Está en la página 1de 9

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Pelajar Kursus Ambilan Opsyen Program

: LEE LAI KUAN : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : Semester 8 Ambilan Januari 2010 : Matematik / Pendidikan Jasmani / Bahasa Inggeris : Projek Pembinaan Pelan Sekolah Dan Potret Pemerintah Negara

Nama Sekolah Alamat Sekolah Nama Projek / Aktiviti

: Sekolah Kebangsaan Jelempok (SKJ) : 02600 Arau, Perlis : Projek Pembinaan Pelan Sekolah Dan Potret Pemerintah Negara

Tarikh Tempoh Pelaksanaan

: 17 Julai 2013 25 Julai 2013 : 2 MINGGU

Pengenalan Projek Pembinaan Pelan Sekolah dan Potret Pemerintah Negara merupakan satu projek yang dianjurkan oleh guru pelatih PISMP kumpulan Pendidikan Jasmani dan Matematik untuk memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini memberi kefahaman dan kesedaran guru pelatih terhadap kerjasama

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

dengan rakan sewaktu melaksanakan sesuatu tugasan. Pelaksanaan projek ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami ciri-ciri fizikal dalam pelan sekolah seperti kedudukan, arah dan jarak. Projek pembinaan pelan sekolah dapat memberi petunjuk kepada pihak luar semasa membuat lawatan di sekolah. Projek Menyusun Potret Pemerintah Negara dapat menyemarakkan perasaan cinta kepada negara dan menghargai jasa-jasa tokoh-tokoh di Malaysia.

Objektif Projek Pembinaan Pelan Sekolah dan Potret Pemerintah Negara ini diharapkan dapat mencapai objektif objektif berikut : Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan intergriti dalam melaksanakan tugas. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan warga sekolah. Memberi petunjuk kepada pihak luar semasa membuat lawatan ke sekolah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang cantik dan indah.

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

Strategi Pelaksanaan 17 Julai 2013 (Rabu) Perancangan Dan Perbincangan Untuk Melaksanakan Projek Sebelum melaksanakan projek ini, kami ada melakukan perbincangan secara dua hala bersama mentor iatu Encik Ridzuan Bin Ramli dan membuat perancangan dalam menjayakan projek ini. Selain bersama mentor, kami turut merujuk kepada Guru Besar SK Jelempok untuk meminta pendapat. Beliau mencadangkan kami supaya menggunakan bahan yang sedia ada di SK Jelempok iatu menggunakan prisma informasi yang telah usang dan berkarat. Selain itu, Guru Besar mencadangkan supaya guru pelatih mengambil inisiatif sendiri untuk mencari potret pemerintah negara untuk dibingkaikan dan dilekatkan di ruang kosong di pejabat sekolah. Kami bersetuju dengan cadangan beliau dan mula membuat draf perancangan kertas kerja.

18 Julai 2013(Khamis) Perancangan Dan Penghasilan Kertas Cadangan Dalam proses melaksanakan kertas kerja, kami membuat lakaran pelan sekolah untuk ditunjukkan kepada mentor dan guru besar bagi mendapatkan kelulusan dan seterusnya menempah plat pelan sekolah itu. Guru besar telah melakukan beberapa

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

pengubahsuaian untuk penambahbaikan pelan tersebut. Setelah mendapat kelulusan kertas kerja dan pelan tersebut sudah lengkap, kami terus menempah plat pelan sekolah kepada pembekal yang telah ditetapkan. Bagi potret pemerintah negara, kami telah pergi ke Jabatan Penerangan Negara yang terletak berdekatan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis untuk urusan gambar. Setelah gambar diperolehi, saya ditugaskan untuk menempah bingkai untuk potret pemerintah negara.

19 - 20 Julai 2013 Proses mengecat dan mengubahsuai tempat meletak poster Pada minggu kedua, keempat guru pelatih telah memulakan langkah pertama iatu dengan mengalihkan prisma informasi tersebut ke tempat yang lebih strategik iatu berdekatan dengan makmal komputer. Pemilihan tempat tersebut adalah berdasarkan keadaan tempat tersebut yang strategik dan mudah dilihat sekiranya ada pelawat yang ingin melawat ke sekolah. Dengan menggunakan kudrat yang ada, kami telah mengalihkan tempat meletak poster tersebut bersama sama dengan pekerja sekolah.

Proses mengecat dijalankan dan kami menggunakan lebihan cat yang ada untuk mencantikkan tempat meletak poster tersebut. Pemilihan warna biru dan kuning adalah bertepatan dengan warna bendera negeri iatu negeri Perlis. Proses mengecat mengambil masa dua hari untuk disiapkan kerana proses ini dilakukan sebanyak dua

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

kali bagi memastikan warna tidak pudar dan kemas. Proses mengubahsuai pula melibatkan bantuan pekerja sekolah kerana memerlukan kemahiran pertukangan dan alatan yang sukar dikendalikan oleh guru pelatih.

22 24 Julai 2013 Proses melekatkan pelan sekolah dan meletakkan bingkai potret pemerintah negara Pada minggu ketiga, fasa terakhir bagi projek ini telah dijalankan. Pelan sekolah telah siap dan sedia untuk dipasang. Dengan menggunakan bantuan pekerja sekolah, pelan tersebut telah dipasang walaupun terdapat sedikit masalah namun dapat diatasi dengan mudah oleh guru pelatih yang membantu. Dengan adanya pelan tersebut, ini akan memudahkan pelawat untuk meninjau dan mengetahui persekitaran sekolah.

Seterusnya, pemasangan potret pemerintah negara di pejabat berjaya dilekatkan oleh guru pelatih di pejabat. Potret tersebut penting bagi menunjukkan semangat patriotisme yang tertanam dalam diri guru dan murid di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Proses melekatkan bingkai gambar tersebut tidak mengambil masa yang lama kerana tempat untuk melekatkan bingkai tersebut sudah tersedia dan kami hanya perlu memaku dan memastikan kestabilan bingkai tersebut agar tidak mudah jatuh.

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

Refleksi Pelbagai pengalaman telah diperolehi sepanjang projek ini dijalankan.

Pengalaman ini seharusnya dapat mematangkan kami sebagai seorang yang bakal bergelar guru. Ini kerana melalui pelaksanaan projek ini, saya mendapati seorang guru perlulah bersifat universal dan mempunyai kemahiran yang pelbagai. Tugas guru bukan hanya sekadar mengajar di kelas tetapi meliputi tugas keseluruhan di sekolah. Melalui projek ini, saya dapat belajar bagaimana proses wang keluar masuk di sekolah, cara menyediakan kertas kerja dan banyak lagi pengalaman pengalaman yang penting untuk membantu sekiranya sudah bergelar seorang guru nanti.

Kekuatan Projek / Aktiviti 1. Kerjasama yang diberi oleh pihak sekolah. Saya amat bersyukur kerana dapat melaksanakan program senamrobik iaitu projek pertama yang dirancang bagi intership ini. Kerjasama yang diberi oleh pihak sekolah terutamanya Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Mentor saya.

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

Saya ingin mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelempok, Encik Mohd Noor Bin Haji Ismail, tanpa kelulusan daripada beliau, program senamrobik kali ini tidak boleh dilancarkan mengikut perancangan yang dirancang, dan beliau sentiasa memberi sokongan kepada saya dan rakan-rakan internship dan berkongsi pengalaman yang berharga dengan kita agar memberi satu gambaran kepada kita sebelum menjejak kaki dalam bidang pendidikan.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan, Puan Norzaliza Binti Remli dan mentor saya , Encik Ridzuan Bin Ramli atas tunjuk ajar dan menyemakkan kertas cadangan yang dihasilkan. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guruguru dan pihak yang pernah memberikan kerjasama dan bantuan untuk menjayakan Projek Pembinaan Pelan Sekolah dan Potret Pemerintah Negara.

2. Kerjasama yang baik daripada pekerja sekolah Sepanjang menyiapkan projek ini, kerjasama yang diberikan oleh pekerja sekolah terutamanya Encik Halim amat baik. Beliau sering menjadi tempat rujukan sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan projek yang dijalankan.

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

Kebanyakan kerja yang melibatkan pertukangan serta pengendalian mesin berat akan dilakukan oleh beliau tanpa sebarang rungutan.

Kelemahan Projek 1. Pelan Sekolah tidak menepati ciri ciri yang diinginkan Pelan Sekolah yang disiapkan oleh pembekal tidak menepati ciri ciri yang diminta oleh pihak sekolah kerana tidak mempunyai penunjuk arah. Ini akan meyukarkan pelawat sekiranya datan ke sekolah untuk mengetahui arah yang ingin ditujui. Masalah ini berlaku akibat daripada salah faham pihak pembekal dan sekolah akibat pengubahsuaian yang terlalu banyak oleh pihak sekolah.

2. Prisma informasi tidak dilindungi daripada air hujan, panas matahari dan lain lain lagi Prisma informasi yang diletakkan berdekatan dengan makmal komputer terdedah dengan cahaya matahari dan panas. Ini akan menyebabkan warna pelan tersebut menjadi pudar dan kusam. Selain itu, faktor air hujan yang mengandungi asid mampu untuk menghakis warna serta tulisan yang terdapat di pelan tersebut sekiranya tiada pelindung yang sesuai untuk melindungi pelan tersebut.

LEE LAI KUAN PISMP MATEMATIK SEM 8 PRK 3104 - INTERNSHIP

Cadangan Penambahbaikan Prisma informasi tersebut sepatutnya dilengkapi dengan bumbung dan boleh melindungi pelan sekolah daripada menjadi pudar dan kusam. Bumbung itu boleh dibina secara sendiri bagi memastikan pelan sekolah sentiasa kelihatan menarik bagi memudahkan pelawat sekiranya terdapat lawatan.

Kesimpulan Pada keseluruhannya Projek Pembinaan Pelan Sekolah dan Potret Pemerintah Negara dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Program ini merupakan

projek pertama saya bagi internship kali ini. Berdasarkan penilaian dan refleksi diri, saya berasa saya telah melibatkan diri sepenuhnya dan berusaha menyempurnakan program kali ini. Saya amat gembira dan bersyukur kerana dapat melaksanakan

program kali ini dengan lancar dan sempurna. Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan internship yang sama-sama berjuang dan memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya.

Disediakan oleh, ...................................... (LEE LAI KUAN) Guru Pelatih PISMP Pendidikan Jasmani Semester 8 Ambilan Januari 2010

También podría gustarte