Está en la página 1de 23

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Topik

1
1. 2. 3. 4.

Pengenalan Kesusasteraan Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mendefinisikan istilah kesusasteraan; Menyenaraikan fungsi-fungsi kesusasteraan; Menyatakan pengaruh-pengaruh yang terdapat dalam Kesusasteraan Melayu; dan Menyatakan ciri-ciri utama Kesusasteraan Melayu.

PENGENALAN
Sudah pasti anda akan terhibur apabila mendengar lagu yang merdu dan indah bahasanya. Anda pasti tersentak apabila menonton aksi mendebarkan di dalam filem atau drama. Anda akan menangis apabila membaca kisah sedih di dalam novel. Anda akan berasa marah apabila watak jahat di dalam cerpen yang anda baca berlaku zalim sesama manusia. Tahukah anda bahawa lirik lagu, skrip filem, drama, dan novel itu tergolong di dalam karya sastera? Topik ini akan perjelaskan tentang kesusasteraan secara mendalam.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Rajah 1.1: Karya-karya sastera

AKTIVITI 1.1
Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah keadaannya dunia tanpa lagu, filem, drama dan novel? Adakah karya sastera memberi kesan kepada perkembangan diri anda. Bincangkan.

1.1

DEFINISI KESUSASTERAAN

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan untuk memberi makna kepada kata kesusasteraan. Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Namun demikian, untuk mengelakkan kekusutan, maksud perkataan itu diberi berdasarkan etimologi. Etimologi bermakna kajian asal usul bahasa. Kesusasteraan berasal daripada cantuman kata su dan sastra dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ke...an untuk membentuk kata nama. Makna-maknanya adalah seperti yang berikut: su sastra susastra = baik, indah, cantik, seni, dan berguna. = karya (lisan/bertulis) atau buku. = karya yang indah dan berguna.

kesusasteraan = semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama. Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu
merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

AKTIVITI 1.2
Berdasarkan pernyataan di atas, dengan perkataan anda sendiri, jelaskan apa yang di maksudkan dengan kesusasteraan.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

1.2

FUNGSI KESUSASTERAAN

Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkapmelengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan fungsi sastera kepada pengarang.

Rajah 1.2: Tatapan hasil karya-karya sastera

Ditinjau daripada sudut pertama, peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur. Mengajar atau disebut juga didaktik ialah satu proses menyampaikan pengetahuan. Dengan ilmu yang dipelajari dan difahami, manusia mengetahui apa-apa yang mereka tidak ketahui. Pengetahuan tidak bererti jika tidak diamalkan. Pada peringkat ini, pendidikan memainkan peranannya. Mendidik bermaksud menjaga dan melatih. Penjagaan dan latihan akan mewujudkan kebiasaan, berkembang menjadi adat, membentuk sifat (keperibadian), melahirkan kemahuan dan akhirnya menggerakkan perbuatan selaras dengan perkara yang dididik. Seperti melalui cerita Nakhoda Tanggang, khalayak diajar supaya tidak menderhaka kepada ibu kerana perbuatan itu dilaknati Allah. Kesannya amat mengerikan. Si Tanggang menjadi batu. Pengetahuan tentang perkara ini akan tinggal menjadi gajah putih seandainya tidak dipraktikkan atau diyakini.

Rajah 1.3: Batu si Tanggang Sumber: http://blog-misteri.blogspot.com/2008/04/si-tanggang.html

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Demikianlah pentingnya pendidikan untuk menangani pelbagai masalah sosial. Orang yang tidak terdidiklah yang cenderung melakukan perbuatan salah. Di samping mengajar dan mendidik, karya sastera juga berfungsi untuk memberi hiburan. Menghibur bertujuan untuk menenangkan atau menggirangkan hati. Oleh sebab itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan, dan merehatkan fikiran setelah penat bekerja, serta memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Ditinjau daripada sudut yang kedua pula, usaha para pengarang menghasilkan pelbagai karya boleh dianggap sebagai perbuatan yang luar biasa. Sebagai manusia yang peka, sudah tentulah seseorang pengarang itu berkarya untuk memenuhi tuntutan tertentu. Pada hakikatnya, pengarang menjadikan karyanya sebagai alat untuk mendapatkan kepuasan serta keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan menyara kehidupannya.

AKTIVITI 1.3
1. 2. Huraikan fungsi karya kesusasteraan kepada khalayak yang telah anda pelajari. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang bersusah payah menghasilkan sesebuah karya?

1.3

CIRI DAN PENGARUH DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Kepelbagaian karya di dalam Kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaan daripada segi bentuk dan isi. Berdasarkan aspek-aspek tersebut, kita boleh menyusur galurkannya melalui pembahagian yang mampu menjelaskan kedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini. Bentuk sastera yang tertua bagi semua bangsa di dunia ialah sastera lisan. Sastera bentuk ini dilahirkan di dalam kalangan rakyat yang belum mengenal tulisan. Oleh sebab itu, sastera jenis ini disebut juga sastera rakyat. Sastera lisan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: (a) (b) Prosa : Karya yang terhasil di dalam bentuk karangan. Puisi : Karangan berangkap.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Rajah 1.4: Sastera lisan

Setiap satunya boleh dipecahkan kepada dua kategori, iaitu :

Rajah 1.5: Kategori prosa/puisi

AKTIVITI 1.4
Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan naratif dan bukan naratif? Berikan tiga contoh dan bincangkan perbezaan antara jawapan anda dengan rakan sekelas anda untuk mendapatkan variasi pendapat.

Di samping itu, setiap kategori mempunyai genre atau genre-genre serta subgenre yang tersendiri. Genre bermaksud bentuk karya. Kesemua hal akan dibincangkan secara berperingkat-peringkat. Agama Islam dikatakan sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah. Agama Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepada penganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru di dalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalam bahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Sistem tulisan tersebut telah memasukkan beberapa huruf lain yang disesuaikan dengan bunyi atau sebutan Melayu. Sistem tulisan itu disebut Tulisan Jawi. Pada masa yang sama, perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan banyak. Hal ini terjadi kerana kata-kata daripada bahasa Arab diambil untuk memberi pengertian kepada sesuatu yang baru ditemui disamping terus mengekalkan perbendaharaan kata daripada bahasa Sanskrit. Dengan wujudnya sistem tulisan bermulalah tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk bukan kreatif, iaitu penulisan kitabkitab bercorak agama yang membicarakan mengenai fikah, tafsir Al-Quran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreatif. Bidang ini bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. Hikayat Nabi-nabi itu berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat di dalam Al-Quran. Kisah-kisah itu kemudiannya dicampuradukkan dengan unsur-unsur fiksyen. Anda harus ingat bahawa hikayat-hikayat ini sebenarnya merupakan saduran atau terjemahan daripada karya-karya berbahasa Arab. Khazanah Kesusasteraan Melayu Tradisional bertambah dan terus berkembang sejak itu dengan kemasukan cerita-cerita tentang pahlawanpahlawan Islam yang berbentuk legenda di dalam bahasa Parsi. Hingga saat ini kita telah melihat dengan jelas dua faktor luar yang mempengaruhi penghasilan karya dalam bahasa Melayu, iaitu pengaruh animisme yang terlihat di dalam mitos dan legenda. Satu lagi ialah pengaruh Arab-Parsi. Harus diingat bahawa orang-orang Melayu memeluk Islam ketika mereka berpegang kepada kepercayaan animisme. Golongan bangsawan pada masa itu menganuti agama Hindu. Sebagai golongan yang tertinggi di dalam hierarki sosial ia dikelilingi oleh pendeta-pendeta yang pandai dalam tulisan nagari dan pallava. Karya-karya berunsur Hindu yang ditulis oleh oleh para pendeta itu terperap di istana. Rakyat jelata yang diletakkan di dalam kasta rendah menurut tradisi Hindu itu (sebenarnya tidak pun menghayati ajaran agama tersebut) tidak boleh merapati istana. Setelah Islam bertapak dan konsep persamaan hak dipraktikkan, seluruh bangsa Melayu mengetahui kewujudan karya-karya Hindu itu. Pada hakikatnya, Kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat penyebarannya. Kegiatan-kegiatan seumpama itu telah mendorong sasterawan Islam menghasilkan roman-roman Islam untuk menggantikan epik-epik Hindu, iaitu Mahabharata dan Ramayana, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.6 di bawah.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Rajah 1.6: Mahabrata dan Ramayana Sumber: http://www.exoticindiaart.com/book/details/IDF394/ & http://www.integraltradition.com/catalog/images/ramayana.jpg

Oleh hal demikian, selain cerita Nabi-nabi dan legenda Islam tadi, terdapat juga cerita tokoh-tokoh sebelum, semasa, dan selepas Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah Hikayat Firaun, Hikayat Tamim al-Dari, dan Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham. Harus diingat bahawa pada masa itu juga transliterasi dan transkripsi dibuat untuk membolehkan orang ramai membaca karya-karya Hindu seperti Hikayat Syahi Mardan dan Hikayat Berma Syahdan. Apabila mendapati karya-karya itu tidak selari dengan tuntutan Islam, maka penyesuaian pun dibuat agar sejajar dengan ajaran Islam. Nama-nama dewa Hindu seperti Visynu diganti dengan nama-nama Nabi dan malaikat. Dewata Mulia Raya ditukar menjadi Allah atau Tuhan yang Maha Esa. Kemudian watakwatak Hindu pula disesuaikan dengan watak bernama Islam hingga hasilnya bercampur aduk antara nama-nama Hindu dan Islam. Di samping semua itu, anda harus ingat bahawa nama-nama hikayat seumpama itu turut ditukar atau ditambah dengan nama Islam. Contoh-contohnya ialah Hikayat Si Miskin asalnya Hikayat Marakarma dan Hikayat Ahmad Muhammad asalnya Hikayat Serangga Bayu. Kumpulan karya seperti itu disebut Kesusasteraan Zaman Peralihan atau Kesusasteraan Transisi atau Kesusasteraan Hindu-Islam.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Berikut akan delaskan kewujudan Sastera Panji di Jawa. Kata panji pada asalnya merupakan gelaran bagi golongan bangsawan yang berdarah raja. Walau bagaimanapun, gelaran tersebut kemudiannya digunakan di dalam cerita-cerita roman Jawa bagi menunjukkan watak pahlawan yang gagah dan kacak sehingga dapat menawan hati wanita-wanita jelita. Setelah sekian lama orang-orang Jawa mendengar cerita-cerita yang berunsur Hindu di dalam bahasa Jawa kuno dan bahasa Sanskrit, mereka mulai jemu. Sungguhpun sudah ada karya bercorak Islam pada masa itu, orang-orang Jawa tidak gemar membacanya. Oleh sebab itu, penglipur lara Jawa mencari jalan untuk menghasilkan satu bentuk karya berunsur setempat. Di dalam pencarian itulah terhasil Sastera Panji. Cerita-cerita dongeng Jawa yang selama ini tenggelam akibat taklukan sastera saduran Hindu-Buddha, kini muncul kembali di dalam bentuk tersebut. Cerita itu ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan dan sangat popular di istana Raja-Raja Jawa Timur pada abad ke-13 hingga ke-15 Masihi. Walaupun cerita-cerita itu ditulis oleh penulis Jawa, tetapi tidak dapat lari daripada pengaruh Hindu yang telah bertapak sekian lama di Jawa. Unsur-unsur itu termasuklah pertapaan, dewa-dewa, mitos dan legenda. Kerajaan Majapahit dikatakan bertanggungjawab menyebarkan sastera Jawa ke serata tempat, termasuk ke Tanah Melayu. Selain itu, kewujudan hubungan antara orang-orang Jawa dengan orang-orang Melayu juga menjadi penyebab tersebarnya cerita-cerita panji ke luar Jawa. Ada pendapat yang mengatakan bahawa cerita-cerita panji berkembang ke Tanah Melayu di dalam bentuk lisan atau melalui wayang kulit dan bangsawan. Ciri-ciri utama cerita panji yang membezakannya dengan genre-genre lain dapat dilihat melalui tiga aspek, iaitu: (i) (ii) (iii) Tema dan Persoalan; Struktur cerita (plot, latar dan watak); Penerapan unsur-unsur Hindu;

Kerap dikatakan bahawa pengembaraan menjadi tema Sastera Panji. Tetapi, jika kita halusi plot cerita-cerita panji, kita akan menemui perkara pokok yang menjadi penyebab kepada pengembaraan itu ialah pencarian. Wira keluar mengembara kerana kekasihnya yang pertama dibunuh orang. Pengembaraan dilakukan untuk mencari ganti kekasih atau mencari ketenangan. Dalam cerita yang lain, wira mengembara untuk mencari kekasihnya yang menghilang atau diculik musuh atau diarah meninggalkan istana oleh dewa-dewa.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Oleh sebab itu, kunci kepada semua persoalan dalam cerita panji ialah pencarian. Persoalan-persoalan yang menyokong tema itu ialah pengembaraan, percintaan, penyamaran, dan peperangan. Rasa cinta mendorong wira mencari kekasihnya. Hal ini berlaku di dalam Hikayat Panji Semirang. Raden Inu Kertapati mencari Raden Galoh Cendera Kirana yang meninggalkan istana. Raden Galoh meninggalkan istana kerana mencari kedamaian apabila ayah, ibu tiri, dan adik tirinya mewujudkan ketidakselesaan hidupnya di istana. Lantaran itu mereka pun mengembara. Raden Galoh menyamar sebagai lelaki untuk mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri. Ternyata bahawa kemahuan itu menjadi satu aspek pencarian secara tersirat. Wira berperang untuk mencari kemegahan dan kuasa. Wirawati berperang untuk mendapatkan pengiktirafan bahawa wanita juga perkasa dan boleh berdikari. Cerita digerakkan atas dasar pencarian. Dengan itu, persoalan utama Sastera Panji ialah pencarian. Plot cerita panji dimulakan dengan pengenalan, diikuti dengan perkembangan, dan diakhiri dengan peleraian. Cerita-cerita panji berakhir dengan kegembiraan. Daripada segi latar, kita dapati cerita panji berlatarkan empat buah negeri, iaitu Daha, Kuripan, Singasari, dan Gagelang. Tempat-tempat ini dikatakan pernah wujud di Jawa. Masyarakat zaman feudal di Jawa merupakan latar masyarakat dalam cerita panji. Sebagai karya yang terhasil berdasarkan pemikiran dan budaya tradisi Jawa, Sastera Panji masih mengekalkan unsur-unsur Hinduisme dan mitos. Raja-raja dikatakan berketurunan dewa-dewa daripada kayangan. Pertapaan merupakan sebahagian daripada samadhi. Selain itu, dipaparkan penjelmaan yang seiring dengan inkarnasi di dalam ajaran Hindu. Ciri terakhir yang hadir di dalam setiap cerita panji ialah pertukaran nama. Di dalam Hikayat Dewa Asmara Jaya, Raden Inu menukar namanya sebanyak tujuh kali. Antaranya ialah Kuda Waneng Baya, Misa Kelana Sira Panji, dan Adipati Macan Negara. Pertukaran nama tidak terhad kepada wira dan wirawati sahaja malah berlaku juga kepada watak-watak pembantu. Harus diingat bahawa pertukaran nama ialah amalan biasa dalam budaya Jawa. Sastera Panji berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi hiburan dan pengajaran kepada khalayak. Sehubungan itu, di dalam karya-karya tersebut terselit amanat penting daripada pengarangnya. Antaranya ialah niat jahat pasti gagal dan janji mesti ditepati. Hikayat Dewa Asmara Jaya menceritakan niat jahat Raja Sochawindu. Dia marah apabila pinangannya ditolak lalu bertindak menyerang Daha. Niat jahatnya tidak terlaksana kerana Raden Inu Kertapati mengalahkannya. Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma menceritakan balasan buruk yang diterima oleh para ratu yang mungkir janji.

10

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Kita kembali semula kepada sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu. Selain Sastera Hikayat, Sastera Transisi, dan Sastera Panji, terdapat genre-genre lain di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional yang berbentuk naratif. Genregenre itu ialah Sastera Sejarah dan Sastera Epik. Kedua-duanya akan dihuraikan di dalam topik berikut. Begitu juga dengan perincian tentang Sastera Hikayat. Kesusasteraan Melayu Tradisional yang berbentuk prosa dan tergolong di dalam kategori bukan naratif terbahagi kepada empat genre, iaitu Sastera Kitab, Sastera Undang-Undang, Sastera Ketatanegaraan dan Sastera Su. Sastera Kitab telah disentuh secara sepintas lalu sebelum ini. Hal-hal lain tentang genre itu akan dibincangkan di dalam topik berikut. Begitu juga halnya dengan tiga genre yang berikutinya. Harus diingat bahawa prosa naratif di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional menjadi asas kepada genre novel dalam Kesusasteraan Melayu Moden. Takrif moden yang dipakai untuk modul ini ialah karya-karya yang tertulis pada tahun-tahun 1880-an dan sesudahnya. Tahap itu bermula dengan karya-karya hasilan Abdullah Munsyi. Pada tahun-tahun tersebut juga muncul bangsawan yang menjadi asas kepada drama moden di Malaysia. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, kemudian berkembang ke seluruh tanah air dan Indonesia. Genre novel sebagai sastera bertulis yang bersifat kreatif di dalam Kesusasteraan Melayu Moden muncul sejak tahun-tahun 1920-an apabila Syed Syeikh al-Hadi menghasilkan novel saduran Hikayat Faridah Hanum atau Hikayat Setia Asyik kepada Masyuknya (1925-26). Ahmad Kotot menghasilkan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan atau Yazid Asyik dan Masyuk Akan Zamrud (1927). Ahmad Rasyid Talu menghasilkan Iakah Salmah? (1928). Pada tahun-tahun tersebut juga muncul genre cerpen di dalam Kesusasteraan Melayu Moden. Genre ini dimulakan oleh Nor bin Ibrahim (Madrasi). Beliau menulis cerpen yang berjudul Kecelakaan Pemalas. Cerpen tersebut disiarkan di dalam majalah Pengasuh keluaran 4 Februari 1920. Bermula daripada sini terbit pula cerpen-cerpen lain di dalam majalah-majalah Panduan Guru, Penyuluh dan Majalah Guru. Kedua-dua genre itu terus berkembang hingga kini. Seperti karya prosa dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional, karya berbentuk puisi juga terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu puisi naratif dan puisi bukan naratif. Setiap kumpulan mempunyai genre dan subgenre masing-masing. Puisi naratif di dalam bahasa Melayu ialah syair. Genre tersebut dikatakan jenis puisi daripada Arab yang pertama dumpai di Alam Melayu. Puisi yang dimaksudkan itu telah ditemui dalam bentuk tulisan Arab tetapi tidak sama dengan syair yang dikenali di dalam Kesusasteraan Melayu pada masa ini.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

11

Sehubungan itu, para sarjana berpendapat bahawa syair-syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri merupakan karangan yang tertua dan muncul selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu. Bentuk yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri itulah yang menjadi ikutan kepada penghasilan syair-syair terkemudian. Selain syair, pantun berkait juga ada kalanya dihasilkan dalam bentuk naratif. Puisi Melayu Tradisional yang lain lahir melalui tradisi lisan dan tulisan. Pengucapan bahasa itu diolah mengikut pengalaman, peraturan, pengaruh, dan persekitaran. Oleh sebab itu, kita menemui Puisi Melayu Tradisional yang asli, iaitu pantun, teromba, talibun, dan peribahasa berangkap. Yang mengandungi pengaruh Hindu ialah gurindam, rejang, seloka, dan mantera manakala yang mengandungi pengaruh Arab-Parsi ialah dikir atau zikir, endoi, rubai, nazam, masnawi, ghazal, dan qitah. Bentuk genre-genre juga berbeza-beza. Ada yang terikat dan ada yang bebas. Rajah 1.7 di bawah menyatakan beberapa bentuk genre-genre yang terikat.

Rajah 1.7: Genre-genre yang terikat

12

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Manakala Rajah 1.8 di bawah menyatakan beberapa bentuk genre-genre yang bebas atau tidak terikat.

Rajah 1.8: Genre-genre yang bebas

Walaupun demikian, pengelasan tersebut tidak bersifat rigid kerana di dalam sejarah perkembangan genre-genre tersebut mungkin berlaku pertindihan pengaruh akibat daripada sifat asasnya yang terdedah kepada tokok tambah, pengubahsuaian, penghilangan dan seumpamanya.

AKTIVITI 1.5
Kini anda telah pun didedahkan dengan pelbagai genre ciri dan pengaruh dalam Kesusasteraan Melayu. Bincangkan dengan ringkas bagaimana asalnya genre-genre tersebut. Cuba fikirkan beberapa kemungkinan dan bincangkan bersama rakan anda.

Sebahagian yang lain disebut puisi tumpangan kerana menumpang pada genre-genre yang sedia ada. Puisi tumpangan terbahagi kepada dua, iaitu puisi tumpangan warisan Melayu dan puisi tumpangan warisan Islam.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

13

Peredaran masa, peningkatan intelek dan perubahan situasi menjadi pendorong utama kepada pembaharuan dalam lapangan penulisan sastera. Sultan Idris Training College (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 di Tanjong Malim, Perak. Pelatih-pelatih di maktab ini terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaan yang mempengaruhi pemikiran mereka. Akibatnya, guru-guru keluaran maktab ini banyak meminati bidang penulisan. Antaranya ialah Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, dan Punggok. Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamor telah memperkenalkan sajak di dalam Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1933. Genre ini segera mendapat tempat di hati penggiat sastera tanah air. Sajak menjadi perisian tetap akhbar mingguan dan majalah. Dalam tahun-tahun 1960-an dan 70-an, dunia sastera Melayu dikejutkan oleh kehadiran sajak kabur yang dipelopori oleh Noor S.I., A.S. Amin, dan M. Ghazali. Istilah tersebut timbul kerana khalayak menghadapi kesukaran untuk memahami sajak-sajak yang disiarkan. Hal ini berlaku kerana penyair-penyair ketika itu menggunakan imej dan lambang yang terlalu personal sifatnya. Para penyair menyalahkan khalayak yang tidak gemar berkir dan tidak ada inisiatif untuk memahami karya mereka. Isu ini berakhir apabila orang-orang sastera sendiri mengambil inisiatif untuk mengulas dan mendidik khalayak memahami puisi yang didakwa merumitkan itu. Kita telah membicarakan empat aspek penting dalam ciri Kesusasteraan Melayu, iaitu lisan, tulisan, kreatif dan bukan kreatif. Turut disentuh ialah sejarah dan pengaruh yang melatari sesuatu genre. Aspek kelima ialah estetika atau keindahan. Keindahan di dalam puisi atau prosa hanya ditemui melalui penilaian dan penghayatan. Peranan ini dimainkan oleh kritikan. Kritikan merupakan satu daripada karya-karya bukan kreatif. Fungsinya adalah untuk memperlihatkan kejayaan atau kegagalan sesebuah karya. Namun demikian, kita harus ingat bahawa persoalan yang berkaitan dengan estetika itu amat subjektif. Oleh itu, tiada jawapan yang benar-benar tepat bagi menangani persoalan ini. Namun nilai estetik dapat ditonjolkan melalui permainan rentak, rima, diksi, dan bahasa-bahasa puitis (simile, metafora, simbol, personikasi, dan sebagainya). Dengan mengambil puisi sebagai contoh, keindahannya tidak bergantung 100% kepada diksi yang bersandar kepada bunyi, malah memerlukan kesatuan dan keharmonian pelbagai unsur.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. 2. Nyatakan pengaruh-pengaruh yang terdapat di dalam karya yang berbahasa Melayu. Senaraikan ciri-ciri Kesusasteraan Hindu-Islam.

14

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

1.4
1.4.1

PEMBAHAGIAN GENRE DI DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


Kesusasteraan Melayu Tradisional

Rajah 1.9 menghuraikan bahagian-bahagian dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional dengan lebih jelas.

Rajah 1.9: Kesusasteraan Melayu Tradisional

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

15

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu: (i) (ii) Prosa Puisi

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu: (i) (ii) Naratif Bukan Naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu: (i) (ii) Naratif Lisan Naratif Tulisan

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu: (i) (ii) Mitos Legenda

(iii) Cerita Rakyat Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu: (i) (ii) Cerita Jenaka Cerita Binatang

(iii) Cerita Dongeng Cerita Dongeng ialah: (i) (ii) Lipur Lara Cerita Teladan

Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu: (i) (ii) Pengaruh Hindu Pengaruh Islam

Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre: (i) Sastera Panji

Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre: (i) Sastera Transisi

16

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut: (i) (ii) Sastera Hikayat Sastera Sejarah dan

(iii) Sastera Epik. Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu: (i) (ii) Epik Kebangsaan Epik Melayu-Islam

Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah: (i) (ii) Sastera Kitab Sastera Ketatanegaraan

(iii) Sastera Undang-Undang (iv) Sastera Sufi Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (i) (ii) Puisi Naratif Puisi Bukan Naratif

Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu: (i) (ii) Puisi Tradisional Warisan Melayu Puisi Tradisional Warisan Islam

(iii) Puisi Tumpangan Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu: (i) (ii) Puisi Tumpangan Warisan Melayu Puisi Tumpangan Warisan Islam

Rajah 1.10 menyatakan dua kategori puisi tumpangan dan contoh-contohnya.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

17

Rajah 1.10: Puisi tumpangan

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan Warisan Islam semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa Arab. Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi su. Puisi jenis ini memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang paling terkenal ialah Hamzah Fansuri.

1.4.2

Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini kita akan berbicara tentang novel, cerpen, drama, sajak, biogra dan esei atau kritikan sahaja. Rajah 1.11 memperjelaskan lagi genre-genre di dalam kesusasteraan melayu moden.

Rajah 1.11: Kesusasteraan Melayu moden

18

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas: (i) (ii) (iii) (iv) Plot yang kompleks; Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya; Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan Suasana serta latar ceritanya beraneka.

Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen. Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru.

Cerpen juga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.

Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek. Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan. Hal itu dapat dilihat pada watak Wak Da di dalam cerpen Kelapa Nan Sebatang karya Shahnon Ahmad. Wak Da hidup di dalam serba kesusahan. Sewaktu menyeberangi sungai melalui titi batang kelapa, Wak Da berhasrat mengakhiri derita dan kekecewaannya dengan membunuh diri. Namun demikian, setelah mendapat semangat baru dan keyakinan diri, Wak Da berjaya menyeberangi sungai itu. Cerpen biasanya disiarkan di dalam akhbar mingguan dan majalah. Sungguhpun begitu, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, cerpen-cerpen pilihan dikumpul dan dibukukan. Contohnya, kumpulan-kumpulan cerpen Janji Sutinah selenggaraan Rosnah Baharuddin dan Kelapa Nan Sebatang selenggaraan Ramli Isin dan Razak Mamat.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

19

Ciri-ciri utama drama ialah: (i) (ii) (iii) Aksi; Konflik; dan Persembahannya sekali jalan sahaja.

Jenis-jenisnya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Tragedi; Komedi; Tragi-komedi; Opera; Pantomin; dan Bangsawan.

Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal. Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain. Drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh Hafsham. Ada pula drama yang menggabungkan unsur tragedi dengan komedi. Drama jenis ini dinamakan tragi-komedi. Contohnya Anak Kerbau Mati Emak karya Bidin Subari. Opera mementaskan sebuah cereka dengan iringan muzik, nyanyian dan lakonan. Cerita-cerita yang biasanya dipersembahkan ialah cerita daripada Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti Siti Zubaidah Perang China dan Jula Juli Bintang Tujuh. Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan. Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan yang bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu. Bangsawan amat popular pada era sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripada kisah-kisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan. Antara pengarang yang terkenal dengan karya berbentuk drama dan contoh drama mereka ialah:

20

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

(i) (ii) (iii) (iv)

Mustafa Kamal Yassin Atap Genting Atap Rumbia Usman Awang Tamu di Bukit Kenny Noordin Hassan Sirih Bertepuk Pinang Menari Abdul Rahman Napiah Pengadilan

Biografi bermaksud catatan hidup. Kata biografi ialah cantuman kata bio yang bererti hidup dan grafi yang bermaksud catatan. Dengan kata lain, biografi ialah cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Tokoh di dalam karya biografi biasanya terdiri daripada pemimpin yang berjasa kepada masyarakat. Contohnya Riwayat Hidup Tun Datu Mustafa yang ditulis oleh Abdullah Hussain. Lawan kepada biografi ialah autobiografi, iaitu karya yang mencatat tentang diri sendiri. Contohnya Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah Munsyi.

Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkan kenyataan yang benar-benar wujud. Tulisan jenis ini tidak mengandungi unsur khayalan. Pengarangnya akan membentangkan persoalan kemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya secara objektif mahupun subjektif berasaskan niatnya. Di dalam konteks kesusasteraan, esei sastera membicarakan segala hal yang bersangkutan dengan karya, tokoh, dan isu-isu semasa.

Kritikan bermaksud mempertimbangkan baik buruk sesebuah karya yang telah disiarkan atau dibukukan. Mereka yang menceburi bidang ini dipanggil kritikus. Kritikus wajib mempunyai ilmu yang mapan untuk menangani sesebuah karya. Kedangkalan ilmu akan menyebabkan kritikan yang diutarakan itu tidak adil dan saksama. Pada masa ini terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh para pengkritik untuk menilai sesebuah karya sastera. Hal ini akan dibincangkan kemudian. Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau Barat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara termuat di dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:

Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak bisa.

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

21

Petikan di atas kelihatan seperti pantun kerana dapat dikesan rangkap dan rima akhirnya. Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima a-b-a-b. Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau bagaimanapun, puisi di atas telah menyimpang daripada pantun dan syair kerana tidak ada pembayang, semuanya maksud, dan rima akhirnya bukan a-a-a-a. Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan kebebasan berkarya. Kebebasan itu bermaksud lari daripada puisi tradisional. Bertitik tolak dari sinilah lahir sajak-sajak lain yang bebas daripada ikatan puisi tradisional dan menjadi satu genre Kesusasteraan Melayu Moden yang popular. Sajak telah digunakan untuk: (i) (ii) (iii) Menyampaikan pemikiran; Meluahkan perasaan; dan Menggambarkan sesuatu kejadian.

Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, sajak memenuhi ruang akhbar dan majalah. Kesemuanya dihasilkan khusus untuk meluahkan perasaan dan membangkitkan semangat juang menentang penjajahan. Selepas itu, sajak menjadi alat untuk mengisi kemerdekaan, membentuk pemikiran, atau menggerakkan pembangunan. Antara penyair yang terkenal di tanah air sekarang ialah Usman Awang, Muhammad Haji Salleh, A. Ghafar Ibrahim, Siti Zainon Ismail, A. Latif Mohidin, Kemala, dan T. Alias Taib.

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Apakah yang anda faham dengan genre berbentuk naratif? Senaraikan tiga contoh genre tersebut yang terdapat di dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Huraikan secara ringkas, jenis-jenis drama di dalam Kesusasteraan Melayu Moden.

2.

RUMUSAN
r r Kesusasteraan bermaksud semua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berguna kepada khalayak. Kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani, memberi ketenangan dan merehatkan fikiran, dan memberi kepuasan setelah menikmati keindahan karya seni. Pengarang berkarya untuk mendapatkan keseronokan, menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat, dan menyara kehidupannya.

r

22

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

r r r r r r r r r r r r r r r

Lima aspek penting dalam ciri-ciri kesusasteraan ialah lisan, tulisan, kreatif, bukan kreatif dan estetika. Pengaruh-pengaruh yang melatari Kesusasteraan Melayu ialah animisme, Hindu, dan Islam. Genre-genre dalam Kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi dua, iaitu prosa dan puisi. Prosa Melayu tradisional ada yang naratif dan bukan naratif. Naratif terbahagi dua, iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Tulisan Jawi digunakan untuk menulis karya sastera. Puisi Melayu tradisional terbahagi dua, iaitu puisi naratif dan puisi bukan naratif. Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu terikat dan bebas. Syair ialah puisi naratif. Pantun, gurindam, seloka, talibun, teromba dan peribahasa berangkap ialah puisi tradisional warisan Melayu. Syair, nazam, rubai, masnawi, qitah, ghazal dan barzanji ialah puisi tradisional warisan Islam. Puisi Tumpangan Warisan Melayu ialah teka-teki, rejang dan endoi. Puisi Tumpangan Warisan Islam ialah zikir, selawat, hadrah dan dabus. Genre-genre prosa dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah novel, cerpen, drama, biografi, autobiografi, esei dan kritikan. Genre puisi di dalam Kesusasteraan Melayu Moden ialah sajak.

Bukan naratif Esei Etimologi Genre Inkarnasi Khalayak Komedi Kritikan

Naratif Novella Opera Pantomim Samadhi Tragedi Tragi-komedi Transisi Tulisan Jawi

TOPIK 1

PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU

23

RUJUKAN
Harun Jaafar. (2002). Wacana kesusasteraan Melayu klasik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Majlis Peperiksaan Malaysia. (1996). Warna sari sastera Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahmah Bujang. (1994). Dari skrip ke pentas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

También podría gustarte