Está en la página 1de 10

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

(MURAL 2014)



NAMA PELAJAR : SITI NUR AFIQAH BT ROUSLILUDDIN
PROGRAM : PISMP BAHASA INGGERIS AMBILAN JANUARI 2011
NAMA SEKOLAH : SK SRI JERAI, GURUN, SUNGAI PETANI
NAMA PROJEK : PROJEK KECERIAAN SEKOLAH (MURAL)
TEMPOH PELAKSAAN: 13 JULAI 5 OGOS 2014 ( 3 Minggu )


OBJEKTIF:

i) Untuk menjadikan dinding utama sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang
menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.

iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.

iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.

v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal
berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.


STRATEGI PELAKSANAAN:


Pada mulanya, kami berempat telah berbincang untuk menjalankan projek mural.
Kami telah bertemu dengan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga
guru pembimbing untuk membincangkan berkaitan projek mural ini. Beliau telah
memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding
utama sekolah iaitu dinding Blok A yang menghadap pintu masuk Sekolah
Kebangsaan Sri Jerai. Hal ini kerana laluan itu merupakan laluan utama murid
semasa pergi dan balik sekolah.

Sebelum berbincang dengan pihak pentadbiran, kami berempat telah berbincang
untuk memilih beberapa lakaran lukisan yang berbentuk animasi dan mempunyai
tema, dan juga beberapa jenis kata- kata hikmah untuk dibuat mural. Saya telah
mencari dan merujuk gambar-gambar dan kata-kata-kata yang menarik di buku-buku
dan juga internet.

Kemudian, kami meminta pendapat dan keputusan dari pihak pentadbir sekolah dan
mereka telah memberi cadangan kepada kami agar membuat sebuah mural
berkaitan kata- kata motivasi sebagai seorang pelajar. Akhirnya, keputusan
disepakati untuk membuat satu kata-kata ringkas bertajuk Harapan yang
membantu pelajar menyedari tentang tanggungjawab mereka pada agama, Negara,
ibu bapa dan juga guru-guru.. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan
seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek.


Selepas disahkan oleh Guru Besar, Tuan Haji Hassan Zaim bin Salleh, kami terus
memulakan langkah pertama iaitu melakar gambar-gambar yang sesuai dan tulisan
yang sesuai menggunakan komputer. Keesokan harinya, kami bersama mencetak
dan menggunting huruf-huruf untuk di lakar di dinding untuk mendapatkan hasil yang
seragam dan kemas. Dengan menggunakan kaedah ini, bebanan kerja kami telah
menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut.
Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing
mempunyai tanggungjawab lain seperti kelas, kelas ganti dan sebagainya. Kerja
kami menjadi mudah kerana pekerja sekolah yang sangat membantu dari segi
menyediakan peralatan membuat projek ini, contohnya, cat minyak, berus dan juga
paying besar untuk berteduh. Sekolah juga member peruntukan untuk menjalankan
projek mural ini.


Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih masa daripada yang dijangkakan.
Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 5 Ogos 2014 iaitu 7 hari lebih lewat
daripada jangkaan.Hal ini kerana kami melakukan projek mural ini di bulan puasa
dan juga cuaca yang tidak mengizinkan. Semoga mural tersebut berguna kepada
sekolah khususnya dalam membantu murid memahami apa yang mereka baca dan
juga input di sebalik mural tersebut.



REFLEKSI:


1) Kekuatan Projek

Sepanjang proses kami menyiapkan projek ini, terdapat beberapa kekuatan yang
menyumbang kepada kejayaan projek ini. Antaranya ialah sokongan pihak
pentadbiran SK Sri Jerai yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan,
perancangan dan sumbangan idea sebelum dipilih sebagai lukisan mural. Selain itu,
sokongan pihak pentadbir daripada segi penyediaan bahan dan alatan mural juga
telah melicinkan perjalanan projek kami. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen
daripada semua rakan-rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor utama dalam
menjayakan projek ini. Masing-masing sanggup mengorbankan masa serta
mencurah idea bagi menghasilkan mural yang terbaik.


2) Kelemahan Projek

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan
projek mural keceriaan sekolah ini. Antaranya ialah kekangan daripada cuaca yang
sangat panas dan menyebabkan factor kesihatan terganggu dan kami hanya boleh
membuat mural ini sebelum matahari tegak ke langit. Selain itu, factor jarak juga
membuat kami tidak boleh untuk berulang-alik ke sekolah untuk menyiapkan projek
mural ini kerana sekolah kami terletak jauh dari IPG kami.. Tambahan pula,
kesuntukan masa kerana minggu internship dalam bulan Ramadhan juga
menyebabkan kami tergesa-gesa bagi menyiapkan tugasan ini.




CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Antara cadangan yang dapat diberi adalah adalah lebih baik sekiranya tempoh
internship ini dijalankan bukan dalam waktu Ramadhan supaya projek ini dapat
dijalankan dengan terperinci lagi. Selain itu, kawasan atau tempat mural yang lebih
strategic dari segi pencahayaan juga dapat membantu guru pelatih melaksanakan
projek dengan lebih efisien.











KESIMPULAN

Secara keseluruhan, projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Rujuk hasil
dokumentasi Projek Keceriaan Sekolah. Semoga projek ini dapat mencapai objektif
yang telah ditetapkan.



















PELAKSANAAN MURAL





















Payung besar disediakan oleh
pihak sekolah
Peralatan asas juga
disediakan oleh pihak sekolah
Cat berwarna-warni juga
disediakan oleh pihak sekolah
Lakaran huruf yang digunakan
bagi memudahkan kerja
mural.


































Melakar huruf dengan kemas
dan teratur
Melakar huruf dengan kemas
dan teratur
Proses mengecat dimulakan
Proses mengecat dimulakan
dan dibantu oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran

































Proses mengecat
dijalankan





































Projek mural hamper siap
Projek mural yang telah siap


Disediakan oleh,



(CIK SITI NUR AFIQAH BT ROUSLILUDDIN)
Setiausaha Projek Mural,
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai.


Disemak oleh:

........................................
(PUAN NOOR AZAH BT ABU BAKAR)
Guru Bahasa Inggeris,
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai.


Disahkan oleh:

........................................
(TN. HJ HASSAN ZAIM BIN HJ SALLEH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Jerai,
Gurun, Kedah.

También podría gustarte