Está en la página 1de 14

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA

HUBUNGAN ETNIK CTU553 JANUARI2012 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian : BAHAGIAN A (40 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)

2.

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B. i) ii) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baru.

3.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) ii) iii) Kertas Soalan Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

4.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak
) Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan B |

jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia? A B C D Monarki Demokrasi terpimpin Raja berperlembagaan Demokrasi berperlembagaan

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal sebagai satu dasar pembangunan jangka panjang selepas peristiwa 13 Mei 1969. Berikut adalah tujuan dasar tersebut, KECUALI: A B C D Memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perniagaan dan perusahaan Mengekalkan penglibatan kaum mengikut sektor ekonomi Mengikis perasaan tidak puas hati antara kaum

3.

Apakah persamaan antara kerajaan Melayu Melaka dengan kerajaan Malaysia masa kini? Islam adalah agama anutan majoriti penduduk Bahasa utama ialah Bahasa Melayu Mempunyai perlembagaan Wujud kebebasan beragama , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

4.

Manakah antara faktor berikut yang menggambarkan pilihanraya adalah salah satu komponen dalam sistem demokrasi? i ii iii iv A B C D Pemimpin dilantik oleh rakyat melalui sistem pilihanraya Rakyat mempunyai kebebasan memilih pemimpin dalam pilihanraya Rakyat diberi kebebasan menjadi calon dalam pilihanraya Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipilih melalui pilihanraya dan ii dan iii ii dan iii Semua di atas

Apakah ciri budaya dalam sesebuah masyarakat?


i

ii iii iv A B C D

Boleh Boleh Boleh Boleh

dikongsi diwarisi dipelajari diubah

ii dan iii iii dan iv iii dan iv Semua di atas

Manakah antara pernyataan berikut merupakan kandungan Piagam Madinah? Mewujudkan persefahaman antara pelbagai kaum di Madinah Menjamin keselamatan semua kaum di Madinah Menyediakan tempat berniaga khusus kepada kaum Yahudi Menjamin kebebasan beragama di kalangan penduduk Madinah i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

i ii v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

Soalan no. 7 dan 8 berdasarkan jadual di bawah. Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik khususnya dari segi aspek biologi. Proses penyesuaian dengan matlamat mengekang konflik atau perselisihan antara kelompok. Proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu daripada berlainan budaya atau etnik menjadi satu kelompok dengan identiti yang sama.

7.

Apakah tahap hubungan masyarakat Malaysia yang TIDAK berkaitan dengan X, Y dan Z di atas? A B C D Asimilasi Akomodasi Amalgamasi Akulturasi

8.

Apakah pendekatan Y di atas? A Asimilasi B Akulturasi C Akomodasi D Amalgamasi

Soalan no. 9 berdasarkan jadual di bawah. Dasar T Memperbetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah. Mempertingkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.

Dasar U

9.

Apakah dasar T dan U yang dimaksudkan? A B C D Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Wawasan Negara Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional Dasar Perindustrian Negara dan Dasar Pertanian Negara Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

10.

Apakah peruntukan yang terdapat dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan? Pemberian biasiswa dan bantuan pelajaran Kuota tertentu untuk jawatan dalam perkhidmatan awam Lesen untuk perniagaan dan perdagangan Tanah rizab Melayu i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

11.

Berikut pola masyarakat pluraliti di Tanah Melayu sebelum kedatangan kolonial British, KECUALI: A B C D Kerajaan memberi keizinan kepada imigran untuk menetap di Alam Melayu Kedatangan imigran bersama ahli keluarga mereka Imigran tidak berinteraksi dengan penduduk tempatan Kedatangan imigran adalah secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak

12.

Johnson berbangsa Irish merasa bangga dengan budaya dan etnisitinya yang jauh lebih baik dan hebat dari budaya masyarakat Melayu. Manakah antara istilah berikut menggambarkan pernyataan di atas? A B C D Prejudis Stereotaip Etnosentrisme Diskriminasi

13.

"Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan) Apakah maksud peruntukan di atas? Islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia Kebebasan menukar agama dibenarkan di Malaysia Penganut agama lain bebas menganut dan mengamalkan agama mereka Kebebasan beragama tanpa batasan di Malaysia i dan ii i dan iii ii, iii dan iv Semua di atas SULIT

iv A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

14.

Manakah antara berikut contoh toleransi menurut ajaran Islam? i ii iii iv A B C 0 Menjalin hubungan baik sesama manusia Menjaga hak-hak jiran tetangga Memajukan taraf pendidikan Menghormati kebebasan beragama i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

15.

Berikut adalah faktor kegemilangan kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15M, KECUALI: A B C D Pemerintahan dan ketenteraan yang kuat Pusat perniagaan dan perdagangan Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha Pusat perkembangan ilmu dan budaya

16.

Apakah maksud yang PALING TEPAT mengenai konsep negara bangsa? A Sebuah negara di mana rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa yang hidup bersatu padu B Warganegara yang menetap di sesuatu wilayah yang mempunyai sempadan dan kerajaan C Masyarakat yang hidup di sesuatu wilayah mengamalkan adat budaya yang hampir sama D Warganegara yang hidup berasaskan ciri, nilai, budaya, sejarah dan warisan masing-masing Pilih pemyataan yang TIDAK BENAR kesan daripada penubuhan Malayan Union. A B C D Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kesediaan orang Melayu menerima imigran sebagai warganegara Meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat Melayu Meningkatnya kesedaran untuk menubuhkan negara merdeka

17.

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

18.

Pilih pernyataan yang BENAR mengenai tolak ansur antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu ketika penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957. A Orang bukan Melayu bersetuju dengan hak keistimewaan orang Melayu dan orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan melalui prinsip Jus Soli B Orang bukan Melayu bersetuju dengan hak keistimewaan orang Melayu dan orang Melayu bersetuju dengan hak keistimewaan bukan Melayu C Orang bukan Melayu bersetuju untuk bertolak ansur dengan orang Melayu dalam perkara yang menyentuh adat dan agama sahaja D Orang bukan Melayu bersetuju dengan keistimewaan Bahasa Melayu dengan syarat Bahasa Mandarin dijadikan bahasa kedua

19.

Proses globalisasi Barat membawa bersama idea dan pemikiran yang bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran. Manakah antara yang berikut boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas? Budaya hedonisme dan nilai-nilai negatif sukar diterima oleh masyarakat llmu sains dan teknologi lebih diutamakan berbanding dengan ilmu keagamaan Pemikiran masyarakat timur dipengaruhi oleh idealisme Barat Nilai-nilai luhur terhakis di sebalik penerimaan secara halus pemikiran Barat , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

v A B C D

20.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai tuntutan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963: A B C D Sabah berhak mengawal kewangannya sendiri Sabah bersetuju Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Sabah menuntut supaya agama Islam menjadi agama rasmi negeri Bumiputera Sabah mendapat hak istimewa seperti orang Melayu

21.

Manakah antara berikut merupakan cabaran aspek sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia? Polarisasi yang berlaku secara sedar atau tidak di kalangan pelajar Ketidakfahaman masyarakat mengenai kontrak sosial Kewujudan sistem pendidikan yang berasingan Perbezaan pekerjaan yang berdasarkan sektor ekonomi , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas SULIT

v A B C D

> Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

22.

Perpaduan kaum mampu dicapai dengan mengambil kira perbezaan agama melalui amalan berikut: Sikap dan amalan bertolak ansur Menangani isu-isu semasa secara berhemah Memahami status quo agama majoriti penduduk Malaysia Mengamalkan hal-hal keagamaan secara bersama i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

v A B C D

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip y'us soli sebagai kaedah dalam menentukan kewarganegaraan? A B C D Imigran diterima menjadi warganegara tanpa sebarang syarat Kewarganegaraan diberi kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu selepas hah kemerdekaan Kewarganegaraan diberi kepada mereka yang lahir selepas Malayan Union dan menetap selama 10 tahun Mereka yang berusia 21 tahun berhak mendapat kerakyatan secara automatik

Soalan no. 24 berdasarkan maklumat di bawah.

Prinsip R

Saling melindungi antara satu sama lain. Memelihara dan menjaga kebajikan sesama ahli masyarakat. Prihatin terhadap masalah yang menimpa ahli masyarakat. Melaksanakan tanggungjawab di peringkat individu, keluarga dan masyarakat.

24.

Manakah antara berikut merujuk kepada prinsip R? A B C D Bekerjasama Persefahaman Saling menjamin Berkasih sayang

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/JAN 2012/CTU553

25.

Manakah perkara berikut dilarang untuk diperdebatkan di khalayak ramai menurut AktaHasutan 1948? Islam sebagai agama rasmi Keistimewaan raja-raja Melayu Keistimewaan seorang Perdana Menteri Kedudukan istimewa orang Melayu , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

v A B C D

26.

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan....". (al-Hujurat: 13) Apakah maksud yang boleh dikaitkan dengan perkataan bergaris di atas? Islam menggalakkan manusia saling bertegur sapa antara satu sama lain Tidak ada perbezaan di kalangan umat manusia kecuali ketakwaan Tanda-tanda rahmat Allah S.W.T. ialah peluang umat manusia untuk saling berkenalan Islam mengutamakan pergaulan sesama kaum , ii dan iii , ii dan iv , iii dan iv Semua di atas

iv A B C D

27.

Mengapakah Melaka terkenal di kalangan pedagang dan pelayar dari seluruh dunia? A B C D Mempunyai banyak bahan mentah semulajadi Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha Sebuah empayar yang bebas dari penjajahan Pusat pertemuan pedagang dari seluruh pelosok dunia

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

10

IE/JAN 2012/CTU553

28.

Pernyataan berikut menerangkan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara, KECUALI: A Perlembagaan berperanan untuk menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat B Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan cara pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara C Kesemua peruntukan dalam perlembagaan boleh dipinda oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Perdana Menteri dan kabinet D Kesemua undang-undang yang digubal atau dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan

29.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. Manakah antara berikut BUKAN faktor tercetusnya peristiwa tersebut? A B C D Kempen pilihanraya dipenuhi dengan isu-isu perkauman Perbezaan agama antara etnik Jurang ekonomi yang luas antara etnik Prasangka dan prejudis yang menebal antara etnik

Soalan no. 30 berdasarkan maklumat di bawah.

Suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu. Mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang. Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi warganegara yang baik.

30.

Apakah dasar yang merujuk kepada pernyataan di atas? A B C D Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dasar Pembangunan Nasional Dasar Ekonomi Baru

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

11

IE/JAN 2012/CTU553

31.

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya merupakan bukti berlakunya asimilasi dalam kalangan imigran di Malaysia. Manakah antara berikut TIDAK BERKAITAN dengan kehidupan Baba dan Nyonya? A B C D Imigran Cina terawal menetap di Tanah Melayu Berperanan memperkayakan lagi khazanah budaya negara Majoriti mereka menganut agama Islam bermazhab Syafei Mendapat pengiktirafan sebagai penduduk oleh Kerajaan Melayu Melaka

32.

Unsur penting yang perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia ialah: i ii iii iv A B C D Keazaman politik oleh para pemimpin negara Menjayakan wawasan yang dikongsi bersama Kekukuhan ekonomi yang menjamin kestabilan hidup masyarakat Ajaran Islam menjadi panduan dalam mewujudkan perpaduan i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

33.

Berikut merupakan interpretasi undang-undang mengenai kebebasan beragama, KECUALI: A Setiap orang berhak mengamal agamanya tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu B Kelompok seagama bebas mengurus dan mentadbir hat ehwal agamanya C Seseorang di bawah umur 16 tahun boleh diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain agamanya D Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai untuk kepentingan agama lain

34.

Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan dalam konteks negara Malaysia? A B C D Integrasi masyarakat dalam pembangunan ekonomi berasaskan teknologi moden Pembentukan satu parti politik bagi mewakili semua kaum bagi menjamin kestabilan politik Penyusunan masyarakat berdasarkan strategi pembangunan dan pentadbiran negara Penyatuan masyarakat pelbagai etnik ke arah membentuk satu identiti negara dan nilai bersama

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

12

IE/JAN 2012/CTU553

35.

Apakah peranan sistem pendidikan dalam merealisasikan matlamat Wawasan 2020? i ii iii iv A B C D Memberi ruang yang lebih luas kepada pengajaran bahasa ibunda Menekankan pengajaran Rukun Negara dalam sistem pendidikan Menekankan ketinggian akhlak dalam pengajaran dan pembelajaran Melibatkan pelajar pelbagai etnik dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

36.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai unsur kontrak sosial antara orang Melayu dengan bukan Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan: Islam sebagai agama Persekutuan Kedaulatan Raja-Raja Melayu Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli Ketua kerajaan hendaklah dari kalangan bangsa Melayu , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

v A B C D

37.

Apakah unsur penting dalam proses pembinaan jati diri Malaysia? Perlembagaan adalah tiang seri masyarakat Rukun Negara adalah teras perpaduan Menekankan pendidikan kenegaraan dalam sistem persekolahan Program PLKN sebagai usaha pembinaan modal insan A B C D , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

13

IE/JAN 2012/CTU5S3

38.

Pilih peranan Islam dalam mengukuhkan integrasi etnik di Malaysia: Menggalakkan dialog antara etnik dalam perkara bukan agama Menggalakkan amalan kejiranan dan memupuk semangat setiakawan Mengutamakan keselamatan persekitaran umum Memupuk sifat ukhuwwah dan mahabbah dalam kalangan keluarga A B C D , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

39.

Apakah faktor yang menyebabkan integrasi pelajar dalam sistem pendidikan negara gagal dicapai sepenuhnya? A B C D Pembinaan kurikulum yang tidak berubah sejak merdeka Pengasingan sistem pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar Penggunaan Bahasa Melayu yang amat terhad Polarisasi dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum

40.

Manakah antara berikut strategi kerajaan bagi melahirkan masyarakat bermoral dalam usaha mengimbangi kepesatan pembangunan ekonomi negara? Membangunkan modal insan Melahirkan masyarakat berminda kelas pertama Merapatkan jurang digital Mengagihkan kekayaan negara secara adil dan ii , ii dan iii , iii dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

14

IE/JAN 2012/CTU5S3

BAHAGIAN B

SOALAN1 Kedatangan penjajahan British telah merubah sistem ekonomi penduduk Tanah Melayu dari sistem ekonomi tradisional kepada sistem ekonomi moden. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Huraikan DUA (2) kesan penjajahan Inggeris terhadap ekonomi penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu. (6 markah) Bincangkan TIGA (3) pendekatan pembangunan ekonomi yang mampu memberi keadilan kepada semua kaum. (9 markah)

b)

SOALAN 2 Perpaduan Nasional adalah matlamat utama negara Malaysia. Oleh itu kerajaan telah mempelbagaikan usaha bagi mencapai hasrat tersebut Berdasarkan pernyataan di atas: a) Bincangkan TIGA (3) faktor penghalang perpaduan nasional. (7.5 markah) b) Kemukakan TIGA (3) cara mengatasi halangan perpaduan nasional. (7.5 markah)

SOALAN 3 a) Huraikan DUA (2) cabaran dalam bidang politik yang menggugat hubungan etnik di Malaysia. (6 markah) Huraikan TIGA (3) strategi bagi mengatasi cabaran hubungan etnik dalam bidang politik. (9 markah)

b)

KERTAS SOALAN TAMAT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

También podría gustarte