Está en la página 1de 19

Isi Kandungan

Bahagian A (Membaca).............................................................................................. 2
Tujuan Kajian........................................................................................................... 2
Kaedah dan Instrumen Yang Digunakan..................................................................2
Dapatan Kajian........................................................................................................ 5
Bahagian B (Esei)....................................................................................................... 6
Bahagian C (Rancangan Pengajaran Harian & Refleksi)...........................................11
Rancangan Pengajaran Harian..............................................................................11
Refleksi.................................................................................................................. 17
Rujukan.................................................................................................................... 20

Bahagian A (Membaca)
Tujuan Kajian
Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, berketrampilan serta berarah kendiri
merupakan visi misi yang terkandung dalam Wawasan 2020. Berpegangkan kepada pekata
1

tersebut, satu kajian mengenai kaedah dan modul yang digunakan oleh guru-guru pemulihan
Bahasa Melayu di Sek.Keb. Brincang dan Sek.Keb. Batu Tapah untuk mengajar murid-murid
pemulihan tahap 1 telah dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kebolehbacaan dalam kalangan
murid di sekolah tersebut. Kajian ini lebih mengfokuskan kepada murid-murid dalam kalangan
orang asli bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian mereka dalam kemahiran membaca.
Dengan mempraktikkan modul yang telah disediakan oleh pihak UPSI iaitu modul membaca
menggunakan kaedah gabung kata, para pengkaji akan mengetahui sejauh mana penguasaan
yang telah dicapai oleh kanak-kanak tersebut terutamanya dalam kemahiran membaca.
Di samping itu, tujuan utama kajian ini dijalankan dalam kalangan murid orang asli
adalah untuk melihat sejauh mana penguasaan Bahasa Melayu Orang Asli kaum Semai di
sekolah rendah. Kajian ini juga turut mengfokuskan untuk mengenal pasti sama ada modul yang
digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran murid-murid orang asli kaum semai menepati tahap
kesesuaian penguasaan murid. Di akhir kajian ini, para pengkaji akan dapat menghasilkan satu
modul membaca alternatif untuk orang asli kaum Semai. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk
mengetahui kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh murid Orang Asli suku kaum Semai.
Melalui tujuan serta objektif khusus kajian ini, para pengkaji akan dapat mengfokuskan usaha
mereka dalam membantu murid-murid orang asli kaum semai dalam memperbaiki tahap
pembacaan dan penguasaan bahasa melayu mereka.

Kaedah dan Instrumen Yang Digunakan


(Dr.Maimunah, 2012) Instrumen erupakan alat ukur yang mengandungi beberapa siri
item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada angka-angka yang
diperolehi dengan lebih bermakna. Bagi memperolehi hasil melalui kajian ini, para pengkaji
telah menggunakan beberapa kaedah serta instrumen yang bersesuaian. Antara instrumen yang
digunakan ialah modul. Penggunaan modul ini akan menjawab segala permasalahan yang timbul
mengenai tahap kebolehbacaan dalam kalangan murid orang asli. Selain itu, modul ini akan
membantu pengkaji bagi mendapatkan idea baru mengenai cara-cara murid orang asli berfikir
dan kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul
yang dimaksudkan penyelidik adalah Modul Membaca Gabung-Kata oleh Prof. Emiritus Dato
Dr Isahak Haron. Dua buah buku hasil Prof. Emiritus Dato Isahak Haron iaitu Buku Ceria 2M
Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah (Buku Bacaan 1) dan Buku Ceria 2M
2

Awal Membaca dan Menulis Bahasa Malaysia; Prasekolah (Buku Bacaan 2) yang mempunyai
kaedah gabung kata telah digunakan bagi menjayakan penyelidikan ini.
Sebelum melaksanakan ujian dengan menggunakan buku, penyelidik telah menjalankan
satu Ujian Diagnostik Kaedah Gabung Kata (KGBK) Awal Membaca Bahasa Melayu. Ujian
yang dihasilkan oleh Prof. Emiritus Dato Isahak Haron mempunyai 12 tahap kebolehbacaan
yang mesti dinilai pengkaji. Ujian ini diberikan kepada 18 orang responden yang merupakan
murid dalam kalangan orang asli. Berikut merupakan 12 aras tersebut :

Setelah pelaksanaan ujian, penyelidik menggunakan pula instrument yang seterusnya iaitu Buku
Ceria 2M (Buku 1). Di dalam buku ini terdapat 24 aras kebolehbacaan yang diuji kepada lima
orang murid berdasarkan hasil dapatan pada ujian diagnostik. Melalui hasil dapatan ujian
diagnostik juga, penggunaan Buku Ceria 2M (Buku 2) telah digunakan kepada enam orang
responden. Buku 2 ini mempunyai 22 aras kebolehbacaan bagi mengetahui tahap kebolehbacaan
murid-murid yang dikaji di dua buah sekolah ini. Berikut merupakan aras bagi Buku 1 dan Buku
2:

3
Rajah 1 Buku 1

Rajah 2 Buku 2

Bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah


mengaplikasikan instrument terakhir iaitu kaedah
temubual guru pemulihan berkenaan pengayaan
dan pemulihan yang dijalankan kepada murid
pemulihan. Temubual ini berlangsung sebaik
sahaja soal selidik selesai.

Dapatan Kajian
Dapatan kajian melalui ujian diagnostik KGBK, didapati hanya seorang murid yang tidak
dapat melepasi tahap 1 dan berada di tahap 0. Murid ini gagal membunyikan huruf vocal dan
konsonan mudah seperti a, i, u, b, k, c, s, t dan d . Tahap tertinggi yang dicapai oleh responden
ini adalah aras 12 iaitu membaca ayat dan cerita. Pelaksanaan ujian menggunakan Buku 1 pula
mendapati hanya seorang murid tidak melepasi aras 1, membunyikan huruf vocal dan konsonan
mudah manakala hanya seorang murid sahaja yang melepasi aras 24 iaitu boleh membunyikan
suku kata terbuka x dan z. Kaedah atau instrument terakhir yang digunakan ialah Buku 2 dan
melalui buku tersebut didapati kesemua murid berjaya melepasi aras 22 iaitu membaca dan
menyanyikan lagu. Sejurus selepas soal selidik ini berlangsung, temubual bersama guru
4

pemulihan dijalankan. Melalui kaedah dan instrumen yang digunakan dapat disimpulkan bahawa
hanya terdapat 10% murid orang asli di dua sekolah ini belum mampu menguasai tahap
kebolehbacaan.
Tahap kebolehbacaan murid dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama
adalah faktor ibu bapa dalam menyediakan serta mendedahkan murid dengan bahan bacaan.
Murid akan mudah dengan persekitaran mereka. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak-anak
akan sangat membantu anak-anak meluaskan perbendaharaan kata mereka. Kedua adalah
gangguan bahasa ibunda dalam bacaan. Kaum orang asli mempunyai bahasa ibunda mereka yang
tersendiri. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi mereka dalam mempelajari bahasa melayu
yang merupakan bahasa kedua mereka. Kesan ini dapat dilihat ketara dalam kemahiran lisan.
Seterusnya adalah taraf kehidupan masyarakat orang asli. Mereka seharusnya menerima
masuk arus permodenan kerana ia sedikit sebanyak akan memberi pengaruh yang positif dalam
meningkatkan taraf kehidupan mereka. Di samping itu, guru turut berperanan membantu
meningkatkan keyakinan murid serta memberikan motivasi kepada mereka dalam mempelajari
bahasa melayu. Kata-kata daripada guru akan bertindak sebagai pemberi semangat untuk mereka
terus menuntu ilmu. Kajian untuk mengetahui tahap kebolehbacaan murid orang asli ini telah
membantu pengkaji untuk mengenal pasti peratus murid yang belum menguasai bahasa melayu
sekali gus memberi perspektif baru kepada pengkaji mengenai sebab yang mempengaruhi
kebolehbacaan murid. Melalui kajian ini dapatlah pengkaji memikirkan cara bagi mengatasi
masalah celik huruf.

Bahagian B (Esei)
Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam Melaksanakan Pengajaran Kemahiran Membaca
dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya.
Menjelang tahun 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai sifar
buta huruf. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk
murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan. Namun begitu, masih terdapat cabaran-cabaran yang perlu
dihadapi dalam melaksanakan kemahiran membaca bahasa melayu. Bagi menganalisis cabaran
5

tersebut, satu temubual bersama tiga orang guru iaitu Guru A, Guru B dan Guru C dijalankan
bagi mengenalpasti masalah-masalah pengajaran kemahiran membaca yang mereka hadapi,
langkah-langkah yang dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut serta cadangan untuk
memperbaharui pengajaran kemahiran membaca.
Semasa menemubual Guru A, beliau telah menyatakan masalah yang utama dalam
kemahiran membaca iaitu kesukaran murid untuk memahami isi kandungan teks yang dibaca. Ini
merupakan antara permasalahan yang menyebabkan murid gagal memahami kandungan
maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat yang
dibaca dengan baik. Kegagalan memahami kemahiran asas ini menjadikan murid tidak
berkeupayaan menguasai kemahiran menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi
kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam
bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dan
murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama.
Guru A menyenaraikan masalah tersebut mengikut pengalaman sewaktu mengajar murid
darjah 5. Waktu pengajaran terpaksa dilanjutkan disebabkan oleh kesukaran murid untuk
memahami isi kandungan teks tersebut. Masalah ini sering terjadi kepada murid yang berada di
kelas yang belakang yang mempunyai pencapaian yang rendah. Kebanyakan murid yang berada
di kelas hadapan mempunyai masalah untuk mengenalpasti idea-idea penting daripada teks yang
dibaca. Masalah yang sama juga muncul di sekolah tempat saya mengajar. Walaupun murid
memahami teks yang dibaca, mereka tidak dapat untuk mengklasifikasikan idea yang yang
penting dan tambahan idea.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Guru A mencadangkan agar merancang aktiviti
pengajaran yang menarik dan kondusif. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan
dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus
belajar. Guru A mendapati bahawa latihan bacaan tambahan dapat meningkatkan kemahiran
bacaan murid dan kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam bacaan dapat membantu
sebutan serta kelancaran murid dalam bacaan. Murid-murid ini percaya bahawa penguasaan
kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu
aktiviti yang amat menarik. Selain itu, faktor dorongan daripada guru, penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat
6

menjadikan suasana aktiviti membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid. Guru A
telah melaksanakan kaedah latih tubi dan ternyata kaedah tersebut berkesan. Hal ini kerana
melalui kaedah ini, murid dapat mempraktikkan setiap sebutan yang mereka baca selain dapat
meningkatkan kefahaman tentang teks yang mereka baca.
Selaku guru, saya juga bersetuju dengan langkah dan cadangan yang dikemukan oleh
Guru A. Penyediaan tempat yang kondusif akan merangsang otak dan minda murid untuk lebih
fokus terhadap apa yang mereka kerjakan. Saya mungkin boleh melakukan aktiviti pembacaan
luar daripada kelas sebagai membuka dimensi baru kepada pelajar untuk mereasai pengalaman
pembelajaran yang berbeza. Pengenalan aktiviti yang menarik seperti permainan kuiz akan
meningkatkan minat pelajar untuk menelaah teks atau bahan bacaan dengan lebih mendalam agar
mereka dapat menjawab setiap soalan yang dikemukan oleh guru
Temubual bersama Guru B juga turut berlangsung dalam memperoleh maklumat yang
diperlukan. Guru B lebih memfokuskan kepada masalah pengajaran kemahiran bacaan dalam
kalangan murid pemulihan. Beliau menyatakan bahawa Terdapat beberapa jenis masalah
kemahiran membaca yang dikenalpasti dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah.
Antara masalah tersebut adalah salah sebutan. Murid salah menyebut perkataan-perkataan yang
dibacanya berikutan mereka tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf.
Oleh itu mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau
perkataan tersebut. Contohnya perkataan, perkataan 'lidi' disebut 'lili', perkataan 'mari' disebut
'mali' atau perkataan 'lari' disebut 'lali'. Kesalahan-kesalahan ini biasanya berlaku kepada muridmurid berbangsa Cina kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran membunyikan huruf 'r'
dengan tepat. Guru boleh membantu pelajar dengan menyediakan kad bergambar. Penggunaan
kad seperti ini akan merangsang pelajar untuk menyebut perkataan dengan lebih betul.
Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan mereka adalah seperti membatang suku kata
terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan
demi perkataan dan tidak lancar, teragak-agak yang bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan
bacaannya, membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, membaca
terlampau lambat atau merangkak-rangkak, menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
mengejip-ngejip mata, mengerut, menggeleng kepada, dan sebagainya, suara terlalu perlahan
7

dan tidak jelas, kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan, cuba mengelak daripada
aktiviti membaca, dan tidak boleh membaca langsung. Masalah tersebut kebanyakan timbul
dalam kalangan pelajar pemulihan. Kebiasaan murid-murid ini menyebabkan mereka sukar
untuk fokus kepada bahan bacaan mereka.
Antara kaedah yang dicadangkan beliau adalah penggunaan flash card. Setiap suku kata
akan ditulis diatas setiap flash card. Dengan cara ini guru akan berterusan melatih murid untuk
memahirkan diri menyebut setiap suku kata. Perkara ini dapat membantu murid agar setiap
konsonan dan vokal yang terdapat dalam satu-satu perkataan tidak tercicir sebutannya. Murid
pemulihan terutamanya mempunyai attention span yang sangat singkat. Perkara ini
menyebabkan mereka kurang fokus terhadap apa yang diajari oleh guru mereka. Berdasarkan
pengalaman saya memerhatikan pelajar pemulihan di sekolah, saya mendapati bilik pemulihan
tersebut dihias dengan begitu cantik. Guru pemulihan telah mengaplikasikan penggunaan
kepelbagaian warna yang menarik serta gambar serta ejaan dilihat bergantungan di dalam kelas
tersebut. Maka dapatlah dikatakan di sini, bagi mengatasi masalah yang dinyatakan Guru B tadi,
beliau boleh mengubah suai dekorasi bilik darjah murid pemulihan agar dapat memberi Suasana
yang baru kepada murid. Dengan cara ini murid akan lebih tertarik untuk fokus kepada guru.
Secara tidak langsung, mereka tidak akan terlepas setiap teknik bacaan yang diajarkan guru.
Menurut Guru C pula, beliau menyatakan terdapat kesalahan dalam menyebut perkataanperkataan ketika membaca disebabkan pengaruh dialek atau loghat sesuatu tempat. Murid-murid
di negeri Terengganu akan menyebut perkataan 'makan' menjadi 'makang', perkataan 'pinggan'
menjadi 'pinggang'. Keadaan ini akan menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna atau akan
merubah maksud ayat-ayat yang dibacanya. Disebabkan pengaruh kawasan, guru mengambil
masa yang agak lama untuk memperbaiki sebutan murid agar menjadi sebutan baku. Antara
langkah yang dilakukan beliau untuk mengatasi masalah ini adalah melakukan latih tubi
menyebut perkataan-perkataan tertentu. Setiap pagi sebelum kelas bermula, beliau akan
menyenaraikan perkataan berkaitan di papan hitam seterusnya akan meminta murid untuk
menyebut dan mengeja perkataan tersebut satu persatu. Perkembangan murid dapat dilihat
apabila mereka dapat menyebut setiap perkataan ini tanpa bantuan daripada guru.
Selain itu, Guru C juga turut menyatakan bahawa murid bermasalah sering membaca
huruf atau perkataan secara terbalik. Murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam
8

kemahiran bacaan juga mengalami masalah membaca huruf atau perkataan itu secara terbalik.
Contohnya perkataan bala dibaca sebagai laba. Contoh ayat yang dibaca terbalik pula adalah
sepeti ayat Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan. Keadaan seperti ini kerap terjadi
kepada murid-murid berbangsa India akibat dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Bagi
mengatasi masalah ini, saya mencadangkan kepada Guru C untuk menggunakan Kaedah
Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah ini sangat popular dalam mengajar
bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca
dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita
seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar
secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya
murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi
huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut
perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].
Kesimpulannya, keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan
guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang
kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu
mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan
akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi
kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak
berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru
memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkahlangkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang
telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh
mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Bahagian C (Rancangan Pengajaran Harian & Refleksi)


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 5 Bestari

Bil. Murid

: 30 orang

Hari

: Isnin

Masa

: 07.45-08.45 (1Jam)
10

Tema

: Kekeluargaan

Tajuk

: Keluarga Harmoni Hidup Diberkati

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat :


1. Membaca pelbagai jenis ayat dengan menekankan pada
intonasi dan sebutan yang betul.
2. Menyatakan isi utama yang terdapat dalam petikan.
3. Menulis ayat yang lengkap berdasarkan maklumat yang
diperoleh.

Fokus utama

: 5.0

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai.


5.1

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan


dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang

dibaca.
5.3

Aras 2
(i)

Membaca

pelbagai

jenis

ayat

dengan

memberikan penekanan pada intonasi


berdasarkan tanda baca.
Fokus sampingan

: 7.0

Membaca, menaakul dan menghayati kandungan

teks yang dibaca.


7.1

Membaca dan menerangkan maksud kandungan


teks yang tersurat dan tersirat.

7.2

Membaca dan mengenal pasti perkataan dan


pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan
sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan
tertentu kepada pembaca.

11

8.0

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacan dalam


penulisan.

8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan


ayat majmuk.

8.2

Aras 2
(i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek
dan predikat.

Kemahiran bahasa

: Membaca dan menulis

Sistem Bahasa

: Tatabahasa ; Jenis-jenis ayat, tanda baca

Pengisian Kurikulum
1. Ilmu
2. Nilai Murni

: Kajian Tempatan, Pendidiakan Moral


: Hormat-menghormati, bekerjasama, kasih saying

Kemahiran Bernilai Tambah


1.
2.
3.
4.

Kemahiran berfikir
Kemahiran cara belajar
Kecerdasan pelbagai
Pengetahuan sedia ada

: Menjana idea, menghubung kait, merumus


: Mendengar, membaca dan menulis
: Verbal & linguistik, interpersonal, muzik
: Murid telah pernah mengalami peristiwa berkelah
bersama keluarga.

Bahan Bantu Belajar

: Gambar (Bukit Merah), Petikan akhbar, kad

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
BBB: Gambar Bukit Set Induksi (5 minit)
Merah

Catatan
KB menghubungkait

1. Guru mempamerkan gambar sebuah BCB mendengar

Soalan:

keluarga beriadah di taman tema.


dengan teliti.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
-Apakah yang dapat
- Teknik bersoal
tentang gambar yang dipamerkan
kamu perhatikan dalam
jawab
gambar ini?
Petikan akhbar

KP - interpersonal
Langkah 1 (10 minit)
12

Ilmu

Pendidikan

10 Keluarga menyertai Aktiviti 1


Hari Keluarga CEC

1. Guru

moral
mengedarkan

petikan

kepada KB merumus

murid.
2. Murid membaca berdasarkan petikan.
Aktiviti 2

BCB mendengar
Kemahiran membaca
Teknik Mekanis

1. Guru membuat ulasan tentang petikan


yang dibaca.

KP interpersonal

BBB :

Langkah 2 (15 minit)

Nilai kasih sayang


Ilmu kajian tempatan

-Petikan akhbar

Aktiviti 1

KB menjana idea

10 keluarga sertai Hari 1. Guru mengedarkan petikan keratan surat BCB mencatat, teknik
Keluarga CEC

akhbar.
bercerita
2. Murid membaca surat khabar secara
KP intrapersonal
mentalis.
Nilai

hormatAktiviti 2
menghormati
1. Guru meminta murid mencari isi-isi
BBB gambar
penting berdasarkan petikan surat
- Lembaran
akhbar tersebut.
petikan
2. Guru membuat ulasan tentang isi yang

Mencari isi penting

diperoleh murid.
Langkah 3 (10 minit)

KB menjana idea

Aktiviti 1

KP

Aktiviti berkumpulan :

linguistic

Guru meminta murid mencari isi-isi penting BCB

Aktiviti Kumpulan
Membaca

verbal

kemahiran

mencatat isi penting.

1. Murid mencatat 5 isi penting


Langkah 4 (15 minit)

KB menjana idea
KP intrapersonal

Aktiviti penulisan :

BBB lembaran kerja

Guru meminta murid membaca isi-isi


penting yang diperoleh.
Setiap kumpulan membentangkan isi-isi
Guru membuat ulasan :

dan

berdasarkan petikan yang diberi.

isi-isi Aktiviti 1

penting

penting.
Penutup (5 minit)

KB merumus
13

-Apakah

kebaikan 1. Guru membuat ulasan.


2. Nyanyian kalau rasa gembira
menyertai har keluarga?
-BBB menyanyi lagu

Petikan akhbar

14

Ilmu kajian tempatan


KP - muzik

Gambar taman tema Bukit Merah

Soalan Penilaian berdasarkan keratan akhbar.


1. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan ketika menyertai hari keluarga?
.
2. Mengapakah kita perlu meluangkan masa bersama keluarga?

3. Apakah kelebihan berada bersama kelompok keluarga yang lain?


.
4. Dimanakah hari keluarga itu diadakan?
.
5. Berikan maksud perkataan berkampung.
.

15

Refleksi
Sebelum menjalankan pengajaran ini, saya telah merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran terlebih dahulu. Ini telah membantu saya untuk memperingatkan isi pelajaran,
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar yang
sesuai berdasarkan kebolehan dan keperluan murid murid saya. Objektif pembelajarannya ialah
membaca dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Di akhir pembelajaran ini,
murid perlu membaca teks yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya
mereka perlu menyatakan isi utama yang terdapat dalam petikan serta menulis ayat yang lengkap
berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Saya menilai pelajaran saya dengan menjalankan dua jenis aktiviti pembacaan iaitu
membaca secara sepintas lalu untuk mengetahui maksud keseluruhan petikan dan aktiviti kedua
adalah membaca secara mentalis untuk mencari maklumat atau isi-isi penting yang terdapat
dalam petikan. Selain itu, murid turut terlibat dalam penyampaian isi-isi penting secara
berkumpulan dimana murid diminta untuk membaca isi yang mereka temui.
Dalam, set induksi saya meminta murid menceritakan pengalaman sedia ada dengan
tajuk pelajaran. Segelintir murid tidak dapat meluahkan pengalaman yang dialami kerana
perbendaharaan kata yang mereka kuasai itu sangat rendah. Oleh itu, mereka tidak dapat
berkongsi pengalaman dan tidak yakin dengan kebolehan serta berasa rendah diri. Dalam
langkah pertama murid membaca petikan akhbar hari dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Dalam langkah kedua

saya meminta murid membaca teks itu sambil murid

mengenalpasti dan menggariskan isi penting yang terdapat dalam petikan akhbar itu. Setelah
membaca murid juga diberi peluang menanya kosa kata yang sukar untuk difahami. Keadaan ini
menggalakkan murid berkomunikasi dengan guru dan secara tidak langsung mereka akan berani
melngambil bahagian dalam pembelajaran tanpa perasaan rendah diri dan ditakuti diketawakan
oleh rakan sebaya di kelas. Setelah itu, dalam aktiviti seterusnya murid diminta menjawab
16

lembaran kerja iaitu menulis jawapan yang sesuai dengan soalan yang diberikan. Latihan ini
membantu saya menilai murid tentang kefahaman murid tentang petikan yang dibaca.
Pengajaran saya pada hari ini dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancang namun
begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Saya
seharusnya merancang set induksi lebih menarik di mana merakam video klip tempat berekreasi
dan menanyangkan melalui komputer dengan menggunakan kemudahan LCD. Ini akan menarik
minat para murid dan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih seronok. Selain itu, guru
juga boleh menggunakan keadah bercerita dengan menggunakan bahan bantu seperti patung
boneka, alat permainan dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan
suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih
menarik.
Kelemahan seterusnya ialah penepatan masa yang ditetapkan tidak dapat diikuti.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksana
dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian
(RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain
yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun,
masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan yang ketiga ialah masalah dalam pergerakan guru sewaktu
p&p sedang dijalankan di dalam kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa
bergerak dan memantau perhatian murid terhadap pelajaran di setiap penjuru kelas. Guru
seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal
keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid
dengan lebih dekat.
Jadi, saya akan mengkaji kelemahan kelemahan tersebut untuk penambahbaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkeasan pada masa akan datang. Saya juga
akan berusaha untuk mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan murid saya. Sebagai tindakan lanjutan, guru perlulah mempelbagaikan suara
dan nada semasa membaca teks supaya murid dapat meniru cara guru membaca sekali gus dapat
membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kaedah menganalisis teks petikan akhbar ini
17

menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Untuk pengajaran yang akan datang,
saya mungkin perlu menggunakan permainan bahasa dalam pengajaran yang akan bertindak
sebagai alat dalam mengatasi masalah murid lemah ini. Permainan bahasa merupakan salah satu
cara untuk mempelajari dan menguasai bahasa dengan mudah. Penglibatan dalam permainan
bahasa akan memberi peluang kepada murid lemah ini untuk memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Permainan bahasa juga mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu
merangsang interaksi verbal, murid menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks
pembelajaran yang bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, bertindak sebagai alat
pemulihan, pengukuhan dan juga pengayaan. Oleh itu, saya yakin bahawa teknik permainan
bahasa akan dapat membantu murid muird saya untuk mempelajari Bahasa Melayu, terutama
dalam memperbaiki mutu pembacaan.

18

Rujukan
Muda, D. M. (2012, Mac 30). Penyediaan Instrumen. Retrieved November 17, 2015, from
scribd.com: http://www.scribd.com/doc/87329296/Penyediaan-Instrumen#scribd

19

También podría gustarte