Está en la página 1de 18

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

MEI 2013 (SMP KHAS)

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

800713115322001 800713-11-5322 019-9396847 maimun_skkt@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUM CENDERING TERENGGANU

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

KERTAS KERJA PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH 2013

TAJUK

Pendidikan inklusif, murid bermasalah pembelajaran, sekolah rendah

NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK SERI GELIGA KUALA KEMAMAN, 24000 KUALA KEMAMAN, TERENGGANU.

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

Abstrak

Kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di SK SERI GELIGA,, KUALA KEMAMAN, Terengganu. Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti

pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan sistematik.

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

1.0

Pendahuluan
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan

khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down syndrome dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk member peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

2.0

Pernyataan Masalah
Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan

satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di SK SERI GELIGA, KUALA KEMAMAN supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

2.1

Maklumat murid keperluan khas di SK Seri Geliga Kuala Kemaman

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

No. KP 011231110041 011016110743 011126100300 010417010546 010127110194 010417010546 010127110194 011202110085

Nama ADAM BIN ZAKARIA CHE MUAZIM BIN CHE ADNAN NURUL IZZAH SYAFIQA BT MOHAMED PUTERI NUR AISHA BT AZMI WAN AMY MASTURA BINTI WAN AZILA ADRIANA BT MUZALE AILIE ALISYA BINTI AZMI AMIRA SYAKIRAH BINTI AMIRRUDIN ATIKAH NURUL AIN BT FEDDLY NOOR ERFA SHAHIRA BT SARIM

Tarikh Lahir 31/12/2001 16/10/2001 26/11/2001 17/04/2001 27/01/2001 3/26/2001 8/3/2001 12/07/2001

Nama Bapa ZAKARIA BIN MAHMOD CHE ADNAN BIN AZIZ MOHAMED BIN MAT HASSAN AZMI BIN MAT HASAN WAN AZILA BIN WAN JUSOH MUZALE B MUSTAFFA AZMI BIN ABU BAKAR AMIRUDIN B ALIAS FEDDLY BIN MOHD NIZAM SARIM BIN JUMINGIN

Alamat AV 18 TAMAN PERUMAHAN PERWAJA LOT 8209 TAMAN INTAN, LOT 949 KG. PAYA BERENJUT, 918 TAMAN GELIGA WAWASAN, AW-1 TAMAN PERUMAHAN PERWAJA, NO 9 JLN KUANTAN, TMN GELIGA 2 BLOK J 1-2 FLAT KG FIKRI 2283-7 KAMPUNG GELIGA BESAR,KEMAMAN NO34 TAMAN GELIGA G 3/2 DESA KELUARGA KG. FIKRI

No tel 0199045132 0199302295 098686471 098687491 0139552856 0129863612 0199152299 098686913

9 10

011024110241 011126100300

7/4/2001 22/06/2001

0129860036 0146075760

3.0

Objektif
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas . Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan

4.0

Kepentingan cadangan/ garis panduan


Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada

pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi muridmurid tersebut. Di pihak pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

5.0
5.1

Tinjauan Literatur
Definisi Pendidikan Inklusif Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas

duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikaninklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas pula ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini
7

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

5.2

Pendidikan Inklusif di Malaysia Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru

hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

5.2.1

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

5.2.2

Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2.1

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2.2

Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.3

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas

yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

5.2.4

Bilik Resos Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan

pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

5.2.5

Jumlah Waktu Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program

pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang
9

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.

5.3

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh

pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh

masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak

berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanakkanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan

10

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

5.4

Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan

Inklusif (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat. Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

6.0

Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian.
11

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan, yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang

mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.

6.1

Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner" Autistik Terencat akal ringan. Hyperaktif Cerebral Palsy Autisme Epilepsi Lembam Acalculia Discalculia Disgrafia Sindrom Down Disleksia

* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan, berpakaian dan ke tandas sendiri.

12

800713115322 6.2 Tenaga pengajar

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah: Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan Pendidikan Inklusif. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program dan pengayaan selepas Program

Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran. Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu. Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru

pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan.

13

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian. Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil.

6.3

Kemudahan asas untuk pelajar khas Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

6.4

Pengurusan Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

6.5

Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan


14

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

6.6

Peranan Pengetua/Guru Besar Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum. Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras. Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

15

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

7.0

Syor

Pihak entadbiran SK SERI GELIGA, KUALA KEMAMAN adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

8.0

Rumusan
Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan

Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. . Bagi murid berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supayahak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan
16

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

17

800713115322

[ HBEF3503SMP]

May 31, 2013

9.0

Rujukan

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David Fulton Publisher. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth . Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanakkanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

18

También podría gustarte