Está en la página 1de 57

Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-
bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi
vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal
mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar
dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tidak ada bahasa yang tidak
mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata.


1.2 Objektif
Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :
a. Mengetahui jenis-jenis vokal dalam Bahasa Melayu .
b. Menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi-bunyi vokal Bahasa Melayu.
c. Mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal dengan merujuk gambar rajah.

1.3 Kaedah
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah
kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan
rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada
pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta
dikatogerikan di bawah sub-topik

1.4 Batasan Kajian
Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk memastikan
bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis menumpukan
perhatian kepada jenis-jenis vokal bahasa Melayu serta menghuraikan cara penghasilan bunyi-bunyi
vokal bahasa Melayu disamping mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal bahasa
Melayu.


1.5 Definisi Konsep
Dalam penulisan kertas kerja ini, penulis mengambil kira pendapat beberapa orang tokoh bahasa dan
penulis untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang jenis-jenis vokal dalam bahasa melayu
disamping cara penghasilan bunyi-bunyi vokal dan mengetahui peranan alat artikulasi dalam
penghasilan vokal Bahasa Melayu.

Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31):
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal
mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar
dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut:
Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran
suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal.
Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar
dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan
daripada paru-paru.
Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan:
Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa
mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran
(Arbak Othman 1983:54)
Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam buku A Course In Morden Linguistic
memberi definisi vocal sebagai:
Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara
(Arbak Othman 1983:54)
Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi
definisi seperti berikut:
Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u )
Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi
bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah
lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

2.0 Vokal Dalam Bahasa Melayu

2.1 Jenis-Jenis Vokal Dalam Bahasa Melayu

Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu
vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u].
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard)
iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [] dan dua
vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan jenis seperti pada rajah
di bawah.



Rajah Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

Hadapan Tengah Belakang
Sempit
i

u Tinggi

Separuh Sempit c o

Separuh Luas

Bahagian Luas a Rendah




Rajah dan kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan kedudukan mengikut bahagiannya.
Bahagian-bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, di sebelah kanan merupakan
bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah. Garis-garis yang
melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah dinaikkan.

Dalam membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan. Manakala bagi membunyikan
vocal [a] kedudukan lidah mestilah pada paras yang paling rendah.




2.1.1 Vokal Hadapan
a) [i] vokal hadapan sempit - Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi dan umi.
b) [e] vokal hadapan separuh sempit - Contoh dalam perkataan elok, kekok, kole, ekor, serong dan
sate.
c) [] vokal hadapan separuh luas - Contoh perkataan dialek Kelantan dan bahasa pinjaman daripada
bahasa inggeris seperti; esok, belok, bule, ekpress, ekonomi dan sebagainya.

2.1.2 Vokal Tengah
a) [] vokal tengah pendek - contoh dalam perkataan seperti; emak, sentuh, emas dan lain-lain.
b) [] vokal tengah panjang - vokal ini hadir dibelakang kata seperti; kit, ras, gul.
2.1.3 Vokal Belakang
a) [u] merupakan vokal belakang sempit - contoh dalam perkataan; ular, kuda, batu .
b) [o] merupakan vokal belakang separuh sempit - contoh perkataan; oleh, boleh, solo, foto.
c) [] merupakan vokal belakang separuh luas - contoh dalam dialek Kelantan; otak, botak, kito.
3.0 Cara Penghasilan Vokal
3.1 Vokal Hadapan Sempit / Tinggi [i]
Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut. Untuk
menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut turut berlaku:
a) Bibir dihamparkan
b) Depan lidah dinaikkan tinggi hamper dengan bumbung mulut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya:
i) pada awal perkataan : ikut, ipar, ikan, ibu, itu.
ii) pada tengah perkataan : biru, bila, kita, sila, sikat
iii) pada akhir perkataan : tali, beli, beri, besi, guli.
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i]














3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit / Separuh Tinggi [e]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit perkara berikut turut berlaku;
a) Bibir dihamparkan separuh sempit.
b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat gambarajah). Cohtoh
kehadiran bunyi vocal ini dalam perkataan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - ekor, elok, ela, edah, elak
ii) pada tengah perkataan - berang, heret, leper, sepet
iii) pada akhir perkataan - sate

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [e]

















3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas / Separuh Rendah []

Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas proses berikut turut berlaku :
a) Bibir dihamparkan separuh luas.
b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui hidung.
e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - elok, esok, edoh, ejek
ii) pada tengah perkataan - beso, getek, gelek, pelek
iii) pada akhir perkataan - gode, bule, ude, tule

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal []








3.4 Vokal Hadapan Luas / Rendah [a]

Vokal depan luas ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut;
a) Bibir dalam berkeadaan hampar
b) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal hadapan luas hampar seperti dalam perkataan berikut.
i) pada awal perkataan - abang, ajar, asuh, adik
ii) pada tengah perkataan - satu, paku, bukan, lagu
iii) pada akhir perkataan - kita, bila, kuda, bias
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a]








3.5 Vokal Belakang
Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian
belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang.
3.5.1 Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang proses yang berikut harus dilakukan;
a) Bibir dibundarkan.
a) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal bundar [u].
Contohnya;
i) Pada awalan perkataan - ubi, usung, unta, undur
ii) Pada tengah perkataan - buka, bubur, suka, lupa
iii) Pada akhiran perkataan - satu, batu, labu, kuku, bayu




Gambarajah Penghasilan Vokal [u]









3.5.2 Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]
Vokal ini terhasil apabila;
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga mulut menggetarkan pita
suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam perkataan
berikut.
i) pada awalan perkataan - oleh, otak, orang,
ii) pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii) pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato
Gambarajah Penghasilan Vokal [o]

3.5.3 Vokal Belakang Separuh Luas []
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara
kerongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] seperti dalam perkataan-perkataan berikut. (daerah
Kelantan)
i) pada awalan perkataan - olok, otok, oren,
ii) pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh
iii) pada akhiran perkataan - kito, bilo, belako

Gambarajah Penghasilan Vokal []

3.6 Vokal Tengah
Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vocal tengah ialah bahagian tengah lidah.
Keadaan bibir hendaklah dihamparkan bagi menghasilkan bunyi vokal tengah (pendek) []. Untuk
menghasilkan bunyi vokal tengah, proses berikut turut berlaku.
a) Bibir dihamparkan.
b) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru kerongga mulut menggetarkan pita
suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang tengah pendek [] seperti dalam perkataan
berikut.
i) pada awalan perkataan - emas, emak, empat,
ii) pada tengah perkataan - penat, berat, cergas, kemas
Gambarajah Penghasilan Vokal []


4.0 Peranan Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-
bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi
vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.
4.1 Lidah
Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting penting dalam pembahagian jenis vokal. Lidah boleh
memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza.
Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak.
Bahagian mendatar ialah dari depan kebelakang mulut. Tiga titik mendatar sebenarnya ialah
kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Depan lidah adalah bahagian yang bertentangan
dengan lelangit keras, belakang lidah pula bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut
sementara tengah adalah sempadan diantara lelangit keras dengan lelangit lembut. Contohnya [i]
adalah bunyi depan, [u] adalah bunyi belakang dan [] adalah bunyi tengah.
Bahagian yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut dan dapat
dinahagikan kepada empat bahagian seperti berikut.
a) bahagian sempit / tinggi
b) bahagian separuh sempit / tinggi
c) bahagian separuh luas / rendah
d) bahagian luas / rendah
Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hamper dengan bumbung mulut.
Contohnya [i] dan [u] . Sementara kedudukan rendah pula apabila lidah berada jauh dari bumbung
mulut. Contohnya [a] dan [], [e], [o], [], [] adalah di kedudukan separuh sempit dan separuh luas.

4.2 Bibir
Selain lidah, bibir juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalan penghasilan bunyi
vokal. Bibir mempunyai bentuk tersendiri. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bentuk bundar dan
hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang contohnya [u],
[o], [], [] sementara bibir akan menjadi hampar apabila menghasil bunyi-bunyi vokal depan.


Gambarajah Keadaan Bibir Semasa Menghasilkan Bunyi Volal

5.0 Penutup
5.1 Kesimpulan
Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyi-bunyi
bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan
dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu
vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [] , [i] , [o] , [u].
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard)
iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [] dan dua
vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan.
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-
bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi
vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.









Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut
atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara tersekat atau
terhalang pada alat artikulasi ini.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?
Ya, mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran yang anjal/ elastik yang
terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti pita yang melekat pada dinding peti
suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara
lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.
Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita
suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh
menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak
berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi
yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan
bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.
Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga tekak
udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Manakala lelangit
manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakanlelangit keras dan di bahagian belakang,
dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak
tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan,
lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga
hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral.Bunyi nasal pula
ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu
diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua
bibir.
Fonem Segmental: Organ-organ yang dinyatakan di atas ialah organ-organ penting yang
menghasilkan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Yang berikut diperjelaskan organ
sebutan yang melibatkan penghasilan bunyi vokal.
Bunyi Vokal: Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal jua ialah bunyi
bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan.
Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu
terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Rajah 3
memperlihatkan kedudukan bunyi vokal.
Vokal Hadapan: Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi
dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara
keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang
fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan
lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i].


Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda
akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah
juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah 4). Bagi vokal
belakang, sebutlah bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan
bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit
lembut. Cuba letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Pasti ada
perbezaan kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah
dari menghasilkan bunyi [u].







Rajah 4: Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i].
Vokal tengah [] : Berdasarkan Rajah 4, terdapat vokal tengah dalam bahasa Melayu, iaitu
[]. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir
dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku
sebagai kelainan bagi [e] iaitu [ dan ].
Vokal dinasalkan: Pada masa vokal-vokal hadapan dan belakang dikeluarkan melalui rongga
oral, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal. Vokal-vokal yang dikeluarkan
melalui rongga oral dan nasal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi), iaitu
ketika lelangit lembut diturunkan. Vokal ini ditandakan dengan [~] atas lambang
vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar
melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga
hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].
Diftong: Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata, yang disebut
secara berterusan tanpa ada segmen. Dalam penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi
ada satu puncak. Ada tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu sebagaimana diperlihatkan pada
Rajah 5:






Rajah 5: Pergerakan lidah untuk membunyikan diftong
Yang pertama ialah diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada
pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi
tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai].
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk
vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula
dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan
kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan
hampar. Contoh, [amboi].
Konsonan: Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau
hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.




Rajah 5: Carta konsonan bahasa Melayu
Konsonan Letupan: Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan
dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
Konsonan [p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat
pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi
[p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak
bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir, tetapi juga
dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika
proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara
digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut
bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk
menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak
bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti
bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut
menggetarkan pita suara.
Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras
untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung.
Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan
pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-
lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j] proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara
yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita
suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan.
Konsonan geseran
[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada
masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyigeseran gusi tak bersuara.
[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut berkeadaan seperti
sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak
bersuara akan dihasilkan.
Konsonan getaran
[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah
bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran
gusi bersuara [r].
Konsonan getaran
[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyisisian gusi
bersuara [l].
Konsonan sengauan (nasal): Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Apakah yang
membezakan bunyi-bunyi nasal tersebut? Perbezaannya berlaku pada daerah udara disekat yang
berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.
[m] - dua bibir dirapatkan untuk menhasilkan sengauan dua bibir bersuara [m].
[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi untuk menghasilkan sengauan gusi bersuara [n].
[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk menghasilkan bunyi sengauan lelangit
keras bersuara [n].
[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menghasilkan sengauan lelangit
lembut bersuara [n].
Separuh Vokal: Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi
bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang
dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang
lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.
[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak
kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras
bersuara.
Konsonan Pinjaman: Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang
dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan
dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab
dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi
[z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan
digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.
[f] dan [v] -bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga
apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita
suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.
[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita
suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi
bersuara.
[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan
ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan
geseran gusi lelangit keras.
Fonem Suprasegmental: Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan sebelum ini ialah unsur-unsur
segmental, kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus
tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan
nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu
diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan,
iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.
Tekanan: Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah
//. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam
bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
3

2

Nada: Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali. Ayat
penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun
hingga 1.
Contoh: Saya hendak balik.
Dalam bahasa Melayu juga nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai
sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Jeda: Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-
unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda
ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #
ema?].
Panjang-pendek: Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu
diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang
sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah
setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

1. Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
2. Ab. Rahman Ab. Rashid et.al. (1997). Pengajian Melayu 1, Petaling Jaya: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
3. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur:
PTS Professional Sdn. Bhd.
4. Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.






http://nidkahfi.blogspot.com/p/nota-pismp.html

1.0 PENGENALAN

Menurut Asmah (1999), bahasa Melayu telah wujud dan digunakan lebih
2000 tahun. Berdasarkan usia bahasa Melayu ini, bahasa Melayu boleh dikelaskan
sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Bukti kemantapan bahasa Melayu dilihat
daripada peranannya iaitu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa komunikasi dalam
urusan formal dan rasmi serta sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Selain
itu, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan
dan sekolah menengah kebangsaan di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini peranan
bahasa Melayu sangat penting dalam kehidupan seharian dan berperanan sebagao
bahasa Ilmu serta menjadi asas perpaduan negara. Negara meletakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu kerana bahasa ini telah mempunyai sistemnya yang
tersendiri seperti yang ditulis Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,
2008 :

Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan
asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan
sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik jika dibandingkan dengan
bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia. Kepelbagaian dialek yang terdapat
dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu begitu istimewa. Kewujudan
dialek ini dapat dilihat atas sebab beberapa faktor yang mewujudkan kepelbagaian
dialek ini seperti perbezaan taraf sosial masyarakat dan perbezaan geografi.
Kewujudan dialek yang pelbagai ini yang kaya dengan kosa katanya yang rencam
merupakan satu daripada keunikan bahasa Melayu yang sesuai penggunaannya
mengikut keadaan tempat dan situasi. Walaupun peranan bahasa Melayu tidak
dapat disangkal lagi, namun pada masa kini, bahasa Melayu dilihat semakin tersisih

Sungguhpun keunikan ini menjadi sebahagian daripada keistimewaan bahasa
Melayu, namun perbezaan dialek mengikut kawasan dan taraf sosial menjadi satu
permasalahan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan
bahasa Melayu yang diketahui sebagai bahasa komunikasi dalam konteks formal
adalah amat penting.. Peranan bahasa Melayu baku dilihat sebagai penyatuan
daripada dialek-dialek yang berbeza dan penggunaannya dalam konteks yang
formal perlulah dititik beratkan serta diperkukuhkan terutamanya dalam aspek
sebutan agar masyarakat daripada pelbagai dialek dapat memahami komunikasi
yang dituturkan.

2.0 MATLAMAT DAN PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU DI
MALAYSIA

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang
sama. Menurut Kamus Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian
yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah.dan dapat dijadikan asas
perbandingan .

Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya
pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan,
pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada
konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku
sebagai

a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech
community.

Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu
dianggap bahasa baku sekiranya bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh
masyarakat umum.

Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah
dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa
variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik
sebagai bahasa baku.

Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan
mempunyai variasi bahasanya yang tersendiri, orang kampung di kawasan
pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan
cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu
jiga dirujuk sebagai dialek.

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa
baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil
pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa
sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu
bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai
peraturan.

Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak
bersistem dan berperaturan. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga
mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa
atau variasi yang tidak dikodifikasi mempunyai kepelbagaian sistem yang mungkin
berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa
tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang
Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh
difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini
digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang
berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana
penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah.
Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor,
Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah,
sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku.
Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya.
Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya
tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan
seragam sifatnya.

Menurut Profesor Nik Safiah Karim (petikan daripada matskai.blogspot) :
Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang
daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan
tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan
masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan
Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah
mempunyai sifatnya tersendiri.

Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu
Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini
merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa
Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan .
Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah
dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : Sebutan baku yang
diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf
dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf
asing seperti Bahasa Inggeris.

i. Intonasi
Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam
percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada
kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia
ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi
percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa
Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan
predikat.

ii. Bahasa Baku
Berbicara tentang orang yang berpendidikan tidak lepas dari bahasa dunia
pendidikan yang tentu menyangkut masalah ragam bahasa. Ragam bahasa yang
dimaksud adalah ragam bahasa baku atau bahasa standar. Oleh karena itu, ada dua
ciri yang melatari berbahasa baku. Pertama, ragam bahasa baku memiliki sifat
kemantapan dinamis, berupa kaidah dan aturan yang tetap. Selain itu, baku atau
standar tidak dapat berubah setiap saat. Oleh karena itu, bentuk peran dan perumus
dengan taat asas dapat menghasilkan perajin dan perusak, bukan pengrajin dan
pengrusak. Dengan kata lain, kebakuan itu cukup luwes memungkinkan perubahan
yang bersistem dan teratur di bidang kosakata dan peristilahan. Ciri kedua, yang
menandai bahasa baku ialah sifat kecendekiaan. Perwujudan dari kecendekiaan itu
ialah dalam kalimat, paragraf, dan satuan bahasa lain yang dapat mengungkapkan
penalaran dan pemikiran yang teratur, logis, dan masuk akal. Oleh karena itu,
sangat tepat jika proses pembakuan bahasa yang dimaksud adalah proses
penyeragaman kaidah, bukan penyamaan ragam bahasa atau penyeragaman
variasi bahasa.
.

2.1 MATLAMAT SEBUTAN BAKU

2.1.1 Latar Belakang Sebutan Baku

Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa
Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa
Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada
terbitan-terbitan yang berikut :
i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998.
ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1994.
iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991.

Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah
satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub dalam Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995).
Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga
Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu untuk membakukan ejaan dan sebutan,
dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebagsaan;

2.1.2 Matlamat dan Tujuan Sebutan Bahasa Melayu Baku

Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang mempunyai struktur
yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa dan kosa kata.
Bahasa Melayu baku mempunyai empat sistem utama iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik. Menurut Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di
Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3
(1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan yang disebut
berdasarkan ejaan atau fonemik dan bukan mengikut sebutan Melayu standard iaitu
kelaziman dialek Johor-Riau.

Sebutan baku di institusi pendidikan khususnya di sekolah telah dilaksanakan
secara serentak dengan KBSM (1988). Matlamat Sebutan baku ini dilaksanakan dengan
bertujuan untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang
dapat digunakan dalam situasi yang formal atau rasmi.

Selain itu, matlamat sebutan baku dilaksanakan adalah untuk meningkatkan
kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Selain itu juga,
sebutan baku dilihat bertujuan untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa
Melayu agar sistem sebutannya menjadi mantap sejajar dengan pemantapan dan
pembakuan tatabahasa, kosa kata yang merangkumi perbendaharaan kata umum dan
istilah, sistem ejaan serta laras bahasa.

Secara khususnya, perlaksanaan sebutan baku ini adalah untuk menyeragamkan
cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan
gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah.

2.1.3 Masalah Sebutan Baku Bahasa Melayu

Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh
itu, perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas
memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang
diperturunkan adalah :

i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan bahasa Melayu yang diadakan
sejak tahun 1980-an lagi. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987.
ii. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu dibuat oleh
Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun 1987.
iii. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan bengkel sejak awal
Rancangan Malaysia Keempat 1981.
iv. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP,
Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar-pakar bahasa.

Penggunaan sebutan baku dalam sektor pendidikan di Malaysia telah
dilaksanakan pada dua penggal iaitu pada tahun 1988. Sebutan baku ini
dilaksanakan berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/ 1988: Pelaksanaan
Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh
pada 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, pelaksanaan mengenai sebutan baku
bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. Punca utama ialah
kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada sistem baharu.

2.1.4 Penggunaan Sebutan Baku

Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46
telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi
rasmi. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah:

i. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita, ulasan, dan pengacaraan
sesuatu majlis.
ii. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, perbahasan, kuliah dan
pengumuman.
iii. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai pensyarah,
pelajar dan guru.]
iv. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam, seperti mesyuarat rasmi, temu
duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara.

2.1.5 Dasar Sebutan Baku

Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah
berdasarkan ejaan, iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf,
serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku
bahasa Melayu , perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut :

i. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata dasar atau kata terbitan.
ii. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan
dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. (e, )
iii. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara,
dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa
Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan.

2.2 PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Sebutan baku bahasa Melayu telah lama diperkenalkan namun untuk
melaksanakan sebutan baku ini memerlukan masa. Namun, beberapa langkah yang
telah dilaksanakan bagi mencapai penggunaan sebutan baku. Hal ini dapat dilihat
apabila siri bengkel sebutan baku telah diadakan sejak tahun 1980-an sehingga
akhir tahun 1987 yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Linguistik Malaysia dan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Pelajaran Malaysia serta pakar-
pakar bahasa.

Selain daripada itu, Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan kerjasama
Pusat Perkembangan Kurikulum, Persatuan Linguistik Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia serta pakar-pakar bahasa telah membuat perumusan mengenai
pedoman sebutan baku bahasa Melayu sekitar tahun 1987.Sebutan bahasa baku
juga telah diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa
Melayu bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah pada
tahun 1988. Hal ini sejajar dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Pengarah
Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Pekeliling
Ikhtisas Bil II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di
Sekolah-Sekolah yang bertarikh pada 2 April 1988.

Selain itu juga, sebutan baku juga telah mula diperkenalkan oleh
Kementerian Kesenian dan Kebudayaan dalam siaran radio Klasik Nasional dalam
slot khas mengenai sebutan baku. Dalam slot ini, pendengar radio di ajar cara
sebutan baku yang betul. Selain itu, penganjuran pelbagai aktiviti oleh pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka seperti Malam Santai Puisi, Pidato dan sebagainya
memberikan satu medan yang berkesan kepada peserta dan orang ramai
mempraktikkan penyebutan sebutan baku.

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat
tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu
hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini
adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57)
iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan
tidak ada huruf yang senyap. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku
bahasa Melayu adalah seperti berikut :
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi
perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang
dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.




Huruf dan fonem vokal a

Sebutan Baku

Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,
tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja
dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:

Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan
a [a] saya
berapa
apa
[sa ya]
[be ra pa]
[a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.

Mengikut sebutan baku fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i
perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [e].

Contoh:

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau
Alih
Mukim
Hasil
[a lih]
[mu kim]
[ha sil]
[ a leh]
[mu kem]
[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.

Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u
perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal u pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [o].

Contohnya:

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Betul
Lanun
tutup
[be tul]
[la nun]
[tu tup]
[ be tol]
[la non]
[tu top)



Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku
Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK
+ KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Pengajar
Pengedar
Terasa
Berlari
terangkat
[pe nga jar]
[pe nge dar]
[te ra sa]
[ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja]
[pe nge da]
[te ra s]
[ber la ri]
[ter ang kat]



Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan
bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard
Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
i) Bahasa Indonesia

Sama bunyi
Anda

Merdeka


Berbeza bunyi
Bangsa

ii) Bahasa Arab

Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna





[an da]

[mer de ka]



[bang sa]







[fat wa]






[an da]

[mer de ka]



[bang s]







[fat wa]


iii) Bahasa Inggeris
Frasa
drama
[tak wa]



[mak na]





[fra sa]

[dra ma

[tak wa]



[mak n]





[fra sa]

[dra ma]


3.1.1 DEFINISI DAN KONSEP

a) Fonetik

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya,
manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik
ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun
bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut
Dr. Lufti Abas (1985)..

Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan
yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur,
batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain
proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi
kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

i) Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-
bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini
juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu
dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit
lembut, anak tekak, dan sebagainya.
ii) Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan
di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang
bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop.
Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada,
frekuensi dan amplitud.

iii) Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar
melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses
yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang
bersifat mujarad. Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang
paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua
cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana
tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

b) Fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi
mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu
bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the
systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual
language has variously been called phonology.

Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji
sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200
tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli
bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara
membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.
Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem
sesebuah bahasa.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika
menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada
bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang
diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan
diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit
bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis
miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh
sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan
mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara
berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal

3.1.2 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku

Fonologi telah didefinisikan sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut.
Bunyi bahasa telah disusun mengikut sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk
menganalisis penggunaan sistem ini. Pembahagian dalam bidang fonologi terbahagi
kepada dua cabang iaitu fonemik dan fonetik. Bidang fonetik ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta memberi lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Pengkajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik
akustik, fonetik pendengaran dan fonetik artikulasi.

A. Konsep Bunyi

Melalui bidang fonologi, antara aspek yang mendapat perhatian utama ialah konsep
bunyi, sistem tulisan dan suku kata. Menggunakan alat-alat ujaran, manusia
menghasilkan bunyi. Melalui keadaan udara yang terkeluar dari paru-paru menerusi
alat-alat ujaran telah menghasilkan bunyi-bunyi. Contohnya, bersin, batuk dan
berdehem hanya bunyi semata-mata dan tidak dikenali sebagai bunyi bahasa.
Bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan dikenali sebagai bunyi bahasa.
Dalam pertuturan, manusia cuba untuk menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi
yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berlaku secara berterusan iaitu berentetan.
Tetapi, bagi tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah menjadi unit-unit
kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon, contohnya bunyi [p], [a], dan
[w].

B. Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran
atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa.

C. Alat Pertuturan dan Bunyinya.

1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok



D) FUNGSI ALAT PERTUTURAN

i) Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah
dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan
boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

ii) Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah
aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan
bunyi.

iii) Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada
udara yang keluar daripada rongga mulut.

iv) Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

v) Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga
tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan
udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. '

vi) Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

vii) Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.


E) JENIS-JENIS BUNYI

i) Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

F) PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa
Melayu iaitu empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal
belakang,[u],[o] dan[ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].

a) Vokal Depan [i],[e],[ ] dan [a]
Vokal depan merupakan bunyi yang terhasil dimana lidah diletakkan di hadapan
sekali dalam mulut. Vokal depan terbahagi kepada empat bahagian iaitu vokal
depan sempit [i], vokal depan separuh sempit [e], vokal depan luas [a], dan vokal
depan separuh luas [ ].

i. Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau
himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam
keadaan terhampat.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

ii. Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok

iii. Vokal Depan Separuh Luas
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti
semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

iv. Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.
Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),
dan (e).
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

b) Vokal Belakang [u],[o] dan[ ]

Vokal belakang adalah bunyi vokal yang terhasil di bahagian belakang mulut yang
melibatkan lidah belakang dan lelangit lembut. Vokal belakang terbahagi kepada
empat bahagian iaitu vokal belakang luas [D]. Vokal belakang separuh luas [ ],
vokal belakang sempit [u] dan vokal belakang separuh sempit [O].

i. Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak
menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

ii. Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

iii. Vokal Belakang Separuh Luas
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh
sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

c) Vokal Tengah []
Vokal tengah merupakan vokal yang dihasilkan di bahagian tengah lidah. Vokal ini
merupakan satu-satunya vokal tengah yang terdapat dalam Bahasa Melayu.
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian
tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya.
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

G) DIFTONG
Diftong terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Hal ini
bermaksud, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal yang lain.
Hal Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal
[a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan
vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam
bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah
berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam
perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang
berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i].

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada
vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

a) Lambang Bunyi Vokal


Lambang Bunyi

Huruf

Contoh
[a] a saya
[e]
e
leher
[E] beg
[] segera
[i] i gigi
[o] o tolong
[O] kos
[u] u guru
[~] ~ bunyi sengau

H) Vokal Rangkap

Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan
vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam
perkataan daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri
daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut
dalam satu perkataan

Vokal
Rangkap
Contoh
Ai Aiskrim, cair, ghaib, sains
Au Taun, maung, kedaung, pepauh
Oi Koir, heroin, eksploit, eksploitasi
Ia Biara, piagam, sia-sia, piano
Io Ion, biola, antibiotik, Zionis
Iu Cium, kiub, siuman, piutang
Ua Buai, buapak, dualisma, kuarantin
Ui Juita, puisi, tuil, suis
Ea Bea, gear, teater, reaktor
Eo Neon, video, geometri, ideologi
Eu Neurologi, neutral, neutron, reumatik
Dengan mengenal bentuk huruf ini maka dapatlah kita membunyikan perkataan itu
dengan betul lagi tepat.

konsonan Bahasa Melayu juga meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan,
sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan
bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami
sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau
pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi
letupan.

a) Bunyi Letupan
Fon Awal
Akhir
[p] [pulau] [atap]
[b]
[t]
[bumi]
[talam]
[
rbab]
[liat]
[d] [datu?] [kad]
[k] [kata] -
[g] [garau] [
bg]
[?] ** [ana?]

*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam
Bahasa Melayu.

Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini
dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh
paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat
yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]
digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d]
pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan
bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak
(uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan
dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N],
dan [J].
Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif)
dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan
penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian
lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di
kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara
yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam
bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].
Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti
menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah.
Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah
ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa
Melayu ialah [w] dan [y].
Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat
satu bunyi getaran, iaitu [r].

b) Bunyi Letusan

Fon Awal Akhir
[] [cawan] [ma]
[j] [jam] [caj]

c) Bunyi Sengauan

Fon Awal Akhir
[m] [muda] [cium]
[n] [niat] [jalan]



d) Bunyi Sisian
Fon Awal Akhir
[l] [lalu] [awal]

e) Bunyi Geseran
Fon Awal Akhir
[f] [faseh] [alaf]
[v] [vn] *
[s] [sarat] [awas]
[z] [zat] [lafaz]
[] [arat] [skua]
[h] [harta] [sah]

f) Bunyi Getaran
Fon Awal Akhir
[r] [rasa] [siar]





3.2 ANALISIS DIALEK

3.2.1 Pengertian Dialek
Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos yang pada mulanya
digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat
perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya
masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan
mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialek
adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam
satu-satu masyarakat bahasa.
Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu
dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau
penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk
dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek
terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya
dengan ekonomi, cara hidup dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang
bersangkutan.
Di Semanjung Malaysia contohnya, terdapat keadaan semula jadi yang
terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-
rintangan kepada perhubungan di antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah
membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil, menghasilkan
negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia. Dialek-dialek yang berdasarkan
tempat seperti itu dipanggil dialek setempat. Dialek-dialek setempat di Semenanjung
Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu.
Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula idiolek-idiolek
iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan
dan kelainan stilistik yang terjadi akibat konteks yang berlainan. Semua kelainan ini
disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi bahasa tersebut tidak
harus terkeluar daripada had saling kesefahaman yang menentukan bahawa
kelainan-kelainan itu masih tergolong di dalam satu bahasa.

3.2.2 Latar Belakang Tempat Kajian

A) KELANTAN
Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri
di Malaysia yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri agraria yang
mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Negeri
Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur
laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan
dengan Thailand. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada
semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.
Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir
Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua
Musang. Iklim tropika yang baik di negeri Kelantan serta bentuk geografi yang pamah
menjadikan Kelantan sebagai kawasan penanaman padi yang baik dan merupakan
penyumbang kepada pertumbuhan bekalan beras negara.
Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk
adalah berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun.
Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu
meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.
Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik
dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara
unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan
perbezaan antara negeri dan kerajaan mukim bukan menjadi masalah untuk membuat
pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada
kerajaan Mukim.
Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan
pelaburan. Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan
negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan
infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk
menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39
buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negara
ini.
Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar
utama di Kelantan untuk ke Kelantan. Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur
mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di
Selatan Kelantan dan juga negeri Pahang. Berikut merupakan peta bagi negeri
Kelantan:








Jika membuat perbandingan antara dialek Kelantan dengan sebutan Melayu baku,
terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu, seperti:

i. Fonologi
ii. Morfologi
iii. Ayat
iv. Leksikal

a) Kelainan dalam bidang fonologi

Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini
bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan
berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam
bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang ketara di antara dialek
Kelantan dengan sebutan Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem.
i. Kelainan dalam pengucapan
Cara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam dialek
Kelantan berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku.
Sebagai contoh, penutur dialek Kelantan mengucapkan [r ] untuk [ora] dan [kit]
untuk [kit]. Berikut merupakan contoh perkataan-perkataan yang menunjukkan
ucapan yang berlainan di antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu baku:

Dialek Kelantan Bahasa Melayu Sebutan
Baku
i. [kuba] [krbau] Kerbau
ii. [har] [haram] Haram
iii. [m
?t] [rambotan] Rambutan
iv. [abih] [habes] Habis
v. [bahaso] [bahas] Bahasa
vi. [singoh] [singah] Singgah
vii. [it] [hitam] Hitam
viii.[lopa?] [lompat] Lompat
ix. [slama?] [slamat] Selamat
x. [m oh] [mrah] Merah



ii. Kelainan Fonem

Fonem merupakan unit bunyi terkecil yang dapat membezakan makna.
Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil
pasangan. Dialek Kelantan mempunyai 35 fonem iaitu 15 fonem vokal dan 20 fonem
konsonan.

(A) FONEM VOKAL

/i/ seperti dalam /itek/ itik
/e/ seperti dalam /kile/ kilir
// seperti dalam /l / ela
/a/ seperti dalam /kawa/ kawal
/i/ seperti dalam /ga in/ garing
// seperti dalam /ka/ kain
// seperti dalam /say/ sayang
// seperti dalam /pac/ pancar
/u/ seperti dalam /um/ umur
/o/ seperti dalam /tuboh/ tubuh
/ / seperti dalam /k t ?/ kotak
// seperti dalam /kus?/ akhir
// seperti dalam /da/ daun
/ / seperti dalam /h / ya
// seperti dalam /ploh/ peluh

Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkungan-lingkungan yang
terizin oleh sistem fonologi dialek ini tidak banyak bezanya dengan apa yang
terdapat dalam Bahasa Melayu dan dialek-dialek lain, kecuali ada nya ciri kardinal
sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan yang releven. Sebagai contoh:
I. Kelantan Bahasa Melayu
[klabu] [klabu]
[ploh] [pluh]
[buku] [buku]
Konsonan a akhir kata dalam Bahasa Melayu, atau konsonan pepet
dalam bahasa standard yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai
kesejajaran dalam vokal dalam dialek ini. Misalnya:
II. Kelantan Bahasa Melayu
[d0s0 ] [dosa]
[sap0 ] [siapa]
[kuas0 ] [kuasa]

Vokal a dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan
vokal , dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam Bahasa Melayu
merupakan hentian glotis ( ) atau frikatif (h).
III. Kelantan Bahasa Melayu
[Mo?] [emak]
[Gal0?] [galak]
[Gaj0h] [gajah]
[Mut0h] [muntah]
Jika dalam Bahasa Melayu, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p,
ia dapat digantikan oleh hentian glotis dalam dialek ini dan a sebelumnya itu
dipertahankan. Sebagai contoh:
IV. Kelantan Bahasa Melayu
[Gla?] [glap]
[Saya?] [sajap]
[Lewa?] [lewat]
[Lipa?] [lipat]
Selain itu, a, yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata
akhir tertutup mempunyai kesejajaran dengan dalam dialek ini. Misalnya:

V. Kelantan Bahasa Melayu
[mas ] [masam]
[dal ] [dalam]
[dul ] [dulan]
[blac ] [blacan]
Konsonan a dalam Bahasa Melayu yang terdapat sebelum s pada akhir kata
dipertahankan dalam dialek ini, tetapi s digantikan dengan h. Sebagai contoh:
VI. Kelantan Bahasa Melayu
[D ah] [dras]
[B ah] [bras]
[Atah] [atas]
[Ulah] [ulas]
Demikian juga halnya dengan a yang dalam Bahasa Melayu diikuti oleh l dan
r pada akhir kata. Walau bagaimanapun, di dalam dialek yang disenaraikan di
bawah, l dan r dihilangkan.
VII. Kelantan Bahasa Melayu
[Maha] [mahal]
[Mka] [mkar]
[Leba] [lebar]
[Tawa] [tawar]

(i) Vokal Nasal
Dalam dialek Kelantan, terdapat fonem vokal nasal sedangkan dalam
bahasa Melayu tidak terdapat vokal nasal. Vokal-vokal nasal dalam dialek Kelantan
bersifat fonemik, iaitu dapat memberi erti yang berlainan seperti yang ditunjukkan
dalam pasangan-pasangan miniml seperti yang senaraikan di bawah.
i. [k i] keri
[k i] kering
ii. [pane] panggil
[pan] pangan
iii. [tap] tapai
[tap] tampan
iv. [ a] berderai
[ ] ingin
v. [ u] ru
[ ] takut
vi. [paco] pancur
[pac] pancung
vii. [s ?] syak
[s ?] syuk
viii. [wa] layang-layang
[w] bau busuk
ix. [ca] air lecah
[c] memancut
x. [la] helai
[ ] menyala atau memancar


(ii) Vokal Rangkap
Dialek Kelantan ini juga mempunyai banyak vokal rangkap yang boleh
dibandingkan seperti yang berikut:
I ) Rangkap depan - ae, ui, ue
II) Rangkap tengah - ia, ua
III) Rangkap belakang - io, io, iu, uo

Contoh Rangkap Depan
Kelantan Bahasa Melayu
[bae?] Baik
[kaen] kain
[kueh] kuih
[cue?] Cuit
[bueh] buih

Contoh Rangkap Tengah
Kelantan Bahasa Melayu
[bia] biar
[sia?] siap
[jua] jual
[sua?] suap

Contoh Rangkap Belakang
Kelantan Bahasa Melayu
[lio] liur
[rioh] riuh
[dio ] dia
[bio?] biak
[tiu?] tiup
[duo ] dua
[tuo?] tuak

(B) FONEM KONSONAN

/p/ seperti dalam /pari/ pari
/b/ seperti dalam /balu/ balu
/t/ seperti dalam /tn h/ tengah
/d/ seperti dalam /dapo/ dapur
/k/ seperti dalam /kuda/ kuda
/g/ seperti dalam /gila?/ gilap
/?/ seperti dalam /kak ?/ kakak
/s/ seperti dalam /saya?/ sayap
/z/ seperti dalam /zi?/ zip
/h/ seperti dalam /hapuh/ hapus
/c/ seperti dalam /culah/ culas
/j/ seperti dalam /jula/ julai
/l/ seperti dalam /lub/ lubang
/? / seperti dalam / ape?/ rapit
/m/ seperti dalam /mude?/ mudik
/n/ seperti dalam /nasi?/ nasi
/n/ seperti dalam /am?/ nyamuk
/n/ seperti dalam /nato?/ mengantok
/w/ seperti dalam /wa?/ wad
/y/ seperti dalam /yate/ yatim

Konsonan-konsonan yang terdapat dalam dialek Kelantan dapat dibahagikan
kepada enam kategori iaitu:

(i) Konsonan Plosif/Hentian

Konsonan-konsonan dalam golongan ini yang dapat menduduki lingkungan
akhir kata hanyalah hentian glotis. Dengan ini juga konsonan-konsonan plosif lain
yang terdapat dalam Bahasa Melayu dapat menjadi unsur akhir kata digantikan
dengan hentian glotis dalam dialek ini. Sebagai contoh:

Kelantan Bahasa Melayu
[ada?] [adat]
[ ba?] [ bat]
[isa?] [hisap]
[i u?] [hirup]
[a na?] [arnab]
(ii) Konsonan Nasal

Konsonan nasal yang terdapat dalam dialek Kelantan ialah m, n, n dan n.
Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam dialek ini boleh menempati
lingkungan pravokal dan antara vokal. i, e, , , o dan u dalam hal ini. Begitu juga
dengan konsonan-konsonan nasal lainnya iaitu m dan n yang dalam Bahasa Melayu
terdapat sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam
dialek Kelantan.

Kelantan Bahasa Melayu
[ren] tenaga
[sigon] sigung
[sokon] sokong
[kul n] kulum
[minun] minum
[b sen] bersin

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum
konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan n, konsonan nasal tersebut akan mengalami
proses pelemahan yang akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan
penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal
tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi .

Kelantan Bahasa Melayu
[tan] tanam
[tam] taman
[dal] dalam
[sel] selam
[binat] binatang
[tay] tayang




(iii) Konsonan Frikatif

Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara
vokal. Dalam lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami
penggantian dengan h tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

Kelantan Bahasa Melayu
[iuh] hingus
[aluh] halus
[pitah] pintas
[pdah] pedas
[ktah] kertas
[pulah] pulas
[panah] panas
[k ah] keras

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan
akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, h dalam dialek ini mempunyai kesejajaran
dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang
mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan
tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s.
Kesejajaran dalam dialek Kelantan dengan h dalam bahasa Melayu sebelum
vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut:

Kelantan Bahasa Melayu
[saloh] salah
[subo] subuh
[lteh] letih

Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah
seperti yang berikut:


Kelantan Bahasa Melayu
[habih] habis
[hase] hasil
[tahon] tahun
[mahliga] mahligai
[maha] mahal

(iv) Konsonan Afrikat

Seperti dalam bahasa Melayu dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan
afrikat dalam dialek Kelantan ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan
antara vokal. Konsonan-konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan
sebelum kesenyapan

Kelantan Bahasa Melayu
[Cin0 ] Cina
[cic0?] cicak
[jag0] jaga
[j a?] jerat

(v) Konsonan Lateral

Konsonan lateral l tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau
bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa
menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

Kelantan Bahasa Melayu
[lapu] lampu
[lala?] lalat
[luah] luas
[kate] katil
[aka] akal
[sapo] sampul

(vi) Pemanjangan Konsonan

Dialek Kelantan ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak
pada awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini
merupakan proses dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri
daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang
digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan kepanjangan pada konsonan
pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan.

Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan
boleh juga tidak. Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri
morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan salah satu awalan. Sebaliknya,
dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja
bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak
medukung sebarang makna.

Kelantan Bahasa Melayu
[nnik0h] [mnikah]
[nnak0?] [pnakot]
[nnari] [pnari]
[jjal] [brjalan]
[ccabu?] [trcabut]
[ttupa?] [ktupat]
[nnat] [binatan]
[mma i] [almari]

Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama
pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama
konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan. Sebagai contoh:

Kelantan Bahasa Melayu
[ ram] rama-rama
[llabi] labi-labi
[kku ] kura-kura
Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya
yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang
mengikutinya, kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu,
konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata
depan yang terlibat hanyalah di, pada dan ke. Misalnya:

Kelantan Bahasa Melayu
[san0 ] ke sana
[ssini] ke sini
[kkebu ] ke kebun
[ddal] di dalam

(C) KELAINAN DALAM BIDANG MORFOLOGI

Bentuk yang berlainan dalam bidang morfologi di antara dialek Kelantan
dengan sebutan baku bahasa Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut:
i. struktur morfem terikat
ii. jenis dan jumlah morfem terikat
iii. kekerapan penggunaan morfem terikat

(I). Struktur Morfem Terikat
Struktur morfem terikat dalam dialek Kelantan berlainan dengan struktur
morfem terikat dalam sebutan baku bahasa Melayu. Umpamanya, hanya terdapat
satu jenis struktur awalan dalam dialek Kelantan iaitu KV yang pengucapan Vnya
tidak begitu jelas, misalnys {s-} seperti dalam /sebesa/ sebesar, sedangkan dalam
bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu (i) KV yang pengucapan Vnya lebih jelas
sedikit daripada yang diucapkan dalam dialek Kelantan, misalnya {s-} dalam
/sepandai/ sepandai dan (ii) KVK, misalya {br-} seperti dalam /berjalan/ berjalan.
Berikut merupakan perbandingan stuktur awalan di antara dialek Kelantan dengan
bahasa Melayu.
Kelantan Bahasa Melayu
KV KVK
{be-} {ber-}
{te-} {ter-}
{pe-} {pe-}
{me-} {me-}
{ke-} {ke-}
{se-} {se-}
Struktur akhiran yang terdapat dalam dialek Kelantan berlainan dengan yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam dialek ini, hanya terdapat satu struktur saja
iaitu V, misalnya {} seperti dalam [pileh] pilihan, sedangkan akhiran dalam bahasa
Melayu mempunyai tiga struktur iaitu (i) KVK, misalnya (-kan) seperti dalam
/jalankan/ jalankan, (ii) VK, misalnya (-an) seperti dalam /buatan/ buatan dan (iii)
V, misalnya (-i) seperti dalam /[tidori]/ tiduri. Berikut merupakan perbandingan
struktur akhiran di antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu:

Kelantan Bahasa Melayu
V KVK/VK/V
- {-KAN}
{-} {-an}
{-i} {-i}
Selain itu, terdapat juga struktur imbuhan apitan yang berlainan di antara
dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu. Sruktur imbuhan apitan dalam dialek
Kelantan hanya satu sahaja iaitu KVV, misalnya {k} seperti dalam /klbeh/
kelebihan, sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis, iaitu (i) KVKV,
iaitu {m..kan} seperti dalam /mmulkan/ memulakan, (ii) KVVK, misalnya {k
an} seperti dalam /klmahan/ kelemahan dan (iii) KVV, misalnya {m..i} seperti
/mnmui/ menemui. Berikut diberikan perbandingan struktur imbuhan apitan di
antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu:

Kelantan Bahasa Melayu
KVV KVKVK/KVVK/KVV
{k..} {m..kan}
{k an}
{m..i}
(II). Jenis dan Jumlah Morfem Terikat

Jenis-jenis morfem terikat yang terdapat dalam dialek Kelantan juga tidak
sama dengan yang terdapat di dalam Bahasa Melayu. Dalam dialek Kelantan hanya
terdapat enam awalan, dua akhiran, tiga imbuhan terbahagi dan suprafiksa
kepanjangan konsonan. Sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat sebanyak tujuh
awalan, tiga akhiran dan lima imbuhan apitan.
(a) Enam awalan dalam dialek Kelantan
{be-} /btmu/ bertemu
{te-} /tpileh/ terpilih
{pe-} /pmaen/ pemain
{me-} /mnuleh/ menulis
{ke-} /kkaseh/ kekasih
{se-} /sebuwoh/ sebuah
(b) Dua akhiran dalam dialek Kelantan
{-} /pileh/ pilihan
{i-} /b?ki/ baiki

(c) Tiga imbuhan apitan dalam dialek Kelantan
{k} /klbeh/ kelebihan
{p} /pkaja / pelajaran
{mi} /mlbehi/ melebihi
(d) Suprafiksa kepanjangan konsonan dalam dialek Kelantan
/bbuoh/ berbuah
(e) Tujuh awalan dalam bahasa Melayu
{br-} /brlari/ berlari
{tr-} /trbae?/ terbaik
{p-} /pmaen/ pemain
{pr-} /prbuat/ perbuat
{m-} /mmasa?/ memasak
{k-} /kkaseh/ kekasih
{s-} /sbsa/ sebesar
(f) Tiga akhiran dalam Bahasa Melayu
{-kan} /blikan/ belikan
{-an} /pujian/ pujian
{-i} /mileki/ miliki
(g) Lima imbuhan apitan dalam Bahasa Melayu
{m...kan} /mnjalankan/ menjalankan
{kan} /krajinan/ kerajinan
{pan} /pnajian/ pengajian
{peran} /prslisehan/ perselisihan
{mi} /mnidori/ meniduri

Kelainan-kelainan lain yang ketara di antara dialek Kelantan dengan Bahasa
Melayu ialah dari aspek sisipan. Dalam dialek Kelantan hanya terdapat dua sisipan
sahaja iaitu {-l-} dan {-m-} seperti dalam /glta/ geletar dan /tmu o/ temurun,
manakala dalam Bahasa Melayu terdapat tiga sisipan iaitu {-em-}, {-el-} dan {-er-}
seperti dalam /gmu oh/ gemuruh, /tlunju?/ telunjuk dan /g igi/ gerigi.
Di samping itu, dalam dialek Kelantan tidak terdapat akhiran {-kan} dan
imbuhan apitan {mkan}dan {pran}, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat
unsur tersebut. Kelainan yang ketara dalam bidang ini iaitu di antara dialek Kelantan
dengan Bahasa Melayu ialah tentang suprafiksa kepanjangan konsonanan yang
banyak sekali terdapat dalam dialek Kelantan tetapi tidak terdapat dalam Bahasa
Melayu.
(III). Kekerapan Penggunaan Morfem Terikat
Dari segi penggunaan morfem-morfem terikat, didapati kekerapan dialek
Kelantan tidak setinggi seperti dalam Bahasa Melayu. Dibandingkan di antara
morfem-morfem terikat awalan, akhiran, imbuha apitan dan suprafiksa kepanjangan
konsonan didapati suprafiksa kepanjangan konsonan lebih kerap digunakan oleh
penutur dialek Kelantan, sedangkan penutur Bahasa Melayu tidak menggunakan
bentuk tersebut. Penggunaan imbuhan apitan sangat terhad dalam dialek Kelantan
dan kebanyakkan kata yang mengandungi imbuhan apitan yang digunakan oleh
penutur-penutur dialek Kelantan merupakan kata-kata yang diambil dan disesuaikan
daripada Bahasa Melayu.

(D) KELAINAN DALAM BIDANG AYAT

Kelainan yang terdapat dalam bidang ayat di antara dialek Kelantan dengan
Bahasa Melayu wujud dalam aspek-aspek yang berikut:
i. Susunan ayat pasif.
ii. Susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat.
iii. Susunan kata kesangatan dalam ayat.

(i) Susunan Ayat Pasif

Ayat pasif dalam dialek Kelantan didapati mempunyai susunan yang
berlainan daripada ayat pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Ayat pasif dalam
dialek ini tidak menggunakan di pasif sebelum kata kerja transitif seperti yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Bentuk ini juga tidak menggunakan
kata olehsebelum pelaku. Ayat pasif dalam dialek Kelantan mempunyai tiga susunan
yang berlainan:
(i) Ayat pasif yang menggunakan kata emfatik /n /an / sebelum kata kerja
transitif dengan diikuti oleh kepanjangan konsonan sebelum pelaku seperti
dalam ayat:
//kambe kn mak ima// kambing dimakan (oleh) harimau.
(ii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /di/d/ sebelum pelaku seperti
dalam ayat:
//ula kn kat ? di mama?// ulat itu dipukul (oleh) Mamat.
(iii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /k / sebelum pelaku seperti dalam
ayat:
//kasu? Tu kn paka k diy // kasut itu dia pakai, oleh dia.

(ii) Susunan Kata Aspek /d h/ Sudah Dalam Ayat
Dalam dialek Kelantan, susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat adalah
berlainan daripada yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata aspek /d h/ sudah
dalam dialek ini hadir selepas kata kerja, sedangkan dalam Bahasa Melayu bentuk
tersebut hadir sebelum kata kerja. Berikut diberikan perbandingan susunan kata
aspek /d h/ dalam ayat di antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu:

Kelantan Bahasa Melayu
i. //amb mak d h// saya sudah makan
ii. //k j kit siya? d h// kerja kita sudah siap
iii. //p ? ci? Lab d h// pak cik sudah melabur


(iii) Susunan Kata Kesangatan dalam Ayat

Dalam dialek Kelantan, kata kesangatan hadir hanya selepas adjektif atau
kata yang hendak ditambah kualitinya itu, sedangkan dalam Bahasa Melayu
lazimnya hadir sebelum adjektif, tetapi terdapat juga selepas kata yang hendak
ditambah kualitinya. Sebagai contoh:

Dialek Kelantan Bahasa Melayu
i. //bud ? tu bae? saa?// budak itu sangat baik
ii. //zainun tido lam0 sungoh// zainun tidur sungguh lama
iii. //siti panda bna maji// siti pandai benar mengaji

(E). KELAINAN DALAM BIDANG LEKSIKAL

Oleh sebab dialek Kelantan merupakan satu daripada dialek-dialek Bahasa
Melayu, maka banyak sekali kata-kata atau unsur-unsur leksikal dalam dialek
Kelantan yang sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelainan dalam bidang leksikal seperti
berikut:
i. Kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan tetapi tidak terdapat dalam
Bahasa Melayu.
ii. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Mengikut Ismail Hussein,
pengaruh daripada bahasa Thailand telah menyebabkan timbulnya kemiripan untuk
menunggalkan suku kata di dalam kata-kata yang bersuku kata dua. Beliau juga
menerangkan bahawa peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thailand
banyak sekali berlaku dalam dialek Kelantan.
iii. Kata-kata daripada Bahasa Melayu yang disesuaikan dalam dialek Kelantan.
mempunyai banyak kata yang sama dengan bahasa Melayu, tetapi kata-kata
tersebut mempunyai maksud yang berlainan sama sekali dengan Bahasa Melayu.

(F) KATA GANTI NAMA DIRI
Penggunaan kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan adalah berbeza
dengan penggunaan kata ganti nama diri dalam sebutan baku Bahasa Melayu.
Dalam sebutan Melayu baku, kata ganti diri yang pertama adalah seperti aku, saya,
kita. Namun, dalam dialek Kelantan, penutur dialek ini menggunakan kata ganti diri
yang pertama Ambo, kawe.
Contoh : amb0 mak d0h (saya sudah makan)
Bagi kata ganti nama diri yang kedua, dalam sebutan Melayu baku adalah seperti
awak, kau, engkau,dan kamu. Dalam dialek Kelantan, kata ganti nama diri yang
kedua ini menggunakan perkataan mu, deme, dan sebagainya.
Contoh : mu tak dop pitih?
Bagi kata ganti nama diri yang ketiga pula, penggunaan dalam sebutan Melayu baku
ialah ia, dia, beliau, dan mereka. Dalam dialek Kelantan, perkataan dia digunakan
untuk merujuk diri orang ketiga namun terdapat pengubahsuaian perkataan itu dan
mengikut cara ujaran dialek Kelantan iaitu dio.
Contoh : dio dop wi pitih ko ambo
B) TERENGGANU
Negeri Terengganu Darul Iman adalah negeri yang terletak di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Terengganu terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan
103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya
bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula
bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu adalah kira-kira
1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225
kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Sebelum tahun 1947 terdapat
sembilan daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik,
Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri
Terengganu kemudiannya dikurangkan kepada enam iaitu Kuala Terengganu,
Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1
Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah
ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.
Keluasan daerah tersebut :-
1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,559.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar
Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun
1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang dan jumlah ini bertambah
seramai iaitu sebanyak 236,300 orang pada tahun 1951. Seterusnya, jumlah ini
meningkat lagi pada tahun 1959 kepada angka 278,147 orang dan tahun 1960
seramai 306,942. Jumlahnya terus meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300
orang. Kini penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90
peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.
Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi
negeri ini ialah hasil perikanan. Selain itu, kelebihan yang ada pada negeri
Terengganu ialah hasil petroleumnya yang menguatkan lagi ekonomi negeri serta
menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.








Terengganu merupakan negeri yang tidak asing lagi bagi masyarakat
Malaysia kerana sektor pelancongan serta pembuatan kraf tradisionalnya yang
sudah terkenal di persada dunia. Terengganu juga turut terkenal dengan
penggunaan dialek masyarakatnya yang tersendiri .
(a). Sebutan
Jika membuat perbandingan antara dialek Terengganu dengan
sebutan Melayu baku, dialek ini tidak terdapat banyak perbezaan seperti dialek
Kelantan. Dalam dialek Terengganu, secara umumnya dikenali kerana penggunaan
velar ng di akhir perkataan. Perkataan yang mempunyai huruf m dan n pada
akhirannya, penambahan huruf g atau ng dilakukan.
Contoh:

Ejaan Standard Dialek Terengganu
Makan Makang
Ikan Ikang
Bukan Bukang
Badan Badang
Pun Pung
Zapin Zaping
Kemaman (nama daerah) Kemamang
Jalan Jalang
Hujan Hujang

(b) Fonologi

Selain penambahan velar ng, huruf a yang terdapat di akhir kata perkataan
juga digantikan dengan fonologi e yang jelas seperti dialek Perak (selatan). Dalam
dialek Kelantan pula, huruf a yang terdapat di akhir kata perkataan ditukarkan
dengan huruf o.

Contoh :

Ejaan Standard Dialek Terengganu Dialek Kelantan
Apa Ap Gapo
Mana Man Mano
Ada Ad Ado

Selain itu, berlaku pengguguran huruf m dalam dialek Terengganu seperti :

Ejaan Standard Dialek Terengganu
Jumpa Jup
Sampai Sapaa

Seperti dialek Kelantan, dialek Terengganu juga banyak menggunakan perkataan
dialek bagi menggantikan perkataan bahasa Melayu.

Contoh :

BM Standard Dialek Terengganu
Duit Pitih
Selalu Sokmo
Baling Gandeng
Degil Babe
Garang Bekeng
(c). Bidang Ayat
Sama seperti dialek Kelantan, terdapat juga kelainan bidang ayat antara
dialek Terengganu dengan Bahasa Melayu. Kelainan ini wujud dalam aspek-aspek
yang berikut:
i. Susunan ayat pasif.
ii. Susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat.

i. Susunan ayat pasif
Ayat pasif dalam dialek Terengganu juga didapati mempunyai susunan yang
berlainan daripada ayat pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Ayat pasif dialek
ini tidak menggunakan di sebelum kata kerja seperti Bahasa Melayu standard.
Ayat pasif dalam dialek Terengganu juga mempunyai tiga susunan yang berlainan:

(a) Ayat pasif yang menggunakan kata emfatik /n /an / sebelum kata kerja
Contoh :

//kambi kn maka dea rima//
kambing dimakan (oleh) harimau.

(b) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /di/d/ sebelum pelaku seperti
dalam ayat:
Contoh :

//ular tu kn kat0? dea mama?//
ulat itu dipukul (oleh) Mamat.


(c) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /k / sebelum pelaku seperti dalam
ayat:
Contoh:

//kasu? Tu kn paka k diy //
kasut itu dipakai oleh dia.

ii. Susunan Kata Aspek /d h/ sudah dalam ayat
Dalam dialek Terengganu, susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat
adalah lebih kurang sama dengan dialek Kelantan namun berlainan daripada yang
terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata aspek /d0h/ sudah dalam dialek ini hadir
selepas kata kerja, sedangkan dalam Bahasa Melayu bentuk tersebut hadir sebelum
kata kerja.

Contoh:

Terengganu Bahasa Melayu
i. //aku maka d0h// saya sudah makan
ii. //kje kit siyap d0h// kerja kita sudah siap
iii. //pa? ci? minu d0h// pak cik sudah minum
Dalam dialek Terengganu, tidak semua perkataan bahasa Melayu digunakan.
Terdapat beberapa perkataan yang terdapat dalam dialek Terengganu yang
diujarkan mengikut kata sifat dan kata sokongannya.
Contoh:
Terengganu Bahasa Melayu
Leput Putih
Legang Hitam
Kunang Merah
Siior Kuning


Contoh ayat :
//Puth lepot anok ye//
Putih sungguh anak

Selain itu, sifat-sifat adjektif dan bilangan juga diujarkan mengikut sifatnya.
Contoh:
Terengganu Bahasa Melayu
Jalo Besar
Toteh Kecil
Toet Sedikit
Lote Comel

(d). Kata Ganti Nama Diri
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam dialek Terengganu juga berbeza
dengan kata ganti nama diri yang diguna pakai dalam bahasa Melayu standard.
Sungguhpun terdapat sedikit persamaan antara diaelk Terengganu dengan dialek
Kelantan, namun penggunaan kata ganti nama diri terdapat perbezaan.
Dalam sebutan Melayu baku, kata ganti diri yang pertama adalah seperti aku,
saya, kita. Namun, dalam dialek Terengganu, penutur dialek ini menggunakan kata
ganti diri yang pertama aku, ambo, dan kito.
Contoh :
//amb0 maka d0h//
(saya sudah makan)

Bagi kata ganti nama diri yang kedua, dalam sebutan Melayu baku adalah
awak, kau, engkau,dan kamu. Dalam dialek Terengganu, terdapat juga perkataan
persamaan dengan dialek Perak iaitu deme. Kata ganti nama diri yang kedua ini
menggunakan perkataan mung, dimey, dan deme.
Contoh :
//mu suko amb0//?
(awak suka saya)

Bagi kata ganti nama diri yang ketiga pula, penggunaan dalam sebutan Melayu baku
ialah ia, dia, beliau, dan mereka. Dalam dialek Terengganu, perkataan deme
digunakan untuk merujuk diri orang ketiga.
Contoh :
//dem suko ketik amb0//
(dia suka gigit saya)

También podría gustarte