Está en la página 1de 15

Pengenalan

Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi memahami
diri dan dunianya. Perkhidmatan kaunseling amat penting dalam era negara kita menuju ke
arah sebuah negara maju. Kepesatan pembangunan sejajar dengan era perkembangan
teknologi maklumat telah mendatangkan banyak perubahan kepada masyarakat. Hasil
daripada perkembangan, kemajuan dan pembangunan tersebut telah meninggalkan kesan
positif dan negatif terhadap sosiopsikologi yang pelbagai dan kompleks. Setiap individu juga
tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai kesulitan dan masalah yang
membelenggu kehidupan seharian. Masalah keluarga, pelajaran, kewangan dan hubungan
interpersonal kerapkali mengganggu seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan sebaik mungkin. Masalah yang wujud bukan hanya terhad dalam ruang lingkup
kehidupannya sahaja, malah melibatkan keadaan persekitaran.
Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran
dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha
yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi
mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru
untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar.
Perkhidmatan kaunseling wujud dalam usaha manusia mencari jalan keluar agar individu
menemui kesejahteraan dan celik akal. Kaunseling merangkumi berbagai-bagai bidang
perkhidmatan yang diperlukan oleh individu, pelajar dan juga seluruh masyarakat. Keadaan
masyarakat pada masa kini yang sedang dilanda pelbagai masalah sosial tidak boleh dijadikan
cagaran untuk kemajuan yang diimpikan. Masalah ini merupakan kegagalan dalam memberi
bimbingan yang sempurna. Oleh yang demikian, telah menjadi tanggungjawab sesebuah
organisasi atau institusi pengajian bukan sahaja memberi ilmu kepada pelajar, malah
membentuk peribadi seseorang menjadi insan yang seimbang dari segi spiritual, mental,
fizikal dan emosi. Usaha ini perlu dijalankan sepanjang masa dan menggunakan pelbagai
kaedah. Walaupun seseorang pelajar itu tidak mempunyai sebarang masalah namun, mereka
harus dibimbing untuk sentiasa meningkatkan kualiti diri. Oleh yang demikian, institusi
pendidikan perlu menyediakan beberapa saluran untuk pelajar mengatasi dan menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.

Tinjauan Lepas
Kesedaran

mengenai

perlunya

kemahiran-kemahiran

kaunseling

telah

mula

berkembang dengan meluas. Justeru itu, panduan dan kemahiran asas difikirkan perlu bagi
kaunselor yang ingin memberi perkhidmatan tersebut sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Oleh itu, dalam proses kaunseling, hubungan merupakan faktor utama yang
membuatkan sesebuah program kaunseling itu dilaksanakan dengan berkesan. Oleh kerana
kaunseling dikatakan sebagai suatu penerimaan, kepercayaan dan keyakinan serta merupakan
suatu hubungan yang erat dan selamat antara dua pihak (kaunselor dan klien) maka dalam
hubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku.
Berkaitan dengan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah, rata-rata sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia samada sekolah menengah atau sekolah rendah
memiliki lebih daripada seorang guru bimbingan dan kaunseling. Perlantikan guru bimbingan
dan kaunseling oleh pihak kementerian diharapkan agar dapat membantu pihak sekolah untuk
meningkatkan kecemerlangan sekolah samada dari aspek akademik dan sahsiah pelajar.
Menurut Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok (2003), pembangunan
Pendidikan pada tahun 2001 hingga 2010 telah membuka dimensi baru kepada Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling (PBK) sekolah-sekolah di Malaysia. Ini adalah kerana perjawatan
Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa atau Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
telah diwujudkan pada tahun 1996 dengan menetapkan seorang Pegawai Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa untuk setiap sekolah menengah. Perkembangan berikutnya,
seorang Pegawai Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bagi setiap 500 orang pelajar
sekolah menengah dan di sekolah rendah pula dengan kadar seorang Pegawai Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa untuk 350 orang pelajar (Badrunsham Dahalan dan Omar, 2004).
Bagi memudahkan lagi pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, salah seorang
daripada mereka akan dilantik sebagai ketua oleh pihak sekolah berdasarkan senioriti ataupun
paling lama tempoh berkhidmat di sekolah tersebut. Sesetengah sekolah, perlantikan ketua
guru bimbingan dan kaunseling menggunakan sistem giliran. Ini membolehkan semua guru
bimbingan dan kaunseling membina kepimpinan dalam diri masing-masing dalam menggalas
tanggungjawab sebagai ketua. Apapun cara perlantikan kesemua guru bimbingan dan
kaunseling tersebut dianggap sebagai role model oleh pihak sekolah dan pengetua menaruh
harapan yang tinggi agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diberikan mampu
memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

Terdapat beberapa kajian menjurus kepada peranan dan keberkesanan kaunseling di


sekolah samada di luar negeri mahupun di dalam negeri malah kajian ini telah lama dijalanan
dan masih diteruskan oleh para pengkaji. Dalam kajian Nordin Mohd. Nor (1986) ke atas
tujuh buah sekolah di bandar Seremban mendapati majoriti klien (95.72%) bersikap positif
terhadap peranan perkhidmatan kaunseling dalam

mendisiplinkan diri mereka. Kajian

Norhayati (1997) juga mendapati pelajar yang telah mengikuti sesi kaunseling atau bimbingan
telah memperlihatkan perubahan yang positif ke atas tingkah laku mereka. Perubahan yang
ketara ialah mereka yang pendiam menjadi peramah dan dapat bertindak balas dengan cepat
jika ditegur oleh guru di dalam bilik darjah. Bahkan mereka lebih seronok dan ingin terlibat
lagi dengan sesi kaunseling individu, kelompok, bengkel-bengkel yang dijalankan, sedia
menawarkan diri sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Manakala kajian Mohd. Noh Murli (2001) pula menunjukkan bahawa sikap positif
sebahagian besar pelajar terhadap unit ini disebabkan kepercayaan pelajar bahawa
perkhidmatan ini baik dan mendatangkan faedah kepada mereka. Kepercayaan mereka
tentang kebaikan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka mempunyai perasaan (afektif)
yang suka pada perkhidmatan ini dan mempunyai kecenderungan untuk bertingkah laku
positif (komponen tingkah laku) terhadap program-program yang berkaitan dengan
kaunseling. Dapatan kajian Rosenburg dan Halloran (dalam Mohd. Noh Murli, 2001) yang
mengkaji tentang sikap pelajar terhadap peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
menunjukkan nilai skor sikap setiap pelajar adalah lebih tinggi dari nilai penengah iaitu 100.
Ini bermakna 87.5% pelajar menunjukkan sikap positif terhadap pekhidmatan ini. Oleh yang
demikian, dapatlah dikatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai sikap yang positif
terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hasil kajian ini selaras dengan kajian
yang dijalankan oleh Form (1953), Arbuckle (1970), Johnson (1977), Mohd. Seni Hussin
(1981), Ismail Mat Nasir (1983), Ang Huat Bin (1985), Mohamed Soder Radmad (1985),
Zulkifley Hamid (1986) dan Sallehuddin (1991). Manakala menurut Sidek ( 2002), terhadap
perkhidmatan kaunseling mendapati bahawa 96.6 % responden pernah mendengar tentang
perkhidmatan kaunseling dan 92.7 % responden pula tahu peranan pekhidmatan tersebut.
Namun begitu menurut beliau, hanya 32.4% sahaja benar-benar pernah menggunakan
perkhidmatan kaunseling tersebut. Hasil kajian Norhana Othman (2004) mendapati bahawa
keperluan pelajar adalah tinggi terhadap keempat-empat aspek iaitu penerangan atau
maklumat berkaitan pemilihan mata pelajaran, kemahiran belajar penyebaran maklumat
pendidikan dan kerjaya, dan kemahiran mengahadapi masalah. Kesemua keperluan yang

dinyatakan itu tidak dapt dirumuskan sebagai bidang perkembangan kerjaya, bidang
perkemabangan akademmik dan bidang perkembangan diri dan sosial.
Kajian tentang sikap pelajar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Zulkifli 2000)
dan kajian ekspektasi pelajar terhadap kaunseling (Lai Kuen Choo, 1996) . Dalam kajian oleh
Lai Kuen Choo (1996) , didapati bahawa pelajar keseluruhannya, mempunyai jangkaan positif
terhadap bimbingan dan kaunseling . 93 % menyatakan pengalaman mengikuti kaunseling
memuaskan, walaupun pada umumnya tidak memahami apa sebenarnya kaunseling. Kajian
Zulkifli Husain (2000) pula mendapati bahawa secara keseluruhannya pelaja mempunyai
sikap positif terhadap unit bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka. Mereka juga faham
dan memberikan komitmen yang amat baik terhadap aktiviti yang dijalankan oleh unit ini.
Berdasarkan hasil kajian lepas, didapati bahawa peranan dan keberkesanan kaunseling
di sekolah adalah sangat baik dan cukup membantu para pelajar. Persepsi dan penglibatan
pelajar terhadap program yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kuanseling berjaya
memberi impak positif kepada pelajar itu sendiri.
.

HASIL DAPATAN TEMUBUAL


Perubahan Selepas Program Kaunseling

ANALISA TEMUBUAL DENGAN MURID

BIL.

PPROGRAM KAUNSELING
(ZOOM IN)

TAHAP
3

1.

Zoom In Murid

2.

Zoom In Rakan

3.

Zoom In Guru

4.
Zoom In Ibu Bapa

Analisis temubual diukur menggunakan skala Likert yang diwakili oleh skala Sangat Baik
(4), Baik (3), Sederhana. (2) dan Lemah (1).

Terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil oleh pihak sekolah dalam membantu
para pelajar untuk membangunkan potensi diri. Antara kaedah tersebut ialah pelaksanaan
proses kaunseling dalam sesebuah institusi pendidikan. Proses ini perlu dirancang dan
dilaksanakan sebaik mungkin supaya ia memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar yang
terlibat. Hakikatnya, salah satu jenis kaunseling yang sering dilaksanakan di institusi
pendidikan ialah kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok wujud apabila kebanyakan
masyarakat hidup berorientasikan kelompok dan ia dapat membantu pembentukan dan
perkembangan seseorang individu. Selain daripada itu, menurut George dan Cristiani (1981)
antara kebaikan yang diperolehi dari kaunseling kelompok ialah kaunselor dapat memberikan
khidmatnya dengan lebih berkesan di samping dapat mewujudkan hubungan sosial untuk
menyelesaikan masalah peribadi klien. Klien juga dapat melatih diri dengan tingkahlaku baru
dengan memerhatikan tingkahlaku klien yang lain dalam kumpulan yang sama.

Ponteng sekolah atau ponteng kelas merupakan satu kelakuan yang tidak diingini yang
berlaku dalam sistem persekolahan hari ini.Perlakuan ini juga, pasti akan membawa masalahmasalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan dikawal.Masalah ini juga, jika dibiarkan
berterusan akan menganggu pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Maka adalah
diakui bahawa tugas menyelesaikan masalah ponteng terpaksa melalui satu proses yang amat
rumit.Program-program sokongan perlu diadakan sebagai usaha pencegahan dan pemulihan
yang dilakukan oleh pihak sekolah. Oleh itu, program kaunseling berfokus yang dikendalikan
merupakan satu usaha murni bagi membantu menyelesaikan masalah ini dan merealitikan
usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengatasi masalah disiplin.
Berdasarkan analisa yang dibuat hasil daripada temubual saya bersama sepuluh orang
murid berlainan darjah, secara keseluruhannya dapat saya katakan bahawa program Zoom In
oleh unit Bimbingan dan Kaunseling di tiga buah sekolah berjaya merubah sikap murid yang
gemar ponteng kepada rajin hadir ke sekolah. Selepas mengikuti beberapa program yang
dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah tersebut, didapati peratus
kehadiran murid ke sekolah menunjukkan perubahan yang ketara dan kadar ponteng sekolah
semakin berkurangan. Antara program yang telah dilaksanakan oleh unit bimbingan dan
kaunseling sekolah terlibat adalah Zoom In yang merupakan program bagi meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah. Melalui program ini, ia menggunakan pendekatan psikologi dan
kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan
teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan
pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka aktiviti

Zoom In dijalankan.

Berdasarkan data kehadiran murid terlibat, didapati bahawa kehadiran murid menunjukkan
murid berjaya melonjakkan kehadiran ke sekolah berbanding kehadiran mereka sebelum
program Zoom In. Menurut murid terlibat melalui temubual, selepas mengikuti program
Zoom In, mereka berasa lebih dihargai oleh guru dan kawan-kawan melalui program Zoom In
Guru dan Zoom In Rakan. Motivasi untuk hadir ke sekolah lebih tinggi dan mereka berasa
kesal serta bersalah apabila ponteng tanpa sebab. Apabila ditanya punca ketidakhadiran
mereka sebelu ini, mereka menyatakan rasa bosan hadir ke sekolah dan lebih seronok bermain
komputer di rumah. Kecenderungan

hedonisme murid menjadikan kealpaan kepada

kepentingan menimba ilmu. Tindakan ibu bapa mereka yang tidak menegur secara tegas telah
memangkinkan salahlaku mereka. Kesibukan ibu bapa bekerja juga membuatkan mereka
bebas untuk ponteng tanpa diketahui oleh ibu bapa. Kenyataan murid saya suka bermain
menjadi antara punca utama murid ponteng ke sekolah. Program Zoom In Ibu Bapa yang

turut disertai oleh ibu bapa murid terbabit memberikan impak besar kepada kesedaran ibu
bapa terhadap peranan mereka menangani masalah ponteng murid. Di samping itu juga
melalui program Zoom In Guru ini, peranan guru dalam pengajaran juga diambil kira iaitu
pembelajaran secara didik hibur lebih ditekankan. Ini kerana, menurut Maslow (1954, dalam
Ropiah, 2004) sekiranya keperluan individu itu tidak dipenuhi, terdapat beberapa masalah
tingkah laku akan timbul sekiranya keperluan psikologi dan sosial tidak dipenuhi, kanakkanak akan menjadi nakal, salah asuhan, emosi yang tidak stabil, cemburu, berasa rendah diri,
kurang keyakinan diri, tidak berasa selamat dan menunjukkan sikap agresif. Ini secara tidak
langsung menunjukkan individu tersebut mempunyai konsep kendiri yang negatif dan mudah
terlibat dengan masalah disiplin dan akhirnya tidak suka pergi ke sekolah. Dengan
mempamerkan unsur-unsur hiburan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, secara tidak
langsung pelajar akan termotivasi untuk meneruskan pembelajaran.. Faktor dalaman seperti
sikap, minat, motivasi dan keyakinan diri murid itu sendiri merupakan faktor utama yang
menyumbang kepada ponteng sekolah.. Sikap negatif pelajar terhadap persekolahan banyak
mewujudkan masalah ponteng kerana mereka tidak sedar akan kepentingan pendidikan.
Walau bagaimanapun selepas Zoom In Guru dijalankan, murid berubah sikap dengan
menunujukkan motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, pengaruh rakan adalah salah satu punca masalah murid ponteng
sekolah. Berdasarkan dapatan temubual dngan murid, murid mudah tepengaruh dengan sikap
rakan sebaya. Apabila terdapat rakan yang ponteng sekolah, individu lain akan mengikut
tindakan itu kerana berasa tidak takut dan keseorangan melakukan kesalahan disiplin. Hasil
temubual dengan guru kaunseling juga mendapati murid berasa selamat apabila melakukan
kesalahan secara berkumpulan. Melalui program Zoom In Rakan Sebaya/Sekelas ini murid
yang sering ponteng sebelum ini lebih rajin hadir ke sekolah. Peranan rakan sebaya untuk
sering memotivasikan murid hadir bersama ke sekolah berjaya merubah tingkah laku negatif
murid terlibat.
Menyoroti program kaunseling melalui Zoom In telah memberi impak besar kepada
tingkah laku murid. Seramai 10 orang murid yang menjadi responden terlibat dengan gejala
suka ponteng sekolah dan telah mengikuti program kaunseling berjaya berubah daripada suka
ponteng sekolah tanpa alasan munasabah kepada minat dan bermotivasi untuk hadir ke
sekolah. Tuntasnya program kaunseling yang dianjurkan oleh sekolah terbabit menunjukkan
keberhasilan dan mencapai objektif.

Keberkesanan Kaunseling
ANALISA TEMUBUAL DENGAN KAUNSELOR

BIL.

PPROGRAM KAUNSELING
(ZOOM IN)

TAHAP
3

1.

Zoom In Murid

2.

Zoom In Rakan

3.
Zoom In Guru

4.
Zoom In Ibu Bapa

Analisis temubual diukur menggunakan skala Likert yang diwakili oleh skala
Sangat Baik (4), Baik (3), Sederhana. (2) dan Lemah (1).

Berdasarkan analisa temubual dengan kaunselor dari tiga buah sekolah rendah, jelas
didapati program kaunseling yang diimplementasikan khusus untuk menangani gejala ponteng
sekolah dalam kalangan murid berjaya mengorak tingah laku negatif murid kepada tingkah
laku positif. Secara analogi jelas program kaunseling yang dijalankan berkesan kepada
perubahan sikap murid untuk hadir ke sekolah berbanding sebelum mengikuti program
kaunseling ini. Dapatan temubual yang menunjukkan skala sangat baik bagi projek Zoom In
Murid dan Zoom In Rakan serta skala baik bagi projek Zoom In Guru dan Zoom In Ibu Bapa
adalah satu bukti keberkesanan program kaunseling di sekolah terbabit.
Program kaunseling melalui Zoom In yang dijalankan ialah Zoom In Murid, Zoom In
Rakan, Zoom In Guru dan Zoom In Ibu Bapa. Melalui projek Zoom Zoom In Murid, murid
rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala
bagi Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan
keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Zoom In Rakan dan Zoom In
Guru pula, kelas yang menunjukkan kehadiran cemerlang akan diberi penghargaan mingguan
bagi mengekalkan motivasi murid untuk hadir ke kelas. Melalui perlaksanaan program Zoom

In, ia berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah daripada di bawah 80 peratus kepada
95 peratus. Melalui nilai tambah aktiviti lawatan dwibulanan pada sasaran kelas Taun 6 yang
akan menghadapi UPSR, semua kelas berjaya meningkatkan kehadiran murid Tahun 6
berbanding corak kehadiran murid Tahun 6 pada tahun sebelum yang merundum. Selepas
program Zoom In ini dilaksanakan, didapati kehadiran murid bertambah baik malahan
motivasi belajar murid juga meningkat. Intervensi yang dirancang oleh Unit Bimbingan
Kaunseling untuk fokus peningkatan disiplin murid iaitu program Zoom In. Intervensi yang
dirancang untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mencegah gejala ponteng
sekolah yang melibatkan 4 sasaran utama iaitu, Zoom In Guru, Zoom In Murid melalui
aktiviti Hati Ke Hati, Zoom In Rakan dan Zoom In Ibu Bapa melalui Talian Kasih. Program
ini dijalankan kepada semua murid dari prasekolah hingga ke Tahun 6. Walau bagaimanapun
aktiviti Zoom In dengan aktiviti tambahan dijalankan pada kelas yang menyumbang kepada
peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah.
Projek Zoom In ini memberikan pihak sekolah strategi penyelesaian masalah bagi
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi dan
kaunseling. Strategi disasarkan kepada sasaran tertentu dengan program tertentu bagi
meningkatkan impak kehadiran murid ke sekolah. Impaknya pihak sekolah berjaya
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada Januari hingga Oktober 2015 dengan
purata kehadiran 95 peratus berbanding di bawah 80 peratus sebelum projek Zoom In.
Melalui peningkatan kehadiran yang melonjak ini, jelas sekali program kaunseling melalui
pendekatan psikologi ini amat berkesan dan memberi kejayaan besar kepada sekolah.
Projek Zoom In Murid membolehkan guru meneroka masalah murid dengan lebih
terperinci untuk memberikan bantuan kepada murid yang memerlukan dan membimbing
mengenai permasalahan murid. Projek Zoom In Guru pula boleh meningkatkan motivasi guru
tingkatan sendiri sebagai mentor untuk menggalakkan murid ke sekolah melalui insentif sijil
anugerah khas untuk guru tersebut setiap kali murid kelasnya menerima anugerah kelas. Hasil
daripada projek Zoom In Guru, didapati guru kelas menunjukkan kompetitif antara guru kelas
lain dan ini merangsang keberkesanan program ini untuk menangani gejala murid ponteng
sekolah. Melalui projek Zoom In Rakan pula, murid akan sentiasa memotivasikan kawankawan hadir ke sekolah bagi mendapatkan intensif seperti sijil dan hadiah. Kelas yang berjaya
mengekalkan kehadiran cemerlang setiap bulan akan diberi intensif sebagai motivasi. Rakan
sekelas akan memainkan peranan penting untuk mengajak rakan lain agar sentiasa hadir ke

sekolah. Projek ini amat berkesan kerana setiap kelas akan bersaing dengan kelas lain untuk
merebut intensif yang ditawarkan oleh sekolah. Bagi kelas yang mengekalkan kehadiran
cemerlang hingga ke akhir tahun akan diberi ganjaran lawatan dan ganjaran ini pastinya
sangat ditunggu-tunggu oleh murid, tambahan lagi terdapat murid di daerah Keningau belum
pernah melawat ke lokasi yang dipilih oleh guru. Bagi mencapai ganjaran istimewa ini,
peranan rakan amat penting dan projek Zoom In Rakan ini telah membantu sekolah
melonjakkan kehadiran murid. Oleh itu, ternyata dengan jelas, program kaunseling ini amat
berkesan dan membantu menangani masalah murid yang suka ponteng sekolah. Projek Zoom
In Ibu Bapa pula dapat meningkatkan hubungan komunikasi dengan ibu bapa bagi kes murid
tegar ponteng dan menziarahi ke rumah murid jika tidak dapat dihubungi melalui telefon dan
surat. Melalui projek Zoom In Ibu Bapa ini juga berjaya menjalankan aktiviti konsultasi
keibubapaan melalui hubungan yang dibina. Hasil daripada aktiviti konsultasi keibubapaan,
ibu bapa telah memainkan peranan untuk membantu sekolah menggalakkan anak-anak ke
sekolah. Kealpaan yang berlaku sebelum itu dapat dirungkai dan hasil kerjasama yang baik
antara sekolah dan ibu bapa membantu keberkesanan program kaunseling ini. Peningkatan
kehadiran murid ke sekolah jelas memberi impak kepada pencapaian akademik murid dan ini
membanggakan ibu bapa sendiri. Perubahan peningkatan akademik anak mereka daripada
gred gagal kepada sekurang-kurangnya mencapai gred lulus pada peperiksaan akhir semester
2015 meyakinkan ibu bapa kebolehan dan potensi anak-anak mereka. Kesinambungan
galakan ibu bapa kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah jelas dapat dilihat dalam tempoh
dua bulan pertama sesi persekolahan 2016. Oleh yang demikian, kaunselor sekolah amat
yakin program yang dirancang dan telah pun diimplimentasikan itu amat berkesan untuk
menangani masalah murid ponteng sekolah. Beberapa program kaunseling sebelum ini juga
pernah diadakan namun tidak menunjukkan keberkesanan yang amat tinggi berbanding
dengan projek Zoom In. Dalam masa 3 bulan sahaja, impak program ini jelas kelihatan
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Manakala bagi muri kelas yang baik memberikan
impak hanya sebulan sahaja.. Malahan program ini menjadikan budaya kerja semua guru
kelas dalam pengurusan kehadiran murid lebih baik seperti dari aspek mengikut prosedur
yang betul untuk pengiraan kehadiran murid di buku kehadiran kelas. Bagi murid pula, pelan
tindakan Zoom In ini merupakan satu amalan sekolah yang akan menjadi budaya untuk hadir
ke sekolah dan menurunkan peratus murid menerima surat amaran kerana tidak mahu
melibatkan diri dengan Zoom In Ibu Bapa mereka.

Para kaunselor yang ditemubual amat bersetuju bahawa program itu benar-benar
berkesan dan sangat sesuai dilaksanakan di semua sekolah samada sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Pelaksanaan secara berterusan sepanjang tahun sesi persekolahan juga
memastikan murid, guru dan ibu bapa tidak lalai terhadap tanggung jawab masing-maing.
Namun apa yang sangat ketara selepas pelaksanaan projek Zoom In, kaunselor mendapati
apabila murid sentiasa hadir akan berasa bersalah atau tidak selesa jika hadir tanpa sebab.
Motivasi kendiri murid ini berjaya ditanam dalam jiwa murid dan ini adalah bukti
keberkesanan program kaunseling di sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama semua pihak akan menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam
untuk melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal
insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk
kesejahteraan negara masa hadapan.

Kesimpulan
Usaha yang berterusan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin
sekolah dalam membangunkan potensi diri murid dalam program pembangunan sahsiah diri
dan disiplin murid melalui projek Zoom In adalah langkah yang tepat untuk membantu
mengawal masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Gerakan bersepadu
ini perlu mendapat sokongan semua pihak dalam pelaksanaannya agar impak yang positif
dapat dilihat di akhir program nanti. Diharapkan agar modul berfokus masalah ponteng dapat
memberi implikasi atau impak yang positif ke arah mengurangkan masalah disiplin dan
meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini. Tugas
membentuk sahsiah diri murid bukan sahaja perlu dipikul oleh keluarga mereka, malah sudah
menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk mendidik dan membentuk peribadi yang
mulia serta melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti diri serta personaliti yang baik.
Tambahan pula, pasaran pekerjaan kini bukan sahaja mementingkan ilmu dan kemahiran yang
dimiliki oleh seseorang pekerja malah, personaliti dan sahsiah diri yang baik juga merupakan
faktor utama seseorang pekerja itu diambil bekerja. Maka, sekiranya masalah ini tidak
dibendung dengan baik, ia mungkin akan menyebabkan produk yang dihasilkan oleh sekolah
tidak menepati permintaan pasaran.
Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah sangat memainkan peranan penting untuk
membantu murid yang bermasalah dari segi sikap dan sahsiah, minat dan kecenderungan atau
masalah kekeluargaan. Ia juga dapat membantu kaunselor memahami peranan mereka dengan
lebih jelas dalam menjalankan tugas mendidik serta membimbing para murid yang
bermasalah. Persepsi murid terhadap peranan kaunselor juga dapat membantu mereka
mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sepanjang program kaunseling dijalankan.
Peranan kaunselor dalam pelaksanaan kaunseling yang berkesan mendapati bahawa
masalah disiplin murid berjaya diatasi. Berdasarkan hasil temubual mereka yakin bahawa
seorang kaunselor dapat membantu menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Proses
interaksi semasa kaunseling berjalan dengan lancar kerana ahli kelompok merasa mudah

untuk memahami perkara yang disampaikan oleh kaunselor. Pemilihan program yang tepat
untuk menangani sesuatu isu yang timbul juga amat perlu agar setiap isu tersebut dapat
ditangani dengan jayanya.
.
Bibliografi
1. Amia Salleh, Zuria Mahmud, Salleh ahmad. (2006). Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Azhad, (2007). Masalah Disiplin Sekolah.Dicapai pada 20 Februari 2016 daripada
http://blog.azhad.com/2007/08/masalah-disiplin-sekolah.html.
3. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan How Lee Chan (2007). Faktor-Faktor
Mempengaruhi Pelajar Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor. Tesis
Ph.D Universiti Teknologi Malaysia: tidak diterbitkan
4. Dr. Zainal Abidin Ahmad (OUM), & Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad.
(Jun 2009). HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Open University Malaysia. Sri
Kembangan, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
5. Esa, Ahmad and Suadi, Sahila and Daud, Noraishah (2013). Prosiding Persidangan
Antarabangsa dan Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Pendidikan. Kajang:
PERKAMA Consultans Sdn Bhd. P.P 183-190
6. Khairiatun Md Zin (2009). Tingkah Laku Bermasalah. Dicapai pada 20 Februari 2016
daripada
http://kplijulai08intake.blogspot.com//tingkah-laku-bermasalah.html.
7. Liong Lian Tai. (2006). Masalah Disiplin Murid Di Salah Sebuah Sekolah Rendah
Luar Bandar Di Daerah Sarikei. Sarekei, Sarawak : Institut Perguruan Rajang
Bintagor.
8. Md. Nasir, A., Ali, D. Noordin, M. & Nordin, M. (2011). Technical Skills and NonTechnical Skills: Predefinition Concept. Proceedings of the IETEC 11 Conference,
2(1): 2-3.
9. Mohd Ismail bin Othman. (2006) Menangani Disiplin di Sekolah. Cheras: Utusan
Publication Sdn.Bhd
10. Mohd, F. (2003). Kepentingan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya di Sekolah
Menengah. Universiti Malaysia Sabah.
11. Mook Soon Sang. (Jun 2008). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran Pembelajaran.
Ipoh, Perak: Multimedia Sdn. Bhd.
12. Nordin, M. K. (2011). Amanat Tahun Baru 2011. Dicapai pada 24 Februari 2016,
daripada
http://www.ukm.my/ppa/images/stories/amanat_menteri_KPT/amanat_2011.pdf

13. Nordin, M., Abd. Hamid, M. & Jabor, M. (2005). Tahap Keyakinan Kemahiran
Generik Di Kalangan Pelajar Kolej komuniti Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
14. Othman, A (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012. Dicapai pada 24
Februari 2016, daripada http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?
option=com_frontpage&Itemid=1

LAMPIRAN
SET SOALAN TEMUBUAL GURU

A Bahagian Biodata
1 Apakah nama penuh bagi Cikgu?
2 Adakah Cikgu mempunyai nama timangan?
3 Berapakah usia Cikgu sekarang?
4 Cikgu berasal dari mana?
5 Cikgu menetap di mana sekarang?
6 Bila dan dimanakah cikgu dilahirkan?
7 Berapakah bilangan adik beradik cikgu dan cikgu yang ke berapa?
8 Pada waktu lapang, apakah hobi cikgu yang sering cikgu lakukan?
9 Dimanakah cikgu mendapat pendidikan awal? Tahun?
10 Pada tahun berapakah cikgu tamat belajar disekolah tersebut sebelum meneruskan
pendidikan ke peringkat menengah?
11 Adakah kemudahan bilik darjah semasa zaman cikgu belajar dahulu sama seperti
12
13
14
15
16
17

sekarang?
Dimanakah cikgu mendapat latihan perguruan? Tahun?
Apakah pengkhususan cikgu semasa disana?
Pada tahun berapakah cikgu mula berkhidmat sebagai seorang guru?
Berapa tahunkah pengalaman cikgu dalam dunia pendidikan?
Apakah subjek yang diajar?
Apakah jawatan yang pernah disandang oleh cikgu sepanjang berkhidmat sebagai

guru?
18 Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
19 Apakah anugerah yang pernah diterima oleh cikgu sepanjang perkhidmatan cikgu
sebagai seorang guru?

B Bahagian Hal-Hal Berkaitan ICT


1 Apakah masalah-masalah yang menghalang guru dalam melaksanakan
2

pengintegrasian ICT dalam proses P&P?


Pernahkah cikgu diminta untuk menghadiri mana-mana kursus pembangunan

3
4

profesionalisme dalam bidang ICT?


Sejauh manakah keberkesanan kursus tersebut?
Adakah guru diberi kebebasan untuk menentukan kekerapan menggunakan ICT atau

tidak mahu menggunakan ICT?


Bagaimanakah cara penyampaian atau proses P&P berjalan?

También podría gustarte