Está en la página 1de 4

ARCA DEFINISI i) Merupakan pengucapan hasil seni yang bersifat 3D. ii)Boleh diamati pada ruang 360 darjah.

iii)Permukaan dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut iv)Hasil karya dalam ruang, reality, atau ruang yang sebenar. V)penghasilan menggunakan unsure seni reka. vi)Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere iaitu satu proses mengukir,melarik,mencungkil dan menguris. SEJARAH ARCA i)penciptaan sejak zaman Srivijaya sekitar tahun ke17-13m ii)bukti dilembah cemur Perak (patung menggambarkan seorang mawata (arca terawal) iii)batu nisan di Keramat Sg. Udand Pengkalan Kampas Negeri Sembilan. iv)Arca moden pada tahun 1960 diterajui oleh Syed Ahmad Jamal dan Latif Mohidin Anthony Laud dan Lee Kian Seng. Ciri-ciri arca yang bermutu i) ii) iii) Stabil dan kukuh. Tahan lama dan tidak mudah kakis. Penggunaan cat atau varnis yang sesuai supaya ia kelihatan kemas,cantik dan menarik.

1)Arca mobail

Ciri-ciri arca mobail - Arca yang berupaya untuk bergerak, beruputar atau berubah. - Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan. - Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an. Definisi Arca Mobail Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER American, 1898-1976) The Star, 1960

2)Arca Stabail Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawangawang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander "Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939)

3)Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel Marcel Duchamp, 1951

También podría gustarte