Está en la página 1de 9

Nabi Adam a.s ialah manusia pertama dan Nabi yang pertama.

Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa telah diturunkan ke Bumi kerana telah memakan buah dari pohon yang dilarang oleh Allah semasa di syurga akibat terpengaruh oleh godaan syaitan. (Surah Al-Baqarah : 135) Dosa Nabi Adam telah diampunkan Allah SWT kerana Nabi Adam telah memohon keampunan. Allah lalu mengampuninya. Anak-anak Nabi Adam ialah pasangan kembar Qabil/Iqlima dan Habil/Labuda. Nabi Adam a.s merupakan nenek moyang pertama bagi seluruh umat manusia. Pengajaran : Iblis syaitan selalu menggoda manusia supaya melakukan kejahatan.

Nabi Idris a.s ialah bapa kepada Nabi Nuh a.s. Merupakan keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yarid Bin Mihlaiel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s. Nabi idris bermukim di Mesir. Beliau mempunyai pelbagai ilmu seperti ilmu matematik,ilmu bintang, berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah. Beliau juga orang pertama yang mahir/pandai menggunting dan menjahit pakaian. Idris ialan nama gelaran kerana beliau banyak mempelajari sahifahsahifah Nabi Adam, Syith dan beliau sendiri. Pengajaran : Allah menyayangi orang yang sabar dan membalas manusia yang derhaka kepadaNya.

Nabi Nuh a.s merupakan keturunan ke-10 daripada Nabi Adam a.s. Beliau diutuskan sebagai Rasuluntuk penduduk negeri Armenia. Terkenal dengan peristiwa pembinaan kapal dan banjir besar. Umatnya sentiasa mengejek dan menghina Nabi Nuh. Dakwah beliau berlansung selama beratus tahun (950 tahyn), akan tetapi hanya segelintir sahaja yang mengikutinya. Dalam peristiwa banjir besar itu, segala-galanya tenggelam sama ada bukit atau gunung tinggi. Semua umat yang beriman dan makhluk berpasangan di bawa naik ke atas kapal. Isteri dan anaknya, Kanan termasuk mereka yang tidak menerima seruan Nabi Nuh a.s. Pengajaran : Bantuan Allah berterusan kepada orang beriman. menyampaiakan ajaran kepada

Nabi Hud a.s merupakan cucu Nabi Nuh a.s yang diutus Allah kepada kaum Ad. Bangsa Ad adalah bangsa kuat, mahir membuat benteng dan bangunan, namun sayang agama mereka adalah penyembahan berhala. Kaum Ad yang takbur dan sombong ini telah dihancurkan Allah dengan peristiwa angin yang dahsyat selama 7 malam 8 hari dan mereka mati bergelimpangan. (Surah Al-Haqqah : 6-8) Pengikut Nabi Hud yang beriman dilindungi Allah. Nabi Hud a.s berpindah ke Hadhramut setelah berlakunya kehancuran tersebut.

Nabi Saleh bin Ubaid bin Jabir bin Tsamud, berasal daripada kaum Tsamud bersempena nama datuk beliau Tsamud bin Amir bin Iram bin

Nabi Ibrahim merupakan anak kepada Azar yang berasal daripada keturunan Sam Bin Nuh. Ayah Nabi Ibrahim merupakan seorang tukang patung dan berhala. Nabi Ibrahim sangat benci kepada berhala ukiran ayahandanya. Nabi Ibrahim memulakan pencarian Tuhan dengan menggunakan akal fikirannya, kemudian Allah memberikan beliau petunjuk dan wahyu. Kisah yang sering diceritakan ialah peristiwa Nabi Ibrahim menghancurkan berhala dengan kapak dan akhirnya kapak dikalungkan ke leher berhala paling besar.Raja Namrud telah mendapat tahu dan membakar Nabi Ibrahim.Dengan kuasa Allah api menjadi sejuk dan Nabi Ibrahim tidak terbakar. Isteri pertamanya ialah Siti Sarah (putera mereka:Ishak dan Yaakub), manakala isteri keduanya Hajar (putera mereka :Ismail).

Sam bin Nuh.


Mukjizat Nabi Saleh ialah terkeluarnya seekor unta betina dari dalam batu. Kaum Tsamud tidak mempercayai kerasulannya dan telah menyembelih unta Nabi Saleh. Allah telah menimpakan mereka gempa bumi yang dahsyat dan disambar petir. (Surah AlAraf : 78) Pengajaran : Allah mengutuskan Nabi untuk member petunjuk sebelu mereka diazab. Tetapi, umat Nabi Saleh ingkar dan mereka yang beriman telah diselamatkan.

Nabi Lut a.s ialah anak saudara Nabi Ibrahim a.s. Beliau diutus kepada Bani Sadum. Kaum Nabi Lut suka melakukan kejahatan dan melakukan maksiat seperti homoseksual di kalangan lelaki dan lesbian di kalangan wanita. Mereka tidak suka menerima nasihat Nabi Lut walaupun sudah berulang kali menasihatinya. Allah telah memerintahkan Nabi Lut dan pengikutnya untuk keluar dari Kota Sadum. Isteri Nabi Lut merupakan antara mereka yang diazab. Allah telah mengazab penduduk kota Sadum dengan gempa bumi yang kuat disertai angin kencang dan hujan batu serta diterbalikkan kota Sadum. (Surah Hud : 82-83)

Nabi Ismail a.s ialah anak Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar. Nabi Ismail, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar manusia pertama mendiami negeri Makkah. Antara perisitiwa penting : Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s telah berhijrah ke Makkah Larian 7x antara bukit Safa dan Marwah/Sejarah Perigi Zam-zam Makkah terbentuk sebagai desa yang makmur. Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail. atas nasihat Nabi Ibrahim. Kemudian, beliau mencari

Nabi Ismail a.s akhirnya berkahwin.Isterinya yang pertama telah diceraikan pengganti baru dan perkahwinan itu kekal. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan daripada Nabi Ismail a.s. Kaabah rumah pertama yang dibina sebagai tempat beribadah.

Nabi Ishak a.s adalah putera Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Sarah. Beliau dilahirkan ke dunia semasa Siti Sarah mencapai usia lanjut. Perkataan Ishak bererti, tertawa gembira dan terkejut. Ibu Nabi Ishak sewaktu mendapat tahu beliau akan dikurniakan zuriat, beliau tertawan dan terkejut kerana usianya sudah lanjut. Nabi Ishak dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yaakub. Nabi Ishak juga melahirkan keturunan para Nabi dari kalangan bani Israil sehingga kepada Nabi Isa a.s. Allah merahmati ahli keluarga Nabi Ishak a.s.

Nabi Yaakub a.s merupakan anak kepada Ishak bin Ibrahim. Beliau diutuskan Allah ke Kanan (Sabil) sebagai Rasul untuk menyeru manusia menyembah Allah. Keturunannya disebut sabagai Al-Asbaath yang membawa maksud kabilah-kabilah Bani Israil. Mempunyai 4 isteri iaitu Layya, Rahil, Sulfah dan Balhah. Hasil daripada 4 perkahwinan itu, beliau dikurniakan 12 orang anak. Nabi Yaakub (Nabi Israil) telah berhijrah ke Palestin. Pada malam hari beliau berjalan dan beristirehat pada siang hari. Oleh sebab itu, keluarga Yaakub dan keturunannya dikenali sebagai Bani Israil yang bermkasud suka berjalan pada malam hari. Yaakub meninggal dunia di Mesir dan tugas pemerintahan diserahkan kepada anaknya Nabi Yusuf. Penyebaran Bani Israil di Mesir bermula semasa perpindahan Yaakub.

Nabi Yusof a.s telah mengalami pelbagai cubaan dan penderitaan pahit sejak kecil. Antara kelebihan beliau ialah pandai mentakwil/mentafsir mimpi dengan benar dengan pertolongan Allah. Beliau merupakan putera Nabi Yaakub seayah seibu dengan Bunyamin. Ibu beliau ialah Rahil. Nabi Yusof telah dibuang ke dalam perigi oleh saudaranya lalu dijumpai oleh pedagang. Nabi Yaakub sangat sedih sehingga menjadi buta. Raja Mesir dan isterinya Siti Zulaikha telah menjaga Yusof. Ketampanan Yusof telah menggoda Zulaikha sehingga menyebabkan fitnah kepada Yusof. Yusof pernah dipenjara dan dibebaskan kerana berhasil mentafsir mimpi Raja Mesir. Akhirnya, Nabi Yusof diangkat menjadi Raja dan bertemu ayahnya.

Nabi Ayub a.s adalah anak kepada Ish bin Ishak bin Ibrahim a.s. Beliau seorang yang kaya dan memiliki tanah yang luas serta pelbagai binatang. Beliau tetap taat beribadah kepada Allah. Seluruh binatang dan tanamannya telah musnah dan beliau telah menjadi miskin. Nabi Ayub a.s menerima cubaah daripada Allah. Beliau menderita mengalami penyakit kulit (bukan penyakit berjangkit) dan dipinggirkan oleh masyarakat kecuali isterinya yang sangat solehah dan setia. Allah telah mengembalikan kesihatan Ayub dan beliau sembuh.segala kekayaannya pun kembali seperti sedia kala. Kesabaran dan kekuatan iman yang dimiliki oleh Nabi Ayub a.s telah membolehkan beliau menghadapi segala cubaan.

- diturunkan azab seperti taufan,belalang,katak,kutu,darah

- kisah laut terbelah - Qarun ditelan Bumi

Nabi Syuaib a.s merupakan keturunan Nabi Lut a.s. Nabi Syuaib diutuskan menjadi Rasul di negeri Madyan. Kaumnya membangkang dan tidak suka mengikuti seruannya. Kaum Madyan suka merampas harta orang dan berbohong dalam menimbang. Allah menurunkan dahulu udara yang sangat panas lalu mengeringkan kerongkong dan membakar kulit. Justeru, Allah menurunkan azab berupa gempa bumi yang dahsyat dan menghancurkan negeri mereka. Kemudian, beliau berhijrah ke negeri Aikah. Penduduk di sini juga sama seperti penduduk Madyan. Allah menurunkan azab berupa panas terik dan awan hitam yang tebal. Pengajarn : Allah tidak ragu-ragu menurunkan azab kepada hambahambaNya yang ingkar dan melindungi hamba-hambaNya yang beriman.

Nabi Musa a.s merupakan putera Imran bin Yasskhur bin Qahits bin Yaakub.Beliau dilahirkan di Mesir. Penduduk Mesir terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Qibti dan Bani Israil. Rajanya ialah Firaun yang sangat zalim dan mengaku dirinya sebgai Tuhan. Pada zaman itu, setiap anak lelaki Bani Israil yang lahir harus dibunuh sehingga mati. Allah telah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa untuk menghanyutkannya ke Sungai Nil. Siti Asiah, isteri Firaun menemuinya dan menjadikannya anak angkat. Masa terus berlalu dan Musa meningkat remaja dan semakin matang. Musa tidak percaya bahawa Firaun adalah Tuhan tetapi hanya sekadar manusia biasa yang zalim. Pada suatu hari ketika Musa a.s memasuki kota dan berjalan-jalan, beliau telah terbunuh pengikut Firaun dengan tidak sengaja.

Nabi Harun a.s ialah saudara kandung (abang) kepada Nabi Musa a.s. Nabi Harun a.s membantu saudaranya dalam menghadapi Firaun. Allah telah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk menemui Firaun supaya melepaskan Bani Israil yang diseksa. Ketika Nabi Musa a.s meninggalkan umatnya selama 40 malam di bukit Sinai, mereka diletakkan di bawah penjagaan Nabi Harun. Setelah lebih kurang 30 hari Musa tidak juga kembali. Samiri seorang tukang sihir secara diam-diam mencipta sapi daripada tanah liat dan disihir sehingga mampu bersuara. Nabi Harun telah bersusah payah melarang mereka. Apabila Nabi Musa kembali, beliau bertanya hal itu kepada Nabi Harun.

Nabi Zulkifli a.s merupakan anak NabiAyub a.s. Zulkifli adalah gelaran yang diberikan kepadanya, manakala nama asalnya ialah Basyar bin Ayub. Gelaran ini diberikan kepadanya kerana beliau sanggup menjalankan amanat raja.(berpuasa di siang hari, beribadah pada malam hari) Zulkifli bererti kesanggupan. Beliau sanggup mengganti tempat raja yang tidak sanggup lagi meneruskan pemerintahan lantaran telah tua. Nabi Zulkifli seorang raja yang tidak pernah marah,walau dalam apa jua keadaan dan sangat penyabar. (Surah Al-Anbiya : 85-86) Pengajaran : Sentiasa bersikap sabar

Nabi Daud a.s merupakan anak Isya Bin Basywa, iaitu cucu Yahuza Bin Yaakub keturunan Nabi Ibrahim yang ke-12. Peristiwa terkenal ialah antara Thalut Dan Jalut. Thalut bukanlah nabi atau berketurunan raja, tetapi mahir dalam peperangan dan seorang pemimpin perang. Dia telah dilantik menjadi raja. Jalut pula seorang raja yang zalim dan telah berjaya dikalahkan oleh tentera Thalut. Nabi Daud diangkat menjadi raja setelah Raja Thalut pergi meninggalkan kota dan istana. Beliau memiliki alunan suara yang sangat merdu. Mukjizatnya ialah dapat melembutkan besi. Nabi Daud a.s telah dianugerahkan dengan kitab Zabur. (Surah Al-Isra : 55)

Nabi Sulaiman a.s merupakan anak Nabi Daud a.s bin Isya. Antara keistimewaan Nabi Sulaiman ialah : - beliau pergi ke mana sahaja menggunakan angin sebagai pengangkutannya. - Beliau dapat memerintah jin. - Memahami bahasa binatang dan binatang juga faham perkataan beliau.Kisah dengan semut (Surah Al-Naml : 18-19) - Raja dan Nabi yang terkaya - Beliau terkenal dengan keadilan, kebijaksanaan,cerdas dan berilmu. Kisah burung hud-hud dan pengislaman Puteri Balqis (Raja kerajaan Saba). Sebelum menerima dakwah Nabi Sulaiman, Puteri Balqis dan rakyatnya menyembah matahari. Dengan izin Allah, singgahsana Puteri Balqis telah dipindahkan ke kerajaan Nabi Sulaiman.

Nabi Ilyas a.s merupakan keturunan Harun yang ke-4. Beliau diutuskan Allah kepada Bani Israil yang menyembah berhala bernama Baal. (surah As-Saffat : 123-126) Allah menurunkan seorang kanak-kanak bernama Ilyasa. Anak kecil itu dijadikan sebagai anak angkat. Allah telah menurunkan azab berupa kemarau yang berpanjangan kepada kaum Nabi Ilyas. Situasi ini telah memberi keinsafan kepada umatnya. Setelah keadaan pulih, umat Nabi Ilyas tetap lalai dan melupakan Tuhan. Oleh itu, Allah telah menurunkan azab yang lebih pedih kepada mereka. Allah melindungi Nabi Ilyas dan Ilyasa daripada seksaan kerana mereka hambaNya yang taat.

Nabi Ilyasa a.s merupakan putera kepada Aktub bin Ajuz. Beliau diambil sebagai anak angkat oleh Nabi Ilyas a.s. Beliau dilantik sebagai Rasul Allah setelah kewafatan Nabi Ilyas a.s. Umatnya berada dalam keadaan aman dan makmur, di atas ketaatan dan kepatuhan mereka terhadap Allah serta menerima ajaran Nabi Ilyasa. Tetapi, umatnya bersikap derhaka kepada Allah setelah kewafatan Nabi Ilyasa.

Nama sebenar Nabi Yunus a.s ialah Yunus bin Matta. Beliau dilantik sebagai Rasul Allah ketika berusia 30 tahun. Pada usia 33 tahun beliau menyeru kaumnya, tetapi hanya dua orang sahaja beriman. Beliau diutus Allah untuk berdakwah kepada penduduk kawasan Ninawa. Inilah ujian yang diterima oleh Nabi Yunus a.s dan beliau telah ditegur oleh Allah kerana meninggalkan kaumnya sebelum menerima wahyu Allah. Umat Nabi Yunus bersikap derhaka terhadap Allah. Kemudian mereka bertaubat setelah hampir menerima azab. Azab belum diturunkan, tetapi Nabi Yunus pula telah pergi meninggalkan kaumnya. Nabi Yunus menerima dugaan Allah iaitu ditelan ikan Nun yang besar. Nabi Yunus akhirnya terselamat dan Allah menerima taubatnya.

Nabi Zakaria a.s merupakan anak Azir bin Muslim yang berketurunan Nabi Sulaiman bin Daud a.s.. Isterinya bernama Isya, iaitu saudara perempuan kepada Hannah (isteri kepada Imran Bin Matsan). Imran bin Matsan merupakan ayah Maryam. Nabi Zakaria inginkan zuriat walaupun telah menjangkau usia lanjut manakala isterinya mandul. Beliau telah berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat (Surah Maryam : 4-6). Berkat kekuasaan Allah, Zakaria dikurniakan seorang anak putera bernama Yahya. Petandanya ialah Nabi Zakaria tidak kan bercakap dengan manusia selama 3 malam. Hal itu telah diberitau oleh malaikat.(Surah Maryam:10-11) Yahya bermaksud hidup dan Nabi Zakaria merupakan orang pertama menggunakan nama tersebut.

Nabi Yahya a.s merupakan putera Nabi Zakaria a.s. Kedua-dua mereka dilantik sebagai Nabi dan utusan Allah. Nabi Yahya sejak kecilnya terpelihara daripada segala maksiat dan perkara syirik. Beliau juga sangat berbakti kepada orang tuanya. Nabi Yahya bersama ayahnya, Nabi Zakaria wafat terbunuh oleh raja, kerana mempertahankan hukum Allah. Mereka mencegah raja berkahwin dengan anak tirinya, yang diharamkan dalam Islam. Pengajaran : Hukum Islam wajib dipertahankan.

Nabi Isa a.s merupakan putera kepada Maryam dan beliau tidak mempunyai ayah. Jibril telah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam.(Surah Maryam :19) Orang ramai gempar melihat keadaan Maryam kerana beliau belum berkahwin. Segala-galanya adalah atas kekuasaan Allah yang menginginkan sesuatu berlaku ia pasti berlaku. Berkat kekuasaan Allah bayi kecil telah bercakap kepada orang ramai. (Surah Maryam:30-34) Nabi Isa a.s tidak terbunuh dan tidak disalib. Mangsa pembunuhan mereka ialah sahabat Isa yang memiliki paras rupa seperti Isa a.s. Nabi Isa a.s ialah seorang manusia biasa, diutus sebagai Rasul Allah (Kitab Injil). Sahabat-sahabat setia Isa a.s dikenali sebagai Al-Hawariyyun.

USIA 20 TAHUN - Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di BIODATA RASULULLAH SAW Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman) Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimatus Saadiah - 4 tahun). dalam kitab 'Sirah, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 5 TAHUN - Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN - Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN - Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya,Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.Di kota Basra, seorang pendita Nasrani bernama Buhaira telah bertemu ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN - Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M. USIA 63 TAHUN - Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 M.

Akhlak Rasulullah SAW Al-Amin (Jujur) Amanah Menyampaikan Bijaksana Rasulullah Melaksanakan Israk Dan Mikraj (Surah Al-Israk,17:1) Berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan. Israk :perjalanan dari Masjidi Haram di Makkah ke Masjidil Aqso di Palestin. Mikraj : perjalanan dari Masjidil Aqso di Palestin ke Sidratul Muntaha. Rasulullah Semasa SAW Israk menaiki Mikraj kenderaan Nabi bernama Muhammad Buraq SAW ditemani menerima malaikat Jibril. inilah perintah tentang solat 5 waktu.(permulaan asal ialah 50 waktu)

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW 1. Khadijah Binti Khuwailid. 2. Saudah Binti Zam'ah. 3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). 5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 7. Zainab Binti Jahsy. 8. Maimunah Binti Harith. 9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin) ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 1. Qasim 4. Zainab 2. Abdullah 5. Ruqaiyah 3. Ibrahim 6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra '

Siri-Siri Peperangan - Perang Badar - Perang Uhud - Perjanjian Hudaibiyah - Perang Khandak (Ahzab) - Perang Tabuk Mukjizat Nabi Muhammad SAW 1. Al-Quran mukjizat yang terbesar. 2. Peristiwa pembelahan dada oleh malaikat 3. Nabi terselamat daripada ancaman terbunuh.(kisah Hijrah) 4. Doa dan sabda Nabi Muhammad SAW - Doa Nabi Muhammad SAW buat Abdullah bin Abbas, agar Allah memberikannya ilmu takwil dan pemahaman mengenai agama, semuanya menjadi kenyataan. Pengajaran : Marilah kita mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW. Jom kutip pahala selawat : Allahumma solli ala Muhammad

sambungan Kisah Nabi Musa a.s

Allah telah mengirim seorang lelaki mengingatkan Musa untuk melarikan diri. Beliau telah meninggalkan Mesir dan sampai ke kota Madyan. Akhirnya, bertemu dengan Nabi Syu'aib. Beliau menjadi pekerja dan menantu kepada Nabi Syuaib. Mukjizat Nabi Musa a.s ialah dapat menukarkan tongkat menjadi ular dan mengeluarkan cahaya dari tapak tangan dengan izin Allah. Peristiwa Musa dan yang seringkali disebut selamat dalam manakala kisah Nabi
(LembahThuwa)

Nabi Harun telah bersusah payah melarang umatnya namun, semakin hebat beliau ditentang. Sekembalinya Nabi Musa, beliau menegur Nabi Harun. (Surah Taha:94) Allah telah memberi keampunan kepada mereka. Samiri telah dihalau pergi dan patung sapi itu dibakar. Kaum Nabi Musa a.s ingin melihat Allah.(Surah al-Baqarah :155) Tindakan itu menunjukkan kebodohan mereka yang luar Kemudian mereka diseksa dengan suara yang biasa. Oleh lalu sebab itu, kebodohan mereka harusdi bayar mahal,dengan kematian. menggegar menghancurkan roh dan jasad. Mereka semua pun mati. (Surah Al-Araf : 155-156) Kisah Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir a.s.(Surah Al-Kahfi:60-82) Pengajaran : Allah Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang bertaubat.

Musa Firaun

ialah telah

terbelahnya laut apabila Nabi Musa memukul tongkatnya ke lautan. pengikutnya tentera ditenggelamkan. Nabi Musa meneruskan dakwahnya di Palestin. Beliau telah menerima kitab Taurat dan menerima wahyu Allah di gunung At-Thur. Nabi Harun memimpin kaum sepanjang ketiadaan Nabi Musa a.s.

Samiri, seorang tukang sihir telah membuat patung sapi yang mampu
bersuara dan mengajak orang lain menyembahnya. (Surah Taha : 94-95)

También podría gustarte