Está en la página 1de 1

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

SOALAN : Rakan akrab anda yang tinggal di luar negara telah mengutuskan surat kepada anda
untuk mengetahui maklumat tentang pelancongan akua di negara anda. Balaslah surat tersebut.
Kepayan Ridge,Blok A9,
Lot 13, Tingkat Bawah,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah.
4 Febuari 2011.
Menemui sahabatku Cathy yang berada di Amerika Syarikat. Semoga saudari sekeluarga sihat
walafiat di sana. Saya sekeluarga di Malaysia sihat sahaja.
Saudari,
Surat saudari yang bertarikh 27 Januari 2011 telah selamat saya terima. Ya, Apa khabar
saudari sekeluarga di Dallas, Amerika Syarikat? Bagaimana dengan pencapaian akademik
saudari di sana? Sudah pasti cemerlang, bukan? Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima
kasih kepada saudari kerana meminati tempat-tempat perlancongan akua di Malaysia.
Berbalik kepada pertanyaan saudari tentang perlancongan akua di Malaysia, saya akan
memperkenalkan Pulau Manukan di Sabah,Malaysia. Di sana saudari akan mendapat peluang
untuk menyelam skuba yang pelancong asing sering ingin mencuba. Selain itu, saudari juga
berpeluang untuk bermain jet ski, ski airdan lain-lain lagi. Sememangnya saudari pasti tidak akan
melupakan pengalaman di sana nanti.
Selain Pulau Manukan, Pulau Tioman yang terletak di neger Johor merupakan antara pulau
yang menarik di Malaysia. Saudari sudah pasti akan terpegun dengan keindahan pemandangan di
dasar laut mahupun di pantainya. Saudari juga dapat berjumpa dengan spesies akuatik yang
mempesonakan. Aktiviti menyelam, berkayak, menaiki jet ski sentiasa menjadi tumpuan
pelancong asing mahupun tempatan.
Di samping itu, Pulau Sipadan juga antara perlancongan akua yang menarik disebabkan
keindahan semula jadi pulaunya serta tumbu karang yang unik. Pulau Sipadan pernah dicalonkan
dalam '7 Wonders of the World'. Disebabkan ini, pulau ini kini menjadi tumpuan hangat
pelancong asing dan juga pelancong tempatan. Saya jamin saudari pasti akan menikmati seluruh
pemandangan di sana.
Sampai di sini sajalah untuk kali ini. Salam daripada saya dan keluarga. Ingin juga mengirimkan
salam kepada keluarga saudari di sana. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Dexter

También podría gustarte