Está en la página 1de 13

Ciri Pelajar Cemerlang

Remaja kini berperibadi cemerlang, Menjadi tunjang aspirasi Negara. Ayat ini menerangkan bagaimana seorang pelajar yang
cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi
negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif
untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi
pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang
pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama
keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka.
Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud
dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam
pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama
di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap
bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan
kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai
panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang
cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa
mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang
cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk
mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada
matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang
dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka
lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak
hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari
melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar
yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua
bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir
dengan penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini
demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian
dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses
tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di
dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu
subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh
para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk
memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan
supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa
mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu
mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun
masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila
mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan
mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga
mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan
hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan
lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang
berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah
dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang
diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan
sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada
badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui
unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta
pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop
kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi
negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan
negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ciri / Langkah Mewujudkan Sekolah Selamat


Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan
yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.
Cara-cara berikut mestilah kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang selamat dan selesa.
Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat
penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di
Malaysia mengalami nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk
semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang
telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada
waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.
Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa
kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan
larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah
dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti
dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah.
Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh
beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang
kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus
menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa juga pasti berasa
puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat
meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.
Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang
bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang
menjadi lintasan pelajar. Penyediaan lintasan zebra juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke
sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda
isyarat Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan
kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan
sekolah dapat dikurangkan.
Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai
aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik
mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke
sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen Sekolah Selamat haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin.
Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif.
Usaha Menjaga Sumeber Air Bersih
Sungai merupakan anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai. Mencemarkan sungai bermaksud kita tidak bersyukur dengan
nikmat kurniaan Tuhan. Mayapada, sungai di Malaysia semakin tercemar teruk seperti Sungai Tiram, Sungai Klang dan Sungai Perak.
Hal ini disebabkan oleh kegiatan perindustrian dan pembangunan yang kian rancak di pinggir sungai bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menjaga kebersihan sungai di negara kita?
Antara usaha perdana adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan
secara mengejut kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang
menjadi tumpuan penduduk membuang sampah sarap perlu dilakukan. Pihak berkuasa tempatan pula perlu mengenakan denda atau
saman kepada kilang yang menyalurkan sisa toksik terus ke dalam sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan pengajaran
dengan cara menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan operasi kilang mereka.
Selain itu, kempen Cintai Sungai Kita perlu digiatkan ke seluruh pelosok negara. Penyebaran informasi tentang kesan
mencemarkan sungai bukan sahaja dilakukan melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio dan media cetak seperti
akhbar arus perdana. Ceramah dan pengedaran risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai juga
boleh dilakukan di kawasan perumahan supaya masyarakat sedar akan tabiat buruk membuang sampah sarap ke dalam sungai. Kini,
penggunaan internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam memastikan kempen yang dicanang berjaya membekas di hati
masyarakat.
Di samping itu, sekolah juga boleh memainkan peranan melalui pendidikan kesedaran. Guru-guru perlu menyelitkan kepentingan
memeliharan kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains.
Realitinya, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai perasaan cinta akan sungai dalam diri
anak-anak. Benarlah kata bijak pandai dahulukala, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika anak-anak ini dapat dipupuk dengan
rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu dapat dinoktahkan pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi
yang akan meneruskan legasi kehidupan.
Seterusnya, penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai.
Umpamanya, penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada di dalam sungai. Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan
pejalan kaki dan taman yang dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung, sungai menjadi kawasan rekreasi untuk
penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih menghargai kewujudan sungai dalam kehidupan mereka.
Akhir kalam, usaha menjaga kebersihan sungai menuntut sinergi yang bersepadu daripada segenap lapisan masyarakat. Sekiranya
sungai semakin tercemar, hidupan akuatik bukan sahaja terancam tetapi kita juga turut menerima tempias yang sama. Hal ini demikian
kerana sumber air bersih semakin berkurang. Kita tidak mahu generasi akan datang tidak dapat menikmati segala keindahan sungai.
Ingatlah, alam ini merupakan pinjaman generasi mendatang, dan kita hanya pemegang amanah.

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN


Mendepani realiti baru era milenium yang pantas berubah dan berkembang ini, masyarakat dinamik, madani serta inovatif amat
diperlukan untuk mencapai kejayaan agar dapat anak watan di negara ini mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara gergasi seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Perancis. Hal ini demikian, disiplin merupakan cerucuk
fundamental bagi kejayaan sesebuah bangsa. Secara holistik, disiplin merupakan pemangkin bagi melahirkan sebuah komuniti
yang progresif, berketerampilan dan berupaya mendepani setiap kekangan untuk mengharungi arus perubahan dunia yang
semakin mencabar. .
Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi
sesebuah kejayaan. Contohnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang kaji pelajaran, bangun
awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang diberikan dan mematuhi peraturan sekolah. Tanpa disiplin, tidak mungkin
seseorang pelajar dapat melakukan perkara-perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah
dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang merupakan pelajar cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat 20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang
membelenggu hidupnya sebagai batu penarung. Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling
perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik semangat dirinya untuk menggapai kejayaan
persis kata tokoh terkemuka, Cecil B. DeMille iaitu orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. Jelaslah bahawa disiplin merupakan formula yang paling
manjur untuk anak watan ini meraih kegemilangan dalam kehidupan.
Selain itu, ibu bapa juga memerlukan disiplin yang tinggi untuk melahirkan sebuah keluarga sakinah. Ibu bapa menggalas
tanggungjawab yang berat dalam sesebuah institusi keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik
anak-anak agar menjadi warganegara yang berguna kerana anak yang baru lahir ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
mencorak, mewarnai dan membentuk keperibadian cahaya mata mereka. Tidak lain tidak bukan, disiplinlah yang diterapkan
dalam diri ibu bapa untuk membentuk diri anak mereka yang gemilang. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga mestilah berupaya
menjadi rol model yang baik kerana segala perwatakan ibu bapa akan dicontohi anak-anak bak kata peribahasa, bagaimana
acuannya, begitulah kuihnya. Malahan, ibu bapa bukan sahaja perlu mendidik anak-anak, mereka juga perlu menyediakan
segala keperluan serta membesarkan anak-anak. Izharnya, ibu bapa juga hendaklah mempunyai disiplin diri untuk
mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang membudayakan sifat-sifat mahmudah dan menghindari
segala unsur mazmumah..
Sementelahan itu, pekerja-pekerja sektor kerajaan mahupun swasta juga tidak terlepas daripada mempunyai disiplin dan
komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Golongan pekerja berkolar putih dan
biru ini mestilah menepati masa, bertanggungjawab dan amanah. Contohnya, seorang pegawai bank mestilah menepati masa
untuk datang ke tempat kerja. Beliau juga hendaklah bertanggungjawab melakukan segala tugas yang diberikan dan
berintergriti terhadap bidang tugas yang melibatkan kewangan. Usahlah kita diibaratkan seperti dalam peribahasa harapkan
pagar, pagar makan padi. Dalam abad ini, ketuanan dan keterbilangan sesebuah negara bersandarkan kehebatan
ekonominya. kita mahukan generasi yang diibaratkan duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak bukannya pemimpin yang
hanya tahu menakik darah di batu. Kita perlu lakukan transformasi ekonomi melalui generasi yang bijak meneroka dan
mencuba sesuatu yang baru dan hasilnya mengagumkan seluruh planet ini Ternyata bahawa, dalam melakukan sesuatu
pekerjaan disiplin diri amat penting kerana kejayaan tidak datang bergolek.
Seterusnya, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berdisiplin dan memandu secara berhemah. Disiplin yang diamalkan
dalam pemanduan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang semakin hari semakin meningkat. Seorang pemandu
mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan memasang tali pinggang keledar, mematuhi had laju dan peka terhadap papan
tanda di tepi jalan. Secara tidak langsung, kadar kamalangan yang sudah mencapai tahap mencemaskan ini lebih-lebih lagi
semasa musim perayaan dapat dikurangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada
mahu langsung kemalangan jalan raya pada musim perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil.
Menurutnya,keadaan "nahas sifar" ini boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya
disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu membantu
kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya. Persoalannya
takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah
sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan
raya.
Jelaslah bahawa, pemandu yang berdisiplin dan berhemah dapat membantu mengurangkan kehilangan nyawa yang lebih
banyak dan ini bertepatan dengan slogan, pandu cermat, jiwa selamat.
Di samping itu, sebagai pengguna mestilah bijak mengutamakan disiplin ketika berbelanja. Dalam dunia yang serba
canggih dan wujudnya Internet, masyarakat dapat membeli dan berbelanja dengan hanya mengakses maklumat hanya di
hujung jari sahaja. Masyarakat yang naf dengan mata kebendaan yang melalaikan akan memboros dan berbelanja
berpaksikan hawa nafsu dan bukannya keperluan. Oleh sebab itu, golongan ini mestilah mempunyai disiplin diri agar dapat
berjimat-cermat dan bijak merancang keperluan mereka. Secara tidak langsung, golongan ini dapat mengelakkan diri daripada
berhutang dengan bank atau lintah darat yang sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan . Mukhtasarnya,
individu yang dapat mengawal diri daripada terlalu mengikut hawa nafsu dan berlatih untuk mendisiplinkan diri agar berbelanja
secara berhemat pasti dapat mengecapi kehidupan yang sempurna dan mempunyai sumber kewangan yang stabil bak kata
peribahasa beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Akhirulkalam, disiplin merupakan cerucuk utama pembangunan negara kerana dengan disiplin kita mampu untuk mengadun
satu kombinasi usaha yang cukup padu agar nama Malaysia gah di seluruh pojok dunia. Siapa menyangka bahawa tangan
yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia. Perkara-perkara ini menunjukkan bahawa orang yang berdidiplin dan
memiliki minda yang positif ialah orang yang tidak gentar akan perubahan dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan
tersebut. Dengan itu, sifat itu dengan sendirinya mampu membina sebuah masyarakat yang kreatif dasawarsa ini. Oleh itu,
marilah kita bergabung sinergi dan merencanakan langkah sederap untuk mengotakan iltizam serta aspirasi negara iaitu
Wawasan 2020 yang bakal tiba.

LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN REMAJA


(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia,
unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Apabila kamu hendak mengenali wajah
lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa
keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut
budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam
kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batasbatas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di
dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan
masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita
kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.
(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan
amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem
pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan
wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang
kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang
berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu,
beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui
penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen,
novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju
namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa
mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat
melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana
rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan nilai
murni, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.
(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek
pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan nilai murni ini kerana pelajar ibarat
pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh,
aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk
semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran
memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan
kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar
terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. (K) Melalui program-program yang
dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap membina
daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang
disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada
lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang.
Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika
menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai
murni sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.
(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murnil .
(M) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa
akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan
anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang
paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya nilai murni. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif
seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh,
anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati
harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati
sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di
samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan
mencerminkan maruah keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke
mukakeluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk
amalan nilai dalam diri anak-anak.
(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini
dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen
yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita
mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena
dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai murni kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers
Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling
biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan
serta giat dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini
dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai murni ke dalam jiwa remaja serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas
dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang
mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi
keperibadian. (P)Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian
kita.

Dari kaca mata yang berbeza pula, amalan nilai murni dalam kalangan remaja dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti yang dianjurkan
oleh masyarakat setempat. Masyarakat sekeliling mampu mempengaruhi tingkah laku para remaja yang dianggap separa matang dan
belum keras ubun-ubunnya. Aktiviti komuniti seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan rukun tetangga dapat dijayakan dengan
penglibatan dan kerjasama daripada masyarakat setempat. Biar kita ambil contoh aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini diadakan dengan
tujuan untuk membersihkan kawasan kediaman bersama-sama tanpa mengira status, agama dan bangsa. Sikap enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing tidak wujud ketika menjalankan aktiviti ini malah sikap bekerjasama bagai aur dengan tebing
terpapar semasa aktiviti ini dijalankan. Kesannya, pelbagai nilai murni dapat diterapkan seperti nilai kerjsama, prihatin, tolong-menolong
dan sebagainya. Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kebersihan kawasan kediaman juga
akan terjamin dan sekali gus dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti demam denggi. Izharlah bahawa aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan mampu memupuk nilai-nilai murni dalam diri remaja kita.
PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan untuk
memupuk amalan nilai murni dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju
yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa,
yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan amalan nilai murni dalam
kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat
timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur
dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap
individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat
Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, Malaysia yang aman
dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka.
Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari
memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah
matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian nilai murni rakyatnya.
Peranan Remaja dalam membentuk Modal Insan Negara yang bebas daripada masalah sosial.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora . Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi
ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang isu gejala sosial dalam kalangan remaja. Isu
ini sering terpapar di dada-dada akhbar dan dalam rubik-rubik akhbar arus perdana serta melalui corong-corong radio dan lohonglohong internet. Tambahan pula, fenomena ini menjadi buah mulut dan tajuk hangat yang dibincangkan oleh warga masyarakat di
warung-warung kopi di tepi jalan atau di restoran-restoran lima bintang yang tersergam di premis-premis mewah. Sebelum hal ini
menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, pelbagai tindakan yang proaktif dan pragmatik perlu
dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.
Antara usaha yang boleh dijalankan ialah membentuk jati diri dan pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang remaja
untuk mengelakkan diri daripada melakukan gejala sosial. Nilai-nilai murni ini sepatuhnya diajarkan oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya . Ibu bapa yang terlalu sibuk mengutamakan pekerjaan bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing akan membuatkan anak tersisih. Pegangan agama dan akidah yang utuh perlulah ada
dalam diri remaja sendiri untuk memastikan agar diri mereka tidak cenderung ke arah melakukan gejala sosial. Golongan remaja perlu
disuntik dan ditanam dengan nilai-nilai murni melalui mata pelajaran Moral atau mata pelajaran agama Islam di peringkat sekolah.
Penerapan nilai-nilai murni ini akan mendedahkan para pelajar tentang norma hidup masyarakat yang berkiblatkan kasih sayang dan
semangat perpaduan. Dengan mempunyai pegangan agama yang kukuh, mudah-mudahan akan menjadi benteng kepada diri remaja
agar tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berobjektif untuk melahirkan modal insan yang berintegriti merupakan salah satu langkah yang
efisien dalam memupuk perpaduan dan semangat kekitaan. Dengan ini, anak-anak remaja akan meletakkan kecintaan kepada negara
dan perpaduan sebagai perkara yang penting dalam kehidupan. Tegasnya, pegangan agama dan jati diri yang utuh dalam diri remaja
perlu disemai dan ditanam. Albert Enstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah
lumpuh.
Dedaun pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin . Kita perlulah menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di
muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata membawa takrif sesuatu permasalahan tidak akan berlaku jika tiada puncapuncanya. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 75.53% golongan remaja yang terjebak dalam kebejatan sosial adalah akibat
daripada dipengaruhi oleh kawan-kawan. Oleh hal yang demikian, golongan remaja perlu bijak memilih kawan kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Remaja kini banyak menghabiskan masa di sekolah dan selepas sekolah mereka tentulah
akan lepak di kawasan-kawasan tertentu seperti padang yang berhampiran, pusat membeli-belah, pasar dan sebagainya. Pelajarpelajar sering mengajak kawan bersama untuk melepak dan merayau-rayau di kawasan luar sekolah. Pada mulanya hanya merayaurayau, semakin lama semakin serius. Golongan remaja akan sedikit demi sedikit akan berjinak-jinak dengan melakukan gejala sosial
seperti ponteng sekolah, gengsterisme, meragut, merogol, menghisap dadah dan sebagainya. Pendek kata, anak-anak watan perlulah
sentiasa berhati-hati semasa memilih kawan. Andai kata dalam 700 kawan, pasti akan terdapat juga kawan yang buruk perangainya
dan sentiasa mempengaruhi kita untuk melakukan gejala yang negatif. Oleh hal yang demikian, golongan remaja tidak seharusnya
mencontohi setiap perlakuan yang dilakukan oleh kawan yang cuba merosakkan hidup mereka. Dengan ini, gejala sosial dalam
kalangan remaja dapat dikurangkan dengan memilih rakan yang baik yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kehidupan remaja. Ada pepatah cina mengatakan berkawan dengan penjual bunga akan tempias keharumannya, berkawan dengan
penjual arang akan terpalit kehitamannya.
Pada masa yang sama, tidak dapat disangkal bahawa alatan-alatan elektronik memainkan wahana yang penting dalam
pelajaran. Tidak dinafikan, internet, e-mel, televisyen, radio, dan sebagainya membolehkan para pelajar memperoleh maklumat,
mengurangkan tekanan, mendapatkan hiburan dan sebagainya. Akan tetapi, terdapat pelbagai kesan yang timbul jika tidak
dimanfaatkan dengan betul. Permainan komputer hingga ke larut malam akan mempengaruhi pelajar sehingga mereka tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian semasa program pengajaran dan pembelajaran diadakan di sekolah. Hal ini secara implisifnya
menjejaskan prestasi akademik pelajar dalam peperiksaan. Tambahan lagi, kancah-kancah laman web yang mengandungi bahanbahan lucah menyebabkan para remaja mencontohinya sehingga melakukan gejala-gejala sosial. Oleh itu, remaja perlu mempunyai
fikiran yang matang dan tidak mudah terpengaruh dengan laman-laman web tersebut. Para remaja perlulah mempunyai kebolehan
untuk membezakan antara intan dengan kaca agar tidak menjejaskan tahap keimanan mereka. janganlah apabila sudah terhantuk baru

hendak terngadah. Anak-anak watan yang suci akan mencontohi segala yang dilakukan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi
uswah hasanah dan membentuk sanubari yang baik. Jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan diri berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh, remaja perlulah mempunyai fikiran yang waras dan jangan mencontohi
sesiapa atau apa-apa secara membabi buta yang boleh menggerakkan hati mereka ke arah kemungkaran.
Dalam nada yang berbeza, perpaduan merupakan tunjang keharmonian sesebuah negara . Semangat kejiranan sering
diamalkan pada zaman dahulu. Mereka saling membantu antara satu sama lain bagai aur dengan tebing seperti dalam kendurikendara, majlis makan malam dan sebagainya ibarat kata yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Sebaliknya, masyarakat
zaman sekarang terutamanya yang berada di bandar tidak lagi mengamalkan semangat kejiranan kerana terlalu mengutamakan
kebendaan dan bersikap materialistik. Justifikasinya, golongan remaja perlulah mengamalkan semangat kejiranan bagi mengurangkan
berlakunya gejala sosial. Jiran merupakan orang pertama yang mengetahui segala hal keluarga dan merupakan orang pertama yang
dapat menghulurkan bantuan apabila berlakunya kecemasan seperti pencerobohan, kecurian, orang yang sakit, dan sebagainya. Oleh
itu, jika golongan remaja menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti kejiranan maka gejala sosial dapat dikurangkan dari
semasa ke semasa. Aktiviti kejiranan seperti gotong-royong dan ziarah-menziarahi dapat mengeratkan lagi hubungan antara jiran.
Tambahan juga, semasa aktiviti ziarah-menziarahi, remaja dapat menyelami perasaan semangat kejiranan dan juga memahami mereka
dengan lebih mendalam. Dengan ini, idea yang dilontarkan oleh Perdana Menteri ke-enam iaitu Dato Seri Najib Tun Razak untuk
merealisasikan Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dapat juga dimakbulkan. Intihanya, bilangan gejal sosial
dalam kalangan remaja dapat dikurangkan dengan menjalankan aktiviti kejiranan dan juga mengeratkan hubangan pelbagai kaum.
Secara konklusinya, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi , remaja perlulah menjalankan pelbagai tindakan yang proaktif
dan pragmatik tidak seperti melepaskan batuk di tangga bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sekiranya anakanak yang merupakan generasi pascakemerdekaan dapat membentuk keperibadian yang mulia, tentulah remaja yang merupakan
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian matan Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir untuk membentuk negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan, sekali gus
menjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.
Manfaat Amalan Membaca
Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian menunjukkan bahawa
secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan
rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka
membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya
membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana melalui
pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang
demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang
mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho,
Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang
berlainan. Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan
bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.
Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar. Dasawarsa, ramai pelajar lemah
dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana
kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat
globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang
itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin
dikuasainya.
Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik. Tabiat membaca boleh membantu
pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai
kepada pelajar yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas, oleh itu seseorang seharusnya
mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang
berpengetahuan untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan
membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku
ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka
berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah
bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara.
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana kemajuan sesebuah negara tidak dilihat
pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan
kemajuan sesebuah negara. Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di
negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan
tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat
penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai
buku dari seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa tabiat membaca amat
signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara ini. Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi
negara maju dalam Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke arah meningkatkan
purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat
budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas
zaman.

Saya Bangga Sebagai Rakyat Malaysia


Rakyat Malaysia perlu berasa bangga dan bersyukur. Hal ini kerana

Negara kita aman dan damai. Tiada peperangan. Tiada pertempuran dan pertumpahan darah. Sebaliknya lihat
situasi di Iraq, Palestin, Iran, Honduras, Somalia. Kashmir dan Afghanistan Nyawa menjadi terlalu murah.

Rakyat berbilang kaum boleh hidup bersama-sama dan selesa. Mereka boleh tinggal berjiran, berada di pasar raya
mahupun sama-sama bekerja walaupun berlainan agama dan kaum. Di Amerika sendiri, ada rasa kurang selesa antara
orang kulit putih dan hitam. Hal yang sama juga berlaku di Australia dan New Zealand antara orang kulit putih dengan
keturunan Asia. Di Perancis, Jerman dan Belanda, timbul rasa kurang senang terhadap orang Islam.

Kemudahan kesihatan kita sangat baik dan rakyat boleh menikmati kemudahan kesihatan di hospital dan klinik
kerajaan dengan hanya RM1. Doktor dan jururawat kita sangat terlatih. Lihat penjagaan ibu mengandung dan bayi
selepas dilahirkan mereka sanggup datang ke rumah! Begitu juga, banyak pusat perubatan swasta yang menyediakan
rawatan berkualiti dan canggih. Banyak negara mengagumi cara kita urus kesihatan.

Kemudahan pelajaran juga memuaskan. Buku teks percuma, yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM percuma.
Ada skim Rancangan Makanan Tambahan, pelbagai biasiswa dan pinjaman. Itu belum lagi menyentuh kemudahan IPTA,
IPTS, kolej, pusat kemahiran dan lain-lain. Pelaburan kerajaan dalam menyediakan modal insan cukup banyak dan
belanjanya sungguh besar.

Mudah mencari rezeki di negara kita. Banyak peluang pekerjaan tersedia. Tak percaya? Tanyalah lebih 3 juta pekerja
asing yang bekerja di negara kita. Tiga tahun di sini, boleh kaya raya.

Banyak subsidi dan langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Petroleum disubsidi. Gula, beras, tepung,
susu dan banyak lagi barang dikawal harganya. Rakyat dapat beli dengan harga lebih rendah berbanding negara lain.
Prihatinnya kerajaan.

Bagi bumiputra, banyak lagi keistimewaan yang mereka nikmati. Kuota rumah, pekerjaan di sektor awam, biasiswa,
peluang belajar di dalam dan di luar negara masih diberi kepada bumiputra. Sekolah berasrama penuh dan MRSM masih
didominasi orang Melayu.

Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet serta wakil rakyat kita umumnya berjiwa rakyat. Mereka sedia berkhidmat
dan senang dihubungi. Seringkali mereka seperti pegawai kebajikan. Tetapi cuba perhati peranan wakil rakyat di banyak
negara. tugas mereka lebih kepada aspek pentadbir politik.

Kita ada pegawai daerah, penghulu, JKKK dan ketua kampung. Mereka ini bekerja keras menjaga hal ehwal rakyat.
Mereka menjadi jentera menjayakan agenda masyarakat dan negara.

Bekalan air paip kita masih di tahap memuaskan. Airnya bersih dan jernih serta jarang terganggu perkhidmatan.
Sebaliknya pergilah ke banyak negara sedang membangun yang lain, baru kita tahu tahap kita.

Kemudahan awam kita memuaskan. Lihat jalan raya kita. Lebuh raya kita. Perpustakaan awam kita. Balai raya kita.
Taman rekreasi kita. Banyak yang telah disediakan.

Kita begitu banyak tempat tarikan pelancong. Ada pantai yang cantik. Ada tempat bersejarah. Ada hutan semual jadi.
Ada pusat membeli-belah terkemuka. Ada keindahan dasar laut. Ada bangunan unik seperti Menara Berkembar Petronas
dan KLIA. Pendeknya segalanya ada. Cuti-cutilah di Malaysia!

Kesimpulannya, banyak yang bagus tentang negara kita. Walaupun `hujan emas di negara orang, hujan batu di negara kita,
negara kita tetap banyak keistimewaan!

PUNCA ISU PENGANGGURAN DAN CARA MENGATASINYA


Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak
yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.
Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya?
Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita
dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah
dianggap menjadi satu isu hangat yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau
konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku?
Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak
syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga
sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia
bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa
kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan
dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir,
menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat.
Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan
bahasa asing dan pengetahuan komputer.
Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat
menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah
terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga
sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka
pekerjaan selepas tamat belajar.
Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara
untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing
itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk
memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura
dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program
bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini
mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.
Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.
Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah
memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara
kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk
mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.
Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba
meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering
meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.

Isu pengangguran menjadi-jadi ketika ekonomi dunia bergolak. Pelbagai langkah harus diambil oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah ini terutama dalam kalangan belia.
Jelaskan langkah-langkah yang konkrit.
Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan
kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi kemelut
yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak
media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa
polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai
pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak.
Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk
berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan bilion ringgit supaya lebih banyak projek
pembangunan dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan serentak sudah pasti jumlah pekerja
yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengan
bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi
berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, ekonomi negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej
bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru kepada ahli-ahli perniagaan terutama
pembinaan lebih banyak kawasan industri dan pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai
insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya
dan juga mengharungi cabaran kegawatan ekonomi dengan lebih terbuka dan rasional kerana menyedari bahawa pihak kerajaan
berusaha untuk menyelamatkan mereka juga. Semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan suntikan kepada
ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu membuang pekerja sebaliknya mereka mungkin memerlukan lebih ramai
pekerja untuk mengambil kesempatan yang wujud itu. Maka, kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu memudahkan
ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih efektif.
Selain itu, usaha untuk memperkenalkan negara harus ditingkatkan oleh kerajaan menerusi pameran dan kunjungan rombongan
ekonomi ke negara-negara lain. Lawatan sebegini menyebabkan lebih banyak negara luar menyedari kelebihan dan kepentingan
mendirikan perniagaan di Malaysia berdasarkan maklumat yang tepat diperoleh daripada ahli-ahli rombongan ini. Kemasukan lebih
banyak model asing ke negara ini sudah pasti mampu menjana lebih banyak aktiviti ekonomi bersama-sama dengan pakej ekonomi
yang sebelum ini ditawarkan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi. Hal ini membutkikan bahawa usaha memperkenalkan
negara ke mata dunia amat penting terutama jika semua rombongan ini digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak hanya sebagai
satu lawatan sahaja.
Pihak swasta pula terutama ahli perniagaan turut mempunyai perana tersendiri yakni mereka perlu sanggup berkorban ketika negara
mengalami masalah kegawatan ekonomi ini. Pengorbanan mereka itu boleh dijelmakan dalam bentuk mengurangkan gaji atau
ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud
lalu tidak membuang pekerja yang boleh menambahkan jumlah pengangguran. Kehidupan mereka yang sudah lama hidup mewah
perlu dikorbankan demi kemajuan negara pada masa hadapan kerana jika mereka masih mengaut keuntungan menerusi gaji dan
bonus yang tinggi sudah pasti syarikat mereka akan kekurangan sumber kewangan untuk mengharungi zaman kemelesetan ini. Oleh
itu, pihak swasta harus juga memikirkan orang lain dan tidak hanya mamu menyelamatkan diri mereka sahaja dalam kegawatan
sebegini.
Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri
mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan
kebolehan diri memastikan seseorang pekerja itu terus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah,
jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif seperti ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran
lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka
sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka masa panjang dalam hidup seseorang itu
dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.
Kesimpulannya, masalah pengangguran ini memang boleh mencetuskan ketidakstabilan jika negara gagal mengawalnya dengan baik
berdasarkan pengalaman negara-negara jiran kita terutama Indonesia. Pihak kerajaan bersama-sama swasta perlu menyedari betapa
pentingnya sikap bekerjasama untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa yang terdekat ini. Tanpa kerjasama masalah ekonomi
akan terus wujud lalu menimbulkan banyak masalah kepada rakyat untuk mencari peluang kerja yang baik terutama golongan muda
yang baru sahaja keluar dari sekolah.

Semangat gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat Melayu Singapura sekarang. Bincangkan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah perbahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita.
Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek
moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat Melayu
meningglkan amalan tradisi ini?
Sebelum menganalisa faktor-faktor yang mendorong masyarakat malayu Singapura kurang mengamalkan semangat
gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan gotong-royong. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolongmenolong dan kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu
yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi
nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat Melayu Singapura. Kenapa hal ini berlaku?
Salah satu faktor yang menyebabkan masayarakat melayu Singapura kurang mengamalakan gotaong-royong ialah
kekurangan masa. Di Singapura. Fakto mas penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai masyarakat Singapura
menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu Singapura, walaupun hanya
kaum minoriti, harus mengikut rentak rakyat Singapura bekerja. Jika masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri
akan rugi. Ini kerana persaingan di Singapura amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu Singapura mahu memetingkan
masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong-royong
ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kueh secara beramai-ramai. Membuat kueh raya secara beramai-ramai ini
mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai masyarakat Melayu Singapura mengamalkan gotong-royong kerana
kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.
Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan gotongroyong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu,
masyarakat Melayu Singapura menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak.
Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka
menggunakan cara bufet

Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan semangat gotongroyong. Kini masyarakat Melayu dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan
ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong.
Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal.
Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.
Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda
kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Menerusi meritokrasi, generasi muda lebih angkuh
dan locek. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan.Ini secara tidak langsung
mematikan semangat gotong-royong.
Akhir sekali, sistem perumahan di Singapura. Di Singapura, pemerintah telah mengadakan kuota pada setiap rumah
flat. Oleh itu, jumlah masyarakat melayu yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat Melalyu
yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong
seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang
untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat..

Peranan ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan akademik anak-anak


Pada era globalisasi ini,anak-anak seharusnya sedar bahawa hanya pelajaran sahaja yang mampu mengubah hidup
mereka pada masa hadapan.Oleh sebab itu, institusi sekolah menjadi harapan setiap ibu bapa untuk memajukan anak-anak
mereka.Apabila anak-anak dihantar ke sekolah,ibu bapa mengharapkan guru dan sekolah sebagai penggerak utama kejayaan
dan kecemerlangan anak-anak.Namun, peranan ibu bapa itu lebih penting untuk memastikan kejayaan anak-anak.
Sebenarnya,banyak peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan kecemerlangan akademik anak-anak.
Peranan ibu bapa yang pertama ialah ibu bapa perlu selalu menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui perkembangan
anak-anak di sekolah.Hal ini perlu dilakukan agar ibu bapa tahu tahap disiplin anak-anak dan fokus pelajaran mereka di dalam
kelas.Usaha ini juga penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin,ibu bapa boleh
bertindak segera untuk menangani masalah tersebut.Perkembangan yang dialami oleh anak-anak seharusnya positif agar
hidup mereka terjamin pada masa hadapan seterusnya membawa nama diri,keluarga dan negara ke puncak kejayaan.Ibu
bapa yang mudah lepas tangan dalam mengetahui perkembangan anak-anak sememangnya boleh membawa anak-anak itu
ke jalan kerosakan akhlak kerana kurang didikan dan perhatian daripada ibu bapa.Tegasnya,pihak sekolah dan pihak ibu bapa
merupakan dua nadi utama dalam memastikan kecemerlangan akademik anak-anak.
Selain itu,ibu bapa juga harus mengutamakan iklim rumah yang aman dan bahagia.Hal ini kerana dengan adanya suasana
yang tenang dan ceria di rumah, anak-anak boleh belajar dengan lebih fokus dan tenang dan seterusnya membentuk
persefahaman yang tinggi di antara anak-anak dan ibu bapa.Secara tidak langsung, anak-anak sudah pasti dapat berusaha
bersungguh-sungguh dalam pelajaran tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan rumah kerana mereka hidup
dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat.Justeru,keputusan yang cemerlang mampu digenggam dalam tangan
anak-anak dan ibu bapa akan merasa bangga terhadap mereka.Namun, bagaimanakah gaya hidup seseorang anak-anak itu
jika tiadanya suasana seperti itu di rumah?Semestinya kecemerlangan akademik tidak mampu dicapai oleh anak-anak keran
hal yang seperti ini.Izharnya,ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan
ceria sepanjang masa bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak.
Di samping itu,ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan
rakan sebaya.Hal ini kerana pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam pelajaran
mereka.Seandainya,rakan mereka merupakan seorang pelajar yang pintar,mereka boleh meminta tunjuk ajar daripada rakan
itu.Perkara seperti ini amat bagus kerana mempengaruhi anak-anak untuk memajukan diri bagi mencapai kejayaan kerana
kejayaan tidak datang dengan sendirinya seperti yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang
melayang.Namun,apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok,mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan seterusnya hilang minat untuk belajar.Tegasnya,ibu bapa perlulah
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.
Peranan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya untuk memastikan kecemerlangan akademik anak-anak. Pendidikan agama dan moral ini perlu
diberikan sejak kecil lagi,persis kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Anak-anak ibarat sehelai kain putih,ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan warna pada kain tersebut.Pendidikan agama dan moral yang diberikan
oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk.Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai
seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat
membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.Izharnya, ibu bapa perlulah memberikan
didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Konklusinya,ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi
bubur.Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak,anak-anak pasti sukar untuk
mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan.Oleh sebab
itu, kecemerlangan akademik anak-anak amat penting untuk mereka dan ibu bapalah yang harus memainkan peranan yang

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah
peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan
sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada
ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang
amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti
berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah
ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan
kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian
kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu
bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana
mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan
anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa
depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau
kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini
kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila
anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut
jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang
setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa.
Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya.
Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anakanak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang
diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan
perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami
peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral
yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak boleh
memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar.
Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran
anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang
lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik
yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai
buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka
membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya,
anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga
mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat
dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa
perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anakanak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah
tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain
itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan

bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan
masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam
yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu
bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain
agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu
anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan
anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak,
anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar
untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak
khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

También podría gustarte