Está en la página 1de 9

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERSATUAN BAHASA MELAYU 2011

1.0 PENDAHULUAN Bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu iaitu untuk melengkapkan diri dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, maka Persatuan Bahasa Melayu akan menganjurkan pertandingan berbalas pantun.

2.0 RASIONAL Pertandingan seperti ini mampu meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam diri setiap individu. Oleh itu pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi menarik minat khususnya guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang dalam berpantun. Seterusnya pertandingan ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri setiap guru pelatih.

3.0 TEMA Memartabatkan Penggunaan Bahasa Melayu

4.0 MATLAMAT PROGRAM Pertandingan berbalas pantun ini dapat membimbing dan mempertingkat kemahiran berpantun dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang bersesuaian.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM 5.1 Menimbulkan minat guru pelatih untuk menguasai dan menghayati keunikan bahasa Melayu. 5.2 Meningkatkan semangat berpasukan dan berkerjasama dalam kalangan ahli kumpulan dan guru pelatih. 5.3 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya orang melayu melalui pantun. 5.4 Meningkatkan daya saing antara setiap kumpulan yang bertanding. 5.5 Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar dan bertutur.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN Tarikh : 12 Oktober 2011 Masa : 2.30 petang

7.0 TEMPAT Dewan Persidangan IPG Kampus Pulau Pinang.

8.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang.

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN Sila lihat lampiran 1

10.0

KEWANGAN Sila lihat lampiran 2

11.0

ORGANISASI Sila lihat lampiran 3

11. 0 SENARAI TUGAS Sila lihat lampiran 4

12.0

TENTATIF PROGRAM Sila lihat lampiran 5

13.0

PENUTUP Pertandingan berbalas pantun yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga pertandingan berbalas pantun yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan . Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, . (NURUL BAHIRAH BINTI ANUAL) Setiausaha, Pertandingan Berbalas Pantun, Persatuan Bahasa Melayu.

Disemak oleh, . (EN. SULAIMAN B. SAID) Pensyarah Penasihat, Persatuan Bahasa Melayu.

Disahkan oleh, .. (KHALID BIN AHMAD) Pengarah, IPG Kampus Pulau Pinang.

Lampiran 2 Anggaran belanjawan Pekara Hadiah (hamper) Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga RM 50 RM 30 RM 20 Anggaran perbelanjaan (RM)

= RM 100

Cenderahati Para hakim

Pihak stor institut

Alat tulis / pelbagai bahan Makanan / minuman Air mineral Jumlah besar

Pihak stor institut Pihak institut

RM 100

Lampiran 3

JAWATANKUASA PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN Penasihat : Tuan Haji Abdul Latib B. Abdul Rahman : En.Sulaiman B. Said Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari : Izzat Bin Mohd Sani : Mohamad Roshidi Bin Zaibon @ Zainon : Nurul Bahirah Binti Anual : Kaliswary a/p Kathan : Nur Fatin Binti Suhaimi

Ahli jawatankuasa Pelaksana: Pengurusan Tempat/ Borang Penyertaan : 1) Nurul Bahirah Binti Anual 2) Kaliswary a/p Kathan Perasmian dan penutupan : 1) Noor Adilah Binti Mohammed Shafie Peralatan / Hadiah : 1) Nurul Nadhrah binti Khalid Alwalid Dziyauiddin 2) Syazana Binti Fauzi

Buku Program dan Siaraya: 1) Nurul Zawani Binti Ahmad 2) Siti Faridah Binti Mukhtar Dokumentasi dan Penggambaran: 1) Salmah Binti Sulaiman

Lampiran 4

SENARAI TUGAS Ahli Jawatankuasa Pertandingan

AJK pengurusan tempat dan borang penyertaan: 1. Menempah dewan persidangan IPG Kampus Pulau Pinang. 2. Memastikan susunan, kebersihandan keceriaan dewan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 3. Menyediakan borang penyertaan.

AJK Perasmian dan Penutupan: 1. 2. 3. 4. Memberi kad jemputan kepada para hakim. Menjemput para hakim. Memberi kata alu-aluan kepada para hakim dan peserta sekalian. Mengumumkan pemenang bagi pertandingan berbalas pantun.

AJK Peralatan / Hadiah 1. Memastikan semua hadiah dan peralatan mencukupi. 2. Menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

AJK Buku Program/ Siaraya 1. Menyediakan buku program sempena pertandingan berbalas pantun. 2. Menyebarkan maklumat mengenai pertandingan kepada semua guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang.

AJK Dokumentasi dan Pengambaran 1. Mengambil gambar sepanjang pertandingan berbalas pantun. 2. Merakam peristiwa sepanjang pertandingan berbalas pantun. 3. Membuat dokumentasi.

Lampiran 5

TENTATIF PROGRAM

Masa

Program

Tindakan

2.00 petang

Pendaftaran para peserta

AJK terlibat

2.15 petang

Ketibaan para hakim

AJK terlibat

2.30 petang

Pertandingan bermula

AJK terlibat

4.15 petang

Penyampaian hadiah

AJK terlibat

Lampiran 1 PERATURAN PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN

1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar guru. 2. Setiap ambilan perlu menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan. 3. Setiap pasukan perlulah terdiri daripada empat orang. Tiga orang peserta dan seorang peserta simpanan. 4. Borang hendaklah dihantar selewat-lewatnya 7 oktober 2011 kepada: i) Kaliswary a/p Kathan 6 Pemed 1 ( 012-4354780) ii) Nurul Bahirah Binti Anual 6 Pemed 1 (017- 6862604) 5. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. 6. Para peserta perlu berada di tempat pertandingan selewatlewatnya pada jam 2.00 petang. 7. Sebarang kelewatan akan mengakibatkan kumpulan anda disingkirkan dari penyertaan. 8. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Lampiran a

BORANG PENYERTAAN

Nama ketua kumpulan: Kelas: No Telefon:

Nama peserta

Kelas

No. Telefon