Está en la página 1de 53

~ 1 ~

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

Judul 2
Pengesahan 3
Penghargaan 4

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 6
1.2 Matlamat latihan industri
1.3 Objektif latihan industri
1.4 Objektif laporan latihan industri 7
1.5 Kepentingan latihan industri

BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Maklumat syarikat 9
2.2 Carta organisasi projek 12
2.3 Objektif syarikat 13
2.4 Sejarah syarikat 14
2.5 Kakitangan syarikat 16
2.6 Senarai projek 18

BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN 21

BAB 4 AKTIVITI & LATIHAN
4.1 Skop latihan 25
4.2 Kandungan latihan 27

BAB 5 CADANGAN 48
BAB 6 KESIMPULAN 50
BAB 7 RUJUKAN 52

BAB 8 LAPORAN TEKNIKAL 53
8.1 Pelan elevation rumah berkembar dua tingkat (type A)
8.2 Keputusan ujian kiub
8.3 Laporan kemajuan tapak
8.4 Minit mesyuarat tapak


~ 2 ~







LAPORAN AKHI R LATI HAN I NDUSTRI






~ 3 ~

PENGESAHAN

Ketua Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Tarikh :

Tuan/Puan
Pengesahan Penyempurnaan Program Latihan Industri Pelajar UTHM di
Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.

Dengan ini, saya mengesahkan bahawa pelajar ini yang bernama Mohd Shauqi Lutfi B. Ahmad
dengan no. k/p 940925-02-5235 dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjalani
latihan industri di syarikat kami dalam tempoh ________________ sehingga _______________
.Semasa latihan industry beliau telah memenuhi syarat-syarat latihan industri yang telah
ditetapkan oleh pihak syarikat kami. Beliau juga telah mencata kerja harian dalam buku log dan
telah menyiapkan laporan latihan industri seperti yang telah disyaratkan oleh pihak universiti
penganjur. Pihak kami berpuas hati dengan penyempurnaan latihan industri beliau di syarikat
kami. Sekian, terima kasih.
Yang benar,

__________________________
Nama :
Jawatan :
Cop syarikat :
~ 4 ~

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi pengharagaan dan jutaan terima
kasih kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kerana mengadakan latihan industri
bagi para pelajar. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada pelajarnya untuk belajar
sambil merasai sendiri pengalaman berkerja di syarikat tempatan. Program ini sangat baik bagi
memulakan pendedahan kepada para pelajar akan bidang pekerjaan yang bakal mereka ceburi
sejurus selepas tamat pengajian nanti.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan berbesar hati kerana
diterima oleh syarikat Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd. Untuk mengadakan latihan
industri di syarikat mereka. Bekerja dengan meraka adalah sangat menarik kerana segala latihan
dan tunjuk ajar diberikan dengan secara profesional. Oleh itu, mudah bagi saya untuk menimba
ilmu disini secara tidak terbatas. Layan mereka sangat mesra tanpa mengira pangkat atau jawatan
di dalam organisasi ini. Mereka sudi berkongsi pengalaman bersama saya selama bekerja di
dalam cabang kejuruteraan ini. Sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan saya dalam
kejuruteraan dan ianya amat penting sebagai persediaan saya untuk menjadi seorang jurutera
suatu hari nanti.
Saya juga ingin berterima kasih kepada Encik Zaharin (penyelia tapak) kerana
memberikan bimbingan sepanjang menjalani latihan industri di tapak projek. Beliau mengajar
saya tanpa jemu dan seringkali berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkerja di dalam bidang
kejuruteraan ini. Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada kakitangan syarikat yang lain
seperti Encik Soffian (pengurus projek), Encik Farid (kerani tapak) dan Encik Azim (quantity
surveyor) kerana mereka ini juga banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya.
Disamping itu juga, saya ingin berterima kasih kepada Tuan Haji Amirkhan B. Suwandi
kerana sudi datang melawat saya di tapak bina dan menilai prestasi saya disini sebagai tuntuan
bagi fakulti Pusat Pengajian Diploma. Saya dinilai dengan baik dan mesra oleh beliau sepanjang
lawatan dilakukan.

~ 5 ~






BAB 1
PENGENALAN







~ 6 ~

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN
Program Latihan Industri ini merupakan suatu komponen penting kurikulum program diploma
dan sarjana muda yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti ini
yang terdahulunya dikenali sebagai (KUiTTHO). Program latihan industri ini diwajibkan kepada
semua pelajar bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal . Secara tidak
langsung dapat memberi peluang untuk belajar sambil merasai sendiri pengalaman berkerja di
syarikat tempatan. Program ini juga berupaya menyesuaikan para pelajar dengan alam pekerjaan
yang bakal diceburi.

1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI
Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk memberi peluang kepada pelajar
menjalani latihan pratikal di sektor pekerjaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan
pengurusan bagi meningkatkan kemahiran profesional dan kemahiran interpersonel sebagai
seorang profesional.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Program ini dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut :
(a) Mendapat pendedahan pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi
dalam bidang masing-masing.
(b) Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para profesional dari
pelbagai bidang.
(c) Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisai professional.
(d) Membina daya kreativiti, kemhiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
(e) Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli professional dari luar kampus.
~ 7 ~

1.4 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Buku log digunakan oleh pelajar untuk melaporkan aktiviti-aktiviti atau kerja yang telah
dilaksanakan dan pengetahuan-pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang program Latihan
Industri. Buku log ini bertindak sebagai salah satu instrument penilaian pencapaian prestasi
pelajar sepanjang menjalani program ini.
Oleh itu adalah mustahak pelajar mempunyai disiplin diri untuk mencatatkan semua aspek
latihan yang dilalui dalam buku log ini setiap hari dengan kemas dan sistematik agar
penyemakan dan penilaian yang sebaiknya dapat dilakukan oleh penyelia.

1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

(a) Mempertingkatkan kompentasi dan daya saing dalam bidang pengkhususan masing-
masing.
(b) Menghubungkait pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajar di IPT.
(c) Mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari.
(d) Menambahbaik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.
(e) Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih
pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian.







~ 8 ~



BAB 2
LATAR BELAKANG
SYARIKAT







~ 9 ~

2.1 MAKLUMAT SYARIKAT
Name : SHAHAB BUILDERS & ENGINEERING SDN. BHD.
Board of Directors : Tuan Haji Syed Zainal Abidin B. Syed Abdullah
Dato Syed Zulkiflee B. Syed Abdullah
Tuan Syed Zaini Shahar B. Shahabudin
Tuan Syed Anuar B. Syed Abdullah
Datin Hajjah Noor Mah B. Omar
Company Secretery : Mr. K. Gengadaran
LPD Management
No. 1465, Jalan Teratai,
Taman Sultan Badlishah
05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Registered Office : No. 1465, Jalan Teratai
Taman Sultan Badlishah
05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Business Address : 120-A, Taman Nakishah
Jalan Datu Kumbar
05450 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Tel : 04-7320688
Fax : 04-7329266
Capital Structure : Authorized - RM1,000,000.00
Paid up - RM 750,000.00
Advocates & Solicitors : Messr. Jayadeva & Kamal
No 92, Tingkat 1, 2 & 3
Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Fasa 1, Persiaran Sultan Abdul Halim
05050 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Auditors : Messr. Lim Teoh & Co.
502-503, Jalan Pintu Sepuluh
05100 Alor Setar, Kedah Darulaman.


~ 10 ~

Bankers : Bank Muamalat Malaysia Berhad
Lot T-1, Tingkat Bawah, Wisma PKNK
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darulaman

CIMB Bank Berhad
1519B, 1
st
Floor, Jalan Ibrahim
0500, Alor Setar
Kedah Darulaman.

Contact Person : General Management
Tuan Syed Zainal Abidin B. Syed Abdullah

Technical and Contracts
En. Soffian B. Zainal

Commercial and Financial
Nurul Nadila Bt. Ahmad Safri









~ 11 ~

Construction Industry Development (CIDB) : Perakuan Pendaftaran
No. Pendaftaran 1970704 KD038826
Gred, Kategori dan Pengkhususan Berdaftar
G7 B B04 B02 B13 B24 B12 B14
G7 CE CE21 CE01 CE10 CE13 CE20 CE34 CE36
G7 ME M15 E10
Tarikh Mula Berkuatkuasa : 24 Julai 2012
Tarikh Habis Tempoh Perakuan : 23 Julai 2015
Construction Industry Development (CIDB) : Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
No. Pendaftaran 1970704-KD038826
Gred, Kategori dan Pengkhususan Berdaftar
G7 B ( Pembinaan Bangunan ) B04 B02 B13 B24 B12 B14
G7 CE ( Pembinaan Kejuruteraan Awam ) CE21 CE01 CE10 CE13 CE20
CE34 CE36
G7 ME ( Mekanikal dan Elektrikal ) M15 E10
Tempoh Sah Laku :
Dari : 06/08/2012
Hingga : 23/07/2015
Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK ) : Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera
No. Sijil Pendaftaran 1970704-KD038826
Gred Pendaftaran : G7 ( Bumiputera )
Tempoh Sah Laku :
Dari : 15/10/2012
Hingga : 23/07/2015

~ 12 ~

2.2 PROJ ECT ORGANI SATI ON CHART 2014











MANAGING DIRECTOR
SYED ZAINAL ABIDIN B.
SYED ABDULLAH
TECHNICAL DIRECTOR
SYED ZAINI SHAHAR SHAHABUDIN B.
SYED ABDULLAH
PROJECT DIRECTOR
SYED ANUAR B. SYED ABDULLAH
ADMINISTRATION EXECUTIVE
NIK NOR HAZIRAHANIM BT.
BUKHARI
PROJECT MANAGER
SOFFIAN B. ZAINAL
QUANTITY SURVEY
MOHD AZIM B. PUTEH
ACCOUNT EXECUTIVE
NURUL NADILA BT.
AHMAD SAFRI
SENIOR SITE
SUPERVISOR
CHE DAUD HASHIM
SENIOR SITE
SUPERVISOR
ZAN AHMAD
ASSISTANT Q.S
ZAHARIN B.
ZAINOL
SITE SUPERVISOR
ROSDIANA BT. MOHAMAD
RAPIAH
SITE SUPERVISOR
SYED MOHD FIRDAUS B.
SYED HUSSEIN
SITE SUPERVISOR
SYAZLINA IRYANI BT.
ABDUL HALIM
GENERAL CLERK
SUHANA MAHTAR
SITE CLERK
ELIAS B. AWANG
TRADEMAN TRADEMAN TRADEMAN TRADEMAN
~ 13 ~

2.3 Objektif Syarikat
Objektif syarikat ini terbahagi kepada dua iaitu Objektif Kualiti dan Polisi Kualiti.

Objektif Kualiti adalah seperti berikut :-
a) Semua projek siap 100% tepat pada masa.
b) 80% pembelian produk diterima tepat pada masa untuk setiap bulan.
c) Bahan buangan adalah kurang daripada 5% untuk setiap projek.
d) Aduan daripada pelanggan kurang 3 kes untuk setiap bulan.

We at Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd shall be commited :
Strive towards excellent quality works and continual quality improvement in Quality
Management System.
Statisfy legislative and customer requirement through communication amongst all
relevant parties.





~ 14 ~

2.4 Sejarah Syarikat
Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd telah diperbadankan di Malaysia
dibawah Akta Syarikat 1965 pada 8 November 1994 dan pejabatnya telah didaftarkan di 1465,
Jalan Teratai, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Syarikat ini
bermodalkan RM1,000,000 pada tarikh diperbadankan.
Prinsip utama bagi syarikat ini adalah pembinaan dan kerjuruteraan awam.
Bermula pada tarikh ditubuhkan, penglibatan tuan pengarah syarikat melalui kerjasama dengan
Syarikat Sakan Sdn. Bhd dan Seng Hong Enterprise Sdn. Bhd selama lebih daripada 15 tahun di
dalam pembangunan pemilikan dan pembinaan sektor. Langkah kerjasama secara berterusan
yang dilakukan oleh tuan pengarah syarikat telah mempelbagaikan sektor pembinaan bagi
syarikat ini. Syarikat ini juga telah mendapat manfaat berterusan daripada persefahaman antara
Syarikat Sakan Sdn. Bhd dan Seng Hong Enterprise Sdn. Bhd.
Dari tahun 1994-2005, syarikat ini telah membuktikan penyerahan dan penyiapan
semua kontrak yang telah diterima. Pada tarikh 24 September 2000, syarikat ini akhirnya telah
mencapai sasarannya menjadi 100% status syarikat bumiputera melalui kerjasamanya dengan
pengarah syarikat Aima Developtment Sdn. Bhd. Perhubungan dua hala ini sebagai satu pasukan
pengurusan akan menambahkan potensi syarikat ini pada masa akan datang.
Gross Domestic Product (GDP) telah meningkat pada kadar sederhana iaitu dari
tahun 1999 ke 2004 sebanyak 5.2%. Sepanjang tahun tersebut industri pembinaan negara
Malaysia tidak mengalami peningkatan ketara dengan hanya mencatatkan pertumbuhan
sebanyak 0.4%. Sektor ini telah menjadi penyumbang kecil kepada peningkatan ekonomi negara.
Pembatalan beberapa jumlah projek berskala besar telah dikenalpasti sebagai faktor utama
industri ini menjadi perlahan dalam tahun terdekat.
Faktor lain pula adalah disebabkan pergantungan kepada buruh tempatan,
keengganan pengambilan teknologi dan perubahan pada pasaran. Dalam usaha untuk mencari
punca kemerosotan ekonomi dan mengiatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan telah
memperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi.

~ 15 ~

Industri pembinaan telah mengalami pertumbuhan mantap melepasi tahun-tahun
sebelumnya sehingga tahun 1997. Walaubagaimanapun industri pembinaan kurang merasai
kesan daripada krisis ekonomi global. Pihak kerajaan merancang pelbagai strategi yang
merangkumi penstabilan mata wang ringgit, pengembalian keteguhan pasaran, mengekalkan
kestabilan sektor kewangan negara, dan menguatkan ekonomi utama negara.
Banyak manfaat yang diperolehi selepas daripada perancangan itu dengan
peningkatan industri ini tahun demi tahun. Dengan penglihatan negara yang agak baik,
peningkatan perindustrian negara menjelang Visi 2020, pembangunan sektor jangka masa
panjang tampak menyakinkan.
Strategi yang diatur bersama sekutunya Syarikat Sakan Sdn .Bhd dan Aima
Development Sdn. Bhd telah menyumbang manfaat yang besar dalam pendapatan kontrak segera
dan pembekalan bahan bangunan.
Fokus pembangunan dan pembinaan merangkumi :-
i.Pembangunan perumahan
- Kos rendah
- Kos sederhana
- Banglo dan pembangunan perumahan mewah.
ii.Jenis-jenis unit perumahan
- Teres
- Semi-D
- Rumah sesebuah
iii.Pembangunan komersial
- Kedai/pejabat
- Kompleks komersial
- Pusat membeli belah
iv.Pembangunan industri
- Kilang teres
- Kilang semi-D
- Kilang sesebuah
- Lot industri
~ 16 ~

2.5 Kakitangan Syarikat

NO. NAME AGE QUALIFICATION EXPERIENCE
1. Managing Director
Syed Zainal Abidin B.
Syed Abdullah

62

B.Social Sc (USM)
*13 years
(Banking)
*19 years
(Construction)
2. Technical Director
Syed Zaini Shahar
Shahabudin B. Syed
Abdullah

51

B.Eng (Civil)

*24 years
3. Project Director
Syed Anuar B. Syed
Abdullah

55
Dip.in Small & Medium
Ind. Promotion Corp
(Training Inst Korea)

*25 years
4. Project Manager
Soffian B. Zainal

56

B.Architecture (USM)

*24 years
5. QS
Mohamad Azim B.Puteh

38
Dip. In Q. Surveying
(UiTM)

*16 years
6. Assistant QS
Zaharin B. Zainol

42
Cert. in Q.Surveying
(POLIMAS)

*21 years
7. Senior Site Supervisor
-Che Daud B. Hashim

-Zan B. Ahmad

50

57

Cert. in Draughtmanship
(IKM)
Exprience

*26 years

*19 years
8. Site Supervisor
-Rosdiana Bt. Mohamad
Rapiah
-Syazlina Iryanni Bt.
Abdul Halim
-Syed Mohd Firdaus B.
Syed Hussein

28

23

23

Dip. In Building
Technology (KKTM)
Dip. In Civil Engineering
(POLITEKNIK)
Dip. In Civil Engineering
(POLITEKNIK)

*5 years

*2 years

*2 years
~ 17 ~

NO. NAME AGE QUALIFICATION EXPERIENCE
9. Site Clerk
Elias B. Awang

47

Exprience

*8 years
10. Account Executive
Nurul Nadila Bt. Ahmad
Safri

25

Dip. Acc (POLITEKNIK)

*4 years
11. Administration Executive
Nik Nor Hazirahanim Bt.
Bukhari

36

B. BA (UM)

*9 years
12. Admin Clerk
Suhana Bt. Makhtar

33

(STPM)

*13 years








~ 18 ~

2.6 Senarai Projek
1. Cadangan Membina Dan Menyiapkan Projek Perumahan 33 Uint Terdiri Daripada 6 Unit
Rumah Banglo 2 Tingkat, Di Atas Sebahagian Lot 1918, Mukim Naga, Daerah Kubang Pasu,
Kedah Darul Aman. (Taman Tengku Maheran 6)
Pemilik : Aima Developtment Sdn. Bhd.
Nilai Kontrak : RM 6,302,157.00
Tarikh Mula : 01-12-11
Tarikh Siap : 01-12-13
2. Cadangan Pembangunan Perumahan & Perniagaan Yang Mengandungi 8 Unit Kedai
Pejabat 3 Tingkat, 21 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat, 63 Unit Rumah Teres 2 Tingkat & 8 Unit
(Taman Putra Utama Fasa 1)
Pemilik : Aima Developtment Sdn. Bhd.
Nilai Kontrak : RM 13,810,730.00
Tarikh Mula : 10-05-12
Tarikh Siap : 09-11-14
3. Cadangan Membina Dan Menyiapkan 4 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat dan 26 Unit
Rumah Berkembar 1 Tingkat Di Atas Lot 1398, Mukim Kangkung, Daerah Kota Setar Kedah
Darul Aman. (Taman Mayang Sari)
Pemilik : Syarikat Sakan Sdn .Bhd
Nilai Kontrak : RM 3,014,000.00
Tarikh Mula : 01-04-13
Tarikh Siap : 01-10-14



~ 19 ~

4. Cadangan Membina Dan Menyiapkan 7 Unit Rumah Banglo Jenis A ( Lot 1, 2, 75) &
Jenis B (Lot 3, 4, 183, 184) Taman Shahab II Alor Setar Kedah. (Taman Shahab II)
Pemilik : Syarikat Sakan Sdn Bhd
Nilai Kontrak : 1,945,399.00
Tarikh Mula : 07-07-13
Tarikh Siap : 06-07-15
5. Cadangan Pindaan Kepada Pelan Pindaan Yang Telah Diluluskan Bertarikh:18 April
2010.
Rujukan : MBAS/B/19/06/(62A 1-62A) Untuk :
a) 1 Unit Rumah Sesebuah 2 Tingkat
b) 26 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Type A
c) 4 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Type B
(Fasa 2B) Di Atas Sebahagian Lot 1198, Mukim Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah
Darul Aman ( Taman Nusantara Fasa 2B)
Pemilik : Kedah Holdings Sdn. Bhd
Nilai Kontrak : RM 6,200,00.00
Tarikh Mula : 01-01-14
Tarikh Siap : 31-03-15
6. Cadangan Membina Dan Menyiapkan 3 Unit Kedai Pejabat Di Atas Lot PT 4856; PT
4857; PT 4859 Dan 1 Unit Rumah Berasingan 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4859 Dan 2 Unit
Rumah Berkembar 2 Tingkat Di Atas Lot PT 4860 & PT 4861 Seksyen 53 Suka Menanti
Alor Setar Kedah.
Pemilik : Syarikat Sakan Sdn. Bhd
Nilai Kontrak : RM 2,100,300.00
Tarikh Mula : 15-06-14
Tarikh Siap : 15-12-15
~ 20 ~




BAB 3
RINGKASAN MINGGUAN







~ 21 ~

3.1 RINGKASAN MINGGUAN

TARIKH RINGKASAN KERJA /
AKTIVITI HARIAN
MASA YANG DIAMBIL
(JAM) Dari Hingga
23/6 28/6 Minggu 1
- Taklimat dan penerangan awal
- Menyelia pekerja di tapak bina
- Membaca pelan bangunan
- Perjalanan kerja konkrit
- Mengira dan mengesahkan penerimaan
barang


2
4
3
3
2
30/6 6/7 Minggu 2
- Teknik bukaan formwork
- Pemasangan paip
- Bancuhan mortar
- Memastikan dinding bata memenuhi
kehendak pelan.
- Teknik kerja konkrit


3
3
2
4

3
7/7 13/7 Minggu 3
- Teknik ikatan bata
- Urusan penerimaan barang (simen)
- Menyemak kedudukan pintu dan
tingkap
- Kaedah pembetulan semula struktur
(column)
- Menyediakan bahan untuk laporan
kemajuan kerja
- Teknik pemasangan pile cap

3
2
4

3

2

3
~ 22 ~


TARIKH RINGKASAN KERJA /
AKTIVITI HARIAN
MASA YANG DIAMBIL
(JAM) Dari Hingga
14/7 19/7 Minggu 4
- Persediaan bagi mesyuarat tapak
- Persediaan untuk lawatan pihak ISO
- Pemasangan roof trusses
- Pemasangan formwork staircase
- Teknik lepaan


4
3
3
2
2
21/7 24/7 Minggu 5
- Kerja konkrit bagi beam dan slab
- Langkah pencegahan (cuaca)
- Membersihkan jalanraya awam (aduan)
- Kerja penimbusan pile cap.

3
2
4
2
25/7 3/8 Minggu 6
- Cuti Hari Raya Aidilfitri




-

4/8 Minggu 7
- Kerja konkrit bagi roofbeam
- Menyemak kedudukan asas/foundation
- Pemasangan formwork bagi staircase
- Kerja konkrit bagi staircase
- Kerja quantity survey (drainage)
- Kerja mengukur panjang parit

3
3
3
3
4
4

~ 23 ~


TARIKH RINGKASAN KERJA /
AKTIVITI HARIAN
MASA YANG DIAMBIL
(JAM) Dari Hingga
11/8 17/8 Minggu 8
- Penerimaan barang (atap rumah)
- Kerja penyediaan formwork baru
- Pemeriksaan sebelum kerja konkrit
dilakukan.
- Persediaan bagi mesyuarat tapak
- Kerja konkrit bagi roofbeam
- Jenis-jenis simen

2
3
4
2
2
4
2
18/8 24/8 Minggu 9
- Langkah hasilkan konkrit bermutu
- Kaedah ujian penurunan
- Kerja pemadatan di tapak bina
- Jenis ikatan tembok bata
- Kerja bata bertetulang
- Pemasangan lantai bawah

2
2
4
3
3
3
25/8 30/8 Minggu 10
- Pengelasan bumbung
- Pemasangan genting rata
- Jenis binaan tangga
- Menambat binaan peranca

2
2
2
2





~ 24 ~





BAB 4
AKTIVITI
&
LATIHAN








~ 25 ~

4.1 SKOP LATIHAN
Pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani latihan industri ini adalah amat
menarik kerana sebelum ini saya hanya mempelajari teori semasa kuliah. Namun ianya amat
berbaloi kerana dapat melihat sendiri segala kerja kejuruteraan yang pernah dipelajari. Oleh itu,
saya dapat membandingkan dengan apa yang telah saya pelajari. Ilmu yang diselangi dengan
pengalaman dapat membantu saya lebih memahami dan mencintai ilmu kejeruteraan yang telah
saya ceburi ini.
Semasa menjalani latihan saya di dedahkan dengan tugas-tugas sebagai seorang penyelia
tapak. Pendedahan ini amat penting kerana mengajarkan akan tugas sebenar seorang penyelia
tapak. Setiap hari saya akan mengambil kehadiran para pekerja di tapak bina mengikut jenis
pekerja masing seperti tukang kayu, besi, dinding bata dan konkrit. Selain itu, saya juga perlu
mencatat segala kerja yang sedang berlangsung di tapak bina, jumlah mesin, dan juga kadar
hujan mengikut jam. Semua maklumat ini perlu diisi ke dalam diari tapak setiap hari.
Seterusnya, saya juga belajar tentang aturcara menguruskan urusan penerimaan barang di
tapak bina. Segala barang perlu dikira terlebih dahulu supaya mencukupi seperti yang tertulis di
dalam delivery order yang diterima. Sekiranya barang yang diterima mencukupi tandatangan
dan cop pengesahan diturunkan.
Kaedah dan teknik untuk membaca pelan bangunan juga telah saya pelajari semasa
menjalani latihan. Latihan ini dilakukan dengan membandingkan struktur yang telah di dirikan
menepati kehendak pelan dari segi rekabentuk dan ukurannya. Sebagai langkah pemeriksaan
saya mengukur sendiri setiap bahagian yang terlibat dengan mengunakan pita ukur. Hal ini
demikian sebagai pihak kontraktor kita hendaklah mematuhi segala lukisan yang telah
dikeluarkan oleh pihak klien agar tidak berlaku perbalahan di kemudian hari.
Saya juga seringkali diberikan tugas untuk mengira anggaran kuantiti bahan yang
diperlukan untuk sesuatu kerja. Antara contoh anggaran kuantiti bahan yang telah dilakukan
adalah pengiraan untuk menentukan jumlah atap bagi blok bangunan. Pengiraan ini dilakukan
dengan mengunakan pandangan pelan bangunan. Diketahui pula kecondongan bagi bumbung
jenis tibar layar ini adalah 25. Oleh itu kaedah pengiraan luas diguna pakai untuk menentukan
jumlah atap yang diperlukan.
~ 26 ~



-Pandangan pelan bagi rumah dua tingkat berkembar Type A-









~ 27 ~

4.2 KANDUNGAN LATIHAN
Berikut adalah kandungan latihan yang telah saya pelajari sepanjang latihan industri ini. Latihan
ini diperolehi ditapak projek yang sedang dalam pembinaan. Semasa saya memulakan latihan,
kerja-kerja ditapak bina telah berlangsung dan kebanyakkannya adalah pada proses pembinaan
superstruktur. Oleh itu, di dalam kandungan latihan ini saya cuma sertakan pembinaan bagi
superstruktur bagi projek taman perumahan iaitu projek perumahan Taman Nusantara Fasa 2B.

4.2.1 MEMBACA PELAN BANGUNAN
Semasa menjalani latihan saya telah banyak belajar mengenai kaedah dan cara untuk
membaca pelan dengan bimbingan daripada penyelia industri. Perkara ini amat mustahak untuk
memastikan kerja yang dijlalankan di tapak bina memenuhi kehendak pelan dari segi rekabentuk,
kedudukan, dan ukuran. Sekiranya hal ini tidak dipatuhi pihak kontraktor boleh didakwa kerana
tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam dokumen tender.
Pada permulaanya saya telah belajar membaca pelan bagi door schedule dan window
schedule. Saya telah menjalankan pemerhatian pada struktur yang telah disiapkan untuk
memastikan segalanya dipatuhi seperti yang tertulis pada pelan bangunan. Kedudukan bagi pintu
pada rumah contoh (Blok A) didapati salah pemasangan bingkainya kerana engsel tidak berada
pada arah yang sepatutnya. Oleh itu, bingkai pintu perlu dibuka semula dan diubah kepada yang
arah yang sepatutnya. Pemerhatian juga dijalankan pada tingkap dan didapati berlaku kesalahan
kerana lebarnya kurang daripada ukuran sebenar. Kerja pembaikan dilakukan segera dengan
memecahkan dinding bata agar mendapatkan lebar yang sepatutnya.
Selain itu, saya juga turut meneliti pelan bagi pembinaan dinding bata. Segala lebar dan
tinggi dinding bata diukur sendiri oleh saya dengan mengunakan pita ukur. Didapati dinding bata
pada rumah contoh ini adalah mengikut pelan. Saya juga telah membantu tukang bata untuk
memberikan bantuan sekiranya terdapat bahagian pada dinding bata yang mengalami masalah
dari segi kedudukan dan ukurannya. Dengan bantuan pelan yang sedia ada saya telah membantu
menyelesaikan permasalahan ini.
~ 28 ~

Disamping itu, saya juga telah meneliti pelan untuk tangga bangunan. Pada bangunan ini
terdapat 20 anak tangga serta ketinggian bagi riser adalah 172.5mm dan thread adalah
255mm. Pemerhatian juga telah saya lakukan pada struktur tangga yang telah disiapkan dan
didapati segalanya adalah baik dan memenuhi kehendak pelan.


















~ 29 ~

WI NDOW SCHEDULE




~ 30 ~

STAI RCASE DETAI LS




~ 31 ~

4.2.2 ACUAN KONKRI T (FORMWORK)

Sepanjang latihan juga telah mempelajari kaedah dan teknik dalam pemasangan formwork
ditapak bina. Formwork yang terlibat dalam struktur-struktur seperti pile cap, column, slab dan
beam. Berikut adalah dapatan yang telah saya perolehi sepanjang latihan.
4.2.2.1 Fungsi bahagian-bahagian acuan
Bentuk binaan konkrit boleh dibina mengikut sebarang rekaan yang dicipta mengikut
kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang dan
sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas kerja konkrit yang
dibuat cukup itu kuat.
Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan acuan :
a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan bertanggam lidah dan lurah.
b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada
jarak yang sama.
c) Belebas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya
kedudukannya tidak berubah.
d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkannya.
e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan.
f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan
semasa bancuhan konkrit ditempatkan.





~ 32 ~

4.2.2.2 Jangka masa penanggalan acuan
Acuan haruslah menetap sehingga konkrit mencapai kekuatan yang cukup untuk
menanggung beban sendiri dan beban yabg disokong. Jangkamasa untuk menanggalkan
acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :

Bil. Bahagian acuan Jangka masa
1 Tepi rasuk, tiang dan tembok 2 6 hari
2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan) 7 14 hari
3 Papak tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari
4 Papak bawah (yang dibebankan) 28 hari

4.2.2.3 Langkah-langkah keselamatan dalam pembinaan acuan
Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan acuan
adalah seperti berikut :
a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan mengikut peraturan.
Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh digunakan.
b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan mengunakan papan penggalas
dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah dipasakkan dengan rembat atau
tupang.
c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit.
d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi memudahkan
penanggalannya.






~ 33 ~


Kerja penanggalan acuan



Acuan konkrit bagi staircase

~ 34 ~


Formwork bagi slab yang sedia untuk dibuka


Formwork bagi column dan 1st floor beam yang telah siap dipasang
~ 35 ~

4.2.3 Kerja Tetulang

4.2.3.1 Pengenalan
Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang
berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya
menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur-struktur seperti tiang,
lantai, rasuk, dan lain-lain bahagian sering mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa
adalah tidak sesuai digunakan, maka ia diatasi dengan mengunakan konkrit bertetulang
(reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan besi tetulang dengan konkrit.

4.2.3.2 Jenis bar tetulang
a) Keluli lembut (hot rolled mild steel)
b) Bar berbunga (deformed bar)
c) Tetulang anyaman (BRC steel fabric)
d) Dawai keluli tegangan tinggi (high tensile wire)

4.2.3.3 Penyimpanan besi tetulang
Bagi kegunaan ditapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke
tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabila besi tetulang telah sampai
ke tapak bina, pemeriksaan keadaan bar tetulang itu perlu dilakukan dan permerhatian kadar
karatnya dan kebengkokkannya. Jika kadar karatnya terlampau teruk, ia hendaklah diganti
kerana kemungkinan ia akan merosakkan struktur bangunan. Bar-bar tetulang hendaklah
diletakkan diatas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk
pengunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan jauh dari kotoran minyak, tanah, karat, dan
lain bahan.





~ 36 ~

4.2.3.4 Pembengkokan besi tetulang
Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan
peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokan bar tetulang dilakukan mengikutnya.
Pembengkokan bender atau hooker berguna dalam membengkok bar tetulang yang saiznya
kurang daripada 25mm. Bagi bar tetulang yang lebih daripada 28mm ia boleh dibengkokkan
dengan memanaskan bar tetulang tersebut.
Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada
hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi
kerja pemasangan ia diikat dengan mengunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.

4.2.3.5 Pemasangan tetulang keluli
Tetulang keluli yang dipasang pada rasuk perlu diikatkan dahulu dengan link.
Kerja pengikatan link adalah dilakukan dikawasan bawah. Kerja-kerja pengiikatan link adalah
seperti yang berikut:-
a) Tetulang keluli yang hendak dipasang adalah diletakkan diatas dua peranca
b) Link akan dimasukkan ke dalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm atau 200mm
pusat ke pusat mengikut bentuknya.
c) Seterusnya, link akan diikat pada tetulang dengan dawai mengunakan cangkuk
pengikatnya.









~ 37 ~


Keadaan besi yang berkarat akibat pengabaian kaedah penyimpanan.



Kedudukan link pada tetulang.

~ 38 ~


Alat pemotong yang digunakan untuk memotong tetulang.


Kerja memasukkan tetulang ke dalam formwork beam.

~ 39 ~

4.2.4 Kerja konkrit
4.2.4.1 Pengenalan
Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada gabungan simen, batu
baur halus, batu baur kasar dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit juga adakalanya perlu
ditambah dengan bahan tambah untuk tujuan meningkatkan taraf pada sifat-sifat konkrit. Konkrit
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis konkrit adalah seperti
berikut :-
i. Konkrit simen
ii. Konkrit bertetulang
iii. Konkrit kapur

4.2.4.2 Membancuh konkrit
Konkrit boleh dibancuh dengan cara iaitu :-
i- Membancuh dengan mengunakan penyodok.
ii- Membancuh dengan mengunakan mesin penggaul.
iii- Bekalan daripada kilang bancuh siap.
Biasanya membancuh konkrit dengan mengunakan penyodok atau concrete mixer adalah
bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu ditambah kira-kira 10% lagi untuk
memudahkan kerja-kerja membancuh. Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan
campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit
sehingga sukatan airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu
sekata.
Untuk projek-projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah banyak. Bancuhan konkrit
biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap. Pembancuhan ini baik di kilang ataupun ditapak
perlulah mematuhi nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang
berkualiti.





~ 40 ~

4.2.4.3 Jenis-jenis gred konkrit
Pada masa kini, jenis-jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai gred-gred
konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali dengan campuran nisbah bancuhan.
Gred ini didefinisikan sebagai satu nombor yang membayangkan Campuran konkrit akan
digredkan dengan gred-gred berikut :-
a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)
c) G25 (1:1.5:3)
d) G30 (1:1:2)

4.2.4.4 Ujian keatas bancuhan konkrit
Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu
konkrit. Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan ini sesuai untuk
kegunaan berkenaan ataupun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki
dalam kerja-kerja pembinaan.
Jenis-jenis ujian konkrit adalah :-
a) Ujian Runtuh
b) Ujian Kiub
c) Ujian Vebe Consistometer
d) Ujian Faktor Mampatan
















~ 41 ~


Konkrit bancuhan siap.












Konkrit bagi 1
st
floor slab
~ 42 ~


Pemadatan dilakukan selepas konkrit dimasukkan ke dalam acuan.


Honeycomb berlaku jika konkrit tidak dipadatkan dengan sempurna.

~ 43 ~

4.2.5 Kerja bata

4.2.5.1 Pengenalan
Dalam kerja bata, terdapat 3 bahan penting yang diperlukan antaranya :-
1. Simen - simen hendaklah daripada jenis Portland biasa.
2. Pasir - pasir untuk penghasilan mortar hendaklah daripada jenis pasir tawar
yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selapur atau kotoran lain.
3. Mortar mortar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagian pasir dan
dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah digunakan
mengikut piawai yang ditetapkan.

4.2.5.2 Prinsip utama ikatan bata
Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :-
1. Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang
terus menerus baik di permukaan mahupun di dalam tembok.
2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang pertama
memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip kedua pula
mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang
tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan kestabilanya adalah
kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan ini seboleh-bolehnya hendaklah
dalam segala kerja bata.

4.2.5.3 Jenis ikatan bata
Jenis ikatan atau susunan yang boleh dibuat apabila bata digunakan dalam
pembinaan tembok adalah banyak tetapi untuk tembok setengah bata, cara susunan yang boleh
digunakan hanyalah ikatan sisi bata. Boleh dikatakan kesemua jenis ikatan kecuali ikatan sisi
bata sesuai digunakan untuk pembinaan tembok satu bata tebal atau lebih. Jenis ikatan bata yang
digunakan pada struktur projek ini adalah jenis ikatan sisi bata. Ikatan jenis ini adalah digunakan
pada tembok yang tebalnya bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan
bata kepada kepalanya. Lekapan ialah bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi,
lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sis penuh dan
seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang
tinggi. Oleh itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok
tandas, dan sebagainya.
~ 44 ~

4.2.5.4 Kerja-kerja pembinaan ikatan bata
1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan ikatan bata.
2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik benang tadi ke atas mengikut
ukuran yang ditetapkan dengan disertakan paku sebagai pengukuhan.
3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut
tempat ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen secara memanjang mengikut tempat ikatan
bata nanti dibina.
4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi.
5. Dengan mengunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap di atas lapisan kalis lembap.
6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi. Sambungan antara bata dengan bata
ditempelkan sedikit mortar sebagai pengikat bata itu.
7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan tembok yang benar-benar
lurus secara melintang atau menegak.
8. Jaring keluli Exment dipasang pada setiap 4 lapisan bata yang berfungsi sebagai penguat dan
pengukuh kepada ikatan bata itu sendiri.












~ 45 ~


Jenis Ikatan sisi bata yang digunakan.


Kerja-kerja mengikat bata yang sedang dijalankan.
~ 46 ~


Minyak bitumen.

Lapisan kalis lembap.

Dawai Exmet.

~ 47 ~




BAB 5
CADANGAN














~ 48 ~

BAB 5 CADANGAN

Saya selaku pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia amat berbesar hati kerana
melibatkan diri di dalam latihan industri ini. Pelbagai faedah dan ilmu telah saya perolehi
sepanjang latihan berlangsung. Program seperti amat baik kerana ia dapat memberikan
pengalaman kepada para pelajar untuk merasai sendiri suasana di dalam pekerjaan mengikut
bidang masing-masing. Dengan ini fikiran dan pandangan para pelajar terhadap ilmu
kejuruteraan semakin bertambah sejurus selepas tamat latihan. Pengalaman seperti ini tidak
boleh di beli melainkan ianya di usahakan sendiri oleh para pelajar. Peluang baik seperti ini
wajib dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar.
Antara cadangan saya adalah menambahkan lagi bilangan staf di Pejabat Hubungan
Universiti dan Industri. Bilangan staf bertugas untuk menguruskan permohonan para pelajar
adalah tidak mencukupi. Seringkali berlaku kesesakkan di pejabat menyebabkan berlaku
kelewatan dan kesulitan kepada kedua-dua belah pihak. Isu ini merupakan isu yang patut
dipertimbangkan oleh pihak university bagi menambahkan lagi kelancaran bagi proses
permohonan.
Saya juga memerhatikan proses untuk mengambil surat penerimaan syarikat adalah
berlaku secara tidak teratur dan kurang professional. Surat-surat ini diletakkan pada satu ruangan
secara pukal dan para pelajar itu sendiri perlu mencari nama mereka sendiri di dalam hampir
beratus-ratus helaian itu. Saya mencadangkan agar pihak pengurusan menyerahkan tugas untuk
mencetak surat penerimaan kepada pelajar itu sendiri. Mewujudkan portal khas kepada paa
pelajar untuk menerima surat penerimaan ini dan mencetaknya sendiri. Pelajar itu sendiri yang
mencetak dan menyerahkan kepada pejabat secara msing-masing. Hal ini akan memudahkan lagi
proses permohonan dan penerimaan kepada pihak industri.
Selain itu, saya ingin mencadangkan agar pihak industri memberikan penilaian kepada
para pelajar dengan lebih kerap. Penilaian ini diberikan kepada pihak universiti sebagai
pemantauan dari masa ke semasa. Skop latihan perlu disediakan oleh pihak industri dan
dihantarkan kepada pihak universiti pada minggu pertama latihan. Hal ini amat penting bagi
pengawalan kualiti dan mutu latihan. Tidak cukup dengan hanya lawatan pada akhir latihan,
lawatan oleh pihak industri perlu dilakukan dengan lebih kerap lagi.
Saya juga ingin mencadangkan agar tempoh masa bagi latihan industri ditambahkan lagi
iaitu dari 2 bulan kepada 6 bulan latihan. Hal ini demikian, tempoh 2 bulan itu tidak mencukupi
bagi segala latihan yang dirancang. Sekiranya tempoh ini dilanjutkan, banyak lagi latihan yang
bakal diterima oleh para pelajar. Oleh itu, pelajar akan lebih memahami akan tugasnya dalam
industri dan menjadi lebih cekap dalam bekerja.

~ 49 ~








BAB 6
KESIMPULAN












~ 50 ~

BAB 6 KESIMPULAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan
yang baru mengenai bidang Kejuruteraan Awam ini dengan syarikat Shahab Builders &
Engineering Sdn. Bhd. Saya berpeluang untuk mengadakan latihan di salah sebuah projek
mereka di daerah Kuala kedah. Projek perumahan ini yang diberikan nama Taman Nusantara
Fasa 2B. Disini saya dapat mempraktikkan apa yang telah saya pelajari semasa di university iaitu
dengan mengikuti kerja-kerja yangberkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu juga saya
dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan.
Pengalaman bekerja disini tidak akan dapat saya lupakan kerana ianya mengajarkan saya
akan banyak perkara yang selama ini saya tidak ketahui. Belajar semasa kuliah adalah tidak sama
jika dibandingkan dengan pengalaman latihan industri ini. Ilmu yang pernah dipelajari akan
dapat dipraktikkan. Oleh itu, kefahaman para pelajar akan bertambah baik terhadap bidang ini.
Para pelajar akan lebih bersedia untuk berkerja setelah menerima pendedahan awal ini.
Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menyertai syarikat ini untuk mengadakan
latihan industri. Saya berpeluang bekerja dengan mereka-mereka yang professional dan jauh
lebih berpengalaman. Ini merupakan satu peluang kepada saya untuk menimba ilmu sebanyak
yang mungkin dengan bantuan golongan ini. Segala perkara baru saya catatkan sebagai nota
tambahan kepada diri saya. Sekurang-kurangnya saya menamatkan latihan dengan dada yang
penuh dan tidaklah sia-sia tanpa meperolehi sesuatu sepanjang latihan berlangsung.
Disamping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para
pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat dengan jabatan ini.
Memahami kerenah-kerenah pelanggan yang mempunyai pelbagai permintaan untuk mendapat
kepuasaan dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini
dijalankan supaya pelajar memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang diikuti
iaitu Kejuruteraan Awam.







~ 51 ~





BAB 7
RUJUKAN














~ 52 ~

BAB 7 SUMBER-SUMBER RUJ UKAN

Individu
1. Encik Zaharin B. Zainol Abidin
Penyelia tapak ( Taman Nusantara Fasa 2B),
Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.
Alor Setar, Kedah

2. Encik Mohamad Azim B. Puteh
Jurukur Bahan.
Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.
Alor Setar, Kedah

3. Encik Soffian B. Zainal
Pengurus projek
Shahab Builders & Engineering Sdn. Bhd.
Alor Setar, Kedah

Buku
1. Teknologi Binaan Bangunan
Penulis : Jahman Bin Badron
Penerbit : IBS Buku Sdn. Bhd.

Internet
1. www.google.com
2. www.yahoo.com.my

~ 53 ~







BAB 8
LAPORAN TEKNIKAL

También podría gustarte