Está en la página 1de 1

NAMA

: NUR DIYANAH FARZANA BT SHUKUR

KELAS :

4 MUTIARA

AKU SEBUAH BASIKAL

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama LERUN. Aku dilahirkan di


sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku
telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Kota Kinabalu,Sabah.
Aku dihantar ke Kota Kinabalu dengan menggunakan kapal terbang.

Setelah aku sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu, aku diangkat


dan dimasukkan ke dalam lori lagi dan dihantar ke kedai. Kedai itu dikenali
sebagai Kedai Basikal Canggih. Di sini, aku dipamerkan kepada orang
ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka
tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang
mahal, iaitu RM450.
Pada suatu hari, seorang remaja lelaki yang kacak telah membeliku.
Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya.
Remaja
yang
kacak
itu
bernama
Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar
bandar Kota Kinabalu. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai.
Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat untuk kepada
tuanku. Aku dijaga dengan begitu rapi sekali.

Setiap hari, aku dibersihkannya. Setelah beberapa tahun kemudian,


badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak
secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah
kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah
basikal.

También podría gustarte