Está en la página 1de 4

SJKT LDG KUALA SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KE-4


BIL 3 / TAHUN 2016

TARIKH

: 18/7/2016

MASA

: 01.30 2.30 pm

TEMPAT

: BILIK ICT

HADIR :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

EN.M.SANKARAN
GURU BESAR
PN.N.AMIRTHAM GPK 1
EN.S.VIJAYAN
KETUA PANITIA BT & GURU MP TAHUN 1
CIK.S.MATHAVI
SETIAUSAHA & GURU MP TAHUN 6
PN.R.VASUTHEVI
GURU MP TAHUN 2
PN.LETCHUMI
GURU MP TAHUN 3
EN.B.KESAVAN
GURU MP TAHUN 4
CIK.S.SANGGARI
GURU MP TAHUN 5

TIDAK HADIR : PENCATAT : CIK.S.MATHAVI


1.0 Perutusan Pengerusi.
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat panitia Bahasa tamil
kali ke-3 bagi sesi 2016.Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada para
hadirin.
Tindakan : Semua guru.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat.
2.1 Pengerusi meminta ahli mesyuarat meniliti minit mesyuarat yang lalu dan
seterusnya membuat pengesahan.
2.2 Cik.S.Sanggari mencadangkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh
Pn.Letchumi.
Tindakan :Makluman
3.0 Perkara berbangkit.
3.1 Minggu Panitia Bahasa tamil dijalankan seperti dirancang.Ketua Panitia
En.S.Vijayan mengucapan tahniah kepada semua guru kerana menjayakan
minggu panitia Bahasa Tamil.Semua guru telah memberi kerjasama yang
penuh untuk menjayakan program ini.Semua murid terlibat dalam segala
aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut.Hadiah belum diberikan
1

kepada pemenang kerana masalah kewangan.Namun,hadiah akan diberikan


pada masa yang terdekat setelah mendapat bantuan kewangan.
Tindakan :Makluman
3.2 Ketua Panitia menyatakan bahawa semua guru mata pelajaran Bahasa tamil
boleh meminta Bahan Bantu Mengajar (BBM) daripada unit panitia Bahasa
tamil.Guru mata pelajaran perlu menyenaraikan BBM yang diperlukan dan
serah kepada ketua panitia.Unit Panitia Bahasa Tamil akan berusaha
mendapatkan BBM yang diperlukan melalui kewangan yang diperuntukan
khas untuk Panitia Bahasa Tamil.
Tindakan :Makluman
3.3 Pn.N.Amirtham Selaku GPK Pentadbir menyatakan semua guru mata
pelajaran Bahasa tamil harus menyediakan rekod transit pencapaian
murid.Beliau berharap semua guru Bahasa tamil mencatat rekod dalam transit.
Tindakan :Makluman
3.4 Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2016
Ucapan Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana PPT untuk mata
pelajaran Bahasa tamil dijalanakan tanpa sebarang kesulitan.Semua kertas
peperiksaan tidak disediakan oleh guru mata pelajaran malah dibeli dari luar
(Majilis Guru Besar Tamil Selangor).
3.4.1

Keputusan PPT bagi tahun 1 menunjukan pencapaian yang


memuaskan.Dua murid mendapat keputusan yang
cemerlang.Seorang murid mendapat keputusan E dalam kedua-dua
kertas.
Tindakan: Guru MP Tahun 1

3.4.2

Keputusan PPT bagi tahun 2 menunjukan pencapaian yang


baik.Hanya seorang murid gagal dalam kedua-dua mata
pelajaran.Peratus lulus adalah sebanyak 88%.
Tindakan: Guru MP Tahun 2

3.4.3

Keputusan PPT bagi tahun 3menunjukan pencapaian yang


memuaskan.Tiada murid yang mendapat Keputusan A dalam
kedua-dua murid .Manakala, Peratus gagal bagi kertas pemahaman
dan penulisan masing-masing adalah sebanyak 25% dan 50%.
Tindakan: Guru MP Tahun 3

3.4.4

Keputusan PPT bagi tahun 4 menunjukan pencapaian yang


memuaskan.Peratus lulus bagi kertas pemahaman dan penulisan
2

masing masing adalah sebanyak 22% dan 33%. Manakala,


Peratus gagal bagi kertas pemahaman dan penulisan masingmasing adalah sebanyak 78% dan 67%.
Tindakan: Guru MP Tahun 4
3.4.5

Keputusan PPT bagi tahun 5 menunjukan pencapaian yang


cemerlang.Semua murid lulus penuh dalam kedua-dua kertas iaitu
Pemahaman dan Penulisan.
Tindakan: Guru MP Tahun 5

3.4.6

Keputusan PPT bagi tahun 6 menunjukan pencapaian yang


baik.Hanya seorang murid mendapat keputusan gagal dalam keduadua kertas iaitu Pemahaman dan Penulisan.
Tindakan: Guru MP Tahun 6

4.0 Peperiksaan Bulanan (Ogos) 2016.


4.1 Pn.N.Amirtham Selaku GPK Pentadbir menyatakan kertas soalan yang
disediakan perlu diserahkan kepada ketua Panitia untuk tindakan susulan oleh
GPK Pentadbir.
Tindakan :Makluman
4.2 Pn.N.Amirtham Selaku GPK Pentadbir dan semua AJK Panitia Bahasa Tamil
bersetuju sebulat suara iaitu JSU bagi kertas soalan yang dibeli tidak perlu
dibuat oleh guru mata pelajaran.
Tindakan :Makluman
5.0 Hal-hal Lain.
5.1 Kelas tambahan Tahun 6 dijalankan seperti yang dirancang.
5.2 Program bacaan pagi diteruskan seperti biasa.
5.3 Guru-guru dinasihati agar sentiasa menyemak buku murid-murid dengan betul
dan tepat.
5.4 Kertas soalan perlu dihantar kepada ketua panitia dalam tempoh masa
01.08.2016 hingga 05.08.2016.
Tindakan :Makluman

6.0 Penutup
Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas serta memberi komitmen
dengan penuh dedikasi dan menjalankan program dengan berkesan.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

CIK.S.MATHAVI
SETIAUSAHA PANITIA BAHASA TAMIL

También podría gustarte