Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, dalam dewan yang
permai ini bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah majlis kami ini, majlis yang mengumpulkan para ilmuan yang ingin bersama-sama berkongsi ilmu kurniaan mu ya Allah . Terangi dan Sinarilah jiwa dan hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu .mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara