Está en la página 1de 10

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

Sumbangan Karya Penulisan Ulama Nusantara terhadap Dunia Islam: Tumpuan


Syeikh Nawawi al-Bantani al-Jawi
Mohd Fikri Che Hussain, Zahid Salleh & Ahmad Irdha Mokhtar
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Abtsrak: Artikel ini memaparkan peranan ulama Nusantara dalam memartabatkan keilmuan Islam di persada
antarabangsa. Garapan daripada sumbangan yang diberikan oleh mereka itu akan tertumpu kepada seorang
tokoh ternama berasal dari Nusantara iaitu Syeikh Nawawi al-Bantani al-Jawi. Tokoh yang menjadi tumpuan
dalam artikel ini adalah merupakan seorang ulama terkenal di dunia Islam. Peranan beliau dalam usaha
memartabatkan keilmuan Islam itu diiktiraf oleh para ulama di negara Arab dan masih lagi diterima pakai dan
dijadikan kajian serta rujukan keilmuan Islam. Hidupnya yang begitu aktif dalam bidang penulisan dan
banyak karya telah dihasilkan serta bergiat cergas dalam bidang pendidikan ini sehingga terkenal dengan
gelaran Imam Nawawi Kedua. Kebanyakan hasil karya penulisannya menjadi penggerak kepada jaringan
keilmuan antara ulama seluruh dunia dan tidak lupa di Nusantara. Maka terbukti peranan Syeikh Nawawi alBantani al-Jawi adalah sangat besar dan mampu memartabatkan keilmuan Islam di Nusantara ini.

bernama Zubaedah (Jubaidah). Ia bergelar alBantani kerana ia berasal dari Banten, Indonesia.

PENGENALAN
Nama-nama tokoh ulama silam nusantara seperti
Syaikh Syamsudin Sumatrani, Hamzah al-Fansuri,
Nuruddin al-Raniri, Syaikh Ihsan al-Jampesi dan
Syaikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi serta selain
mereka cukup terkenal. Namun, nama mereka ini
termasuk kelompok ulama yang diakui tidak hanya
terkenal di kalangan pesantren di Indonesia,
Malaysia dan Selatan Thailand, tetapi turut terkenal
juga di beberapa universiti di luar negara. Dari
beberapa tokoh tadi, nama Syaikh Nawawi alBantani boleh disebut sebagai tokoh utamanya.
Kelayakannya menempati posisi itu kerana hasil
karyanya menjadi rujukan utama berbagai pesantren
di sekitar nusantara, bahkan hingga ke tanah Arab.
Syaikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani
(1230-1314H/1815-1897M): Ulama kelahiran Desa
Tanara, Kecamatan Tirtayasa, Serang, Banten, Jawa
Barat. Diberikan nama Abu Abdul Muthi
Muhammad Nawawi bin Umar bin Arabi. Ulama
besar ini hidup dalam tradisi keagamaan yang sangat
kuat. Ulama yang lahir di Kampung Tanara (Umar
Abd al-Jabbr. 1982:325) sebuah desa kecil di
Kecamatan Tirtayasa, Kabupaten Serang, Propinsi
Banten pada tahun 1230H/1815M ini bernasab
kepada keturunan Maulana Hasanuddin Putra Sunan
Gunung Jati, Cirebon. Keturunan ke-12 dari Sultan
Banten dan melalui jalur ini dikatakan sampai
kepada Baginda Nabi Muhammad SAW1. Ayah
beliau adalah salah seorang ulama di Banten
bernama Kiyai Haji Umar bin Arabi, ibunya pula

Pendidikan: Sejak kecil beliau memang terkenal


cerdas dan mula menerima pelajaran dalam usia 5
tahun. Melihat potensi yang begitu besar pada
dirinya itu, ayahnya telah menghantar beliau belajar
ke beberapa buah pesantren di Jawa seawal usia 8
tahun. Beliau mula mendapat pendidikan dan asuhan
dari ayahnya sendiri Kiyai Haji Umar bin Arabi2,
kemudian berguru kepada Kiyai Sahal di Banten dan
tidak lama selepas itu beliau belajar pula dengan
Kiyai Yusuf di Purwakarta. Menurut Snouck
Hurgronje bahwa Haji Yusuf pada waktu itu banyak
menarik murid dari seluruh pelusuk Jawa, khususnya
dari Jawa Tengah.3
Dalam usia yang belum lagi mencapai 15
tahun, Syaikh Nawawi telah mula mengajar ramai
orang. Pada tahun yang sama, beliau bersama dua
orang saudaranya telah pergi ke Tanah Suci untuk
menunaikan ibadah haji.4 Namun, selepas selesai
menunaikan haji, beliau tidak kembali ke tanah air
kerana dorongan menuntut ilmu yang kuat. Beliau
menimba ilmu daripada ulama-ulama besar
kelahiran Indonesia dan selainnya, seperti Imam
Masjidil Haram Syaikh Ahmad Khatib Sambas,
Abdul Ghani Bima, Yusuf Sumbulaweni, Syaikh
Nahrawi, Syaikh Ahmad Dimyati, Ahmad Zaini
Dahlan, Muhammad Khatib Hambali dan Syaikh
Abdul Hamid Daghestani.5
Tiga tahun ia bermukim di Makkah dengan
mengambil ilmu daripada para ulamanya. Selepas itu
beliau kembali ke tanah air dan mengajar

127

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

dipesantren ayahnya di Banten. Namun, keadaan di


tanah air ketika itu tidak membantu usaha
pengembangan ilmunya. Ini kerana, hampir semua
ulama Indonesia mendapat tekanan dari penjajah
Belanda. Beliau sendiri mengelilingi Banten
mengobarkan penentangan terhadap penjajah
Belanda. Pemerintah Belanda menuduh beliau
sebagai pengikut Pangeran Diponegoro yang ketika
itu sedang bangkit menentang penjajahan Belanda
(1825-1830 M)6.
Akhirnya, Syaikh Nawawi terpaksa kembali ke
Tanah Suci Makkah, beliau memutuskan untuk
memilih hidup di sana dengan meninggalkan
kampung halamannya demi menimba ilmu.
Kecerdasan dan ketekunannya membuatkan dia
menjadi salah seorang murid yang terkehadapan di
Masjidil Haram. Beliau tekun belajar selama 30
tahun, sejak tahun 1830 hingga 1860M. Ketika
Syaikh Ahmad Khatib Sambas uzur untuk menjadi
Imam Masjid al-Haram, Syaikh Nawawi dilantik
untuk menggantikannya. Sejak itu beliau menjadi
Imam Masjid al-Haram dengan panggilan Syaikh
Nawawi al-Jawi7. Selain menjadi Imam Masjid,
beliau turut mengajar dan menyelenggarakan
halaqah atau diskusi ilmiah bagi murid-muridnya
yang datang dari berbagai pelusuk negara
terutamanya dari kalangan Melayu, Sunda dan Jawa
di lingkungan Masjid al-Haram8. Laporan Snouck
Hurgronje, orientalis yang pernah mengunjungi
Makkah sekitar tahun 1884-1885 merekodkan
bahawa Syaikh Nawawi setiap hari dari pukul 7. 30
pagi hingga jam 12. 00 tengahari memberikan tiga
sesi kuliah untuk murid-muridnya9.
Antara muridnya yang berasal dari Indonesia
adalah Arsyad Tawil (Banten Serang), Arsyad Gasir
(Tanara Serang), Abdul Gaffar (Tirtayasa Serang),
Ilyas (Kragilan Serang), Sapiuddin (Barugbug
Serang), Sukari (Cibeber Serang), Asnawi (Caringin
Pandeglang), Jam'an Ibn Samun, Ardani Ibn Salmin
dan Najihun (Mauk tangerang), Sya'ban (Lengkong
Tangerang), Khalil (Bangkalan Madura), Asy'ari
(Bawean Madura), Tb. Bakri (Sempur, Purwakarta),
Asnawi (Kudus) dan Hasyim Asy'ari (Tebu Ireng
Jombang Jawa Timur)10. Mereka inilah yang
kemudiannya menjadi ulama-ulama terkenal di
Nusantara. Prestasinya cukup memuaskan kerana
dengan kedalaman ilmu pengetahuan agamanya, ia
diiktiraf sebagai syaikh di sana. Pada tahun 1870,
kesibukannya bertambah kerana permintaan dari
masyarakat untuk beliau menulis kitab.
Karya Penulisan: Sejak tahun 1860 hingga 1870,
Syaikh Nawawi sangat giat dalam menulis buku.
Akibatnya, ia tidak memiliki waktu lagi untuk
mengajar kerana kesibukan menulis11. Ia termasuk
penulis yang produktif dan berbakat dalam
melahirkan kitab-kitab mengenai berbagai persoalan
agama. 12 Inisiatif untuk menulis ini kebanyakannya
datang dari desakan sebahagian pelajarnya yang
meminta13 untuk menuliskan beberapa buah kitab

berkaitan sesebuah ilmu itu. Di samping itu,


kebanyakan permintaan itu juga datang dari rakan
karibnya yang berasal dari Nusantara 14, kerana ia
satu keperluan untuk mereka membacakannya
semula di Nusantara sekembalinya mereka kelak.
Malah ada juga beberapa orang tokoh yang meminta
beliau menulis dan menghuraikan mengenai
sesebuah
buku,
walaupun
berat
untuk
melakukannya, Syaikh Nawawi tetap berusaha
dengan gigih dan terbaik bagi menyempurnakan
penulisannya itu15.
Desakan itu dapat dilihat pada setiap karyanya
yang sering ditulis atas permohonan rakan dan
sahabat handainya. Kitab-kitab yang ditulisnya
sebahagian besar adalah kitab-kitab komentar
(syarh) dari karya-karya ulama sebelumnya yang
terkenal dan dianggap sukar untuk difahami. Alasan
menulis kitab-kitab komentar (syarh) selain daripada
permintaan orang lain, Syaikh Nawawi juga ingin
meneruskan karya ulama terdahulu yang sering
mengalami perubahan dari aspek definisi dan juga
memadatkan takrifan agar lebih mudah difahami.
Syaikh Nawawi sangat produktif menulis
hingga karyanya mencapai lebih seratus tajuk yang
meliputi berbagai disiplin ilmu seperti tauhid, ilmu
kalam, sejarah, syariah, tafsir, fiqh dan selainnya. .
Banyak pula karyanya yang berupa syarah atau
komentar terhadap kitab-kitab klasik. Kitab-kitab
karangan beliau banyak yang diterbitkan di Arab
Saudi dan Mesir16, seringkali beliau hanya
mengirimkan manuskripnya dan setelah itu tidak
mempedulikan
lagi
bagaimana
penerbit
menyebarluaskan hasil karyanya, termasuk hak cipta
dan royaltinya.
Selanjutnya kitab-kitab beliau itu menjadi
bahagian dari kurikulum pendidikan agama di
seluruh pesantren di Indonesia, bahkan Malaysia,
Filipina,Thailand dan juga negara-negara di Timur
Tengah. Begitu produktifnya beliau dalam
menyusun kitab penulisan yang semuanya adalah
dalam Bahasa Arab. Malah tiada pun dijumpai karya
penulisannya yang berbahasa Melayu setakat ini.
Dalam menyusun karyanya Syaikh Nawawi selalu
mengambil nasihat daripada tokoh ulama lain yang
sezaman dengannya ketika itu. Sebelum kitabnya
dicetak, naskhah tulisannya terlebih dahulu dibaca
oleh mereka17. Karya beliau cepat tersebar ke
pelusuk dunia kerana karya yang dihasilkannya itu
begitu mudah difahami dan begitu padat isi
kandungannya.
Sedangkan jumlah kitab yang menjadi
karyanya, para pengkaji memberikan kesimpulan
yang berbeza. Misalnya, C. Snouck Hurgronje
menyebutkan hasil karyanya lebih kurang 20 buah18,
Zamakhsyari Dhofier menyebutkan, berdasarkan
penelitian Yusuf Alian Sarkis dalam bukunya yang
diterbitkan di Kaherah pada tahun 1928 berjudul
Dictionary of Arabic Printed Books from Beginning
of Arabic Printing until end of 1339 H/1928 adalah
sebanyak 38 buah19, Sirajuddin Abbas berjumlah 34

128

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

buah20, sedangkan menurut Rafiuddin Ramli dan


Muhammad Fakhri karya tulis Imam Nawawi
mencapai 46 buah21. Namun karyanya dikira
mencapai sebanyak 115 buah sama ada tebal mahu
pun nipis22. Sehingga wajar jika Syaikh Nawawi
diberi gelaran al-Imm al-Muhaqqiq wa alFahhmahal-Mudaqqiq23, atau Sayyid Ulam alHijz24, ia termasuk ulama besar abad 14H/19M,
malah ia juga dikira sebagai fuqah' dan hukam'
muta'akhirin dan guru di pusat pengajian Nasyr alMa'rif Dniyyah di Makkah25.
Berkat kepakarannya, beliau mendapat
bermacam-macam
gelar
sehingga
orang
menggelarnya sebagai Nawawi Kedua. Imam
Nawawi pertama adalah Syaraf al-Din al-Nawawi
yang menyusun kitab-kitab rujukan besar seperti
Syarah Sahih Muslim, Majmu Syarh al-Muhazzab,
Riyadh al-Solihin dan sebagainya. Namun demikian,
panggilan beliau adalah Syaikh Nawawi bukannya
Imam al-Nawawi. 26 Malahan di Indonesia dia turut
digelar sebagai Bapak Kitab Kuning27. Sebahagian
dari karya-karya Syaikh Nawawi mengikut bidang
keilmuannya adalah seperti berikut:

Bidang Akidah: Karya-karya beliau di bidang Ilmu


Akidah pula seperti berikut:
Nur al-Zhalam ala Manzhumah al-Musamma bi
Aqidah al-Awwam: Kitab ini masih tersimpan
dalam bentuk manuskrip yang selesai disalin
pada tahun 1294H/1877M dan ia kini tersimpan
di Universiti Malik Suud, Arab Saudi. Kitab ini
dicetak oleh percetakan Abd al-Razzaq pada
tahun 1303H/1885M, dan cetak ulangnya di
percetakan
al-Jamaliyah
pada
tahun
1329H/1911M. Kitab ini merupakan komentar
yang ditulis khusus untuk anak-anak remaja
dalam bentuk sajak dan mereka yang baru
memahami bahasa Arab. Kitab asalnya iaitu
Aqidah al-Awwam, ditulis oleh Ahmad alMarzuqi al-Maliki al-Makki yang menghasilkan
karya ini sekitar tahun 1864M.
Fath al-Majid syarh al-Durr al-Farid fi `Aqaid
Ahl al-Tawhid: Kitab ini selesai ditulis pada 7
Ramadan 1294H/1877M. Cetakan pertama oleh
Percetakan al-Miriyah al-Kainah, Makkah,
1304H/1886M. Kitab ini merupakan huraian
pada kitab al-Durr al-Farid Fi `Aqaid Ahl alTawhid, karangan Syaikh Ahmad bin al-Sayyid
`Abd al-Rahman al-Nahrawi (w. 1210H/1795M).
Tijan al-Darari syarh Matan al-Baijuri: Kitab ini
selesai dihasilkan pada 7 Rabiulawal 1297
H/1879 M. Ia mula dicetak di Mesir pada tahun
1301H/1883M, dan diulang cetak oleh alMaimanah pada tahun 1309 H/1891 M dan di
Makkah pada tahun 1309H/1891M oleh
Percetakan Abdul Hamid Ahmad Hanafi, Mesir,
1369H/1949M. Karya asalnya dihasilkan oleh
Ibrahim Bajuri (w. 1277H/1861M) yang menulis
huraiannya dengan judul Tahqiq al-Maqam Ala

129

Kifayah alAwwam fi Ilm al-Kalam yang dicetak


bersama Kifayah dalam edisi Indonesia. Syarah
ini diberikan nota pinggir oleh Syaikh Nawawi
dalam karyanya itu.
Mirqat Suud al-Tasdiq fi syarh Sullam al-Taufiq
ila Mahabattillah ala al-Tahqiq: Kitab ini
adalah karya al-Syeikh 'Abd Allah ibn al-Husain
ibn Hakim ibn Muhammad ibn Hasyim Ba'alawi
(w. 1266H) Beliau menulis kitab kecil mengenai
tasawuf, fiqh dan kalam yang dinamakan Sullam
al-Taufiq. Pembahasan dalam kitab ini disusun
dengan fasal yang semuanya berjumlah 37 fasal.
Setiap fasal dibahagikan pada tiga bahagian iaitu
bab pertama, 3 fasal mengenai ilmu kalam, bab
kedua, 23 fasal mengenai ilmu fiqh dan bab
ketiga adalah 11 fasal mengenai ilmu tasawuf.
Meskipun telah dibuat pembahagian seperti itu,
namun ternyata pada bahagian ilmu kalam dan
juga ilmu tasawuf terdapat pembahasan ilmu fiqh
dalam
bentuk
yang
ringkas,
tidak
mengemukakan dalil dan tidak diberikan definisi
secara panjang lebar. Kitab ini dicetak buat
pertama kali oleh Percetakan al-Miriyah alKainah, Makkah, pada tahun 1304H/1886M.
Seterusnya dicetak di Mesir pada tahun
1292H/1874M, dan diulang cetak oleh
Percetakan
al-Khairiyyah
pada
tahun
1303H/1885M, di al-Maimanah pada tahun
1306H/1888M dan di Bulaq 1309H/1891M.
al-Futuhat al-Madaniyyah syarah al-Syuab alImaniyyah: Kitab yang disadur dari karya Imam
al-Suyuthi dan Syaikh Muhammad Ibnu Arabi
ini membahaskan masalah cabangan iman. Kitab
ini dicetak oleh Percetakan al-Miriyah alKainah, Makkah, 1323H/1905M.
Qathr al-Ghaits fi syarh Masail Abi al-Laits:
Kitab ini di cetak di Mesir pada tahun
1301H/1883M, dan diulang cetak di Makkah
pada tahun 1316 H/1898M selanjutnya dicetak
oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah, Makkah,
1321H/1903M.
al-Nahjah al-Jayyidah li Hilli Naqawah alAqidah wahuwa Syarh ala Manzhumat fi alTauhid: Kitab ini merupakan ulasan terhadap
kitab Manzhumah Naqawah al-Aqidah yang
dicetak oleh penerbit Abdurrazaq, Makkah, pada
tahun 1330H/1911M.
Qami al-Thugyan syarh ala Manzhumah
Syuab al-Iman: Kitab yang membahaskan
masalah cabangan iman ini merupakan
penjelasan terhadap karya Syaikh Zainuddin Ali
ibn Ahmad al-Husaini al-Malibari yang berjudul
Syuab al-Iman. Ia merupakan sebuah kitab kecil
yang corak pembahasannya menggunakan
susunan nazam atau dalam bentuk syair. Syair
yang disusun oleh penulisnya sebanyak 26 bait
atau rangkap. Sebanyak 7 bait mengenai masalah
akidah, 10 bait dalam masalah fiqh dan 9 bait
mengenai ilmu tasawuf. Kitab ini dicetak di

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

percetakan al-Wahbiyyah pada tahun 1296


H/1878 M.
Fatkh al-Samad, Syarh ala Durr al-Farid fi alTauhid: Kitab ini selesai ditulis pada bulan
Jamadilawal 1286H/1869M. Dicetak oleh
Percetakan Dar al- Kutub al-Arabiyah al-Kubra,
Mesir 1328H.
Zariah al-Yaqin ala Umm al-Barahin fi alTauhid: Kitab ini cetak di Percetakan
Abdurazzaq pada tahun 1303H/1885M, dan
diulang cetak di Makkah pada tahun
1317H/1899M. Dalam hal ini jelas memaparkan
bahawa pemikiran Syaikh Nawawi dalam akidah
lebih cenderung pada pemikiran mazhab
Asyairah sebagaimana yang banyak tersebar di
Nusantara. Beberapa karyanya di bidang akidah
seperti Qathr al-Ghaits, merupakan syarah dari
kitab akidah terkenal Usul 6 Bis karya Abu Laits
al-Samarqandi yang terdiri dari enam bab yang
dimulakan dengan Basmalah. Pada abad ke-19,
Usul 6 Bis merupakan kitab akidah pertama yang
dipelajari di pesantren-pesantren di sekitar
Indonesia. Selepas kemunculan kitab Qathr alGhaits ia menjadi buku rujukan tambahan dalam
menerangkan permasalahan tauhid
yang
dihimpunkan sebelum itu oleh Syaikh Abu Laits
al-Samarqandi.
Bidang al-Quran: Dalam bidang Tafsir al-Quran
dan pengajiannya adalah seperti berikut:
Tafsir al-Munir li Maalim at-Tanzil al-Mufassir
an wujuh mahasin al-Tawil musamma Murah
Labid li Kasyfi Mana Quran Majid: Beliau
menulis kitab tafsir ini yang lebih dikenali
dengan nama Tafsir al-Munir merupakan sebuah
karya yang dikatakan lebih baik dari Tafsir alJalalain iaitu karya Imam Jalaluddin al-Suyuthi
dan Imam Jalaluddin al-Mahalli yang sangat
terkenal. Beliau membuat tafsir al-Quran ini
dengan membahas secara terperinci setiap ayat
suci al-Quran semua 30 Juz yang terdiri dari 2
jilid besar. Menurutnya, kitab ini selesai ditulis
pada 4 Rabiulakhir 1305H/1887M. Beliau
membuat kajian dengan menyandarkan sumbersumber rujukan pada beberapa buah kitab tafsir
yang lain seperti Tanwir Al-Miqbas, karya alImam Abu Thahir Muhammad bin Yaqub alFairuzabadi
al-Syirazi
al-Syafii
(w.
817H/1414M), Tafsir Abi Suud, karya Imam
Abi Suud Muhammad bin Muhammad alAmadi (w. 951H/1545M), Tafsir Al-Futuhat AlIlahiyyah, karya al-Allamah Sulaiman bin
Umar al-Ujaili al-Syafii (w. 1204H/1789M),
Tafsir Mafatih Al-Ghaib, karya Fakhruddin
Muhammad bin Umar al-Razi dan Tafsir alSiraj al-Munir karya Al-Khathib Muhammad bin
Ahmad al-Syarbini. Kitab ini merupakan karya
terbesar Syaikh Nawawi, lantaran kitab inilah

beliau mendapat gelaran Sayyid Ulama Hijaz


(Penghulu Ulama Hijaz).
Hilyah al-Sibyan Syarh Fath al-Rahman fi
Tajwid al-Quran: Selain itu, beliau juga ada
menulis sebuah kitab berasaskan ilmu tajwid alQuran. Kitab ini membahas masalah ilmu tajwid,
mulai dari makharij al-huruf (tempat keluar
huruf dari mulut) hingga bab izhar, ikhfa,
idgham, iqlab, tafkhim, tarqiq, qalqalah, mad,
dan waqaf. Dalam penutupnya, Syaikh Nawawi
menekankan pentingnya seorang qari untuk
mempelajari dengan betul mengenai waqaf Jibril,
iaitu bacaan yang dibaca dengan berhenti
(waqaf) pada satu bahagian ayat, sebagaimana
yang dibacakan Malaikat Jibril ketika
menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad
SAW. Kitab ini dicetak oleh Percetakan alMiriyah al-Kainah, Makkah pada tahun
1332H/1914M
Bidang Hadis: Sementara dalam bidang ilmu Hadis
pula karya-karya beliau ialah:
Tanqih al-Qaul al-Hatsits fi Syarhi syarh Lubab
al-Hadits: Kitab ini dicetak oleh Percetakan Dar
Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, tanpa tarikh.
Ia merupakan sebuah komentar pada kitab Lubab
al-Hadits dari karya al-Hafizh Jalal al-Din Abd
al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuthi. Kitab Lubab
al-Hadits adalah kitab yang mengandungi
himpunan hadis tentang keutamaan dan fadilat
amalan. Dasar keutamaan itu secara umumnya
meliputi pelbagai bidang pengetahuan, sama ada
tauhid, akidah, ibadah, muamalah, jinayah,
akhlak
dan
juga
tasawuf.
Seluruh
pembahasannya dihimpunkan dalam 40 bab.
Hadis-hadis yang dihimpun dalam seluruh bab
itu oleh penulisnya, tidak dibawakan sanadnya
untuk menjadikannya lebih ringkas dan
dinyatakan bahawa setiap hadis yang dihimpun
itu semuanya adalah hadis yang berstatus sahih.
Sebenarnya motivasi Nawawi menulis syarah itu
kerana kitab Matan Lubab al-Hadits yang
beredar di Jawa (Nusantara) terlalu banyak
kekeliruan dan kesalahan, padahal menurutnya
kitab itu banyak dipakai oleh orang-orang
Jawa28.
Nasa`ih al-Ibad fi Bayan Alfazh Munabbihat
ala al-Istidad li Yaum al-Maad. Kitab ini
selesai ditulis pada 21 Safar 1311 Hijrah/1893
Masehi. Cetakan kedua oleh Percetakan alMiriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah. Ia
merupakan sebuah komentar pada kitab karya alHafizh Ibn Hajar al-Asqalani. Jika dibandingkan
kedua-dua kitab hadis karya Syaikh Nawawi alBantani, Tanqih al-Qaul dan Nasa`ih al-Ibad,
maka kitab Nasa`ih al-Ibad lebih dikenali oleh
masyarakat seluruh Asia Tenggara kerana sering
diajar di pelbagai pondok dan pesantren.

130

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Bidang Fiqh: Dalam bidang fiqh, Syaikh Nawawi


berjaya mengukuhkan pengaruh mazhab Syafii di
Nusantara terutamanya di Indonesia seperti yang
dapat disaksikan pada masa kini. Antara karya-karya
beliau di bidang Ilmu Fiqh ialah seperti berikut:
Sullam al-Munajah syarh Safinah al-Solah:
Sebuah kitab kecil tentang fiqh solat dalam Islam
merupakan syarah Syaikh Nawawi atas pedoman
ibadah solat dari kitab Safinah al-Solah karangan
Sayyid Abdullah bin Umar al-Hadrami. Kitab
Safinah al-Solah berisi bimbingan praktikal
tentang solat dari mula bab bersuci hingga pada
bab pelaksanaan solat menurut mazhab Syafii.
Mengenai sistem susunan isi kandungannya,
kitab matan ini terdiri dari tiga bahagian iaitu
pendahuluan, isi dan penutup. Pendahuluan
berisi Hamdalah dan selawat. Manakala pada
bahagian isi kandungan ia meliputi dua bahagian
iaitu bab akidah berkait dengan makna kalimat
Syahadatain, dan bab Bimbingan Solat. Sedang
pada bahagian penutup pula ia berisi selawat.
Melihat posisi kandungan kitab tersebut, boleh
dikatakan ianya adalah kitab fiqh kerana
ringkasan huraiannya yang tidak menunjukkan
dalil, permasalahan semasa dan alternatif yang
mungkin wujud di luar tuntunan solat itu
sekalipun masih dalam lingkungan mazhab
Syafii. Kitab ini dicetak di Bulaq pada tahun
1297H/1879M, dan dicetak ulang di Mesir pada
tahun 1301H/1897M dan di al-Maimanah pada
tahun 1307H/1889M.
Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadi'in syarh
ala Qurrat al-Ain bi Muhimmat al-Din:
Diterbitkan oleh Syarikat al-Ma'arif, Bandung,
Indonesia, tanpa tarikh. Ia merupakan sebuah
kitab yang membahas berbagai masalah fiqh
Islam. Kitab ini merupakan syarah kitab Qurrat
al-Ain, yang ditulis oleh ulama India Selatan
abad ke-16 iaitu Syaikh Zain al-Din Abd alAziz al-Malibari (w. 975M) yang diberi nama
Qurrat al-Ain bi Muhimmat al-Din dalam
mazhab Imam al-Syafii setebal 407 halaman.
Kitab ini dicetak di percetakan al-Wahbiyah pada
tahun 1297 H/ 1879 M, dan diulang cetak di
percetakan Syaraf pada tahun 1299H/1879M.
Kasyifah al-Saja syarh Safinah al-Naja: Kitab ini
merupakan syarah atau komentar terhadap kitab
fiqh Safinah al-Naja fi Usul al-Din wa al-Fiqh
karya Syaikh Salim bin Samir al-Hadhrami
dalam bentuk buku kecil. Kitab syarah ini adalah
yang terbesar berbanding dengan kitabnya yang
lain, dipenuhi dengan masalah-masalah fiqh yang
usul dan cabangan dalam mazhab Syafii. Kitab
kecil ini mempunyai huraian tentang Usuluddin
dan Fiqh, namun ternyata dalam isi
kandungannya jauh lebih banyak bidang fiqh di
dalamnya. Kitab ini dikategorikan pada beberapa
bab yang meliputi 66 fasal. Namun, hanya 2 fasal
yang pertama sahaja berisi huraian bidang

131

Usuluddin iaitu berkaitan rukun Islam, rukun


Iman serta makna kalimat tahlil. Selebihnya,
iaitu 63 fasal, adalah bidang fiqh, yang dimulai
dengan tanda-tanda kedewasaan (baligh) dan di
akhiri dengan huraian tentang fiqh puasa. Kitab
ini antara rujukan yang sangat terkenal di
kalangan para pelajar pondok dan pesantren di
sekitar Nusantara. Malah para pengkaji
menyebutkan bahawa karya beliau lebih
praktikal
berbanding
matan
yang
dikomentarinya.
Uqud al-Lujain fi Bayan Huquq al-Zaujain
wahuwa Risalah Mutaalliqah bi Huquq alZaujain li Badh al-Nasihin: Kitab ini merupakan
sebuah kitab fiqh karya beliau yang sangat
terkenal di kalangan para pelajar pesantren di
Indonesia. Boleh dikatakan hampir semua
pesantren memasukkan kitab ini dalam bacaan
wajib mereka terutama di bulan Ramadan.
Kandungannya mengenai isu kekeluargaan dan
hubungan antara suami dan isteri dijelaskan
secara terperinci. Kitab yang sangat terkenal ini
menjadi rujukan selama hampir satu abad. Kitab
ini dicetak di percetakan al-Wahbiyyah pada
tahun 1296H/1878M, dan di cetak ulang di
percetakan Syaraf pada tahun 1297H/1879M,
dan di Makkah pada tahun 1316H/1893M.
al-Riyadh al-Badiah fi Ushul al-Din wa Badh
Furu al-Syariah: Kitab ini merupakan buku
teks yang membahaskan kewajiban agama mula
diperkenalkan sendiri oleh Syaikh Nawawi
Banten kepada kaum muslimin di Indonesia.
al-Tsimar al-Yaniah fi Syarh ala Riyadh alBadiah: Kitab fiqh ini merupakan komentar
terhadap karya syaikh Muhammad Hasbullah
yang disebut pada awalnya sebagai al-Mukhtasar
kemudian dinamakan al-Riyadh al-Badiah fi
usul al-Din wa badh Furu al-Syariat ala
Imam al-Syafii. Meskipun kitab ini diberi judul
yang menggambarkan pembahasan bidang
Usuluddin atau bab akidah dan sebahagian kecil
bidang syariah, namun dalam huraiannya
ternyata lebih banyak diulas bidang fiqh.
Cetakan pertama kitab ini telah dicetak oleh
Percetakan
al-Bahiyah,
Mesir,
Syaaban
1299H/1882M dan diulang cetak di Bulaq pada
tahun 1302H/ 1884M, di al-Maimanah pada
tahun 1308H/1889 M, dan di al-Jamaliyah pada
tahun 1329H/1911M dan ia turut dicetak juga
oleh Percetakan Mustafa al-Bab al-Halabi, Mesir
pada tahun 1342H/1923M.
Fath al-Mujib Syarh ala al-Syarbini fi Ilmi alManasik: Kitab ini tajuknya yang sebenar ialah
Fath al-Mujib fi syarh Mukhtasar al-Khathib, alHajj wa al-Umrah, li al-Khathib al-Syarbini
yang membahas masalah manasik haji dan
merupakan ulasan terhadap karya Syaikh alSyarbini. Ia dicetak di Bulaq pada tahun
1276H/1859M, di cetak ulang di Bulaq pada
tahun 1292H/1875M dan tahun 1307H/1889M,

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

kemudian dicetak di Makkah pada tahun


1316H/1898M, di percetakan Syaraf pada tahun
1298H/1880M, di Wad al-Nil pada tahun
1297H/1879M dan di al-Maimanah pada tahun
1306H/1888M, seterusnya oleh Percetakan alTaraqq al-Majidiyah, Makkah, 1328H/1910M
dan kini dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka
Dar Ibn Hazm di Beirut, Lubnan pada tahun
2004M.
Suluk al-Jaddah syarh ala Risalah alMuhimmah bi Lamati al-Mafadah fi Bayani alJumati wa al-Muaddah: Kitab ini membahas
masalah fiqh mazhab Syafii dan dicetak oleh
Percetakan Wahabiyah, Makkah, pada tahun
1300H/1882M dan diulang cetak di Makkah
pada tahun 1303H/1883.
Qut al-Habib al-Gharib Tausyih ala Fath alQarib al-Mujib Syarh Ghayat al-Taqrib: Kitab
ini merupakan tausyih atau pengembangan dan
penjelasan terhadap kitab Fath al-Qarib al-Mujib
karya Muhammad ibn Qasim al-Syafi'i dan kitab
ini membahas mengenai persoalan fiqh. Kitab
matan yang disyarahnya pula ialah Ghayat alTaqrib karya Abu SyujaAhmad ibn al-Husain
ibn Ahmad al-Asfihani, sebuah kitab fiqh
menurut mazhab Syafii. Jika diperhatikan hal di
atas, didapati adanya tingkatan penulisan kitab
yang mendasari pada kitab matan, kitab syarah,
dan kitab tausyih. Kitab ini dicetak di Mesir pada
tahun 1301H/1883M, diulang cetak di Mesir
pada tahun 1305H/1887M dan di al-Maimanah
pada tahun 1310H/1892M, seterusnya dicetak di
Bulaq (Mesir) pada tahun 1314H/1896M. Syaikh
Nawawi termasuk ulama tradisional yang telah
memberikan
sumbangan
besar
bagi
perkembangan ilmu fiqh di Indonesia. Beliau
memperkenal dan menjelaskan keilmuan syariah
melalui komentar yang ditulisnya. Pelbagai karya
ilmu fiqh yang dijelaskan dalam karangannya
begitu penting untuk dikaji dan disampaikan
kepada generasi seterusnya bagi kelestarian
pengetahuan syariah di Nusantara ini.

Bidang Tasawuf: Adapun karya tasawuf yang


dihasilkan oleh Syaikh Nawawi seperti berikut:
Misbah al-Zhulam ala Minhaj al-Atamma fi
Tabwib al-Hikam: Sebuah komentar terhadap
kitab al-Hikam karya Ali bin Husamuddin alHindi. Kitab yang membahas masalah tasawuf
ini
selesai
ditulis
pada
Jamadilawal
1305H/1887M. Cetakan pertama diterbitkan di
Makkah oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah
pada tahun 1314H/1896M. Kos percetakannya
dibiayai oleh saudara kandung pengarang iaitu
Syaikh Abdullah al-Bantani.
Salalim al Fudhala syarh Manzhumat Hidayah
al-Azkiya: Kitab tentang akhlak dan tasawuf ini
merupakan ulasan terhadap karya Syaikh
Zainuddin al-Malibari dalam bentuk teks

132

pelajaran tasawuf praktikal yang berjudul


Hidayah al-Azkiya Ila Thariq al-Auliya yang
ditulis dalam bentuk untaian sajak atau syair
pada tahun 914H/1509M. Nazam atau syair yang
disusun itu keseluruhannya berjumlah 194
rangkap yang terbahagi pada 23 tajuk termasuk
pendahuluan dan penutup. Kitab ini kemudian
dihurai oleh Syaikh Nawawi al-Bantani dan
dicetak di Makkah pada tahun 1315H/1897M.
Maraqi al-Ubudiyah Syarah ala Bidayah alHidayah: Syaikh Nawawi juga menulis syarah
atas kitab Bidayah al-Hidayah karya Abu Hamid
Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad alGhazali dengan judul Maraqi al-Ubudiyah yang
lebih popular di Nusantara. Kitab ini berisi
panduan pelaksanaan tentang amalan ibadah,
panduan dalam menghindari maksiat dan
menjalinkan hubungan baik atau bimbingan
akhlak. Kitab ini selesai ditulis pada 13
Zulkaedah 1289H/1872M. Di sana Syaikh
Nawawi banyak sekali merujuk kitab Ihya
Ulumuddin al-Ghazali. Bahkan kitab ini
merupakan rujukan penting bagi setiap tarekat.
Cetakan pertama telah diterbitkan oleh dicetak di
Bulaq pada tahun 1293 H/1875 M, dan dicetak
ulang di Bulaq pada tahun 1309 H/1891 M, di
Mesir pada tahun 1298 H/1880 M dan 1304
H/1886 M, di al-Maimanah pada tahun 1307
H/1889 M, 1309 H/1891 M dan 1327 H/1909 M
serta Percetakan al-Azhariyah al-Masriyah,
Mesir pada tahun 1308H/1890M. Jika dinilai dari
jumlah edisinya yang berbeza-beza ia masih
dapat ditemui lagi dalam pasaran hingga
sekarang.
Hidayat al-Azkiya' ila Thariq al-Auliya': Kitab
tentang akhlak dan tasawuf ini mula dihasilkan
pada 22 Rabiulakhir 1293H/1876M dan dapat
diselesaikan
pada
13
Jamadilakhir
1293H/1876M. Diterbitkan oleh Percetakan
Ahmad bin Sa'ad bin Nabhan, Surabaya, tanpa
menyebut tahun penerbitan.
Zariat al-Yaqin ala Ummi al-Barahin: Sebuah
komentar terhadap kitab Ummul Barahin yang
dikarang oleh Syeikh Abu Abdullah Muhammad
ibn Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi (w.
895H/1489M). Kitab ini membahas masalah
tasawuf. Terbit di Makkah pada tahun
1314H/1896M.
Syarh ala Manzhumah al-Syaikh Muhammad alDimyathi fi al-Tawassuf bi Asma al-Husna:
Kitab ini merupakan huraian pada nazam yang
dikarang oleh Syaikh al-Dimyathi dengan
tajuknya yang panjang Syarah al-Allamah alKabir ala Manzhumati al-Alim al-Amil wa alKhabir al-Kamil al-Syaikh Muhammad alMasyhur bi al-Asmai al-Husna wa bi Hadharati
al-Nabi Shallallahu Alaih wa Sallama wa bi
Ghairihi min al-Aimmat Akbar wa fi Madhi Ahli
Baitihi al-Abrar. Kitab ini merupakan komentar
terhadap karya Syaikh al-Dimyathi yang

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

membahas masalah tawasul dan keimanan dan


telah dicetak di Percetakan Abdurazzaq pada
tahun 1302H/1883M.

Bidang Bahasa Arab: Dalam bidang Bahasa Arab


pula, Syaikh Nawawi berjaya menghasilkan
beberapa buah karya penulisan seperti berikut:
Fath al-Ghafir al-Khathiyyah Syarh ala
Nazham al-Ajurrumiyyah al-Musamma bi
Kaukab al-Jaliyyah: Kitab ini membahaskan
masalah ilmu nahu atau tata bahasa Arab yang
merupakan ulasan terhadap karya Imam Abdus
Salam bin Mujahid al-Nahrawi.
Fusus al-Yaqutiyyah Syarh ala Raudhat alBahiyyah fi Abwabi al-Tasrifiyyah: Kitab ini
membahas masalah ilmu saraf atau morfologi
bahasa Arab. Dicetak oleh Percetakan alBahiyah, Mesir, awal Syaaban 1299H/1881M.
Kasyfu al-Maruthiyyah an Sattar alAjurrumiyyah: Komentar terhadap kitab Matan
al-Ajurrumiyyah. Kitab ini membahas masalah
ilmu nahu atau tata bahasa Arab berdasarkan
matan syair hasil karya Abu Abdullah
Muhammad bin Muhammad bin Ajurrum alSanhaji yang terkenal dan ia diterbitkan oleh
Penerbit Syaraf pada tahun 1298H/1880M.
Lubab al-Bayyan fi Ilm Bayyan: Komentar
terhadap karya Syaikh Hussain al-Maliki. Kitab
ini membahas ilmu Bayan dan Istiarah yang
berkaitan dengan sastera Arab. Diterbitkan oleh
penerbit Muhammad Musthafa, Makkah pada
tahun 1301H/1883M.
al-Riyadh al-Qauliyyah: Dalam bidang bahasa
dan kesusasteraan, beberapa keistimewaan dari
karya-karyanya telah dipastikan oleh para
pengkaji, di antaranya kemampuan beliau
menghidupkan isi karangan sehingga dapat
dijiwai oleh para pembacanya. Penggunaan
bahasa yang mudah difahami sehingga mampu
menjelaskan istilah-istilah
yang
sukar
memberikan satu kesan pengaruh yang besar
bagi
para
penuntut
ilmu.
Buku-buku
karangannya bukan sahaja banyak digunakan di
Nusantara, malah turut dijadikan rujukan di
Timur Tengah.

Bidang Sirah: Dalam bidang sirah, Syaikh Nawawi


turut menghasilkan beberapa buah karya dalam
menghuraikan dan memberi komentar pada hasil
kerja penulisan para ulama lain. Antara buku yang
dihasilkannya di dalam bidang ini antaranya ialah:
Targhib al-Musytaqin li Bayan Manzhumat
Sayyid al-Barzanjiy fi Maulid Sayyid al-Awwalin
wa al-Akhirin: Kitab yang membahas sejarah
kehidupan Nabi SAW ini merupakan ulasan
terhadap karya al-Barzanji. Kitab ini selesai
ditulis pada hari Jumaat 13 Jamadilakhir
1284H/1867M. Cetakan awalnya di Bulaq

(Mesir) pada tahun 1292H/1874M dan diulang


cetak oleh Percetakan al-Miriyah al-Kainah,
Makkah, 1311H/1893M.
Madarij al-Suud Ila Iktisa` al-Burud atau
Asawir al-Asjad ala Jauhar Aqd: Kitab
tentang sejarah kehidupan Nabi SAW ini juga
merupakan komentar kitab karya Sayyid Jafar
bin Hasan al-Barzanji tentang Maulid al-Nabi.
Mula ditulis pada 18 Rabiulawal 1293H/1876M
dan dicetak oleh Percetakan al-Wahbiyyah pada
tahun 1296H/1878M, dan dicetak semula pada
tahun 1315H/1897M kemudian dicetak di
Percetakan Syaraf pada tahun 1318H/1900M,
seterusnya kitab ini dicetak oleh Percetakan
Mustafa al-Bab al-Halabi, Mesir, pada akhir
bulan Zulkaedah 1327H/1909M.
Fath al-Samad al-Alim Syarh ala Maulid alSyaikh Ahmad bin Qasim: Kitab tentang sejarah
kehidupan Nabi SAW ini merupakan komentar
terhadap karya Ahmad bin Qasim al-Maliki.
Kitab ini kemudiannya dicetak di Bulaq pada
tahun 1292H/1875M, dan diulang cetak di
Makkah pada tahun 1306 H/1888M.
Al-Ibriz al-Daniy fi Maulid Sayyidina
Muhammad al-Sayyid al-Adnaniy: Kitab ini
membahas sejarah hidup Nabi SAW secara
ringkas dan mudah difahami. Dicetak di Mesir
pada tahun 1299H/1881M.
al-Durar al-Bahiyyah fi Syarhi al-Khasais alNabawiyyah Syarh ala Qissah al-Miraj alBarzanjiy: Ulasan terhadap kitab kisah peristiwa
Israk Mikraj karya al-Barzanji. Kitab ini
membahas masalah peristiwa Israk dan Mikraj
Nabi SAW. Kitab ini dicetak di Percetakan
Syaraf pada tahun 1298H/1880M.
Bughyat al-Awwam fi Syarh Maulid Sayyid alAnam wahuwa Syarh ala maulid Ibn al-Jauziy:
Komentar terhadap kitab Maulid
Ibn alJauzi ini selesai ditulis pada 17 Safar
1294H/1877M. Dicetak di Mesir oleh Percetakan
al-Jadidah
al-Amirah
pada
tahun
1297H/1880M.
Syarah al-Burdah: Merupakan komentar beliau
terhadap syair-syair al-Burdah yang dinamakan
sebagai al-Kawakib al-Durriyah fi Madh Khair
al-Bariyah karya Muhammad bin Said alSanhaji al-Busiri. Keistimewaan karya-karya
tulis Syaikh Nawawi, terutama terletak pada
kemudahan bahasanya sehingga mudah dicerna
oleh pembacanya. Dilihat dari berbagai tempat
penerbitan karyanya yang sering diulang cetak,
maka
dapat
dipastikan
bahawa
karya
penulisannya cepat tersebar ke berbagai penjuru
dunia dan banyak digunakan di Timur Tengah,
termasuk di Mesir dan Syria.

Bidang Lain
al-Aqdu al-Tsamin syarh ala Manzhumat alSittin Mas`alatan al-Musamma bi al-Fath al-

133

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Mubin: Kitab yang membahas 60 masalah yang


berkaitan dengan Tauhid dan Fiqh ini merupakan
ulasan terhadap karya Syaikh Musthafa bin
Usman al-Jawi al-Qaruti, seorang ulama dari
Garut, Jawa Barat, Indonesia. Kitab ini di cetak
di percetakan al-Wahbiyyah pada tahun
1300H/1888M.
Bahjat al-Wasa`il Syarh ala al-Risalah alJamiah Baina al-Usul wa al-Fiqh wa alTasawuf : Kitab yang membahas masalah tauhid,
fiqh dan tasawuf ini pula merupakan komentar
terhadap karya Syaikh Ahmad bin Zain alHabsyi. Dicetak di Bulaq (Mesir) pada tahun
1292H/1875M, dan cetak ulangnya di alMaimanah pada tahun 1334H/1915M dan
Percetakan al-Haramain, Singapura-Jeddah,
tanpa tarikh.
KESIMPULAN

mencecah 84 tahun. Ulama besar dari Banten ini


lebih dikenali di dunia Islam daripada tanah airnya
sendiri. Di Indonesia sendiri, mereka yang
mengenalinya hanyalah di kalangan ulama dan
penuntut di pesantren sahaja. Kerana kemasyhuran
yang dimilikinya, ia merupakan salah seorang
daripada dua orang tokoh berbangsa Indonesia yang
diabadikan namanya di dalam kitab Munjid selain
Soekarno.
NOTA HUJUNG
1

3
4

Karya-karya yang disebutkan diatas adalah karya


Syaikh Nawawi yang sudah dicetak dan diterbitkan
oleh berbagai penerbit. Kitab-kitab tersebut tersebar
hampir seluruh wilayah dunia Islam. Di Indonesia,
karya-karya Syaikh Nawawi boleh didapati di
berbagai kedai buku dan pustaka yang menjual kitab
di setiap pelusuk kota. Di samping itu, masih banyak
karya Syaikh Nawawi yang belum sempat
diterbitkan dan masih berupa manuskrip yang
tersimpan di Arab Saudi, Mesir mahu pun di negara
Arab yang lain. Kitab-kitab karangan beliau banyak
yang diterbitkan di Mesir, seringkali kitab-kitab
beliau itu menjadi sebahagian buku rujukan dan teks
kurikulum pendidikan agama di seluruh pondok dan
pesantren di Indonesia, malahan di Malaysia,
Filipina, Thailand dan juga negara-negara di Timur
Tengah. Menurut catatan beberapa orang muridnya,
tidak kurang dari 115 karya penulisannya dalam
pelbagai cabang ilmu keislaman. Melalui kitabkitabnya, ia merefleksikan pandangan dan fatwanya.
Kitab-kitab itu menempatkan posisi teratas kitabkitab paling berpengaruh dalam kurikulum pondok
dan pesantren di sekitar Nusantara mahu pun majlismajlis keilmuan Islam yang lain sehingga kini29.
Maka, tidak hairanlah jika para ulama dan
cendekiawan muslim menempatkannya sebagai bapa
gerakan intelektual Islam di Nusantara.
Keupayaan kitab-kitab karangan Syaikh
Nawawi sebagai bahan rujukan dan juga buku teks
bagi para penuntut keilmuan Islam tidak boleh
dipandang ringan. Berdasarkan penelitian Martin
Van Bruinessen terhadap 46 buah pesantren
terkemuka di sekitar Indonesia, dia menyimpulkan
bahawa 42 buah pesantren itu menggunakan kitabkitab yang ditulis oleh Syaikh Nawawi. Menurutnya
lagi, sekurang-kurangnya 22 buah karangan Syaikh
Nawawi yang menjadi rujukan di pesantrenpesantren tersebut. 30 Syaikh Nawawi meninggal
dunia pada tahun 1897M di Makkah dan
dimakamkan di Perkuburan Mala dalam usia

9
10

11

12

13

14

15

16

17

134

Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Sisilah


Syekh Nawawi. (Banten: Yayasan Nawawi), hlm.
11-12.
Karel A. Steenbrink, Beberapa Aspek tentang
Islam di Indonesia Abad ke-19, (Jakarta: Bulan
Bintang. 1984), Cet. 1, hlm. 117
Ibid. hlm. 88.
Salman Harun, Mutiara Surat al-Fatihah:
Analitis Tafsir al-Fatihah Syekh Nawawi Banten.
(Jakarta: Kafur, 2000), Cet. 1, hlm. 60
Steenbrink, Beberapa Aspek tentang Islam di
Indonesia, hlm. 117
Motif kembalinya Syaikh Nawawi ke Makkah,
menurut Snouck Hurgronje sudah dirancang
untuk melanjutkan pengajiannya, sedangkan
menurut
Chaidar,
semangat
perjuangan
Diponegoro sudah melarat ke Tanara, sehingga
ia mendapat pengawasan pemerintah Belanda,
lihat Chaidar, Sejarah Pujangga Islam, hlm. 3031. Lihat juga Zamakhsyari Dhofier, Tradisi
Pesantren, hlm. 88.
Ma'ruf Amin dan M. Nasruddin Anshory CH. ,
Pemikiran Syeikh Nawawi, hlm. 98.
Karel A. Steenbrink, Beberapa aspek Tentang
Islam, hlm. 120.
Ibid. hlm. 120.
Ma'ruf Amin, Syeikh Nawawi al-Bantani,
Riwayat Hidup dan Perjuangannya. (Banten:
Yayasan Syekh Nawawi al-Bantani, t. t. ) hlm. 810.
Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren, hlm.
88. Lihat juga C. Snouck Hurgronje, Mecca in
the Letter Part of the 19th Century, hlm. 269.
A. H. Johns, Islam in the Malay World
Desultory, hlm. 29.
Nawawi Al-Bantani, Tijan Al-Darari, (Surabaya:
Percetakan Al-Hidayah, tth), h. 2
Nawawi Al-Bantani, Uqud Al-Lujain, (ttp,
Syirkah Nur Asiya,tth), hlm. 2
Nawawi Al-Bantani, Mirqah Suud al-Tashdiq.
(ttp, Syirkah Nur Asia, tth), h. 2
A. H. Johns, Islam in the Malay World
Desultory, hlm. 29. Dan Zamakhsyari Dhofier,
Tradisi Pesantren, hlm. 89.
Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Sisilah
Syekh Nawawi. (Banten: Yayasan Nawawi), hlm.
6 dan lihat Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama
Hijaz. hlm. 70.

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

C. Snouck Hurgronje, Mecca in the Letter Part


of the 19th Century, hlm. 271.
Yusuf Alian Sarkis t. th. Mujam al-Mathbuat
al-Arabiyyat wa al-Muarrabat (Dictionary of
Arabic Printed Books from Beginning of Arabic
Printing until end of 1339H/1919M) Port Said,
Mesir: Maktabah al-Tsaqafah al-Diniyah, jld. 2,
hlm. 1881 dan Zamakhsyari Dhofier, Tradisi
Pesantren, hlm. 88.
Sirajuddin Abbas,Ulama Syafii dan Kitabkitabnya dari Abad ke Abad, (Jakarta:Pustaka
Tarbiyah, 1975), hlm. 444-447.
Rafiuddin Ramli dan Muhammad Fakhri,
Sejarah Hidup dan Silsilah Kyai Muhammad
Nawawi Tanara. (Tangerang: CirumpakKeronjo, 1399 H), hlm. 8-10.
Rafiuddin Ramli, Sejarah hidup dan Silsilah
Syekh Nawawi, hlm. 8. bagi lebih Iengkap
mengetahui karya-karya dan riwayat hidup
Nawawi. baca Rafiuddin Ramli. Biografi
Nawawi telah disusun oleh Rafiuddin Ramli dan
disempurnakan oleh Ketua Yayasan Nawawi, H.
Muhammad Fakhni al-Aslam, kemudian ditulis
dalam bahasa Indonesia berhuruf Arab oleh H.
Muhammad Afif Asyfari al-Asnawi.
Gelaran ini disebutkan dalam kitab Tijan AlDarari, t. th. Surabaya: Percetakan Al-Hidayah,
hlm. 2.
Gelaran yang diberikan ini terdapat dalam kitab
tafsir Murh Labd, (Indonesia: Dr Ihy alKutub al-Arabiyyah, t. t. ) jld. I, hlm. 1 dan lihat
juga Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz,
hlm. 71.
Departemen Agama RI, Ensiklopedi Islam
(Jakarta: CV. Rofindo, 1987/1988), hlm. 668.
Munir Amin, Samsul. Sayyid Ulama Hijaz. hlm.
7.
A. Chaedar Alwasilah. 2006. Pokoknya Sunda:
Interpretasi Untuk Aksi. (Bandung: Kiblat), hlm.
44.
Nawawi Al-Bantani, Tanqih al-Qaul al-Hatsits,
(Semarang: Matba'ah Usaha Keluarga, tth. ),
hlm. 2.
Masdar Farid Mas'udi (et. al. ), Direktori
Pesantren 1 (Jakarta: P3M, 1986), hlm. 20-103
Martin van Bruinessen, 1995. Kitab Kuning,
Pesantren, dan Tarekat Tradisi-Tradisi Islam
di Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan (cetakan
kedua). hlm. 38 dan lihat Munir Amin, Samsul.
Sayyid Ulama Hijaz. hlm. 74.
RUJUKAN

Chaedar Alwasilah, 2006. Pokoknya Sunda:


Interpretasi Untuk Aksi. Bandung: Kiblat.
Chaidar Dahlan, 1978. Sejarah Pujangga Islam
Syeikh Nawawi Al-Bantani. Jakarta: CV. Sarana
Utama.

Hurgronje, C. Snouck, 1931. Mecca in the Letter


Part of the 19th Century. Leiden: EJ. Brill.
Johns, A. H. , t. th. Islam in the Malay World
Desultory Remarks with Some Reference to
Quranic
Exegesis.
Australia:
Australian
University.
Karel A. Steenbrink, 1984. Beberapa Aspek tentang
Islam di Indonesia Abad ke-19. Jakarta: Bulan
Bintang.
Martin van Bruinessen, 1995. Kitab Kuning,
Pesantren, dan Tarekat: Tradisi-Tradisi Islam di
Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan (cetakan
kedua).
Ma'ruf Amin dan M. Nasruddin Anshory CH, 1989.
Pemikiran Syeikh Nawawi, Pesantren, No. /Vol.
VI/1989.
Ma'ruf Amin, (t. t. ) Syeikh Nawawi al-Bantani,
Riwayat Hidup dan Perjuangannya. Banten:
Yayasan Syekh Nawawi al-Bantani.
Masdar Farid Mas'udi, 1986. Direktori Pesantren 1.
Jakarta: P3M,
Moh. Suhri Utsman Al-Bantany, 2008. Benteng
Kebenaran: Komentar Kitab Qoomi AtTughyan, Syeikh Muhammad Nawawi AlBantani. Jakarta: Pustaka Keluarga.
Muhammad Hanafi, S. Ag, 2010. Pemikiran Kalam
Imam Nawawi Al-Bantani Dalam Kitab Qatr AlGais (1230-1314H/1815-1897M) Tahqq Dan
Dirsah (Tesis Master - UIN Sunan Kalijaga)
Yogyakarta: UIN Sunan Kalijaga.
Munir Amin, Samsul. 2009. Sayyid Ulama Hijaz.
Yogyakarta: LKIS.
Nawawi Al-Bantani, t. th. Mirqah Suud al-Tashdiq.
Semarang: Syirkah Nur Asiya.
Nawawi Al-Bantani, t. th. Tanqih al-Qaul al-Hatsits.
Semarang: Matba'ah Usaha Keluarga.
Nawawi Al-Bantani, t. th. Tijan Al-Darari.
Surabaya: Percetakan Al-Hidayah.
Nawawi Al-Bantani, t. th. Uqud Al-Lujain.
Semarang: Syirkah Nur Asiya.
Rafiuddin Ramli dan Muhammad Fakhri, Sejarah
Hidup dan Silsilah Kyai Muhammad Nawawi
Tanara. Tangerang: Cirumpak-Keronjo, 1399H.
Rafiuddin Ramli, 1399H/1978M. Sejarah Hidup dan
Silsilah Syeikh Nawawi. Banten: Yayasan
Nawawi.
Salman Harun, 2000. Mutiara Surat al-Fatihah:
Analitis Tafsir al-Fatihah Syeikh Nawawi
Banten. Jakarta: Kafur.
Shalahuddin Hamid & Iskandar Ahza. 2003. Seratus
Tokoh Islam Paling Berpengaruh Di Indonesia.
Jakarta: Intimedia Cipta Nusantara.
Sirajuddin Abbas, 1975. Ulama Syafii dan Kitabkitabnya dari Abad ke Abad. Jakarta:Pustaka
Tarbiyah.
Umar Abd al-Jabbr, 1982. Siyar wa Tarjim Badh
Ulamin fi al-Qarn al-Rabi Asyar li alHijrah. Jeddah: Tihama.

135

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

Yusuf Alian Sarkis, t. th. Mujam al-Mathbuat alArabiyyat wa al-Muarrabat (Dictionary of


Arabic Printed Books from Beginning of Arabic
Printing until end of 1339H/1919M). Port Said,
Mesir: Maktabah al-Tsaqafah al-Diniyah.

Zamakhsyari Dhofier. 1994. Tradisi Pesantren:


Studi Tentang Pandangan Hidup Kiyai. Jakarta:
LP3ES.

136

También podría gustarte