Está en la página 1de 2

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada
diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan
masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi
yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara
menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada
elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif;
Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris);
Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi
penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan
setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana
murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi
secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan
muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk
menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan
mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara
berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara.
Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk
membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini
kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain
serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan
bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan
keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik
darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang
dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa
Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid
bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada
pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani
menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat
keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang
betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set
prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan
semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk
kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional
dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada
prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam
kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya
murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan,
menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.