Está en la página 1de 15

UICI 2022

Zaman Kegelapan
&
Sumbangan Dunia Islam dalam
Kebangkitan Keilmuan Eropah
1
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Ahli Kumpulan
Md Faeez Izzham B Md Padzil
Muhammad Syahir Bin Roslan
Abdul Hakim Bin Sahidi
Afiq Amani Bin Anuar
Mohammad Nazrin Bin Jumali
Brin Majirik
Raja Zarulameen bin R Ruslan
Hafizul Asyraf Bin Ahmad
Muhd Hakim Bin Ismail
Muhammad Fahmi Aidil Bin Rosni
Koh Guan Li
Mohamad Nurhakim Bin Rajaie

ISI KANDUNGAN
1

A12MJ0018
A12MJ0026
B13MJ0002
B13MJ0003
A12MJ0022
A12MJ0007
A12MJ0052
A12MJ0012
A12MJ0028
A12MJ0024
A12MJ0016
A12MJ0020

Pendahuluan
Isi Kandungan :

Mukasurat 2

1-Sejarah Zaman Gelap Eropah


2- Faktor-faktor dan kesan-kesan
penghijrahan ilmu ke eropah

Mukasurat 3-14

3-Kesan penghijrahan ilmu


4- Sumbangan dunia keilmuan islam
terhadap eropah
Kesimpulan
Bibliograf

Mukasurat 14
Mukasurat 15

PENDAHULUAN

Zaman Kegelapan atau lebih masyhur dengan nama Dark Ages merupakan zaman
dimana eropah mengalami kemunduran yang disempitkan dalam perihal keagamaan sematamata. Hal ini berlaku kerana golongan gereja mempunyai pengaruh terbesar di eropah dan
mereka menjadi institusi yang menyatukan sesebuah masyarakat di eropah. Pada masa itu, jalanjalan di kota-kota besar di Eropah masih berlumpur dan kota-kota besar Eropah masih diselimuti
kegelapan sedangkan kota-kota negara Islam telah diterangi lampu-lampu jalan raya dan
mempunyai jalan raya yang berturap dengan batu-bata. Selain itu, gereja juga menjadi penasihat

raja dalam pentadbiran. disebab itu, mereka mempunyai kuasa untuk menyekat kebebasan
bersuara, berfikir dan sebagainya. Namun begitu, di negara negara islam pula, mereka
mengalami pemodenan yang pesat sehingga menjadi kemegahan peradaban islam. Negara
negara islam pada masa tersebut sedang mengalami zaman kegemilangan .

Menurut sejarawan, zaman ini dianggarkan berlaku pada pertengahan abad 8 sehingga
12 masihi. Pada masa tersebut, perkembangan ilmu pengetahuan dan peradaban ini berkembang
secara pesat disebabkan usaha Daulah Islam di Timur Tengah dan Daulah Islam di Barat.
Bangsawan islam berperanan sebagai pencipta, inventor besar yang handal dan lain- lain. Jasa
dan keunggulan mereka digunakan sebagai dasar- dasar kemajuan di negara eropah. Oleh sebab
itu, tidak dapat dinafikan bahawa Zaman Keemasan yang turut dikenali sebagai Zaman
Renaissance merupakan sumbangan daripada keilmuan negara negara islam.

SEJARAH ZAMAN GELAP EROPAH


Zaman kegelapan Eropah bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Zaman Gelap ini
juga dipanggil sebagai peringkat awal zaman pertengahan. Zaman pertengahan dibahagikan
kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal (476 1050 M), peringkat pertengahan atau
kemuncak (1050 1300 M) dan peringkat akhir (1300 1450 M).
Pada peringkat awal zaman pertengahan, Eropah telah mengalami kemerosotan yang
ketara dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan bandarnya serta tidak
mempunyai pentadbiran pusat yang berkesan. Pada masa yang sama, dunia Islam telah berada

pada zaman kegemilangan seperti mana pada zaman Khulafa-arrasyidin, Bani Umaiyah dan
Bani Abbasiyah.
Ketika kejatuhan empayar Rom barat, kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah juga
runtuh. Keadaan ini menyebabkan munculnya golongan-golongan yang dipanggil baron (tuan
tanah). Golongan petani terpaksa mengharapkan perlindungan daripada tuan tanah oleh kerana
suasana ketika itu sangat tidak selamat bagi mereka. Sebagai tukaran bagi perlindungan mereka,
para petani membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah. Bagi petani yang tidak mampu
membayar cukai, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan menjadi
hamba.
Jika para petani mendapatkan perlindungan dari tuan tanah, tuan tanah pula mendapatkan
perlindungan daripada golongan raja. Sebagai tukaran, golongan tuan tanah dikehendaki
memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Rantaian hubungan antara rakyat dan
tuan tanah dan seterusnya golongan raja ini merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal
di Eropah.

Pada zaman ini, gereja Katolik telah menjadi sebuah institusi yang sangat berkuasa dan
memiliki hartanah yang banyak. Walau bagaimanapun, institusi ini terlalu banyak memberikan
fokus kepada kegiatan agama dan pembelajaran ilmu akhirat sahaja. Hal ini telah mencapai tahap
di mana mereka yang memperkenalkan ilmu-ilmu baharu selain daripada ilmu gereja akan diburu
dan dihukum. Hal seperti ini telah menampakkan pihak gereja seperti mengongkong kehidupan
masyarakat Eropah pada waktu itu.
Pada zaman ini juga, kegiatan perdagangan tidak dapat dijalankan dengan meluas di
perairan pantai utara dan barat kerana sering diganggu dengan serangan orang-orang gasar iaitu

Viking dan Magyar. Viking adalah suku kaum dari Norway, Sweden dan Denmark. Mereka
merompak dan mengancam pusat-pusat pemerintahan yang ada pada ketika itu. Mereka juga
melakukan penaklukan dan penjajahan pada pergerakan yang seterusnya. Magyar pula ialah
sebuah suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum Urgila
dan Turki. Mereka menduduki Hungary mulai abad kesembilan Masihi dan menjadi ancaman
kepada Eropah. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya tewas kepada kerajaan Raja Otto 1
dalam pertempuran Lechfeld pada tahun 955 M. Orang Eropah juga tidak dapat berdagang jauh
ke Timur kerana kawasan Mediterranean pada masa itu dikuasai oleh kerajaan Islam. Oleh
kerana itu, mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Perniagaan barang pertanian pula dikendalikan dalam sistem tukar barang kerana sistem mata
wang mereka sangat terhad.
Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai zaman
kemuncak pertengahan. Pada zaman ini, gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang
menyeluruh dan menjadi ejen penyatuan. Perubahan ekonomi yang ketara juga telah berlaku
hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan. Ini
membawa kepada kemunculan bandar-bandar besar seperti Florence, Venice dan Milan.
Perkembangan bandar seperti itu telah membawa pula kepada kemunculan kelas pertengahan
yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan. Status sosial seseorang itu tidak lagi
berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Rakyat pula mula terlibat dalam kegiatan politik
sekali gus terjadinya perubahan politik.
Istilah Renaissance

berasal dari perkataan Itali iaitu Renisciment yang bermaksud

kelahiran semula, dan istilah in merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah
dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom. Zaman

Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan


permasalahan. Aliran pemikiran seperti ini dikenali sebagai Humanisme yang dipelopori oleh
Francesco Petrarch.
Minat Francesco Petrarch terhadap ilmu membawa kepada penubuhan sebuah
peprpustakaan yang mempunyai koleksi karya agung zaman Yunani dan Rom. Karya-karya ini
telah diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan sesetengahnya oleh para paderi Katolik. Setelah
membaca karya-karya tersebut, beliau mendapati terdapat pelbagai pandangan dan pendapat
yang bercanggah. Dengan itu, Petrarch memutuskan bahawa apabila terdapat percanggahan
pendapat, penyelesaian terbaik adalah denga memerhati perkara yang telah atau akan ditulis.
Maka wujudlah kaedah sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan.
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian untuk permasalahan hidup dan kesediaan
mereka untuk meneroka perkara-perkara baharu menunjukkan bahawa manusia Renaissance
didorong oleh semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat. Zaman Renaissance bermula di Itali pada
abad ke-14 dan berkembang ke Eropah Barat sehingga abad ke -17. Di Itali, telah muncul
bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milanyang menjadi pusat
perdagangan antarabangsa. Kedudukan Itali sangat strategik dari segi geografi kerana dikelilingi
Laut Mediterranean sekaligus menjadikannya sebagai persimpangan utama dan pusat
perdagangan antarabangsa. Venice dan Genoa adalah bandar pelabuhan paling terkenal dan di
sini jugalah berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.
Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya.
Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar sekaligus menjadi tumpuan
para seniman dan cendekiawan. Golongan kaya ini kemudiannya menjadi patron penaung
kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga

Medici di Florence. Golongan penaung ini berusaha menarik seniman dan cendekiawan terbaik
dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing. Maka berlakulah persaingan antara bandarbandar Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan. Pada masa yang sama, para cendekiawan ini
telah berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan masing-masing.
Kegiatan ini secara tidak langsung membantu penyebaran idea Renaissance.
Selain golongan kaya, golongan Paus di Rom juga turut menjadi penaung kepada para
seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di Rom mencemburui pencapaian bandar
seperti Florence serta kekuasaan keluarga Medici. Oleh itu, mereka juga berhaasrat menjadikan
Rom cantik dan menarik seperti florence. Namun begitu, pihak gereja tidak bersedia untuk
menaungi para cendekiawan dan seniman kerana mempunyai aliran pemikiran dan pandangan
yang berbeza. Para saintis atau cendekiawan menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal
serta penggunaan akal dan logik bagi menerangkan sesuatu fenomena. Manakala pihak gereja
pula lebih cenderung ke arah tradisional. Lantas, konflik dan perselisihan pendapat terus berlaku
seperti kes Galileo Galilei yang berpendapat bahawa matahari adalah pusat alam, tetapi gereja
berpendapat bahawa bumi ialah pusat alam. Oleh kerana itu, Galileo telah dijatuhi hukuman
tahanan dalam rumah pada tahun 1633.

FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN PENGHIJRAHAN ILMU KE EROPAH

Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar secara meluas di seluruh Eropah menerusi
usaha-usaha penterjemahan secara besar-besaran. Hal ini menyumbang kepada pembukaan
beberapa buah universiti di Barat. Pada 1135 hingga 1284 Masihi, kegiatan penterjemahan
berkembang dengan pesat. Robert of Chester Berjaya menterjemah karangan al-Khwarizmi yang

merangkumi bidang algebra. Selain itu, Robert bersama Hermenn the Dalmation juga
menyelesaikan terjemahan al-Quran yang pertama dalam sejarah pada tahun yang sama. Ramai
pelajar Eropah mengunjungi Andalus dan Sepanyol untuk mempelajari ilmu pengetahuan.
Terdapat lima faktor utama yang menyumbang kepada penghijrahan ilmu Islam ke Eropah yang
membawa kepada perkembangan negara Eropah. Antaranya ialah:a) Perang Salib
Orang-orang Kristian melancarkan Perang Salib terhadap negara-negara Islam antara tahun
1097-1270M menerusi lapan siri peperangan. Perang ini telah meninggalkan kesan yang
mendalam kepada orang-orang Eropah. Kesan-kesan peperangan ini terhadap orang-orang
Eropah terbahagi kepada empat bidang iaitu bidang intelektual, sosial, ekonomi dan keagamaan.
Dalam bidang intelektual, perang ini menjadikan pemikiran orang-orang Eropah lebih matang.
Menerusi interaksi dalam peperangan ini, mereka belajar bahasa Arab di samping menguasai
teknik dan kemahiran orang-orang Islam. Sebagai contoh, orang-orang Eropah meniru cara
Sultan Mamalik al-Ashraf al-Khalil menghantar berita peperangan dengan menggunakan burung
merpati. Selain itu, ramai orang Eropah mula sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan
berminat dengannya. Contohnya, Constantine mempelajari ilmu perubatan di Andalus dan
Leonard dari Itali mendalami ilmu matematik.
Dalam bidang sosial pula, hati budi orang-orang Islam yang bertimbang rasa menyebabkan
orang-orang Barat amat mengagumi dan menelitinya. Orang-orang Islam tidak akan membunuh
orang-orang yang tidak melawan balik atau telah menyerah kalah, kaum wanita, kanak-kanak
dan golongan tua. Di samping itu, orang-orang Eropah juga meniru cara perubatan orang-orang
Islam untuk merawat pesakit-pesakit yang tercedera masa peperangan.

Dalam bidang ekonomi, orang-orang Barat amat kagum dan terpegun dengan pelabuhanpelabuhan Islam yang maju, kebijaksanaan orang Islam menggunakan laut Mediteranean sebagai
penghubung serta penguasaan teknik yang baharu dalam pelbagai bidang.
Dalam bidang keagamaan, orang-orang Barat mula sedar bahawa cara kekerasan dan zalim
bukan cara yang betul dan efektif untuk menyebarkan agama. Demi menghancurkan orang-orang
Islam, mereka harus lebih mendalami ilmu, budaya dan cara hidup orang-orang Islam.
b) Andalus
Sejak kurun ke 8 M lagi, pengaruh Islam yang kuat telah wujud di Andalus. Andalus mencapai
zaman keagungan semasa zaman Kahlifah Abdul Rahman III. Islam betapak kukuh di Andalus
sehingga tahun 1492M. Tamadun Islam di Andalus berusaha memajukan bandar-bandar utama
Andalus sehingga dipenuhi dengan pelbagai seni bina , budaya keintelektualan dan kesusasteraan
yang unik serta pelbagai kegiatan-kegiatan yang moden. Tambahan pula, Andalus merupakan
jambatan aliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah yang mendorong kepada pembukaan banyak
sekolah dan universiti di sana.

c) Pulau Sicilly
Pulau Sicilly terletak di tengah-tengah antara Eropah dengan benua Afrika. Oleh kerana
kedudukannya yang strategik, Pulau Sicilly menjadi jambatan pengaliran ilmu dan tamadun
Islam ke Eropah. Bidang keilmuan berkembang pesat di sini dan banyak cendekiawan Barat
mengunjungi pulau ini untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
d) Hubungan Diplomatik dan Kebudayaan

Sifat toleransi dan keterbukaan para pemerintah Islam yang mengamalkan dasar pintu terbuka
dengan mengambil inisiatif untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan
Islam telah menyebabkan ilmu dan tamadun Islam tersebar ke dunia Eropah secara tidak
langsung. Atas sebab sifat keterbukaan dan nilai-nilai murni orang-orang Islam, orang-orang
Barat mula meneliti sifat-sifat orang-orang Islam yang mendorong kepada keagungan Tamadun
Islam pada masa tersebut.
e) Gerakan penterjemahan
Selepas berinteraksi dengan Tamadun Islam, orang-orang Barat mula sedar tentang kepentingan
ilmu pengetahuan dan perkembangan akal fikiran dalam sesuatu tamadun. Mereka mula
melakukan kegiatan penterjemahan ilmu Islam kepada bahasa Latin secara besar-besaran setelah
mereka sedar tentang ketinggian ilmu Islam.

KESAN PENGHIJRAHAN ILMU


Melalui aktiviti penghijrahan ilmu tersebut, cara pemikiran, sikap dan gaya hidup orang-orang
Eropah mula berubah. Mereka mula menyedaran kepentingan ilmu. Di samping itu, mereka juga
faham bahawa kebebasan pemikiran akal dan ketinggian ilmu merupakan jalan utama untuk
membebaskan diri mereka daripada kongkongan gereja feudal. Orang Barat mula
mempertingkatkan usaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Gerakan penterjemahan dilakukan
secara besar-besaran untuk menterjemah sumber-sumber ilmu Islam dan karya-karya Islam ke

10

dalam bahasa Latin. Hal ini membawa kepada pengaliran karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah
secara besar-besaran.

SUMBANGAN DUNIA KEILMUAN ISLAM TERHADAP EROPAH


Melalui interaksi dengan dunia Islam, Eropah menyedari keterbelakangan dan
ketertinggalan mereka.

Interaksi tersebut menyebabkan adanya sentuhan peradaban Islam

terhadap mereka. Pengaruh terpenting yang diambil Eropah dari pergaulannya dengan umat
Islam adalah semangat untuk hidup yang dibentangkan oleh peradaban dan ilmu Islam.
Keterpengaruhan Eropah pada peradaban Islam itu bersifat menyeluruh. Hampir tidak ada
satu sisi pun dari berbagai sisi kehidupan Eropah yang tidak terpengaruh oleh peradaban
Islam.
Terdapat pelbagai jenis sumbangan dunia kelimuan Islam terhadap Eropah
diantaranya dalam bidang kaedah saintifik. Para ilmuan Islam menggunakan kaedah
pemerhatian dan penyiasatan dalam kajian saintifik mereka dalam pelbagai bidang.
Kaedah inilah yang telah membawa Al-Biruni kepada penemuan tindak balas masa, Ibn
Al-Haitham kepada penemuan optik, dan lain-lain. Dalam Kitab al-Manazir atau Kitab
Optik yang dihasilkan oleh Ibn Al-Haitham, beliau telah membangunkan teori tentang
penglihatan dan cahaya yang dibina di atas karya penulis Rom, Ptolemy, akan tetapi
beliau menolak teori Ptolemy bahawa cahaya ialah pancaran dari mata (teori pancaran),
dengan mengatakan bahawa pancaran cahaya memasuki mata. Ini merupakan kemajuan
terbesar

dalam

bidang

optik

sehinggalah munculnya Johannes

Kepler. Al-Manazir

merupakan batu loncatan penting dalam sejarah kaedah saintifik dan sejarah optik.

11

Terjemahan Latin Al-Manazir mempengaruhi

karya-karya ramai

ahli

sains

Eropah

terkemudian, termasuklah Roger Bacon dan Kepler. Alkimia Barat turut bergantung
kepada sumber-sumber Arab. Karya-karya Latin "Geber" Alkimia merupakan teks standard
bagi para ahli alkimia Eropah. Beberapa perkataan Arab daripada karya-karya alkimia,
seperti alkali, diserapkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan menjadi sebahagian daripada
perbendaharaan kata bahasa-bahasa tersebut.
Falsafah Islam mempengaruhi pemikiran Barat dalam beberapa cara. Ianya bermula
dalam gerakan kemanusiaan Barat dan membantu para ilmuan Barat dalam menyelaraskan
falsafah dengan kepercayaan. Para ilmuan Islam

mendedahkan kepada Barat bahawa

dunia luar bukan semuanya penuh dengan kegelapan dan keganasan tetapi kaya dengan
ilmu pengetahuan. Sebelum berlakunya interaksi antara intelektual Greek dan minda Barat,
Islam telahpun terlebih dahulu mempelajari dan membangunkan lagi kesemua pencapaian
intelektual Greek.

Bahkan, orang Kristian Latin telah meminjam banyak kitab-kitab,

ideologi secara terus dari sumber Arab. Mereka telah menterjemahkan kitab-kitab AlGhazali, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd, dan lain-lain kepada Bahasa Latin.
Dalam bidang matematik pula, al-Khawarizmi atau lebih dikenali oleh para
ilmuwan Latin sebagai Algorismus (kerana beliau berjaya memperoleh istilah algorism
dan penemu kepada sains Algebra) juga kitab-kitabnya telah banyak diterjemahkan
kepada Bahasa Latin. Menurut Professor Victor J. Katz: "Kebanyakkan karya-karya awal
algebra di Eropah sebenarnya memperakui bahawa karya-karya pertama algebra di benua
itu merupakan terjemahan karya-karya al-Khawarizmi dan penulis-penulis Arab lain. Juga
terdapat kesedaran bahawa kebanyakkan trigonometri satah dan sfera boleh disandarkan
kepada penulis-penulis Islam".
12

Manakala dalam bidang astronomi, al-Khawarizmi telah menulis buku Sindhind zij
yang berdasarkan astronomi India, dimana terdapat jadual kedudukan matahari, bulan dan
planet-planet. Beliau juga telah mengkaji berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa-fasa
bulan. Hampir pada zaman yang sama, pakar astronomi berbangsa Farsi bernama AlFarghani telah menulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil Kitab fi alHarakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Ia merupakan satu usaha berdasarkan
astronomi

Ptolemy. Dia

juga memperkenalkan

beberapa

pandangan baru

termasuk

precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet, malahan bintangbintang juga. Terdapat banyak lagi kitab-kitab yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh astronomi
Islam sehinggalah ke kurun ke-12; dan kesemua kitab-kitab ini sedikit demi sedikit telah
diterjemahkan kedalam bahasa Latin, terutamanya di Toledo Sepanyol, lalu tersebar di
seluruh benua Eropah. Melalui terjemahan tersebutlah tokoh-tokoh intelektual Eropah,
dipenghujung

zaman pertengahan, mengkaji semula teori Ptolemy dan mempelajari

perkembangan astronomi hasil sumbangan dunia Islam.

Perubatan Islam adalah salah satu aspek yang paling terkenal dalam tamadun
Islam, sebagai salah satu cabang sains di mana umat Islam paling cemerlang. al-Zahrawi
melalui kitabnya al-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi teks perubatan
di universiti-universiti Eropah. Ibnu Sina yang merupakan tokoh falsafah dan perubatan
Islam yang terkenal, banyak dari karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Barat.
Antaranya, karya perubatan beliau iaitu Qanun fi al-Tib yang dianggap sebagai Injil
Perubatan oleh sarjana Barat telah diterjemahkan sebagai Cannon dan dijadikan teks
rujukan bidang perubatan di Eropah sehingga abad ke-16 M. Dalam masa 30 tahun
13

terakhir abad ke 15 M, buku ini telah diterbitkan sebanyak 15 kali dalam bahasa Latin
dan sekali dalam edisi Ibrani. Salah seorang doctor Islam yang terkenal iaitu Al-Rhazes
telah berjaya menemui asal usul demam campak dan dari kajiannya telah mendapati
bahawa seseorang itu cuma akan mengalami penyakit tersebut sekali seumur hidup
sejurusnya menunjukkan bahawa dalam badan manusia terdapat sistem imunisasi dan
bagaimana ia berfungsi. Kesemua penemuan Islam ini kemudian digunakan oleh orang
Eropah sebagai batu loncatan kepada revolusi saintifik.
KESIMPULAN
Kemajuan dan kemegahan Eropah dan barat hari ini merupakan air tangan umat islam yang mana
telah bertindak sebagai cahaya yang memimpin masyarakat eropah dan barat untuk keluar
daripada zaman kegelapan mereka. Ilmuan ilmuan Islam memainkan peranan yang cukup
penting dalam menghasilkan ciptaan ciptaan dan karya karya falsafah yang kemudiannya
dicedok dan digunapakai oleh masyarakat eropah.Namun pada hari ini, dunia menjadi terbalik
dimana masyarakat Islam pula terpaksa menadah tangan dan menerima ilmu-ilmu ,ciptaan dan
falsafah barat yang mana sebenarnya mereka hanya mengubahsuai ilmu yang datangnya daripada
dunia Islam sendiri. Umat Islam harus sedar bahawa mereka perlu dapatkan kembali ilmu ilmu
tersebut dan kembali membangunkan masyarakat islam seterusnya mencipta kembali zaman
kegemilangan islam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w , Hikmah ( ilmu ) itu adalah barang
yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.

BIBLIOGRAFI
http://www.academia.edu/6280382/BINCANGKAN_PERKEMBANGAN_FALSAFAH_SEJAR
AH_DALAM_ZAMAN_PERTENGAHAN_DI_EROPAH
14

http://mzuhairi.blogspot.com/2013/03/sumbangan-tamadun-islam-kepada-dunia.html
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

15

También podría gustarte