Está en la página 1de 1

1.

PENGENALAN

Menurut Gladding ( 2000 ), bimbingan ialah proses membantu individu membuat


keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya.
Menurut Blocher ( 1974 ) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia
dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey ( 1977 ) seperti mana
dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang
untuk menerokai aspek diridan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada
dirinya. Akhir sekali James ( 1982 ) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu
untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri
individu.
Bimbingan dan kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui
umum khususnya di dunia pendidikan. Dalam dunia pendidikan pada hari ini,
terdapat banyak isu-isu yang timbul. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini
disediakan di sekolah khas untuk membimbing dan menolong pelajar memahami
dirinya sendiri serta membantu mencipta kehidupan yang bermakna pada masa
depan.
Dalam kerja kursus ini, kami akan membincangkan tentang cara melakukan
bimbingan dan kaunseling kepada murid tertentu dan kemahiran-kemahiran asas
yang terlibat. Kami juga akan melakukan ujian inventori minat kerjaya dan
menganalisiskan kecenderungan minat kerjaya murid pada seterusnya.

También podría gustarte