Está en la página 1de 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL,

KUALA TERENGGANU

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


( GOTONG ROYONG MEMBERSIH SURAU)

NAMA PELAJAR : NURUL FATIHAH BINTI KAMARUDDIN


PROGRAM

:PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA
KEDUA

PENDIDIKAN RENDAH

NAMA SEKOLAH :SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NILAM, KUALA


TERENGGANU

Butir-Butir Projek Gotong Royong Surau

Nama projek / aktiviti


Gotong Royong Surau

Tarikh pelaksanaan
26 Julai 2016 (8.45 pagi 9.45 pagi)

Peserta projek
Murid-murid Tahun 5 Intan

Objektif
a) Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan
berkesan
b) Memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan
memanfaatkan masa sebaik-baiknya
c) Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan
pembinaan insan

Strategi pelaksanaan
Sebelum
Projek gotong royong adalah projek individu yang telah dirancang dan dilaksanakan

oleh saya sendiri. Hal ini berikutan keadaan surau yang agak berhabuk dan susunan kitabkitab serta kelengkapan solat berada dalam keadaan yang tidak tersusun. Jadi saya telah
mengambil anisiatif ini untuk mengadakan gotong-royong bersama murid-murid tahun 5
Intan pada waktu Bahasa Inggeris. Kelengkapan yang disediakan untuk mengemas surau
tidak begitu banyak kerana saya hanya menggunakan kelengkapan yang sedia ada.
Sebelum melaksanakan gotong-royong, saya mengadakan pertemuan dengan Ustazah
Rosnani Abd Rashid bagi mendapatkan pendapat beliau berkenaan cadangan saya untuk
membersihkan kawasan dalaman surau. Beliau menasihatkan saya agar tidak menampal

sebarang ayat atau tulisan di dinding pemisah lelaki dan perempuan kerana risau ia akan
mengganggu tumpuan warga sekolah untuk menunaikan solat.
Setelah itu, saya melaksanakan kertas kerja bagi projek ini dan saya turut
menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan setelah gotong royong selesai.
Perancangan untuk projek ini berjalan lancar dan menanti hari untuk dilaksanakan. Sebelum
projek ini dilaksanakan, saya telah memantau kawasan dalaman surau dan mencatat
bahagian-bahagian yang perlu dibersihkan oleh murid-murid dan saya sendiri. Setelah
diteliti, kawasan atau bahagian yang perlu dikemas dengan rapi adalah almari. Kain
sembahyang yang digunakan murid perempuan berada dalam keadaan yang tidak tersusun.
Perancangan untuk projek ini hanya mengambil masa beberapa hari.

Rajah 1: Keadaan telekung yang tidak teratur.

Rajah 2: Susun atur barang-barang yang tidak kemas.

Semasa

Pada 26 Julai 2016, jam 7.30 pagi, saya mengarahkan murid-murid tahun 5 Intan
untuk berkumpul di kawasan surau pada jam 8.45 pagi. Sebelum murid-murid berkumpul di
surau, saya terlebih dahulu berada di sana untuk memeriksa dan membuang barang-barang
yang membahayakan murid-murid. Jam 8.48 pagi murid tahun 5 Intan mula berkumpul di
kawasan luar surau. Namun begitu terdapat tiga orang murid yang tiba lewat di surau
berikutan mereka bermain-main di dataran perhimpunan. Setelah diberi amaran barulah
mereka menyedari kesilapan mereka. Teguran diberi agar kesilapan tidak berulang.
Sebelum memulakan gotong royong, saya telah memberikan taklimat tentang tujuan
mereka dibawa ke surau. Selain itu saya juga turut memaklumkan kepada mereka tentang
ruang yang perlu dibersihkan serta membahagikan tugas antara murid perempuan dan murid
lelaki. Adab-adab semasa berada di surau telah diingatkan kepada murid tahun 5 Intan agar
mereka menjaga segala tingkah laku mereka. Penyapu di agihkan kepada murid lelaki dan
perempuan. Seterusnya saya melepaskan murid-murid untuk melaksanakan tugas mereka.
Segala tindak tanduk mereka berada di bawah pantauan saya agar perkara-perkara yang
tidak diingini dapat dielakkan. Telekung sembahyang, Al-quran, buku-buku agama dan kitabkitab Yassin disusun di atas rak dengan rapi. Sejadah pula dilipat dengan tertib dan
diletakkan di satu ruang.
Setelah selesai mengemas, saya meminta murid-murid untuk mengambil wudhuk bagi
menunaikan solat dhuha berjemaah. Seorang pengawas dari kelas tersebut menjadi imam
bagi solat dhuha. Murid perempuan turut sama berjemaah. Setelah selesai berjemaah, saya
memanggil murid perempuan untuk berkumpul di ruang solat murid lelaki bagi mengadakan
sedikit sesi tazkirah. Semasa sesi tersebut, saya ada menegur murid tentang cara-cara
pergerakan tangan dan kaki mereka sewaktu solat. Ketika mereka menunaikan solat dhuha,
saya dapati masih terdapat ramai murid yang menunaikan solat dalam keadaan yang tidak
sedia serta sering melakukan pergerakan yang salah. Setelah itu saya menunjukkan posisi
tangan dan kaki yang betul untuk setiap pergerakan dalam solat. Pada jam 9.45 pagi, muridmurid tahun 5 Intan mula bersurai dan menuju ke kelas untuk sesi pengajaran seterusnya.

Rajah 3 : Sesi taklimat

Rajah 4 : Murid-murid menyusun sejadah dengan teratur.

Rajah 5: Solat dhuha berjemaah.

Rajah 6: Sesi tazkirah

Selepas

Gambar-gambar setelah sesi gotong royong diambil untuk dimasukkan dalam laopran
bertulis. Segala yang dilakukan pada hari tersebut dibuat dalam bentuk laporan bertulis
untuk diserahkan kepada pihak pentadbiran bagi tujuan dokumentasi dan simpanan dalam
rekod sekolah. Jutaan terima kasih buat murid tahun 5 Intan kerana memberi kerjasama bagi
menjayakan projek ini. Terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam menjayakan
program ini.
Refleksi
Kekuatan projek / aktiviti
Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar
sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu
atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan
di sekolah seperti Program Solat Hajat dan Amali Pengurusan Jenazah. Pengurusan surau
yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan
akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara
syumul dalam kehidupan seharian. Selain itu, surau yang ceria dan menarik akan menjadi
daya tarikan murid untuk lebih berminat hadir ke surau. Bukan sahaja untuk mendirikan
solat, bahkan murid juga memperoleh ilmu hasil daripada info-info bahan bacaan yang
terdapat di surau.
Atas sebab-sebab berikut, saya bersama murid tahun 5 Intan telah bekerjasama
untuk melakukan gotong-royong mengemas ruang solat di surau. Melalui projek ini, saya
dapat memupuk minat dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan
masa sebaik-baiknya. Selepas projek ini diharap tabiat untuk mengemas surau akan
sentiasa menjadi amalan warga sekolah SK Seri Nilam. Selain itu, projek ini juga membantu
melahirkan rasa cinta dan sayang terhadap rumah Allah. Dengan adanya projek sebegini,
murid-murid dapat belajar cara untuk menjaga kebersihan dan kekemasan surau.
Kelemahan projek / aktiviti
Kelemahan yang dapat dilihat pada projek ini adalah kawalan murid. Pada awalnya
murid-murid telah diberi amaran agar menjaga kelakuan mereka ketika berada di dalam
surau namun mereka mula bertindak di luar dugaan. Mereka berlari-lari dan membuat bising.
Saya akui bahawa agak sukar untuk saya mengawal murid-murid pada awalnya. Namun,

atas bantuan seorang guru yang kebetulan berada di sana, murid-murid berada dalam
keadaan terkawal.
Cadangan penambahbaikan
Bagi memperbaiki projek ini, saya mencadangkan agar pelaksanaan tugas dibuat
dengan lebih terperinci. Setiap murid harus dibahagikan dalam kumpulan dan diberikan
tugas masing-masing. Perkara ini akan membantu untuk memastikan semua murid
menjalankan kerja gotong royong. Dengan ini keadaan akan menjadi lebih terkawal dan
tersusun. Peruntukan masa untuk membersihkan setiap ruang juga perlu diberikan agar
segala yang dirancang dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, sesuatu yang istimewa dapat dikongsi bersama. Terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam

menjayakan

program ini, terutamanya Guru-guru SK Seri Nilam yang memainkan peranan besar
mengemukakan idea dan menjalankan aktiviti. Segala pengorbanan hanya Allah jua yang
mampu membalasnya.

Disediakan oleh:

(NURUL FATIHAH BINTI KAMARUDDIN)


Guru Pelatih,
IPG Kampus Dato Razali Ismail,
Terengganu.

También podría gustarte