Está en la página 1de 7

Soalan / Perbincangan.

Soalan 3
3. ( a ) Kaji siratan makanan yang diberikan dan labelkan biota ( bahan hidup contoh
fungi, nemotada, dsb) dan nyatakan fungsinya ( pengeluar, pengguna primer, detrivor
dsb.) dalam ekosistem

Rajah 1.1 Jaringan Makanan (food web)

Cahaya
matahari
artropod

nematod
Artropod
pemangs
rumput

Burung
kecil
pemangsa

Nematod
es

fungi

Kulat dan
fungal

Protozoa
Bahan-bahan
organik

Amoebae

bakteria

Binatang
pemangs
a

Flagellates

Siratan makanan yang telah di label.

Peranan pemangsa dalam siratan makanan:


Pemangsa selalunya merupakan pengguna kedua dan ketiga mereka menggunakan
tenaga yang hasil daripada pengeluar dan merupakan akhir bagi sesuatu rataian
makan .
Peranan daun gugur (bahan mati) :
Peranan bahan mati merupakan sumber pertama yang dimakan oleh detrivor
berperanan sebagai pemula bagi sesuatu rantai makanan.Sebagai contoh:
Daun matidetrivorayamhelang
Peranan daun atau tumbuhan dalam siratan makanan:
Tumbuhan berperanan sebagai pengeluar dan merupakan pemula bagi satu-satu
rantai makanan, Contohnya :

Rumput belalangayamhelang
Peranan matahari dalam siratan makanan;
Matahari merupakan sumber utama dalam kitaran tenaga bagi siratan atau rantai
makanan.
Peranan detrivor (nematode,bakteria dan fungi) dalam siratan makanan:
Detrivor berfungsi untuk menguraikan bahan mati dan menjadi bahan organik.
Detrivor juga merupakan pengguna pertama dalam sesuatu rantaian makanan.

b) Huraikan pengaliran tenaga dalam siratan makanan ini ( dari aras pertama hingga
yang terakhir pada rantai makanan )

Dengan merujuk kepada rajah jaringan makanan di atas, pengeluar pertama


(primary producer) merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada
cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis. Untuk tujuan
tersebut, hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam
proses penghasilan. Konsumer (consumers) merupakan organisma yang
bergantung kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. Ia
termasuklah haiwan, pengurai (decomposer) dan detritivores. Dalam rajah
rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan
makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa.

Seperti jaringan makanan seperti yang terdapat pada rajah 1.1, rumput
tersebut menjadi bahan organik yang mati dan dimakan oleh pengguna
detritivores. Detritivores merupakan organisma yang memakan detritus. Dalam
erti kata lain, ia bertindak dan mengurai tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang
telah mati dalam tanah serta mengembalikan kitaran nutrien melalui proses
penguraian tersebut. Contoh detritivores adalah seperti cacing tanah, gonggok
dan woodlouse. Rantaian makanan ini tidak wujud dalam pengasingan (isolation)
dan biasanya saling berhubung dengan jaringan makanan. Hanya dengan

demikian, pengguna detritus dimakan oleh pemangsa yang lebih kecil seperti
burung kecil dan tikus.
Sehubungan dengan itu, apabila organisma yang berada pada bahagian atas
mati (burung dan mole), nutrien dan tenaga akan belum lagi hilang namun ianya
akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Dalam
situasi ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi.
Organisma yang selalunya dianggap sebagai haiwan perosak yang kotor akan
menjalankan peranan ekologikal mereka dengan memakan bangkai-bangkai
haiwan yang mati busuk. Pertukaran tenaga dalam ekosistem dapat dikesan
daripada tahap satu ke tahap yang lain. namun yang demikian, sewaktu
pemindahan tenaga, 90% daripada tenaga dibebaskan ke persekitaran sebagai
haba.
Dalam hal ini, pemindahan tenaga adalah tidak seperti pemindahan karbon
dan nitrogen yang mana mereka mengalir melalui ekosistem dalam kitaran yang
berterusan. Tenaga yang dimaksudkan tersebut berkurangan (diminish) dalam ia
dipindahkan dari satu fasa ke fasa yang lain yang akhirnya hilang sebagai haba
dan perlu digantikan melalui tenaga yang diperoleh daripada cahaya matahari.
[Sumber rujukan: Soil Organism and Species
http://lifeunderyourfeet.org/en/soileco/intro/biodiversity.asp]
Secara ringkasnya pengaliran tenaga dalam siratan makanan ialah Siratan makanan
merupakan

gabungan

bagi

beberapa

rantaian

makanan.

Oleh

itu

untuk

menerangkan pengaliran tenaga satu rantaian makanan di ambil sebagai contoh;


Rumput-> artopod->artpod pemangsa->burung kecil
Dalam satu-satu rantai makan sumber tenaga bermula daripada cahaya matahari .
Cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses photosintesi
bagi menghasilkan kanji namun begitu hanya 10% tenaga yang dugunakan oleh
tumbuhan tersebut. Tumbuhan dimakan oleh artopod tumbuhan yang dimakan akan
terurai dan hanya 10% tenaga digunakan oleh atropod daripada makan tersebut.
Artopod di makan oleh artopod pemangsa hanya 10% digunakan oleh artopod
pemangsa sebagai tenaga. Artopod pemangsa dimakan oleh burung kecil dan hanya
10% tenaga digunakan.

( c ) Apa akan terjadi pada tenaga dan nutrien apabila pengguna pada aras tertinggi
rantai makanan mati ?
( Serahkan gambarajah siratan makanan yang telah lengkap bersama laporan amali
anda )
Kitaran tenaga dan nutrien berkitar semula keranan pemangsa akhir menjadi bahan
mati dan akan dikompos menjadi bahan organik.
Soalan 5
5. Siratan makanan menggambarkan kompleksiti biologi dan sedemikian kesihatan
tanah.
( a ) Jelaskan bagaimana kaedah pengurusan tanah yang kita mengamalkan boleh
mengubah kesihatan tanah.
Tanah berfungsi sebagai medium untuk tumbuhnya tumbuh-tumbuhan dan di
dalam tanah juga terdapat organisma hidup seperti makrofauna, mikrofauna,
mesofauna dan lain-lain. Semua organisma ini saling bergantung di antara satu
sama lain termasuklah tanah. Ianya penting bagi menjamin serta memelihara
keseimbangan ekosistem tanah.
Sehubungan dengan itu, amalan pengurusan tanah yang baik amatlah penting
dan perlu agar ekosistem tanah dapat dipelihara dan menjamin kesihatan atau
kesuburan tanah. Pengurusan tanah yang tidak betul atau tidak baik hanya akan
menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah. Ini menyebabkan tanah menjadi tidak
efisien, kesuburan terjejas dan menjadi tidak stabil. Ini sekaligus memberi kesan
negatif kepada organisma atau biota tanah yang menjadikan tanah sebagai habitat
mereka.
Terdapat banyak kegiatan atau aktviti yang dapat merosakkan kesuburan
tanah. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan, pertanian, pembinaan empangan,
perlombongan, dan lain-lain mampu mengubah keseimbangan ekosistem tanah.
aktiviti dan juga kegiatan seperti itu mampu mempengaruhi kesuburan tanah.
Sebagaimana yang kita tahu, tanih membekalkan nutrien untuk tanaman dan
tumbuhan. Namun, jika amalan pengurusan tanah yang mencemarkan kesuburan

tanah tidak terkawal dan berterusan, ianya memberi masalah yang serius kepada
alam sekitar dan seterusnya kepada manusia. Penggunaan baja kimia dan racun
rumpai mencemarkan tanih. Ini kerana pembajaan yang berlebihan akan
meningkatkan keasidan tanih.

Selain daripada itu, kegiatan pertanian yang secara giat juga mampu
menghakis permukaan tanah. ini menyebabkan kandungan humus dan garam
mineral dalam tanah berkurangan. Segala nutrien yang terkandung akan tercemar
dan boleh merosakkan struktur tanah.
Oleh yang demikian, pengurusan sumber tanah yang baik amatlah perlu di
samping amalan pertanian yang baik agar dapat memulihara kesuburan tanah.
Beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat
dilakukan seperti berikut:
a) Menanam tananam tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit
dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan
tanah melalui proses pengikatan nitrogen.
b) Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan larut resap tanih. Ini
membolehkan air meresap ke dalam tanah dan mengurangkan kehilangan
nutrien dan bahan organik.
c) Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit
sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan
kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk
kesuburan tanah.
d) Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah
yang lain, seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan
kesuburan tanah.
[Sumber rujukan: Melissa Stewart. (2002), Rocks and Minerals: Soil, Jordan Hill:
Heinemann Library]

También podría gustarte