Está en la página 1de 3

Teori-teori perkembangan sosial-emosi kanak-kanak

berdasarkan Erik Erikson


Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson

Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam
teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial.

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat
yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai
matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang
individu.

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:

Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.


Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.
Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam
tahap berikutnya.
Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Lapan peringkat perkembangan:

Peringkat

Tahap umur

huraian

1. Asas kepercayaan
lawan asas
ketidakpercayaan

Lahir ke 1
tahun

Bayi perlu mempunyai


hubungan yang erat,
mendapat kasih sayang dan
kepercayaan daripada
penjaga. Sekiranya gagal,
ketidakpercayaan akan
timbul.

2. Autonomi lawan
keraguan

1 3 tahun

Perkembangan kanak-kanak
pada tahap ini tertumpu

kepada perkembangan
fizikal. Sekirannya berjaya
dan menerima sokongan
menimbulkan rasa percaya
kepada keupayaan diri
sekiranya gagal mereka mula
ragu-ragu terhadap
keupayaan diri.

3. Inisiatif lawan rasa


bersalah

4 5 tahun

Kanak-kanak cuba untuk


berdikari, ada inisiatif untuk
melakukan sesuatu sendiri,
sekiranya gagal boleh rasa
bersalah

4. Industri lawan rasa


rendah diri

6 11 tahun

Kanak-kanak perlu
menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam
persekolahan, kegagalan
akan membawa rasa rendah
diri dan tiada keupayaan.

5. Identiti lawan
kekeliruan identiti

12 18
tahun

Mencari identiti diri bagi


golongan remaja dalam
perkerjaan, kemahiran,
jantina dan bersosial.

6. Keintiman lawan
keasingan

18 35
tahun

Mula membentuk keintiman


dalam hubungan, menuju ke
arah perkhawinan dan
membina kerjaya. Kegagalan
membawa kepada perasaan
terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan
kekakuan

35 65
tahun

Kehidupan berkeluarga dan


kerjaya yang baik. Kegagalan
membawa kepada perasaan

mementingkan diri sendiri.

8. Integriti lawan
kekecewaan

65 ke atas

Kejayaan dalam hidup


berkeluarga dan kerjaya.
Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan
kekecewaan.

También podría gustarte