Está en la página 1de 10

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Dan Sabah

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah

Sarawak Selepas kekalahan Jepun Sabah selepas kekalahan Jepun

Sarawak diserahkan kepada kerajaan British

Sabah diserahkan kepada kerajaan British

Gerakan Antipenyerahan di Sarawak Penentangan dan reaksi British

Langkah ke arah berkerajaan sendiri

Langkah Ke arah Berkerajaan sendiri di Sarawak Penubuhan Parti Politik di Sarawak

Penubuhan parti politik di Sabah

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak 1. Pada bulan Januari 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan Sarawak. 2. Perlembagaan ini merupakan Perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa kepada rakyat tempatan. 3. Malangnya perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua, Jepun telah menduduki Sarawak dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

Sarawak selepas kekalahan Jepun 1. Selepas Jepun menyerah kalah, British telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British pada 10 September 1945. 2. Pentadbiran Tentera British telah berusaha untuk mengembalikan ketenteraman, pemulihan ekonomi dan mengemas kini pentadbiran. 3. Sarawak berada di bawah Pentadbiran British sehingga 1 Julai 1946. Sarawak diserahkan kepada kerajaan British. 1. Kerajaan British berusaha untuk mengambil alih pentadbiran daripada keluarga Brooke. 2. Charles Vyner Brooke juga telah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa faktor:-

i.

Desakan daripada kerajaan British

ii.

Pertikaian Keluarga

iii.

Masalah Kewangan

a. British mendesak keluarga Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British supaya pelaburan British lebih terjamin.

a. Charles Vyner Brooke tidak mampu mentadbir Sarawak kerana usianya yang sudah lanjut. b. Beliau mengambil keputusan ingin bersara tetapi enggan memberi peluang kepada anak saudaranya Anthony Brooke untuk mengambil alih pentadbiran Sarawak.

a. Sarawak menghadapi masalah kewangan selepas Perang Dunia kedua kerana taktik bumi hangus Brooke sebelum keluar dari Sarawak. b. Brooke tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan semula Sarawak. 2

Hasil daripada rundingan Charles Vyner Brooke dengan kerajaan british pada Disember 1945, Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Gerald T. MacBryan telah dihantar untuk mendapatkan tandatangan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak. MacBryan seperti Harold MacMichael di Tanah Melayu telah menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan. Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Pengumuman ini dibantah oleh pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu dan orang Iban. Akibat daripada bantahan akhirnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke mendapatkan persetujuan secara perundangan dan demokrasi daripada Majlis Negeri. Majlis Negeri telah meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong penyerahan manakala 16 undi menentang Pada 1 Julai 1946, kerajaan British mengisytiharkan Sarawak sebagai jajahan Mahkota British dan Sir Arden Clarke dilantik menjadi Gabenor British yang pertama di Sarawak.

Gerakan Anti Penyerahan

Charles Vyner Brooke menggunakan tipu muslihat membuat keputusan sendiri menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.

1. Orang Melayu dan Iban telah menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan british. 2. Orang Melayu telah diketuai oleh Datu Patinggi abang Haji Abdillah bin Datu Patinggi Haji Mohamad Kassim (ketua datu-datu masyarakat Melayu dan kaum Melayu terpelajar). 3. Gerakan anti penyerahan disertai oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Persatuan Pemuda Melayu Sibu (BPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

Faktor gerakan anti penyerahan Sarawak

Barisan Pemuda Melayu meminta supaya Anthony Brooke dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru supaya memudahkan penduduk Sarawak menuntut kemerdekaan. 3

Penentangan dan reaksi British.

Golongan anti penyerahan telah menghantar bantahan kepada kerajaan british tetapi tidak dihiraukan bantahan tersebut.

Banyak poster ditampal di merata tempat dan setiap kampung diarah membuat poster dan sepanduk menentang bagi penyerahan Sarawak.

Kaum wanita menyertai kaum lelaki menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Cikgu Lily Eberwein, kaum ibu PKMS pergi ke kawasan pedalaman untuk meraih sokongan dan simpati orang Iban. Selain Cikgu Lily Eberwein, Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol yang mewakili kaum ibu BPM, turut mengorbankan masa dan tenaga mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak kepada British. Kerajaan British telah mengeluarkan surat pekeliling no. 9 pada bulan Disember 1946

Pekeliling telah menambah kemarahan golongan anti penyerahan. Pada 2 April 1947, seramai 338 orang kakitangan kerajaan terutamanya guru telah meletakkan jawatan. Tindakan tersebut menyebabkan sebanyak 22 buah sekolah kerajaan terpaksa ditutup, diikuti dengan tindakan seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian menentang pekeliling berkenaan.

Tunjuk perasaan secara besar-besar telah diadakan di Kuching pada 1 Julai 1947, disertai oleh PKMS, BPM dan PDS membantah perlantikan Gabenor Sarawak yang pertama, Sir Charles Arden Clarke. Penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh 250 perwakilan bumiputera dari seluruh cawangan BPM.

Anggapan British gerakan penyerahan bersifat sementara meleset kerana gerakan penentangan semakin mendapat sokongan rakyat Sarawak. British telah menggalakan penubuhan Young Malay Association (YMA) untuk menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Pihak British melaga-lagakan orang Melayu dan Dayak supaya mereka bertelagah. Menjelang akhir tahun 1947, gerakan anti penyerahan semakin lemah akibat propaganda British.

Golongan BPM Sibu telah bertemu secara sulit dan menubuhkan Rukun Tiga Belas yang dianggotai oleh ahli BPM yang radikal. Anggota Rukun Tiga Belas bersumpah akan menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawak kepada British.

Rosli Dhobi anggota Rukun Tiga Belas telah dipertanggungjawabkan untuk membunuh Duncan Steward (Gabenor Sarawak yang kedua) Pada 3 Disember 1949, Duncan Steward telah dibunuh oleh Rosli Dhobi ketika mengadakan lawatan rasmi ke Sibu. Seminggu kemudian Duncan Steward meninggal di hospital Singapura.

British mengambil kesempatan daripada peristiwa pembunuhan Duncan Steward untuk bertindak menggunakan kekerasan bagi menumpaskan gerakan anti penyerahan.

Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati, manakala ahli Rukun Tiga Belas yang lain telah dipenjarakan dan Persatuan Melayu Sarawak diharamkan.

Tindakan British berjaya melumpuhkan gerakan anti penyerahan dan berjaya mengukuhkan kedudukannya di Sarawak sehingga tahun 1963.

Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sarawak

2. Beberapa langkah telah diambil ke arah berkerajaan sendiri di Sarawak oleh kerajaan British. 3. Pada tahun 1946, Pentdabiran Sarawak telah disusun semula untuk memudahkan pentadbiran:i. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. ii. Setiap bahagian dibahagi kepada beberapa daerah. iii. Setiap bahagian diketuai oleh Residen manakala setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.

Pada tahun 1947, British telah membentuk Majlis Tempatan Memberi peluang kepada setiap ahli yang dilantik mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan. Fungsi Majlis Tempatan menguruskan pelajaran rendah, bekalan air, jalan raya, kesihatan dan mengawal perbelanjaan. Majlis tempatan juga mengutip cukai.

Pada tahun 1956, satu pindaan dibuat berkenaan dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Sarawak. Pindaan ini berkuatkuasa pada bulan April 1957, ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah kepada sepuluh orang anggota.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan, ketua orang Iban dari Saribas. Tujuan penubuhan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak dan memperjuangkan hak dan kepentingan orang Iban.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959. Tujuan penubuhan melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan di kalangan rakyat Sarawak serta menyatukan kaum-kaum di Sarawak Parti Negara Sarawak (PANAS) Ditubuhkan oleh Datu Bandar Abang Hj Mustapha pada 9 April 1960. Tujuan penubuhan untuk mewujudkan keharmonian di kalangan semua kaum di Sarawak, menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah dan untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi, politik dan sosial bumiputera.

Penubuhan parti politik di Sarawak

Parti Cina Sarawak (PCS) Ditubuhkan pada bulan Julai 1962, Pengasasnya ialah William Tan. untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia.

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Barieng pada Ogos 1962. Tujuan penubuhan untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjaga hak mereka dalam Perlembagaan.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman, Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud pada 4 Disember 1961. Tujuan penubuhan menuntut hak istimewa dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk bumiputera, mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat dan menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Rumusan Pada bulan November 1962, Parti Perikatan Sarawak terdiri daripada SNAP, PANAS, BARJASA, PESAKA dan SCA telah ditubuhkan. Dalam pilihan raya tahun 1963, Perikatan Sarawak memenangi 138 kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah Sabah selepas kekalahan Jepun 1. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British. 2. Pentadbiran Tentera British telah berusaha untuk mengembalikan ketenteraman dan keamanan dalam negeri. 3. Sabah berada di bawah Pentadbiran British sehingga 15 Julai 1946.

1. SBUB menyerahkan Sabah kepada kerajaan British berdasarkan satu perjanjian pada 26 Jun 1946. 2. Berdasarkan perjanjian ini, Borneo Utara secara rasmi menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. 3. Antara factor penyerahan Sabah kepada kerajaan British ialah:

Desakan pemodal dan pelabur meminta kerajaan British melindungi pelaburan mereka di Sabah.

British mahu mengeksploitasi sumber bahan mentah yang dihasilkan oleh Sabah, di samping ingin menjadikan Sabah sebagai tempat bagi memasarkan hasil keluaran mereka. Rumusan

British ingin menguasai Sabah bagi menjamin kedudukan dan keselamatan mereka di Asia Tenggara kerana Sabah terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Singapura dan Hong Kong.

Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak mendapat tentangan kecuali daripada waris Kesultanan Sulu kerana menganggap sebagai hak milik mereka. Pertubuhan yang ada seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan Pemuda (BARIP) sekadar berjuang untuk memperbaiki keadaan politik dan ekonomi. 8

Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah

Beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan British untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

1. Pada tahun 1950, British telah memperkenalkan perlembagaan baru membawa kepada tertubuhnya Majlis Kerja dan Majlis Undangan. Wakil-wakil anak negeri diberi peluang terlibat dalam pemerintahan negeri melalui perlantikan mereka secara tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Antara pemimpin yang terlibat ialah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

2. Pada tahun 1952, British mengadakan pilihan raya Majlis Tempatan untuk memilih perwakilan melalui proses demokrasi.

3. Pada tahun 1960, British telah meminda Perlembagaan bagi menambah bilangan pemimpin bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan.Bagaimana pun semua ahli dilantik oleh Gabenor bukan melalui pilihan raya.

4. Pada tahun 1962, British telah memperkenalkan Pilihan Raya Majlis Undangan.

Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961. Tujuan penubuhan untuk menjaga kepentingan dan memelihara hak orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang untuk meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) a. Ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harun pada bulan Disember 1961. b. Mendapat sokongan kuat daripada kaum Sulu, Bajau, Kedayan dan Melayu Brunei. c. Tujuan penubuhan Memperjuangkan hak kaum Bumiputera Islam Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah.

Parti Politik di Sabah sehingga tahun 1963

Parti Cina Sabah (SCA) Gabungan Parti Bersatu (United Party) dan Parti Demokrat (Democrat Party) a. Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin pada Oktober 1962. b. Tujuan penubuhan memelihara kepentingan masyarakat Cina di negeri Sabah.

Parti Pasok Momugun c. Ditubuhkan pada Januari 1962, dipimpin oleh G.S. Sundang dan O.K.K Sedoman. d. Tujuan penubuhan melindungi hak kaum bumiputera di pedalaman.

Rumusan 1. Pada bulan September 1961, UNKO, USNO, Pasok Momugun, dan SCA membentuk Parti Perikatan Sabah dipimpin oleh Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. 2. Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1962. 3. Perikatan Sabah telah mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya tersebut. 10

También podría gustarte