2. Jika solat zohor dan asar dlm flight, maka wajib tunaikan
semula/Ulang Solat zohor dan asar, Secara jamak qasar ( jika tak
sempat juga boleh qada setelah sampai hotel dimekah, tetapi qada
secara tamam, iaitu 4 rakaat zohor dan 4 rakaat asar).
* (perkara ini qadak solat dimekah tidak digalakan, keharusnya
kita mengutamakan solat fardhu dari urusan yang lain).
3. Sentiasa bertalbiyah
4. Sentiasa menjaga Larangan Ihram
5. Bantu membantu sesama jamaah, tidak mementingkan diri sendiri.
6. Mengawal diri dari marah dan merungut rungut. Banyakkan
bersabar.

Di Dalam Bas
1. Terus bertalbiyah Berdoa Rehat
2. Taklimat ringkas tentang tawaf.

HARI KE 2 selasa ( 6.12.16 )


Alhamdulillah sampai di Mekah
Di Hotel Mekah
1.
2.
3.
4.
5.

Makan malam
Agihan bilik
Sentiasa bertalbiyah dan menjaga larangan dalam Ihram.
Pastikan berwuduk
Berkumpul tepat pada masanya untuk ke masjid Haram bertawaf
Umrah.

Di Masjid Haram
Rukun Umrah 2 Tawaf Umrah ( sekaligus menjadi tawaf Qudum
tawaf selamat dtg )
1 Masuk ke Masjid secara berkumpulan
2 Berwuduk - Suci dari Hadas
1.1. (MH 05) Beralih kita kpd pndgn mazhab Syafie yg rajah kepada
marjuh iaitu pendapat Ibnu Suraij dan Al Rafie dlm mazhab
syafie yang mengatakan tidak batal wuduk jika berlaku sentuhan
tanpa syahwat.
1.2. Pendapat ini boleh digunakan juga ketika perjalan dari
penginapan mekah ke masjid haram. Boleh juga ketika dlm
masyaqqah (susah) sepanjang ibadat haji.
5

1.3.
1.4.

1.5.
1.6.
1.7.

Tetap batal kalau terkentut atau buang air


Jika terbatal wuduk ketika Tawaf boleh menyambung semula
tawafnya selepas berwuduk ditempat batal, tetapi seeloknya
bermula di penjuru hajar Aswad
Pastikan Suci Badan Pakaian
Pastikan sentiasa menutup Aurat
Pakaian ihram lelaki tetap dalam menutup semua badan.

Di Kaabah
1. Baca doa melihat kaabah.
2. Mula pada sudut Hajar Aswad lampu Hijau
3. Berjalan kaki adalah sunat bagi yg sihat. Makruh bg yg sihat
berkenderaan
(MH15) harus menggnakan kederaan ketika bertawaf.
4. Berniat Tawaf
5. Kaabah disebelah kiri dan berjalan kehadapan
6. Hitung 7 kali dengan Yakin
7. Jangan masuk dalam hijir Ismail
8. Kain ihram jangan terkena kelambu kaabah
9. Baca bacaan semasa tawaf
10.
Tidak menjadi kesalahan jika minum ketika sedang tawaf
(MH15)
11.
Selesai tawaf solat sunat di belakang makam Ibrahim ( jika
mudah )
12.
Minum zam-zam jangan lupa baca doa dan niat akan
kebaikan. hendaklah sentiasa dalam kumpulan.
13.
Menuju ke Masa ( tempat Saie ) Bukit Safa.

Di Bukit Safa
Rukun Umrah 3 Saie
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Berada dikawasan Saie di bukit safa


Niat Saie, Membaca istilam.
Teruskan saie walaupun terbatal wuduk.
Bermula Bukit Safa akhir bukit Marwah
Sampai tempat penghujung saie
jangan berniat lain selain saie
Tamat saie di bukit marwah.

Di Bukit Marwah setelah Selesai 7 kali berulang alik.


Rukun Umrah 4 Bercukur atau bergunting
6

1- Gunting rambut sekurang2nya 3 helai.


2- Jamaah wanita menjaga aurat ketika bergunting.
3- Tamat Umrah pertama Alhamdulillah Anda telah bertahalul dan
terlepas dari semua larangan Ihram. Anda telah Berjaya
menunaikan Umrah.
4- Balik Hotel.. pastikan anda tahu kedudukan hotel ( bincang2 jika ada
persoalan dengan mutawif atau Bos )
5- Sepanjang di Mekah Solat fardhu seperti biasa.. tiada jamak dan
qasar.
6- Selepas solat subuh aktiviti bebas Perbanyakan :
i.
solat sunat di Masjid Haram
ii.
Sedekah
iii.
Cuba untuk kucup hajar Aswad
iv.
Tawaf sunat
v.
Baca quran
vi.
Kuliyah asar oleh mutawwif.

HARI KE ( 3 ) 7.12.16 Rabu - Ziarah (1)


1. Mandi ihram dihotel, Bersiap dan membawa pakaian Ihram bagi
sesiapa yg hendak melakukan Umrah.
2. Mendengar penerangan tentang Jaaronah.
3. Singgah di Jabal Thur penerangan Sirah
4. Menziarahi tempat2 Manasik haji penerangan dan Ibrah
5. Di Jaaronah Penerangan sirah,
6. Pakai pakaian Ihram, Berniat Ihram, berpantang 13 perkara,
bertalbiyah.
7. Singgah di Jabal Nur di Padang Arafah.
8. Balik ke Mekah, Tawaf Umrah, Saie, Tahlul.

HARI KE ( 4 ) 8.12.16. Ziarah Hudaibiyah.


1. Mandi Ihram di hotel dan bersiap serta membawa pakaian Ihram bg
sesiapa yg nak buat Umrah
2. Bergerak ke Muzium Mekah ( jika dapat kebenaran masuk)
3. Bergerak ke Masjid Sumayshi penerangan Hudaibiyah dan
pengajaran
4. Bg yg ingin berumrah.. Berpakaian Ihram, Bertalbiyah dan
berpantang 13.
5. Balik Mekah, ke masjid Haram, Tawaf Umrah, Saie, Tahallul.

HARI KE ( 5 ) Jumaat 9.12.16


1. Kuliyah Dhuha oleh Mutawwif.
2. Aktiviti bebas digalakan pergi awal untuk solat jumaat.

HARI KE (6) 10.12.16


Ziarah dalam Masjid Haram.
1. Rumah Saidina Abu Bakar
2. Tempat kelahiran Rasulullah
dll

3. Jabal Qubais
4. Marwa jabal Quaiqian

HARI KE (7) 11.12.16 Ahad.


Bergerak ke Madinah
1. Mendengar Taklimat
tinggal )
2. Solat Zohor

2. Tawaf Wada ( tawaf selamat

TAWAF WADA
1. Tawaf sahaja tanpa saie.
2. Pakaian biasa
3. M. Syafie : tempoh berada di Mekah selepas tawaf Wada adalah
mengikut Uruf sebelum keluar Mekkah ..(MH15): jika kelewatan
berlaku setelah jamaah tawaf wada selama 8 jam, maka wajib tawaf
semula.
4. Mzhb Hanafi Tiada tempoh berada di mekah selepas tawaf wada.
5. Boleh melakukan
- Makan minum - Buang air - Ambil barang
- Cari org/harta hilang - Melawat org sakit
- Mandi tukar pakaian (mh 1432) - Ambil Gambar
6. Dlm keadaan yg sukar boleh mengikut pndgn mazhab Syafie yg
kedua iaitu tawaf wada adalah sunat dan sunat bayar dam.
7. Bagi wanita yg uzur tidak perlu tawaf wada.. hanya memandang
pintu masjid dan mengucapkan selamat tinggal.- hadis muslim.
8. Jemaah yg pergi ketempat jarak jauh 2 marhalah hendaklah
melakukan tawaf wada.
9. Berwirid pnjg lepas tawaf wada boleh membatalkan tawaf wada
doa pnjgn tidak batalkan tawaf wada.(mh 2011)
10.
Boleh ambil gambar dgn syarat dlm keadaan menunggu bas.

Bergerak Ke Madinah
1. Doa kenderaan.
2. Tazkirah ringkas Hijrah Rasulullah 12 Rabiul Awal.
3. Solat asar qasar dlm pjlnn.

Di Madinah
8

1. Masuk Hotel agihan bilik


2. Boleh solat jamak qasar sepanjang di Madinah.. boleh juga solat
tamam

Di Masjid Nabawi
1. Memberi salam ke Rasulullah saw.
2. Ziarah dalam ( lelaki shj )
- Babus salam Raudhah - Ziarah Maqam Rasulullah saw Perkuburan Baqi
3. Pengenalan masjid Nabawi
- Muzium Masjid - Sakifah Bani
Saadah
Ziarah Luar
1.
2.
3.
4.
5.

Masjid Quba solat penerangan sirah


Jabal Uhud Penerangan sirah
Ladang tamar
Masjid Kiblatain lalu shj Penerangan sirah di dlm bas
Masjid 7 lalu shj penerangan sirah di dlm bas

Hari Terakhir
1. Ziarah Wada Rasulullah saw.
2. Doa Bergerak Pulang.

Solat Subuh di Fligt.

Disediakan : Mutawwif Ust Halim

También podría gustarte