Está en la página 1de 20

Sebuah Kajian Ibn Ismail al-Azhary

INSURANS:
PERBINCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Segala puji bagi Allah SWT. Selawat serta salam buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW, para
Ahli Bait dan sekalian para Sahabat RA.
Abstrak:
Dunia globalisasi hari ini menyaksikan perkembangan sistem ekonomi yang amat pesat. Ini kerana
kecenderungan manusia ke arah kemajuan merupakan fitrah yang tidak dapat disangkal. Sejajar
dengan perkembangan itu, Fiqh Islami menerusi para ulamak dan sarjana Islam telah mengemukakan
perbincangan di dalam menentukan halal-haram sesuatu sistem untuk memenuhi kesejahteraan
manusia.
Umumnya ekonomi merupakan salah satu dari aspek penting di dalam kehidupan seharian manusia.
Justeru melihat contoh: Allah menghalalkan jual-beli dan di dalam masa yang sama mengharamkan
riba. Persoalannya mengapa Allah mengharamkan riba? Secara umum sesuatu yang dihalalkan
mahupun yang diharamkan oleh Allah SWT ada pengajaran yang tersurat dan hikmah yang tersirat.
Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis mengajak para pembaca melihat salah satu sistem
ekonomi yang baru bagi susur galur perbahasan Fiqh Islami iaitu mengenai Insurans. Perbahasan di
dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian Pertama: Pengenalan Insurans
Bahagian Kedua: Polemik Insurans Menurut Syariat Islam.
BAHAGIAN PERTAMA
Perbahasan pertama: Pengenalan Akad Insurans
Bab pertama: Perkembangan/ Sejarah insurans
Insurans merupakan salah satu bentuk muamalah berteraskan sistem ekonomi yang baru muncul
berbanding bentuk-bentuk muamalah yang lain. Di dalam sistem muamalah berteraskan ekonomi
terdapat perbincangan khusus di dalam kitab-kitab fekah karangan para fuqaha masyhur terdahulu.
Perbahasan-perbahasan tersebut mewarnai lembaran-lembaran yang membincangkan tentang
perbahasan muamalat secara khusus. Berbanding muamalah yang lain seperti persoalan jual beli,
riba, mudharabah, wakalah, sewa, wakaf, wadiah, syarikat, wasiat, nazar dan sebagainya insurans
merupakan perbahasan yang agak nadir dan malah baru diketengahkan dalam qhadiah kontemporari
kurun ke 13 Hijrah/19 Masihi. Terdapat beberapa pendapat tentang teori kemunculannya.
Sejarah Ringkas Insurans
Manusia secara umumnya sentiasa memikirkan untuk menghindari bahaya. Siapa yang mahu terjebak
ke dalam bahaya atau kebinasaan? Islam sendiri menyuruh umatnya tidak menjebakkan diri ke dalam
bahaya kebinasaan. Ini dikuatkan dengan firman Allah di dalam Al-Quran yang bererti:
dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..

Justeru manusia samada Islam atau bukan Islam mencari inisiatif tersendiri. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kecederaan, kematian kerugian dan sebagainya. Sekalipun alternatif tersebut hanya
memberi manfaat selepas berlakunya sesuatu bahaya itu. Dengan mandapat pampasan terhadap
kerugian berbentuk insurans sekurang-kurangnya kerugian yang terpaksa dialami akibat musibah
dapat dikurangkan atau diringankan.
Pengkajian ini akan mengemukakan beberapa teori kemunculan insuran yang ditemui sepanjang
pengkajian. Barangkali terdapat teori-teori lain yang tidak ditemui untuk dikemukakan di sini, maka
tidak dikemukakan.
Teori Pertama Kemunculan Insurans:
Insuran yang paling awal diwujudkan ialah tamin al-bahr (insuran laut atau dinamakan juga sebagai
insuran perkapalan); iaitu jaminan terhadap kapal dan pelayaran lantaran manusia melihat terdapat
bahaya dan risiko yang tinggi semasa berada dalam pelayaran di lautan. Ada pendapat yang
menyatakan bahawa ianya telah wujud sekitar 1498 M di London. Ini bersandarkan kepada aktiviti
perniagaan yang telah berkembang pesat pada zaman tersebut. Para saudagar membawa barangan
niaga mereka dari suatu tempat ke tempat yang lain dan kebiasaannya akan menghadapi risiko semasa
pelayaran. Insurans jenis ini dilaksanakan dengan peniaga dibayar dengan kadar pampasan tertentu
apabila berlaku musibah semasa pelayaran.
Teori Kedua Kemunculan Insurans:
Teori kedua menyatakan ianya telah wujud lebih awal dari itu iaitu sekitar tahun 1182 di Lambordia.
Akan tetapi boleh dikatakan bahawa kemunculan di Lambordia itu merupakan titik awal yang menjadi
asas kepada teori kemunculannya di London pada 1498 M. Ini kerana kemunculan di London
berpunca apabila tersebarnya muamalat insurans sekitar Eropah pada kurun ke 15 M dan dikenal pasti
berpunca dari Lambordia. Sady Abu Jaib berpandangan bahawa tiada keraguan di kalangan para
pengkaji akan kemunculan pertama insuran adalah di Lambordia dan ianya berkembang ke London,
Britain dan negara-negara Eropah yang lain mengikut arus perkembangan perdagangan laut. 1
Teori Ketiga Kemunculan Insurans:
Al-Ustaz Muhamad Nur Ghifari di dalam tulisannyanya yang disiarkan di dalam majalah Rabitah
Al-Alam Islami bilangan Safar 1399H sewaktu membincangkan mengenai insurans turut
menyuarakan pandangan bahawa kemunculan insuran di kalangan umat Islam telah ditemui di
Andalus. Andalus yang terkenal sebagai sebuah pusat perkembangan Islam yang maju dengan
pertumbuhan ilmu dan penghasilan para cendiakawan memungkinkan teori ini sukar disanggah.
Sistemnya pula adalah seperti taawun dan tabadul. Kemudian sistem ini telah berpindah ke negaranegara di bawah naungan Khilafah Uthmaniah yang lain sebagaimana yang didakwa oleh Al-Faqih
Ibnu Abidin di dalam kitabnya. 2 Akan tetapi kebanyakan pengkaji Islam menyimpulkan bahawa
kemunculannya di dalam komoniti umat Islam hanya pada kurun ke 19 M. Ini berdalilkan kepada
tiada seorang pun di kalangan para fuqaha dan ulamak silam yang membicarakan tentang topik ini di
dalam perbahasan mereka. Ulamak pertama yang membincangkan tentang persoalan ini ialah AlFaqih Ibnu Abidin di dalam kitabnya Raddul Muhtar ala Daril Mukhtar. Beliau menegaskan hukum
perbahasan yang dinamakan dengan as-saukarah itu sebagai tidak harus di sisi syara.
Teori-Teori Lain:
Insuran nyawa paling awal telah diperkenalkan di Britain pada tahun 1583 M. Manakala insuran
terhadap pengangkutan awam (kenderaan darat) hanya wujud pada kurun ke 20 M. Kewujudan
insuran ini sejajar dengan perkembangan pesat perindustrian dan perkilangan yang menghasilkan
pelbagai produk-produk berenjin dan bermotor. Pun begitu sebab kemunculannya juga berkaitan

risiko-risiko perniagaan dan perindustrian lantas memaksa kemunculan insuran terhadap kemalangan
dan kerugian. Kemudian barulah wujud pelbagai bentuk insuran-insuran yang lain yang pelbagai.
Bab kedua: Definisi Akad Insurans
Definisi Dari segi Bahasa:
Apabila menyebut tentang insurans gambaran yang biasanya terpamer di kalangan masyarakat ialah:
suatu keadaan untuk mendapatkan perlindungan atau jaminan keselamatan iaitu satu jaminan ganti
rugi atau pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu bencana seperti insurans terhadap nyawa,
kemalangan, kecurian, rompakan, pencabulan dan seumpamanya.
Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para ulamak mahupun sarjana ekonomi tentang
topik insurans. Pun begitu walaupun terdapat pelbagai definisi yang diketengahkan tetapi tujuannya
masih menjurus ke arah menerangkan bahawa insuran adalah jaminan keamanan.
Menurut Kamus Dewan: Insuran ialah perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat
untuk menggantikan kerugian seseorang dengan bayaran premium tertentu.
Definisi dari segi bahasa: Di dalam Bahasa Arab lafaz insurans disebut sebagai at-tamin - .
Perkataan ini adalah lafaz baru di dalam Bahasa Arab yang diinterpretasikan dari perkataan Perancis
Assurance dan perkataan Inggeris Insurance yang memberi maksud jaminan keamanan. Perkataan
pula dari segi bahasa ialah: yang bererti aman dan menghindar ketakutan.
Definisi Dari Segi Istilah:
Definisi dari segi istilah: Ialah suatu perjanjian yang bermaksud: Akad yang melazimkan almuammin (syarikat insurans) berperanan untuk menunaikan sesuatu kepada al-muamman lahu
(pemegang polisi) atau kepada al-mustafid pengambil faedah yang telah disyaratkan iaitu: mablagh
minal mal (sejumlah pampas an) atau sesuatu yang dipersetujui antara syarikat dan pemegang polisi
sewaktu berlakunya musibah atau kemalangan seperti yang diterangkan dalam akad sedangkan
pemegang polisi pula perlu membayar premium yang ditetapkan kepada syarikat insurans. 3
Di dalam definisi di atas dapat dikeluarkan tiga perkara asas iaitu:
i.
ii.
iii.

Syarikat insuran membayar pampasan kepada pemegang polisi apabila berlaku


musibah atau kemalangan.
Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans.
Berlakunya kemalangan atau risiko yang teruk.

Kebanyakan para pengkaji topik ini ketika mengemukakan definisi, mereka turut merujuk kepada
definisi yang diberikan oleh Qanun Madani (Undang-undang Negara) dan tidak jauh berbeza. Boleh
dikatakan definisi yang ditafsilkan oleh Qanun Madani adalah bertepatan dengan definisi yang
dikemukakan oleh sarjana Syariah, ahli qanun dan ekonomi serta ulamak-ulamak yang lain.
Daripada definisi yang diutarakan menjelaskan tentang rukun-rukun insurans iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Wujudnya ijab dan qabul di antara pemegang polisi dan syarikat insurans.
Wujudnya perkara yang hendak diinsuranskan.
Pemegang polisi membayar premium kepada syarikat insurans.
Jaminan syarikat insuran terhadap kecelakaan yang berlaku terhadap perkara
yang diinsuranskan.

Beberapa Istilah Penting Seputar Topik Insurans:

i.
ii.

Al-muammin: Syarikat perniagaan insurans yang menguruskan insuran.


Al-muamman lahu: Individu pelanggan (pemegang polisi) yang perlu membayar
premium insurans.
Al-mustafid: Pengambil faedah, kebiasaannya terdiri daripada kalangan waris pemegang
polisi.
Qistul Tamin: Bayaran premium
Mablaghul Tamin: Bayaran pampasan oleh syarikat
Mahal tamin: Perkara yang diinsuranskan samada kereta, bangunan, nyawa dan
sebagainya.
Al-khatru: Bahaya atau risiko yang dihadapi.

iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Bab ketiga: Ciri-ciri Akad Insurans


Terdapat enam ciri yang diutarakan dan dibincangkan di dalam persoalan insurans. Ciri-ciri tersebut
ialah:
i.

Akad insurans adalah dari akad saling meredzai - Ini dilihat dengan berlakunya
ijab dan qabul di antara kedua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat insurans).

ii.

Akad yang mengiltizamkan kedua-dua pihak - Setelah berlangsungnya akad di


antara kedua-dua pihak maka pemegang polisi mesti beriltizam untuk membayar
wang premium yang ditetapkan. Manakala Syarikat pula beriltizam dengan sesuatu
yang belum dapat ditentukan.

iii.

Akad yang ihtimali atau gharar - iaitu sesuatu yang tidak dapat dikenalpasti sama
ada akan berlaku atau tidak berlaku. Sekiranya berlaku bencana terhadap pemegang
polisi maka dia berhak untuk mendapatkan pampasan dari syarikat insurans.

iv.

Akad yang berterusan - maka perlulah bagi kedua-dua pihak melunaskan tuntutan
di dalam kontrak akad selagi tidak terbatal akad.

v.

Akad yang idzan - iaitu pemegang polisi terpaksa tunduk daan mengikut kepada
apa yang ditentukan oleh syarikat sedangkan apa yang ditentukan oleh syarikat
belum tentu adil.

vi.

Akad insurans adalah jenis akad muawadzah - Ini menunjukkan bahawa akad
insuran adalah berbentuk perniagaan untuk mengaut keuntungan daripada
pertukaran yang berlaku.

Mungkin selain daripada ciri-ciri yang diutarakan dalam perbincangan ini terdapat ciri-ciri lain. Akan
tetapi dengan melihat kepada enam ciri yang dijelaskan sudah memadai untuk memahami perjalanan
kontrak dalam akad insurans.
Bab Keempat: Unsur-unsur Akad Insurans
Tidak dapat tidak mesti ada tiga unsur di dalam akad insurans iaitu: 4
i.
ii.
iii.
Penjelasan:

Al-khatru (Bahaya yang dijangkakan)


Qistul Tamin (Bayaran premium oleh pemegang polisi)
Mablaghul Tamin (Pampasan oleh syarikat kepada pemegang polisi atau pengambil
faedah)

i.

Al-khatru:

Iaitu suatu keadaan yang tidak dapat ditentukan samada akan berlaku atau tidak berlaku sesuatu
kemalangan. Walaupun begitu secara amnya al-khatru yang dimaksudkan adalah perkara yang disukai
atau tidak disukai oleh manusia dalam sesuatu masa. Sebagai contoh manusia tidak sukakan mati,
maka dia mengambil insurans terhadap nyawa sedangkan tujuannya menjelaskan dia sukakan kekal
hidup.
ii.

Qistul Tamin (Bayaran Premium/caruman):

Qistul Tamin ialah perkara yang perlu diiltizamkan oleh pemegang polisi atau pengambil insurans
iaitu bayaran premium. Bayaran ini dibuat oleh pemegang polisi setelah berlakunya akad dengan
syarikat dan ditentukan kadar yang perlu dibayar pada sesuatu tempoh masa tertentu.
iii.

Mablaghul Tamin (Bayaran pampasan kepada pemegang polisi atau pengambil


faedah) :

Pampasan adalah perkara yang perlu diiltizamkan oleh syarikat insurans sebagai bayaran kepada
pemegang polisi atau pengambil faedah apabila berlakunya musibah atau kemalangan. Pengambil
insurans akan mendapat faedahnya apabila berlaku musibah atau kemalangan dengan bayaran
pampasan yang dibuat oleh syarikat insuran kepadanya. Akan tetapi sekiranya tidak berlaku musibah,
pemegang polisi tetap perlu beriltizam untuk membayar premium sepanjang tempoh akad kontrak.
Persoalannya apakah ini sesuatu akad yang tiada unsur gharar? Ikuti perbincangan seterusnya untuk
melihat perbahasan seterusnya.
Perbahasan Kedua: Pembahagian Jenis-jenis Insurans
Sepanjang melihat kepada hasil kajian para pengkaji yang mengupas tentang persoalan insurans,
terdapat pelbagai pembahagian yang diutarakan. Pembahagian-pembahagian tersebut pula berlainan
mengikut pandangan pengkaji itu sendiri. Jika dilihat pembahagian yang dibuat oleh Profesor Dr
Muhamad Az-Zaini Muhd Ghanim, pensyarah di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab di
Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, beliau membahagikan insurans kepada pembahagian
mengikut jenis dan pembahagian mengikut tajuk.5
Pembahagian insurans mengikut jenis dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i.
ii.
iii.

Insurans tabaduli atau taawuni


Insuran ijtimaie
Insurans bilqastil thabit (dengan premium tetap - perniagaan)

Manakala pembahagian mengikut tajuk pula yang dibuat oleh beliau ialah:
i.
ii.

Insurans al-adzrar (kerosakan barangan)


Insurans al-asykhas (keindividuan)

Berlainan pula dengan pembahagian insurans yang dibuat oleh Dr Ibrahim Rafat Jamal, pensyarah di
Fakulti Syariah wal Qanun di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta di dalam kitab Qhadaya alMuamalat al-Maliyah al-Muasarah. Meskipun beliau turut membahagikan insurans kepada tiga jenis,
tetapi terdapat perbezaan dengan apa yang dikemukakan oleh Dr Muhamad Az-Zaini Muhd Ghanim.
Mengikut pembahagian yang dibuat oleh Dr Ibrahim Rafat Jamal ialah: 6
i.
ii.
ii.

Insurans ijtimaie atau taawuni


Insurans tabaduli
Insurans tijari (berasaskan perniagaan)

Walaupun terdapat perbezaan di antara pandangan pengkaji insurans itu sendiri, namun ianya tidaklah
menjejaskan kefahaman terhadapnya. Pun begitu apabila melihatah terdapat pelbagai penafsiran
terhadap jenis-jenis insurans tersebut jelas menunjukkan perkembangan ilmu yang baik. Ada terdapat
pengkaji-pengkaji lain yang mengklasifikasikan pembahagian insurans tersebut kepada bentuk jenis
yang lain. Sebagai contoh Dr Rafiq Yunus Al-Misri di dalam kitabnya Al-Khatru wal Tamin
menjelaskan pembahagian insurans seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Insurans al-khairi
Insurans ad-zati
Insurans tabaduli dan taawuni
Insurans tijari (perniagaan)

Manakala menurut Dr Muhd Rawas Qalah Ji, Pensyarah di Kuliah Syariah Universiti Kuwait
menyatakan di dalam kitab beliau yang berjudul al-Muamalah al-Maliyah al-Muasarah fi dzu al-Feqh
wa Syariah, insurans dibahagikan kepada tiga bentuk:
i.
ii.
iii.

Insurans dzati
Insurans taawuni wal tabaduli
Insurans tijari (perniagaan)

Penjelasan:
Berdasarkan pembahagian yang pelbagai itu maka penulis akan mengulas secara terperinci
pembahagian yang masyhur di kalangan pengkaji kerana melihat kepada pembahagian tersebut sudah
memadai untuk menjelaskan sejauh mana pandangan Islam terhadap insurans.
Pembahagian tersebut ialah:
i.
ii.
iii.

Insurans ijtimaie
Insurans tabaduli atau taawuni
Insurans tijari

Bab Pertama: Insurans Ijtimaie


Insurans jenis ini dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah sesebuah negara sebagai memenuhi
maslahah kepada pegawai-pegawai dan para pekerja yang berkhidmat dengan kerajaan. Kerajaan
memberikan kebajikan kepada para pegawai dan pekerja-pekerja dari sudut mengurangi bebanan
perubatan, musibah sakit, lemah dan tua. Di antara sebab saluran kebajikan ini adalah seperti
kemalangan yang menyebabkan kecederaan dan rawatan, hilang keupayaan, pencen dan sebagainya.
Di antara bentuk-bentuk insurans jenis ini ialah:
i.

Nizam At-Taqaud ( KWSP): Iaitu kerajaan memberikan kadar tertentu kepada


pegawai-pegawai yang telah bersara atau tamat perkhidmatan. Contoh selepas umur 55
tahun.

ii.

Bantuan Jaminan Sosial: Iaitu kebajikan yang diterima oleh pekerja-pekerja daripada
kerajaan atau badan-badan tertentu dalam hal-hal berkaitan musibah.

iii.

Insurans Kesihatan: Pekerja layak mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma


atau berbayar dengan kadar yang sedikit dengan ditanggung kos tersebut oleh kerajaan.

Perlaksanaan sistem ini telah lama diperkenalkan di kebanyakan negara-negara umat Islam. Akan
tetapi ianya merupakan jenis insurans yang tidak tersohor dengan nama insurans, sebaliknya

dinamakan dengan nama yang lain. Justeru kerajaan yang mentadbir adalah berperanan di dalam
perlaksanaan insurans peringkat dan jenis-jenis tersebut
.
Bab kedua: Insurans Tabaduli atau Taawuni
Insurans tabaduli atau taawuni dibangunkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan kebajikan
dan berperanan menyalurkan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat atau ahli persatuan tersebut
yang ditimba bencana atau musibah.
Dari sudut perlaksanaan insurans jenis ini dijelaskan dengan melihat dua contoh:
Contoh pertama: Sebuah peti kecemasan dibangunkan oleh persatuan kebajikan yang diselaraskan
oleh penduduk setempat dengan menggabungkan sumber-sumber kewangan ke dalam tabung tersebut
dan digunakan untuk membantu sesiapa yang ditimpa musibah seperti kemalangan dan sebagainya.
Insurans jenis ini biasanya dilaksanakan di kampung-kampung, taman-taman perumahan dan di
kediaman-kediaman yang lain.
Contoh kedua: Ia dibangunkan oleh sesebuah persatuan yang kebiasaannya dilaksanakan oleh para
pegawai atau buruh yang bekerja di suatu tempat dengan mensyaratkan tabungan dengan kadar
tertentu dan diberikan kepada sesiapa yang didapati menghadapi musibah dalam dua asas iaitu samada
asas hutang atau asas takaful/sumbangan tabaru. Setiap ahli memainkan dua fungsi iaitu sebagai
pencarum dan penerima.
Bab Ketiga: Insurans Tijari (Perniagaan)
Iaitu akad insurans yang melibatkan antara pemegang polisi dengan syarikat insuran terhadap perkaraperkara berkemungkinan berlaku musibah dengan kadar bayaran tertentu yang akan di bayar oleh
syarikat insurans kepada pengambil insurans (pemegang polisi) sebagai pampasan apabila berlaku
musibah mengikut perjanjian. Manakala pemegang polisi pula dikenakan untuk membayar premium
insurans berdasarkan tempoh dan kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Bentuk ini terdapat unsur-unsur penipuan dan penindasan di mana sekiranya tidak berlaku apa-apa
kemalangan syarikat akan memperolehi faedah yang berterusan daripada bayaran premium pemegang
polisi insuran berkenaan. Manakala sekiranya berlaku kemalangan pula syarikat insuran berkenaan
pula akan membayar dengan kadar pampasan yang banyak padahal dengan menggunakan wang yang
dibayar oleh pemegang polisi-pemegang polisi yang lain yang tidak ditimpa musibah.
Syarikat yang melaksanakan perniagaan insurans jenis ini pula kebiasaannya mengamalkan sistem
perniagaan yang berasaskan teori riba dan teori-teori yang diharamkan oleh syariat Islam. Ditambah
pula insurans jenis ini terdapat unsur gharar sebagaimana yang didakwa oleh para ulamak di dalam
muktamar Feqh Islami yang berlangsung di Jedah pada 10-16 Rabiul Akhir 1406H/ 22.12.1985 M.
Resolusi daripada pendakwaan tersebut Majmak telah mengeluarkan qarar yang berbunyi:
Sesungguhnya akad insuran perniagaan mempunyai kadar bayaran premium tetap yang
dilaksanakan oleh syarikat insurans perniagaan merupakan perniagaan yang mengandungi unsur
gharar (sesuatu yang tidak pasti) yang besar dan fasid. Maka hukumnya adalah haram di sisi
syara.7
Perbahasan Ketiga: Pembahagian Mengikut Tajuk
Selain dari pembahagian yang telah dijelaskan terdapat pembahagian jenis lain turut dikemukakan di
dalam kajian ini. Pembahagian tersebut dilihat dari sudut tajuk perbincangan topik insurans itu
sendiri. Di antara pengkaji yang mengemukakan pembahagian berbentuk ini ialah Dr Muhamad AzZaini Muhd Ghanim dan Sady Abu Jaib di dalam kitab masing-masing. Pembahagian tersebut ialah:

Bab pertama: Insurans Kemusnahan/Kerosakan


Insurans jenis ini ialah pampasan yang diterima akibat kemusnahan atau kerosakan yang terjadi akibat
musibah atau bencana yang menimpa pengambil insurans. Sebagai contoh berlaku kemalangan
terhadap harta bendanya seperti kenderaan atau kebakaran terhadap premis milikannya. Ini
termasuklah dua pembahagian iaitu:
i.

ii.

Insurans terhadap barangan/harta: Syarikat insurans yang membuat akad kontrak


dengan pemegang polisi akan membayar pampasan berupa ganti rugi terhadap nilai
barangan milik pemegang polisi yang telah diinsuranskan itu. Nilaian yang akan diterima
oleh pemegang polisi berupa pampasan yang telah disebut dan dipersetujui di dalam
kontrak.
Insurans terhadap kemalangan: Sebagai contoh: kemalangan kenderaan.

Bab kedua: Insurans keindividuan


Insurans jenis ini pula meliputi semua jenis insurans yang berkaitan dengan diri individu manusia. Ini
termasuklah sama ada nyawa atau anggota-anggota badan yang terdedah kepada kecederaan dan
kemalangan.
Jenis ini pula dibahagikan kepada dua jenis:
Insurans nyawa
Terdapat beberapa keadaan insurans dari jenis ini iaitu:
i.
ii.
iii.

Insurans Bagi Keadaan Kematian


Insurans Bagi Keadaan Kekal/Hidup
Insurans Antara Kekal dan kematian

i. Insurans Bagi Keadaan Kematian:


Iaitu suatu akad kontrak yang dilakukan dengan syarikat insurans akan membayar satu kadar
pampasan insurans kepada pengambil faedah akibat kematian nyawa orang yang diinsuranskan.
Insurans jenis ini dinamakan Insurans Umur. Atau apabila syarikat membayar pampasan kepada
pengambil faedah kesan kematian orang yang diinsuranskan pada waktu kontrak berlangsung. Ini pula
dinamakan insurans bertempoh. Bersyarat apabila berlaku kematian ke atas nyawa orang yang
diinsuranskan pada tempoh perjanjian yang telah dipersetujui.
Tetapi sekiranya nyawa orang yang diinsuranskan itu berterusan sehingga tamat tempoh perjanjian
kontrak insurans (contoh: 10 tahun), maka terlepaslah tanggung jawab syarikat untuk memberikan
pampasan dan premium tersebut kekal pada milikan syarikat.
Manakala insurans sebab kekal pula, syarikat perlu membayar kadar pampasan kepada pengambil
faedah apabila orang yang diinsuranskan kekal hidup selepas tamat tempoh. Namun sekiranya
pengambil faedah mati sebelum tamat tempoh maka terlepaslah syarikat dari pampasan tersebut.
i.

Insurans Bagi Keadaan Kekal/Hidup

Bagi keadaan insurans jenis ini pula syarikat perlu membayar kadar pampasan kepada pengambil
insurans apabila dia kekal hidup selepas tamat tempoh akad kontrak perjanjian. Sedangkan sekiranya
pengambil insurans meninggal sebelum tamat tempoh perjanjian maka wang premium yang
dicarumnya akan kekal sebagai milik syarikat insurans dan syarikat tidak perlu menjelaskan apa-apa
pampasan akibat kematiannya.

ii.

Insurans Antara Kekal dan Kematian

Insurans jenis ini pula adalah syarikat perlu membayar pampasan kepada pengambil insurans apabila
beliau kekal hidup selepas tarikh yang dipersetujui di dalam akad kontrak atau sekiranya dia mati
semasa tarikh perjanjian maka warisnya akan menerima pampasan tersebut. Insurans jenis ini pula
adalah yang termasyhur dan paling tinggi kadar premium yang dikenakan dan ianya adalah yang
biasanya dinamakan insurans nyawa bagi kebanyakan syarikat insurans.
Jenis kedua bagi pembahagian insurans keindividuan ialah:
Insurans Kemalangan Anggota:
Syarikat akan membayar pampasan kepada pengambil insurans yang ditimpa musibah dan kadar yang
diberikan bergantung kepada apa yang diputuskan di dalam perjanjian dengan melihat kadar
kecederaan yang dialami. Selain pengambil insurans, insurans jenis ini juga memungkinkan untuk
pengambil faedah yang terdiri dari waris atau ahli keluarganya mengambil pampasan sekiranya
pengambil meninggal dalam tempoh kontrak.
Perbahasan Keempat: Tujuan dan Matlamat Melanggan Insurans
Di antara tujuan dan matlamat melanggan dan mengambil insurans ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Menunjukkan adanya ikatan ukhwah di kalangan anggota masyarakat terutama terlihat


di dalam bentuk insurans taawuni dan tabaduli.
Meringankan bebanan musibah yang terpaksa ditanggung apabila berlaku musibah.
Dengan menyertai kelompok insurans bebanan tidak akan ditanggung sendirian malah
akan ditanggung oleh orang lain juga.
Menghimpunkan permodalan dengan kadar caruman yang diberikan oleh pesertapeserta sehingga mampu digunakan sebagai pampasan kepada individu yang ditimpa
musibah dan bencana.
Menambahkan kepercayaan di antara pemiutang dan penghutang apabila syarikat
insurans yang bertindak sebagai penghutang memberi jaminan ke atas pemiutang.

BAHAGIAN KEDUA:
Polemik Insurans Menurut Syariat Islam.
Perbahasan Pertama : Ulamak dan Insurans
Di dalam perbahasan ini akan membincangkan mengenai beberapa pandangan ulamak yang mengkaji
tentang hukum insurans secara keseluruhan. Akan tetapi perbincangan akan lebih tertumpu tentang
pandangan yang berkaitan dengan insurans perniagaan (tijari).
Bab pertama: Ulamak-ulamak yang Mengharuskan Semua Bentuk Insurans.
Daripada kalangan Ulama yang mengharuskan semua bentuk insurans termasuk insurans berasaskan
perniagaan ialah: Al-Ustaz As-Syeikh Mustaffa Al-Zarqa,8 Al-Ustaz Abdul Rahman Isa, Dr
Muhamad al-Bahie,9 Al-Ustaz Muhammad Yusuf Musa dan Al-Ustaz Ali al-Khafif. 10 Golongan
ini adalah golongan minoriti yang mempertahankan pendapat mereka bahawa hukum insurans sama
ada berasaskan perniagaan atau tidak adalah harus kerana ianya adalah berteraskan prinsip tolongmenolong.
Bab kedua: Ulamak Yang Mengharamkan Semua Insurans Berbentuk Perniagaan.

Di antara ulamak-ulamak yang mengharamkan semua bentuk insurans yang berasaskan perniagaan
ialah:
a.

Al-Alamah Muhammad bin Abidin pengarang kitab Hasyiah Radul Muhtar ala
daril Mukhtar, Feqh Mazhab Hanafi. Ibnu Abidin menjelaskan lagi di dalam fasal
yang kedua dari bab al-mustamin di dalam kitab tersebut katanya:
.Sesungguhnya Imam (pemimpin negara) perlu memberi pertolongan
(perlindungan) ke atas al-mustamin daripada kalangan ahli Harbi (orang kafir)
selagi mana berada di dalam negara Islam dan tidak harus bagi Muslim
mengadakan perjanjian dengan mustamin kecuali apa yang harus daripada
perjanjian bersama kaum muslimin. Ini juga termasuk tidak harus mustamin
mengambil sesuatu yang tidak lazim pada syara.11

b.

Al-Alamah As-Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muthie Al-Hanafi merupakan


bekas mufti Mesir. Beliau di antara Fuqaha paling awal membicarakan maudhu
insuran selepas Ibnu Abidin. Beliau antara lain menjelaskan bahawa pandangan AlUstaz Mustaffa Al-Zarqa mengharuskan semua bentuk insuran adalah salah
disebabkan akad insuran adalah akad yang fasid.

c.

As-Syeikh Al-Kabir Al-Alamah Muhammad Abu Zahrah rh. Merupakan bekas


wakil Kuliah Huquq (Undang-undang dan Kehakiman) di Universiti Kaherah juga
pengerusi Jabatan Syariah Pengajian Dirasat Ulya (Master of Art) di universiti yang
sama.12

d.

Turut serta mengharamkan insuran ialah Dr. Isa Abduh menyatakan pendiriannya di
dalam kitab beliau bahawa akad insurans adalah akad fasid.

e.

As-Syeikh Al-'Alim Muhammad Ali Al-Bulaqi merupakan anggota haiyah tahrir


di mausuah Feqh Islami di Kuwait juga merupakan Pensyarah Ma'had Dirasah 'Ulya
(MA) di Mesir. Antara pendapat beliau ialah : Akad insurans nyawa dan musibah
adalah akad yang fasid dan tidak pasti maka hukumnya adalah haram. 13

f.

Di kalangan ulamak yang lain termasuklah: As-Syeikh Mohd Najib al-Muthie,


Abdul Rahman Qaraah di dalam fatwanya, Muhamad Najati, As-Syeikh Ahmad
Ahmad Ibrahim, As-Syeikh Muhamad Ali As-Sayir, As-Syeikh Taha ad-Dinary,
As-Syeikh Muhamad Abdul Latif as-Subki, As-Syeikh Abdullah an-Naflaqili, Dr
Muhamad Abul Yusr Abidin, Dr Husin Hamid Hassan. Kebanyakan mereka
berhujah bahawa akad insurans adalah akad yang tidak ada nas yang
mengharuskannya dan ianya adalah jenis akad yang tidah soheh dan terdapat unsurunsur tidak pasti - gharar.

Golongan yang mengharamkan akad insurans berasaskan perniagaan adalah golongan mijoriti yang
berpandangan bahawa akad insurans adalah akad yang fasid dan tiada nas mengharuskannya.
Bab ketiga : Ulamak Yang Mengharuskan sebahagian dan mengaharamkan sebahagian yang
lain.
Sebahagian golongan ulamak yang lain pula berpandangan mengharuskan sebahagian insurans yang
terdiri dari jenis-jenis insurans kemalangan dan kerosakan ke atas harta benda. Mereka antaranya
ialah: Najmuddin al-Iraqi, Muhamad Mabruk, Muhamad Faraj al-Sanhuri dan lain-lain.
Kebanyakan mereka mengharamkan insurans dari bentuk insurans nyawa.
Antara ulamak lain yang mengemukakan pandangan berbentuk ini ialah:

i.

As-Syeikh Muhamad al-Madani - merupakan dekan Fakulti Syariah di Univeersiti alAzhariyah.

ii.

Al-Alamah As-Syeikh Muhamad Abu Zahrah Beliau antara lain menjelaskan


bahawa insurans kereta adalah sejenis jaminan untuk kebaikan dan maslahah tidaklah
menjadi haram. Akan tetapi insurans terhadap nyawa adalah haram kerana terdapat unsurunsur yang mengharamkannya iaitu perjudian dan riba.

iii.

Pendapat seperti Abu Zahrah itu adalah seakan-akan pendapat As-Syeikh Ahmad asSyarbasi merupakan raidul am Jamiyat Shaban Muslimin.

iv.

As-Syeikh Abdullah bin Zaid A`li Mahmud Beliau membezakan di anatar jenis
insurans yang haram yang terdiri dari insurans nyawa dan mengharuskan insurans
berbentuk insurans kereta dan seumpamanya. 14

BEBERAPA PENDAPAT SEKITAR MAJMA BUHUS ISLAMIAH AL-AZHAR (Muktamar


Ad-dauli Lis-sinaat At-taminiah)
i.

Pendapat Dr. Muhammad Abdul Halim Umar merupakan Mudir Markaz Ekonomi
Al-Azhar berpendapat insurans menjadi halal apabila syarikat yang menguruskannya
melaksanakan sebagaimana ketetapan syara.

ii.

Pendapat Dr. Muawwadz Hassan Hasanain merupakan Pengerusi Lembaga Syarikat


Insuran Mesir menyandarkan pendapat beliau kepada Darul Ifta bahawa insurans adalah
halal kerana ianya adalah gambaran kepada saling bantu-membantu sesama manusia.

iii.

Pendapat Dr. Fathi As-Syed - menyatakan bahawa insuran yang berbentuk khidmat
kemasyarakatan (Taawuni) adalah dibenarkan dalam Islam sebaliknya insurans
berbentuk perniagaan adalah menyalahi syara disebabkan terdapat unsur-unsur yang
menyebabkan akad menjadi fasid seperti riba dan gharar.

iv.

Pendapat Dr. Abdullah Mabruk An-Najjar - merupakan Pensyarah Kuliah Syariah dan
Undang-Undang Universiti Al-Azhar menyatakan bahawa golongan yang berpendapat
mengharuskan insurans berbentuk perniagaan menggunakan hujah-hujah dan qias yang
salah disebabkan akad insuran perniagaan terdapat unsur riba sedangkan riba adalah
haram

Mungkin terdapat beberapa pandangan ulamak lain yang tidak disebutkan di sini. Oleh itu beberapa
pandangan ulamak yang dikemukakan hanyalah merujuk kepada beberapa nama yang masyhur dan
sering dinyatakan di dalam pengkajian tentang insurans.
Perbahasan kedua: Perbincangan Insurans yang diharuskan
Bab pertama: Jenis-jenis Insurans yang diharuskan
Walaupun pendapat mengharamkan insurans adalah pendapat majoriti, perlu diingatkan bahawa
pendapat tersebut adalah merujuk kepada insurans yang berasaskan perniagaan yang mempunyai
hujah-hujah pengharaman yang tersendiri. Akan tetapi selain daripada insurans perniagaan
kebanyakan ulamak mengharuskan beberapa bentuk insurans melihat kepada maslahah dan kebaikan
yang ada. Di antara bentuk-bentuk insurans tersebut ialah:
i.

Insuran Dzati: Insuran jenis ini Ialah satu bentuk insuran terhadap jaminan diri sendiri
agar dapat menampung sebarang kerugian yang dihadapi dengan cara memotong

sejumlah wang dari pendapatan bulanan dan disimpan untuk kegunaan apabila berlaku
bencana atau kerugian. Hukumnya adalah harus. 15
ii.

Insurans Ijtimaie: Insurans yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah


sesebuah negara ini sebagai memenuhi maslahah kepada pegawai-pegawai dan para
pekerja yang berkhidmat dengan kerajaan. Kerajaan memberikan kebajikan kepada para
pegawai dan pekerja-pekerja dari sudut mengurangi bebanan perubatan, musibah sakit,
lemah dan tua. Di antara sebab saluran kebajikan ini adalah seperti kemalangan yang
menyebabkan kecederaan dan rawatan, hilang keupayaan, pencen dan sebagainya. Antara
bentuk-bentuk yang dilaksanakan ialah termasuklah KWSP, Bantuan Jaminan Sosial dan
Insurans Perubatan. Hukumnya adalah harus.16

iii.

Insurans tabaduli atau taawuni: Insuran jenis ini dilaksanakan oleh badan-badan atau
persatuan dengan berkerjasama menjamin atau membantu kalangan ahli yang ditimpa
musibah atau menghadapi risiko. Jenis ini jelas menunjukkan peranan tujuan dan
matlamat insurans dari sudut mengeratkan hubungan ukhwah dan pertautan untuk saling
bantu-membantu sesama anggota masyarakat. Setiap anggota memainkan dua peranan
sebagai pemberi dan penerima. Bentuk yang biasanya dilaksanakan ialah:
i.

Insuran Bantuan Musibah


Contoh: Bantuan yang diberikan kepada ahli yang ditimpa musibah
seperi kebakaran, kecurian dan sebagainya.

ii.

Insuran Bantuan Awam


Contoh: Bantuan kepada keluarga ahli seperti bantuan kewangan
kepada keluarga ahli selepas kematian atau kemalangan hilang
kudrat beliau. Biasanya dilaksanakan oleh yayasan tertentu.

iii.

Insuran Bantuan Kesihatan


Contoh: Bantuan bayaran perubatan untuk meringankan bebanan
yang dihadapi.

iv.

Peti Keluarga
Contoh: Perkahwinan, dermasiswa dan sebagainya.

Hukumnya adalah: Sunat.17 dan ada pendapat lain yang menyatakan: Harus. 18
iv.

Insurans Khairi: Insurans jenis ini ditaarifkan sebagai hampir serupa dengan
perlaksanaan sistem zakat, Nafkah kerabat, Awaqil, Wasiat, Wakaf, Kafarat, Nuzur dan
sebagainya di dalam Islam. Antara tujuannya ialah untuk membantu golongan fakir. Ini
berbeza dengan sistem insurans tabaduli atau taawuni kerana sistemnya adalah
bertepatan dengan sistem insurans secara pentaarifan perundangan. Sistem insurans
Khairi pula tidak berkaitan dengan pentakrifan tersebut kerana tiada caruman tetap yang
ditentukan. Atau dengan lain perkataan insurans khairi adalah pemberian tanpa pulangan.
Namun insurans jenis ini jarang kedapatan di dalam suasana masyarakat walaupun ianya
amat-amat menitik beratkan konsep saling bntu-membantu di antara golongan kaya dan
miskin atau fakir. Justeru lebih-lebih lagilah dituntut akan perlaksanaannya di dalam
masyarakat.

Bab kedua : Dalil dan Hujah-hujah yang dikemukakan

Kajian ini akan mengemukakan beberapa dalil yang akan menunjukkan keharusan insurans seperti
bentuk-bentuk di atas di mana prinsip yang ada di dalam perlaksanaannya adalah bertepatan dengan
perlaksanaan sistem takaful Islam. Justeru antara dalil-dalil yang berkaitan ialah: 19
i.

Sesungguhnya akad insurans jenis-jenis di atas tergolong di dalam akad tabarru


yang menghendaki saling bantu-membantu sehingga mampu mengurangkan beban
dan kerugian akibat musibah yang menimpa. Malahan pula sistem ini bukanlah
bertujuan perniagaan dan mengaut keuntungan, tetapi tujuan sebenarnya adalah
membantu mangsa.

ii.

Tidak terdedah kepada pengurusan yang mencampuri amalan riba yang


diharamkan secara qatie.

iii.

Tidak menyebabkan keraguan terhadap para pencarum tentang apa yang dicarum
atau disumbangkan untuk menentukan apakah kadar yang akan diterima daripada
manfaat penyertaan mereka. Ini kerana penyertaan mereka adalah sebagai satu
amal tabarru dan bukan bertujuan untuk mencambahkan kewangan dan mencari
keuntungan.

iv.

Insurans jenis ini juga bertepatan dengan saranan untuk saling bantu-membantu
seperti mana mafhum firman Allah SWT di dalam Al-Quran: Dan bertolongmenolonglah ke atas perkara kebaikan dan ketaqwaan serta sabda Rasulullah
SAW di dalam hadisnya: Orang-orang beriman itu seumpama sebuah bangunan,
sebahagian memperkukuhkan sebahagian yang lain.

Demikianlah beberapa dalil dan hujah yang dikemukakan sebagai menyatakan keharusan insurans
yang berasaskan saling bantu-membantu di dalam Islam di mana prinsip asasnya adalah tabarru dan
taawun.
Perbahasan ketiga

: Perbincangan Insurans Perniagaan

Bab pertama

: Beberapa Pendapat Terhadap Insurans Perniagaan

Terdapat tiga perselisihan pendapat yang ketara dikesan dalam pengkajian berkaitan insurans ini.
Pendapat-pendapat tersebut telah disebutkan dalam perbahasan ulamak dan insurans yang lalu (di
dalam kajian ini).
Pendapat Pertama
Pendapat kedua
Pendapat ketiga

: Insurans perniagaan adalah haram di sini syariat Islam.


: Insurans perniagaan adalah harus di sisi syariat Islam.
: Mengharuskan sebahagian dan mengharamkan sebahagian yang lain.

Bab kedua

: Dalil dan Hujah-hujah yang dikemukakan.

Dalil dan Hujah Pendapat Pertama

: Insurans perniagaan adalah haram di sini syariat Islam.

Antara dalil-dalil dan hujah yang dikemukakan para pendokong pendapat ini ialah: 20
i.

Bahawasanya akad insurans berbentuk perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikatsyarikat insurans perniagaan terdapat unsur gharar yang jelas (besar) dan kejahilan yang
melampau. Sedangkan unsur-unsur tersebut merupakan larangan syara terhadap
muamalah dan akad. Justeru gharar tersebut tidak memungkinkan untuk mengharuskan
akad insurans. Ini boleh dijelaskan dengan melihat kepada situasi di mana pemegang
polisi yang mengambil insurans terpaksa membayar bayaran premium yang telah

ditentukan oleh syarikat terhadapnya, sedangkan apabila tidak berlaku musibah atau
kemalangan beliau tidak ada hak untuk mendapatkan pampasan. Ini terbukti apabila
semasa akad dilakukan si pengambil insurans langsung tidak tahu apa yang bakal
diperolehi olehnya sebagai pampasan di masa hadapan. Begitu juga situasi yang lain
apabila seorang pengambil insurans yang hanya baru membayar sekali premium dan
ditimpa musibah, maka dia diberikan pampasan insurans oleh syarikat insurans
perniagaan. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Jelas menunjukkan unsur gharar yang jelas
terdapat di dalam akad insurans perniagaan. Dalam hal kejahilan yang melampau pula,
semasa akad tidak diketahui apakah musibah yang bakal menimpa pengambil insurans
dan berapakah nilai pampasan yang perlu dijelaskan oleh syarikat.
Tiga unsur gharar yang terdapat dalam akad insuran ialah:
i.

Gharar pada penghasilan tukaran:

Ketika akad pemegang polisi tidak pasti samada akan memperolehi insuran atau tidak
contohnya: Kemalangan.
ii.

Gharar pada kadar:

Ketika akad pemegang polisi tidak boleh memastikan kadar bayaran yang akan diterimanya.
Kadar tersebut hanya akan diketahui selepas berlakunya kemalangan dan dinilai pada
kecederaan yang dialami sedangkan apa jua bentuk kecederaan yang bakal dialami sudah
pasti tidak dapat diketahui semasa akad dilakukan.
iii.

Gharar pada waktu:

Tidak pasti bilakah tukaran berlaku (bila akan berlaku kemalangan) sedangkan para Fuqaha
telah mensyaratkan dalam jual beli bertangguh mesti diketahui waktu penyerahan barang
tersebut.
Contoh:
akad
jual
beli
tempahan.

Hadis-Hadis Yang Menyokong Pengharaman Akad Gharar:


) . 1
(

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW melarang jual beli
.hasodahdan jual beli gharar
) .2


(

Maksudnya: Daripada Abi Said Al-Qudry RA Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dari
.. menjual
( : ) . 3

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Jangan Kamu menjual ikan di dalam air
.maka sesungguhnya terdapat gharar
ii.

Akad insurans perniagaan terdapat unsur riba al-fadz dan an-nasi`ah yang mana keduaduanya merupakan haram di sisi syariat Islam. Ini berlaku dengan wujudnya pertambahan
terhadap premium yang dicarum apabila berlaku musibah dan tidak terhalang dari berlaku
riba melihat kepada pertambahan dan masa. Malah turut berlaku situasi di mana syarikat
mengenakan bayaran faedah tambahan kepada pemegang polisi yang terlewat untuk
menjelaskan premium.
Sepertimana firman Allah swt:
275 :

()

.Maksudnya: Allah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba


Dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith mengenai pengharaman riba.
iii.

Terdapat unsur perjudian di dalam akad insurans sedangkan judi adalah haram.
Sebarang perkara yang membawa kepada haram adalah haram di sisi syariat Islam. Oleh
itu apabila insurans pernigaan yang mengandungi unsure perjudian maka ia mengambil
hokum judi itu sendiri. Insurans sebagaimana judi apabila pemegang polisi terpaksa
membayar premium sebagai pertaruhan untuk mendapat keuntungan yang tidak pasti.

iv.

Akad insurans perniagaan terdapat unsur jual beli dainun bidainin (hutang dengan
hutang) sedangkan jual beli bentuk ini diharamkan oleh Islam.

v.

Perlaksanaan insurans perniagaan juga merupakan sesuatu yang menyebabkan


memakan harta manusia dengan jalan batil (salah). Ini adalah sesuatu yang
diharamkan melalui firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

" ..."
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan jalan batil.
Ini terbukti di dalam perlaksanaan insurans perniagaan apabila wang caruman pengambilpengambil insurans diberikan kepada orang yang ditimpa kemalangan sedangkan kaedah
pengambilan bukanlah dari aspek tabaru, tetapi menggunakan sistem yang diperkenalkan sendiri
oleh syarikat insurans.
Ada yang mendakwa bahawa cabutan wang caruman untuk dijadikan pampasan kepada mereka
yang ditimpa musibah adalah menyerupai sistem insurans taawuni dan ijtimaie, tetapi hakikatnya
adalah berbeza kerana sistem insurans perniagaan bukan terbina di atas prinsip tabarru dan
tolong-menolong sebaliknya adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada caruman tersebut.
Dalil dan Hujah Pendapat kedua
i.

: Insurans perniagaan adalah harus di sisi syariat Islam.

Menyandarkan hujah menggunakan kaedah al-aslu fil asya al-ibahah (Asal pada
sesuatu perkara adalah harus). Ini kerana akad insurans sebagaimana akad muamalah
yang lain malah merupakan bentuk yang baru di mana terdapat padanya manfaat dan
kebaikan kepada manusia malah hukumnya kekal harus selagimana tidak terdapat dalil
yang mengharamkannya.

ii.

Sandaran dalil juga terhadap prinsip masalih mursalah untuk mengharuskan insurans.
Ini kerana melalui insurans mampu memberikan kebaikan dan ruang kepada manusia
memperolehi manfaat daripada tabungan yang dibuat. Bahkan melalui insurans
ketenteraman seseorang akan mampu dibendung dari kerisauan terhadap musibah dan
kerugian yang teruk sekiranya berlaku kemalangan. Justeru mengambil kaedah masalih
mursalah di mana kebaikan yang diperolehi menjadikan sesuatu perkara yang tiada nas
menegah menjadi masyru.

iii.

Golongan ini juga turut berhujah dengan menggunakan kaedah uruf di mana sesuatu
yang makruf di kalangan manusia sedang manusia berhajat kepada perkara tersebut maka
perkara tersebut menjadi harus di sisi syara.

iv.

Insurans juga dilihat sebagai suatu perkara yang dharuri di kalangan manusia. Justeru
golongan yang mengharuskan insurans ini menggunakan kaedah al-dharurat tubihul
mahdhurat. Ini kerana golongan ini berpendapat hanya melalui insuranslah mampu
untuk memberikan pampasan terhadap musibah yang dihadapi manusia. Maka ianya
adalah harus atas kaedah sesuatu yang menjadi dharurat mengharuskan yang ditegah.

v.

Insurans adalah perkara yang menjadi keperluan dan kemestian bagi manusia (ammat
bihi balwa). Maka ia diharuskan bagi mengangkat kesempitan (raful haraj) terhadap
manusia. Sekiranya dilarang pengambilan insurans maka ia akan menyebabkan
masyaqqah (kesusahan dan kepayahan) kepada manusia maka mengambilnya dikira
sebagai jalan untuk mengangkat kesempitan dan kesusahan tersebut.

vi.

Menggunakan metod qias terhadap beberapa sistem akad yang dilihat menyerupai bentuk
akad insurans. Qias tersebut terhadap lapan perkara iaitu:
a.

Qias akad insurans tijari (perniagaan) terhadap nizam akilah:

Nizam akilah adalah merupakan iltizam berbentuk harta (diyat) yang dikenakan ke atas
pembunuh yang dikatogerikan sebagai tersalah bunuh. Maka kedudukan insurans boleh
diqiaskan terhadap nizam ini di mana tujuannya adalah untuk meringankan musibah dan
beban kewangan keluarga si mati dan dalam masa yang sama melunaskan bebanan diyat
pembunuh kerana berlakunya pembunuhan tidak sengaja atau tersalah bunuh. Begitulah
halnya dengan insurans kerana kebiasaan pengambil insurans mengambil insurans kerana
demi meringankan bebanan kewangan dan musibah yang menimpa keluarganya sekiranya
dia ditimpa musibah. Maka dengan itu kedudukan nizam akilah dengan insurans adalah
sama.
Sedangkan ini adalah qias yang tersasar dari disiplin sebenar.
b. Qias akad insurans perniagaan terhadap akad al-muwalat
Akad muwalat adalah merupakan akad yang dilakukan oleh seorang lelaki yang majhul
(tidak diketahui) dari sudut nasab kepada orang lain sebagaimana berkata: Kamu adalah
warisku sekiranya aku mati dan ke atas kamu diyat apabila aku dibunuh. Maka
kedudukan di antara pengambil insurans, syarikat insurans, pampasan dan musibah
seperti kedudukan akad muwalat juga.
Ini juga merupakan qias yang tersasar kerana membandingkan pampasan insurans dengan
diyat kematian adalah dua perkara yang berlainan kerana diyat adalah sesuatu yang
ditetapkan oleh syariat kadarnya sedangkan pampasan insurans tiada penetapan kadar
yang menyerupai diyat, kadangkala kurang dan adakalanya lebih. Maka qias ini tersasar.
c.

Qias akad insurans perniagaan terhadap akad al-mudharabah

Akad mudharabah adalah merupakan akad di antara pemberi modal dengan pengusaha
apabila mendapat keuntungan maka dibahagikan keuntungan itu sebagaimana yang
disyaratkan. Maka premium yang dibayar pengambil insurans kepada syarikat yang
bertindak sebagai pengusaha modal dalam urusniaga insurans menyerupai bentuk
mudharabah.
Ini juga merupakan kaedah qias yang salah kerana prinsip mudharabah ialah pengusaha
menerima modal untuk diusahakan sedangkan syarikat insurans sudah mempunyai modal
sendiri. Malah premium yang dikenakan kepada pengambil insurans bukanlah merupakan
asas kepada modal untuk diusahakan/ dikembangkan. Maka prinsip ini bertentangan
dengan prinsip al-mudharabah.
Selain dari apa yang telah dijelaskan di atas para pendokong pendapat mengharuskan
insurans perniagaan juga menggunakan qias yang lain termasuklah apa yang disenaraikan
di bawah ini. Namun adalah sesuatu yang mengelirukan apabila dilihat qias yang
dikemukakan adalah tidak bertepatan dengan disiplin qias yang sebenar. Justeru tidak
perlulah diperpanjangkan perbahasan di dalam hujah qias yang digunakan tersebut.
Cukuplah sekadar penulis mengemukakan beberapa contoh penjelasan yang telah lalu dan
beberapa bentuk lain yang tidak diperjelaskan adalah seperti di bawah:
d. Qias akad insurans perniagaan terhadap akad al-wadiah
e. Qias akad insurans perniagaan terhadap akad hebah biiwadhin
f. Qias akad insurans perniagaan terhadap akad al-jialah
g. Qias akad insurans perniagaan terhadap dhaman khatrul toriq
h. Qias akad insurans perniagaan terhadap akad insurans taawuni, ijtimaie dan sistem
wang bersara (pencen).20
Perbahasan keempat : Munaqasyah Terhadap dalil-dalil dan Perbincangan.
Setelah melihat kepada pendapat dan hujah-hujah yang diutarakan oleh kedua-dua pihak (harus/
haram) maka dimunaqasyahkan dan diringkaskan seperti berikut:
i.

Pendapat mengharuskan insurans mengambil istinbat hukum melalui jalan qias dan
ijtihad manakala pendapat pengharaman insuran menetapkan hukum berdasarkan
nusus syariah dan qawaid asasiyah dan sudah tentu berlaku perbezaan yang ketara.
Malah penggunaan kaedah masalih mursalah dan ijtihad pendapat yang
mengharuskan insurans perniagaan kebanyakannya nadir dan tidak menepati
pendapat jumhur.

ii.

Ilat dan takwil yang dibuat oleh pendapat mengharuskan insurans ialah dari segi
ukuran persamaan dan lebih kurang antara insurans dengan bentuk-bentuk mumalah
yang lain seperti diqiaskan dengan akad muwalat dan sebagainya. Pendapat menolak
insurans perniagaan berhujah bahawa dalam akad insurans itu sendiri terdapat unsurunsur gharar, riba dan sebagainya yang menyebabkan pengharamannya di sisi syariat
Islamiah.

iii.

Pengharusan insuran juga disebabkan melaluinya boleh berlaku saling bantumembantu antara anggota masyarakat sedangkan pendapat mengharamkannya
berhujah bahawa akad insurans adalah akad yang tidak jelas lagi tidak harus pada
syara kerana terdapat unsur-unsur seperti gharar, penindasan dan penipuan serta
unsur-unsur lain yang memfasadkan akad.

iv.

Syariat Islam telah menetapkan bahawa apabila berlaku pertembungan antara haram
dan harus dalam sesuatu perkara maka dipakai hukum haram sebagai ihtiyat (langkah
berhati-hati).

v.

Qias yang dijadikan hujah oleh golongan yang mengharuskan insurans perniagaan
adalah qias yang tersasar dan bertujuan supaya menghalalkan sesuatu yang tidak
menepati prinsip qias yang sebenar.

Perbahasan kelima

: Tarjih (Pendapat yang Sesuai dan Terpilih)

Selepas melihat kepada perbincangan dan dalil-dalil serta penghujahan yang diberikan oleh para
pendokong pendapat masing-masing maka jelaslah kepada kita di antara pendapat-pendapat tersebut
manakah yang lebih kuat dan sesuai serta terpilih. Pendapat yang rajih ialah pendapat pertama yang
mengharamkan semua bentuk insurans berasaskan perniagaan.
Pendapat ini adalah merupakan pendapat kebanyakan ulamak dan fuqafa dahulu dan sekarang yang
membincangkan persoalan insurans tersebut. Pendapat ini juga bertepatan dengan pendapat yang
dipilih oleh Majma al-Fiqh al-Islami di Jedah pada tahun 1985M.
Seperti dinyatakan di dalam qarar (ketetapan) Muktamar Feqh Islami di Jeddah pada 10-16 Rabiul
Akhir 1406H/ 22.12.1985M seperti berikut:
Sesungguhnya akad insuran perniagaan mempunyai kadar bayaran premium tetap yang
dilaksanakan oleh syarikat insuran perniagaan merupakan sesuatu yang mengandungi unsur gharar
(sesuatu yang tidak pasti) yang besar dan fasid. Maka hukumnya adalah haram di sisi syara. 21
Adapun begitu perbincangan mengenai insurans yang tidak berasaskan perniagaan adalah tidak
menjadi masalah dari sudut keharusan dilaksanakan di dalam komuniti masyarakat Islam hari ini. Apa
yang penting pemahaman terhadap keharusan insurans berkenaan mestilah disematkan di dalam
pemikiran masyarakat bahawa Islam bukanlah agama yang menyempitkan sesuatu hukum sehingga
menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada penganutnya. Tetapi apa yang dikehendaki oleh Islam
adalah untuk menjaga umatnya dari perkara yang tidak baik yang jelas menyebabkan kerosakan
terhadap masyarakat sekiranya sesuatu perkara yang haram mahu dihalalkan juga.
Oleh itu pengharaman insurans berasaskan perniagaan adalah sesuatu yang menepati syariat Islam
dari sudut prinsip dan khasaisnya.
PENUTUP
Semoga dengan perbincangan di dalam kajian yang ringkas ini dapat memberikan sedikit sebanyak
kefahaman mengenai perbincangan insurans dalam Islam kepada semua muslimin dan muslimat,
insyaAllah.
Buat akhirnya penulis amat-amat berharap sebarang teguran dan pembetulan terhadap kertas kerja
yang sangat ringkas ini. Sebanarnya perbincangan sebenar yang diutarakan oleh para ilmuan yang
menulis tentang insurans adalah sangat mendalam dan melebihi apa yang diinterpretasikan di dalam
kertas kerja ini. Kertas kerja ini hanyalah sekadar kajian permulaan penulis dalam menongkah bahtera
pengkajian ilmiah.
Bidang ilmu muamalah ini sangat luas untuk diterokai. Justeru marilah kita sama-sama berusaha
mendalaminya moga-moga kita mampu mengusai dengan thaqafah dan ilmu yang mantap. Semoga
kertas kerja ini sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada penulis sendiri di dalam meneruskan
penghasilan kertas-kertas kerja ilmiah buat masa-masa mendatang.
Sekian.

Al-Fikru Wat Tatbiq,


Disediakan oleh:
Ahmad Tarmizi Ismail
Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
Jabatan Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar As-Syarif
Cawangan Tanta, Mesir.

E-mail: akhimizi@yahoo.com
Senarai Rujukan Kajian:
i.
Al-Quranul Karim.
ii.
Us. Dr Muhammad Rawas Qalah Ji, Al-Muamalah Al-Maliyah Al-Muasoroh Fi
Dzu Feqh was Syariah
iii.
Al-Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, Risalah Hukum Islam Fit Taminiv.
Dr Muhammad Uthman Syabir, Kitab Al-Muamalah Al-Maliah Al-Muasirah fil
Fiqh Islami
v.
Sady Abu Jaib, Kitab At-Tamin Bainal Hadzri wal Ibahah.
vi.
Doktor Ibrahim Rafat Jamal, Kitab Qadhaya al-Muamalat al-Maliyah al-Muasarah,
1422H.
vii.
Muhd Az-Zainy Muhd Ghanim, Nizom at-Tamin.
viii.
Rafiq Yunus Al-Misri, Kitab Al-Khatru wat Tamin.
ix.
Ustas Mustaffa Al-Zarqa, Nizom Tamin.
x.
Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Kitab Al-Halal wal Haram fil Islam.
xi.
Kertas Kerja Insurans MANHAL PMRAM.
xii.
Majalah Tasauf Islami bil: 265 Muharam 1422.
xiii.
Kamus-kamus & Kamus Istilah Fekah

Lihat: Sady Abu Jaib, At-tamin bainal khatri wal ibahah, m.s 11
Al-Faqih Ibnu Abidin adalah seorang ulamak kurun ke 19 bermazhab Hanafi, terkenal dengan beberapa
karangannya yang masyhur di antaranya ialah: Raddul Muhtar ala Ad-daril Mukhtar yang turut dikenali
sebagai Hasyiah Ibnu Abidin. Lahir pada 1198 H/1784 M dan meninggal pada 1252 H/ 1836 M. [Al-Ilam
Zarkali, 6:42]
3
Lihat: Muhamad Az-Zaini Muhd Ghanim, Nizam At-Tamin m.s:17 [ Taarif hampir sama seperti yang
diberikan oleh: Qanun Madani Syaria: 713, Qanun Madani Libya: 747, Qanun Madani Jordan: 920, Qanun
Madani Iraq: 983, Qanun Madani Mesir: 747 dan Qanun Madani Lubnan: 950]
4
Ibid: m.s 21-26
5
op. Cit, Az-Zaini, m.s 27-34
6
Lihat: Qhadaya Feqhiyah Muasarah, Kuliah Syariah Wal Qanun, Al-Azhar Tanta, 2002 m.s 14
7
Lihat: Majalah Majma Feqh Islami bil:2 m.s: 731
8
Menurut Al-Zarqa golongan ini mengharuskan semua bentuk insurans yang tiada unsur riba memandangkan
ianya merupakan akad yang berasaskan tolong-menolong. Lihat: Al-Zarqa, Nizam at-Tamin, m.s 27
9
Beliau berpandangan bahawa insurans adalah satu bentuk takaful dan tadzamun di antara sesama muslim dan
mengharuskannya. Lihat: Faisal Maulawi, Nizam Tamin, m.s 29
10
Abdullah Nasih Ulwan, Hukum Islam fi Tamin, m.s 9
11
Lihat: Ibnu Abidin, Hasyiah Raddul Muhtar ala Daril Mukhtar, Jilid:3 m.s: 249
2

12

Beliau antara lain turut pernah mengemukakan pandangan bahawa akad insurans kereta diharuskan dalam
Islam dan insurans nyawa adalah haram kerana mengandungin unsur-unsur yang mengharamkan. Jelasnya
beliau tidaklah mengharamkan semua jenis insurans sebagaimana yang dipetik oleh Al-Zarqa, Nizam Tamin,
m.s 27
13
Op. cit, m.s 28
14
Lihat: Faisal Maulawi, Nizam Tamin, m.s 79
15
Lihat: Pendapat tiada khilaf, Rafiq Yunus Al-Misry, Al-Khatru wat Tamin. m.s 41
16
Lihat: Dr Muhd Uthman Syabir, Al-Muamalah Al-Maliah Al-Muasirah fil Fiqh Islami
17
Merupakan pedapat: Al-Ustaz Dr Muhd Rawas Qal'ah Ji.
18
Merupakan pendapat: Dr Muhd Uthman Syabir dan kebanyakan ulamak
19
Lihat: Ibrahim Rafat Jamal, Qhadhaya Feqhiyyah Muasarah, m.s 15.
20
Ibit m.s 23-37.
20
Op cit: m.s 42-55
21
Lihat: Majalah Majma Fiqh Islami bil:2 ms: 731

También podría gustarte