Está en la página 1de 7

2.

0 ANJAKAN KEEMPAT
Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi Negara.
Pendidikan juga pencetus kreativiti dan inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan
kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dengan pasaran kerja dan menjadi pengupaya
perkembangan ekonomi keseluruhannya
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang dipetik dari majalah Pelita Bahasa edisi Mei 2013.
Menurut beliau pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal insan dan
ekonomi Negara serta pencetus kepada kretiviti dan inovasi seseorang. Namun siapakah yang
membentuk generasi muda tersebut, jika bukan seorang guru. Benarlah kata cendikiawan
bahawa guru itu arkitek manusia, yang mampu membentuk dan membimbing manusia.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka satu anjakan menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi
pilihan. Pelaksanaan Pakej Kerjaya Guru yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ini akan melalui 3 gelombang dalam anjakan tersebut.

Gelomban
g 1
2013 - 2015
Meningkatkan
standard dan
sistem
sokongan

Gelomban
g 2

Gelomban
g 3

2016 - 2020
Mengukuhkan
kemajuan dan
laluan kerjaya

2021 - 2025
Mewujudkan
budaya
kecemerlanga
n
profesionalism
e berasaskan
rakan setugas

2.1 GELOMBANG 1
Gelombang pertama mengambil masa 3 tahun bermula dari 2013 sehingga 2015.
Gelombang 1 akan memberi tumpuan tentang peningkatan standard profesion keguruan
dengan lebih berprestij dan elitis serta serta memperbaiki sistem sokongan dan persekitaran
kerja yang sedia ada. Jesteru itu, lima langkah yang dirangka akan diambil.
Dalam langkah pertama, kementerian berusaha meningkatkatkan profil profesion
keguruan supaya profesion ini menjadi profesion pilihan. Sehubungan dengan itu, kerajaan
berhasrat untuk membuat pengambilan bersasaran dan kempen pemasaran, kepada pelajarpelajar atau rakyat yang berprestasi tinggi serta kekurangan tenaga pelajar yang mengajar
dalam bidang Bahasa Inggeris, Sains dan guru lelaki. Kementerian juga membuat pameran
pendidikan dan membuat iklan di media massa mengikut sasaran yang diperlukan. Langkah ini
juga bagi meningkatkan jenama perguruan.
Langkah kedua yang diambil ialah meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih
dan ambilan guru baharu. Dalam langkah ini, kementerian akan mengetatkan proses pemilihan
ambilan kemasukan guru pelatih ke IPG dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan
30% teratas pelajar cemerlang bagi setiap kohort yang tamat persekolahan. Kementerian juga
akan mengecilkan ambilan guru pelatih sekiranya bilangan calon yang berkelayakan pada
tahun itu kurang. Tindakan ini diambil untuk meningkatkan profil profesion perguruan serta
dapat

menjaga standard kerjaya guru, ini menunjukkan kerjaya guru adalah kerjaya

professional yang bukannya mengambil sebarangan pelajar untuk dijadikan guru. Selaras
dengan itu, kementerian akan bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi
menetapkan standard kemasukan yang setara untuk mengikuti kursus latihan perguruan ini.
Selain itu, kementerian akan mengetatkan standard untuk graduat daripada kursus
latihan perguruan dan terus diserap untuk menjadi guru permulaan dibawah kementerian.
Kementerian akan memilih mereka yang dapat menguasai kecekapan dan kejayaan melalui
praktikum dan kerja kursus semasa mereka di pusat latihan perguruan. Kementerian juga akan
mengambil langkah mengurangkan pengambilan guru sebanyak 50% secara berperingkat
dalam tempoh lima tahun oleh kerana kekurangan guru bukan lagi menjadi masalah. Walau
bagaimanapun, pengecilan saiz ambilan guru ini tidak akan menjejaskan saiz kelas atau
keberhasilan murid. Oleh itu guru pelatih perlu mempelajari dan berusaha untuk menjadi
pendidik yang cemerlang supaya diserap untuk menjadi guru permulaan dibawah kementerian.

Berikut adalah 19 tip untuk menjadi pendidik cemerlang yang disenaraikan oleh Shatar, Jasni &
Azali (2006):

19 Tip Pendidik Cemerlang


1.
3.
5.
7.
9.

Pegangan agama yang kuat


Berfikiran terbuka
Penampilan menarik
Kreatif
Berpengalaman luas

2. Pemurah lmu
4. Bertanggungjawab
6. Menepati masa
8. Merancaang pengajaran
10. Matlamat jelas

11. Berkeyakinan tinggi


13. Pembimbing
15. Penasihat akademik
17. Komunikasi berkesan
19. Motivasi tinggi

12. Menghormati pelajar


14. Komitmen tinggi
16. Peka
18. Pengajaran aktif

Langkah ketiga yang diambil ialah, mengukuhkan kaitan antara prestasi dan
kompetensi. Oleh itu, kementerian akan menyediakan satu instrumen penilaian yang
mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh oleh setiap guru mengikut peringkat tempoh
perkhidmatan mereka. Kompetensi ini merujuk kepada empat perkara iaitu: pengajaran dan
pembelajaran, nilai-nilai professional, aktiviti diluar bilik darjah, dan sumbangan professional.
Guru akan dinilai melalui dua cara iaitu, pemerhatian guru semasa proses P&P berlangsung
dan juga prestasi murid. Kementerian mencadangkan lebih daripada seorang penilai, termasuk
seorang penilai rakan sebaya.
Langkah keempat yang diambil ialah menekankan profesionalisme yang berterusan.
Bagi meneruskan profesinalisme ini, kementerian telah merangka satu portfolio latihan bagi
setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baru. Portfolio ini merangkumi kecekapan
asas yang perlu ada oleh semua guru, seperti sains seni mengenai cara mengajar di sekolah
atau pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras
ini diwajibkan kepada semua guru. Pada Januari 2013 dua inisiatif telah dilancarkan bagi
memperkenalkan kepada guru tentang program ini. Inisiatif yang pertama ialah perwujudan
perpustakaan video e-Guru. Perpustakaan ini menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik
yang memaparkan gambaran yang bersifat amali tentang amalan pengajaran terbaik yang
dilaksanakan di dalam kelas. Koleksi video ini juga digunakan semasa sesi latihan dan
bimbingan kemahiran pedagogi.

Inisiatif kedua yang dilancarkan untuk program ini ialah peluasan program bimbingan
guru iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches
SISC+). Tiga perubahan akan dibuat oleh SISC+:
1. SISC+ akan dijadikan jawatan sepenuh masa supaya membolehkan mereka
membimbing lebih ramai guru dengan lebih kerap
2. SISC+ bertanggungjawab memberikan bimbingan mengikut ketiga-tiga dimensi, iaitu
kurikulum, pentaksiran, dan pedagogi.
3. SISC+ menumpukan kepada bimbingan berasaskan sekolah bagi guru di sekolah band
rendah (band 5, 6 dan 7).
Kerajaan juga meneruskan program pensiswazahan guru dengn matlamat 60% guru siswazah
sekolah rendah dan 90% guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015
Langkah kelima yang diambil bagi meningkatkan standard dan sistem sokongan ialah
meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru. Kementerian akan mengambil dua tindakan
setelah menyedari tugas pentadbiran berlebihan yang dipikul oleh seseorang guru boleh
menjejaskan masa dan keberkesanan tugas utama pengajaran dan pembelajaran guru.
Tindakan pertama ialah kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan
pengumpulan data sedia ada supaya tidak berlaku pertindanan keperluan data. Oleh itu,
kementerian telah memperkenalkan tiga pangklan data iaitu SAPS, SPPBS, SMM. Permohonan
ini mampu menghapuskan permohonan yang berulang bagi data yang sama dan memudahkan
proses kemasukkan data baharu. Tindakan kedua ialah kementerian akan memastikan kaedah
bagi mengatasi masalah isu kesesakan disekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi
35 orang murid. Antara kaedah yang dicadangkan oleh kementerian ialah pembinaan bilik
darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan dan mengetatkan penguatkuasaan kuota
enrolmen. Enrolmen ialah bilangan orang yang mendaftar yang mendaftarkan diri dalam
sebagai pelajar.

2.2 GELOMBANG 2

Gelombang kedua bermula pada tahun 2016 sehingga tahun 2020. Pada gelombang
kedua kementerian akan berusaha mengukuhkan kemajuan dan laluan kerjaya. Pakej ini dibina
atas kejayaan Gelombang 1. Dalam Gelombang 2 kementerian akan mengambil tiga langkah
bagi membantu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
PIPP atau Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah menaikkan taraf Maktab
Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program ijazah sarjana
muda pendidikan serta meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus untuk guru pelatih.
Perjuangan untuk menaikkan lagi martabat profesion perguruan diteruskan lagi melalui PPPM
apabila kementerian mengambil langkah meningkatkan sistem latihan praperkhidmatan dan
sistem pemilihan guru sebagai langkah pertama. Setelah meningkatkan standard kemasukan
guru pelatih ke IPG untuk mengikuti kursus perguruan semasa gelombang 1, kementerian
selepas itu mengambil tindakan untuk menyemak kembali kurikulum praperkhidmatan di IPG
bagi memberikan persediaan yang secukupnya untuk mengajar Kemahiran Abad Ke-21 kepada
murid-murid. Disamping membuat perbincangan mengenai standard kemasukan yang setara
untuk mengikuti program ini, kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyelaraskan kurikulum latihan praperkhidmatan dengan IPTA.
Kementerian juga akan meningkatkan kualiti pengalaman praktikum dari segi waktu yang
diperuntukkan serta pemantauan oleh guru berpengalaman yang mempunyai kamahiran
pementoran untuk memberi tunjuk ajar kepada guru pelatih.
Kementerian akan mengukuhkan laluan kerjaya dengan meneliti tiga laluan kerjaya yang
berbeza:
I.
II.

Laluan pengajaran bagi guru yang ingin mengajar di bilik darjah.


Laluan kepimpinan dan pengurusan bagi guru yang ingin menjawat jawatan kepimpinan

III.

sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri atau pusat.


Laluan pakar bidang khusus bagi guru yang ingin guru bimbingan dan jurulatih,
pensyarah di IPG dan IAB, atau pembangunan kurikulum pentaksiran.

Dipetik dari Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Laluan kerjaya ini akan dibangunkan selepas membuat rundingan bersama kesatuan guru dan
akan dibangunkan semasa Gelombang 1. Kementerian akan menentukan kecekapan guru yang
dijangka berkembang selari dengan setiap kenaikan pangkat dengan menggunakan instrumen
yang dibangunkan semasa Gelombang 1 serta memastikan peluang kenaikan pangkat dalam
setiap laluan adalah setara.
9

Rombakan kemajuan kerjaya adalah langkah yang diambil seterusnya oleh kementerian
dalam Gelombang 2 ini. Dalam langkah ini kementerian berhasrat untuk mengukuhkan skim
Guru Cemerlang yang sedia ada, namun dibawah skim laluan pantas kementerian telah
membuat semakan semula, dicadangkan guru berprestasi tinggi dinaikkan gred dari DG41 ke
DG54 dalam tempoh kurang 25 tahun. Kredit tambahan akan dibrikan kepada guru yang
berjaya menyempurnakan perkhidmatannya dalam tiga hingga lima tahun di sekolah luar
bandar, pendalaman, serta sekolah berprestasi rendah. Ini bertujuan untuk memberi ganjaran
kepada guru yang cemerlang yang bertugas di sekolah berkenaan.
Kementerian akan melancarkan satu skim peralihan untuk guru yang menunjukkan
prestasi rendah selama tiga tahun berturut-turut walaupun telah diberikan latihan dan sokongan
secara intensif. Mereka mungkin mempunyai prospek yang lebih sesuai dengan kebolehan
mereka. Selaras dengan itu, kementerian menyediakan pilihan kepada guru-guru ini dan
memastikan mereka diberikan sokongan yang sepenuhnya untuk melakukan peralihan ini.
Kementerian akan menempatkan semula guru ini bagi menjalankan peranan lain di sekolah
seperti membantu tugas pentadbiran, pengurusan disiplin, atau pengurusan aktiviti kokurikulum.
Kementerian juga akan menyediakan latihan kepada guru-guru ini supaya berjaya
melaksanakan peranan baru yang dipilih oleh mereka.

2.3 GELOMBANG 3

10

Selepas selesai melaksanakan semua elemen dalam Pakej Kerjaya Guru baharu,
Gelombang 3 boleh dilaksanakan menjelang tahun 2021 sehingga 2025 iaitu, mewujudkan
budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan rakan setugas.
Sepanjang tempoh Gelombang 3 kementerian akan menumpukan kepada usaha untuk
memastikan semua guru fleksibeliti dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu,
kurikulum dan susunan pengajaran, pendekatan pedagogi dan pentaksiran berasaskan
sekolah. dapat berkongsi amalan terbaik untuk memenuhi standard professional perguruan.
Stephen Covey(1989) dalam buku beliau 7 Habits of Highly Effective People, yang
dipetik oleh Khusairi, Shamsina & Akhiar(2012) dari buku yang berjudul Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, menyatakan bahawa guru efektif adalah guru-guru yang
mempunyai tabiat yang dirangkumkan dalam kategori bebas dan merdeka atau penguasaan
kendiri atau saling bergantung atau pembaharuan terkini.
Benarlah apa yang diharapkan oleh kementerian untuk melahirkan guru-guru yang
dapat membudayakan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan setugas kerana
tabiat seorang guru yang mengamalkan tabiat saling bergantung mampu menyelesaikan
sesuatu masalah dengan mudah disamping dapat memberikan faedah kepada murid dan guru
itu sendiri. Contohnya, guru membimbing antara satu sama lain dan saling memberi inspirasi,
tolong-menolong, memastikan rakan setugas mengamalkan nilali tangggungjawab dan

11

También podría gustarte