Está en la página 1de 8

Tugas

utama

seorang

pengajar

atau

guru

adalah

untuk

memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Kejayaan sesuatu pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran adalah bergantung kepada pengukuran terhadap objektif yang telah dicapai. Untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran penyediaan rancangan pengajaran harian adalah sangat penting. Ini kerana melalui Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) 9 Mac 1999 menyatakan bahawa

Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolahsekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masingmasing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan

dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Saya telah memilih tajuk bentuk dan ruang untuk pelajar tahun 6. Sub topik bentuk 3 dimensi bagi penyediaan RPH untuk tugasan kali ini. Penyediaan RPH ini telah mengambil kira ciri utama penyediaan RPH yang telah ditetapkan melalui pekeliling. Melalui set induksi saya telah menggunakan pendekatan didik hibur untuk pelajar iaitu saya telah memilih video lagu yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari untuk menarik minat murid. Pemilihan bahan saya adalah tepat selaras dengan konsep set induksi iaitu set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Dalam hal ini, guru perlu merancang set induksi supaya ia ada perkaitannya dengan perkara atau pelajaran yang akan dipelajari selepas itu. Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan

menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas. Akhir sekali guru juga perlu menggunakan set induksi untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkatperingkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan. Justeru saya turut memasukkan elemen rekreasi matematik dalam set induksi iaitu mencari perkataan tersembunyi semasa lagu dimainkan. Murid menyebut nama bongkah yang dijumpai dalam rekreasi tersebut. Pada langkah satu, murid diperkenalkan semula dengan bongkah kubus dan kuboid dengan menggunakan bongkah atau bahan yang terdapat dalam kelas. Guru cuba mengaitkan rumus luas dalam bongkah kubus dan kuboid. Murid di minta untuk melakukan aktiviti menggunting bentangan kubus dan kuboid. Murid dibimbing untuk mengenalpasti panjang dan lebar sebelum mengira luas permukaan bongkah.

Strategi berpusatkan murid adalah strategi pengajaran tidak langsung. Tidak seperti strategi berpusatkan guru, untuk strategi berpusatkan murid, peranan guru beralih daripada pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Murid terlibat aktif (berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi serta membuat refleksi pembelajaran) dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai perancah (scaffolding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan atau orang lain. Penekanan sedemikian membuatkan murid dapat

melaksanakan pembelajaran terarah kendiri serta mengikut kadar kendiri. Kaedah yang boleh digunakan di bawah strategi berpusatkan murid ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan strategi pembelajaran secara tidak langsung. Aplikasi strategi berpusatkan murid tidak bermakna murid akan menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Seringkali strategi ini diinterpretasikan dengan murid memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Strategi berpusatkan murid sepatut meletakkan murid sebagai tumpuan

pembelajaran (contohnya, aplikasi kaedah berasaskan inkuiri). Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada murid, bukan sebagai fasilitator yang hanya duduk di meja guru dan menantikan murid mendatanginya. Antara kebaikan strategi berpusatkan murid ini adalah pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif, Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam, Meningkatkan tangungjawab murid, Meningkatkan autonomi murid, Saling bergantung antara guru dan murid, Saling menghormati antara guru dan murid dan Pendekatan pengajaran dan pembelajaran refleksif untuk guru dan murid. Manakala strategi berpusatkan bahan ialah menekankan penggunaan bahan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru terlebih dahulu perlu memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul dan berkesan. Pengajaran boleh dilakasanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif, sekiranya bilangan bahan tidak mencukupi, dan murid akan menggunakan bahan untuk meneroka maklumat secara inkuiri.

Langkah 2 saya lebih menekankan aktiviti kumpulan. Dalam aktiviti kumpulan pelajar akan meneroka bersama untuk mencari luas permukaan yang diberikan oleh guru. Mereka akan sama sama membantu untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Saya memilih aktiviti kumpulan kerana melalui perbincangan dalam kumpulan dapat memupuk interaksi sosial pelajar disamping belajar menghormati pendapat orang lain. Lyman (1998), menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyertaan pelajar dalam kumpulan kecil untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang dapat membentuk interaksi positif antara mereka. Pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik berbanding dengan

pendekatan tradisional (Davidson, 1985). Analisis 46 kes yang telah dijalankan oleh Robert Slavin (1983), menunjukkan 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif, 33% menunjukkan perbezaan dan hanya 4% kejayaan dicapai melalui cara tradisi. Hasil kajian dalam negeri oleh S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran koperatif adalah menyeronokkan. Pengajaran secara berkumpulan merupakan model pengajaran sosial yang direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial ini bertujuan untuk membantu murid atau pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan. Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Mod dalam model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan seperti pembelajaran koperatif dan main peranan. Malangnya pengajaran ini sangat kurang dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah, hal ini mungkin disebabkan oleh banyak faktor contohnya kekangan masa dan jumlah murid yang ramai. Sekiranya kita dapat menguasai kaedah pengajaran ini, ia dapat memberi impak yang positif bukan sahaja murid malah guru yang mengajarnya. Menurut Gibb (1969) pengajaran berkumpulan terdiri daripada beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang sama, saling berhubungan dan bertukar-tukar pendapat serta fikiran dan bergantung diantara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.

Pada langkah 3, saya memilih aktiviti berpasangan untuk meyakinkan murid terhadap penguasaan isi pelajaran yang di ajar. Pada bahagian ini murid masih berbincang bersama pasangan untuk mendapatkan keputusan atau jawapan yang tepat berdasarkan lembaran aktiviti mengikut aras yang diedarkan. Murid akan mengaplikasikan segala pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari pada langkah 1 dan 2. Perbincangan dalam kumpulan kecil membolehkan guru mengesan murid yang menguasai dan tidak menguasai secara rawak. Ini dapat di atasi dengan lebih awal agar objektif pelajaran tercapai pada hari tersebut. Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kepentingan kompleksiti aras kognitif soalan telah diberi perhatian oleh beberapa pengkaji. Misalnya, menurut Wilson (1973), aras kognitif soalan memberi kesan ke atas tindak balas pelajar. Ini kerana kepelbagaian kognitif dalam jawapan pelajar sebahagian besarnya ditentukan oleh kepelbagaian kompleksiti soalan yang diberi. Cole dan Williams (1973), Smith (1978) dan Dillon (1981) menyatakan secara umumnya soalan pada aras mengecam dan mengingat yang mempunyai tahap kesukaran rendah mendapat jawapan pendek berbanding dengan soalan pada aras tinggi yang memerlukan pelajar memberikan pendapat dan inferensi. Pada bahagian penutup murid dikehendaki menyemak jawapan dengan menggunakan kalkulator iaitu salah satu teknologi matematik. Murid akan membanding beza jawapan yang dikira dengan jawapan kalkulator. Alat ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik, selain mempermudahkan jalankerja untuk mengatur dan menganalisa data serta menjalankan komputasi dengan cekap dan tepat, di samping itu, alatan teknologi (kalkulator) ini dapat menyokong penyiasatan dan penerokaan yang dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistic, algebra dan nombor. Apabila teknologi (kalkulator) ini sedia wujud dalam proses pembelajaran muridmurid, maka mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan

menyelesaikan masalah. Murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi (kalkulator) yang sesuai (Dunham dan Dick, 1994; Sheets 1993; Boers-Van Oosterum 1990; Rojano 1996; Groves 1994).Teknologi kalkulator juga dapat digunakan untuk memupuk pemahaman konsep matematik. Dalam program matematik, kalkulator patut digunakan dengan meluas dan dengan tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-murid di dalam

matematik.Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam kalkulator membolehkannya untuk menyemak semula matematik dan apakah yang patut murid-murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan baik. Dalam buku bertajuk Teaching Mathematics yang memuatkan subtajuk Calculators in the classroom yang ditulis oleh Colin Noble -Nesbit, menyatakan bahawa melalui kaedah pemerhatian, kalkulator dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar tentang algoritma yang mereka lakukan dalam kerja tradisi.

Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak

menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Terdapat kajian yang menunjukkan muridmurid takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut Bernard R. Yvon Compelling case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus yang tersendiri.

kesimpulannya menurut Benjamin Franklin "By failing to prepare, you are preparing to fail". Berdasarkan pepatah ini, maka bererti bahawa sesuatu

perancangan itu amat memainkan peranan penting terutamanya dalam bidang perguruan. Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran

mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jikadibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek.

También podría gustarte