BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. anak tekak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. frekuensi dan amplitud. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator). 5 . seperti lidah. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop.Dari ketiga-tiga cabang ini. fonetik akustik dan fonetik auditori. 1.1. Dua cabang lagi.1. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. bibir.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. iaitu fonetik artikulasi. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang.1.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Selain itu. lelangit keras.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. dan sebagainya. lelangit lembut. 1. 1.

fonetik akustik. Aziz. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. (Siti Hajar Abd.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . 2. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. iaitu morfologi dan sintaksis. Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi. 1. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. dan fonetik auditori. Banding beza bahan tersebut.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. 2008: 90) 1. Dapat merumuskan. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. morfologi. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. dan kosa kata. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. dengan asas yang padu dan kukuh ini. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja.1999). sintaksis dan semantik. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. Menurut Awang Sariyan (2004). bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Kini. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. tatabahasa. Penggiat bahasa risau. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Bahasa baku ialah bahasa standard.

Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. sistem ejaan.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. dan laras bahasa. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . ii.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. iv. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. Secara khusus.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. iii. ahli. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. dan tidak ada huruf yang senyap”. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa.

di tengah atau di akhir kata. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. tertutup. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup.

Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. Indonesia dan Inggeris 10 . sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . KV + KV . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. KVK .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. KVK + KVK.

Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab . Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .

ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. kekecualian. 3 dan 4. Antaranya: i. v. seperti kegembiraan. ayat tanya. iii. 2. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. sama ada ayat penyata biasa. seperti khatib. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. kebosanan. 12 . seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. penjual ubat atau sarjan tentera. keakraban. vi. kekejutan. Ada beberapa fungsi intonasi. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. iv. positif atau negatif dan seumpamanya. kemarahan. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. ayat perintah. ii. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza.

dé.la.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.ham.ngor da.na] [pyong.gun] 13 .yang] [niu zi.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.ros but.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.wéi le.sen man.nia her.mad hat. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.vi.rul éh.la] [lim kéng yék] [but.lẼnd] [sun.ze.go.san] [bos.ros gha.

lé.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.ni.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.ké.si.dio té.ké.ko] atau (United Nations Educational.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.nan mul.ver.mi.lé. Scientific and Cultural Organization) [am.nan mul.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .pu. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.ra] [ra.di.él.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.nés. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.ti.gén. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.di.la.ti ték.mé.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.gén.dia] atau [a.lé.syen me.sia] [a.ti.sia] [u.si peng.vi.lo.si pe. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu. Öik.ngi.la.te.mé.no.gi me.bi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Awang Sariyan.ti. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Ilmu Fonetik dan Linguistik.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 .él. (1988).o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar. Agensi Penerbitan Nusantara. Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1982).

Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 .

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. lelangit keras dan lelangit lembut. gigi. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. gusi.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Oleh itu. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. menelan dan menghembus nafas. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. 2. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah).0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. gusi. iaitu mengunyah makanan. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. 17 . Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. iaitu lidah. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Gigi bawah 5. Rongga tekak 13. Huruf-huruf tersebut ialah a. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. i. separuh tinggi. Rongga hidung 14. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Epiglotis 11. lidah.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. iaitu tinggi. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Bibir bawah 3. separuh 18 . Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Lidah 10. o. Lelangit lembut 8. dan u. e. Tenggorok Rajah 2. Anak tekak 9. Rongga mulut 15. Gusi 6. Lelangit keras 7. Gigi atas 4. Pita suara 12. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. anak tekak. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. Bibir atas 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin.2: Alat-Alat Artikulasi 2.

tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Depan hampar Tinggi (sempit) i Separuh tinggi e (separuh sempit) Separuh rendah ε (separuh luas) Rendah (luas) a Tengah neutral Belakang bundar u  o  Rajah 2. separuh luas dan luas.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. a. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. bibir terhampar. iaitu sempit. iaitu [i. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. hampar dan bundar. Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. bibir bundar 19 . Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. iaitu depan. iaitu neutral.3: Bahagian Lidah Seterusnya. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. separuh sempit. iaitu [ε] dan [Ο]. seperti beg dan bos. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. ≅] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. e. u. o.

__________________________ viii.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan.___________________________ xii.______________________________ v._______________________________ iii. i.___________________________ x. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2._______________________________ ii._______________________________ vi.______________________________ vii.______________________________ iv.___________________________ xi.___________________________ 20 .__________________________ ix. berdasarkan rajah di bawah.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Mardian Shah Omar (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Ilmu Fonetik dan Linguistik. 2. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . (1980). Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Indirawati Zahid. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Rencana Linguistik. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.1: Kerangka Tajuk 3 3.0 KANDUNGAN ISI 22 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.

3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . 3. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. lelangit keras. 2006:42). anak tekak dan lain-lain. sama ada letupan. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. geseran dan sebagainya. [au] dan [oi]. 3. dan [au] dalam [pulau] pulau?.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa.1997:63). Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. seperti dua bibir. letusan.2006:44).1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. gigi-gusi. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. iaitu [ai]. [ai] dalam [pandai] pandai. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. 3. [# panau #] dan [# amboi #]. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. sengauan. lelangit lembut. mengenai (Abdullah Hassan.

Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. Bunyi Letupan 24 . Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). sengauan. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. anda juga perlu mengetahui bahawa.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. [ai] dalam [pandai] pandai. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. letusan. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. [oi] dalam [sepoi] sepoi. sisian. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. dan [aυ] dalam [pulaυ] pulau. malaran dan getaran. (iii) diftong menurun. geseran. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. lelangit keras. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. lelangit lembut atau pita suara. [ai] dalam [pantai]. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?.

manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. 25 . geseran (frikatif) dan malaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [?] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu?] [kad] [kata] * [garau] [bεg] ** [ana?] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. [Ν]. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. Ini menghasilkan bunyi [l]. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). dan [ϑ]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. **bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. [n]. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian.

Untuk menghasilkan bunyi malaran. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. [v]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. [š]. dan [h].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. [s]. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν] [ΝaΝa] [bujaΝ] [ ϑ] [ϑaϑi] * *Bunyi [ϑ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. [z]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. iaitu [r].

[m]. [g]. [l]. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. [w]. [s]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. [r]. [hafal] ‘hafal’. seperti bunyi [b]. [k]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. 27 . Contoh sebutan: [vΟkal] ‘vokal’. [t]. pita suara tidak digetarkan. dan [ma ?af] ‘maaf’. [vərsi] ‘versi’. Perbezaannya ialah. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. dan [h]. [n]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. dan [y].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vεn] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. dan [univərsiti] ‘universiti’. [d]. seperti bunyi [p]. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. [f]. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. (iv) Geseran gigi bersuara. (iii) Geseran gigi tak bersuara. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara.

Contoh sebutan: [θalaθa] ‘Selasa’ (thalatha). dan [hadeθ] ‘hadis’ (hadith). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Akhirnya. dan [axer] ‘akhir’. Perbezaannya ialah. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ Ο7aΝ] dan [ba7aΝ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. [axbar] ‘akhbar’. ketika mengeluarkan bunyi [ 7] pita suara digetarkan. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. [lo7at] ‘loghat’. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. dan [bale7] ‘baligh’. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Contoh sebutan: [7aeb] ‘ghaib’. 28 . ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. [iθnen] ‘Isnin’ (Ithnin). belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan.

(Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. LATIHAN 1. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. BAHAN BACAAN 29 . berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2.

Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Mardian Shah Omar (2006). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu.Bhd.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Asmah Hj Omar. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu . Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas. (1980). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .Bhd. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1985). Marzukhi Nyak Abdullah. (1977). Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Indirawati Zahid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . (1997). (2006).

gandingan dan rangkap. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. konsonan dan diftong. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. pinjaman.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. PINJAMAN. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. iaitu konsonan asal. gandingan dan rangkap.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. pinjaman. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 .

Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Rajah 4.1 Definisi Huruf Vokal. jenis-jenis huruf vokal. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan .2006:44). diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. 4. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. 1977:42). 4. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. e taling dan o. iaitu huruf a. Seperti yang telah dipelajari. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. pinjaman. iaitu konsonan asal. u. i. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. e pepet. Dengan perkataan lain.

.la] [pa.lik] [bo.la] [ca.rat] [la.tol] [du.ga] [ja.zal] [har.rus] [wa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.ri] [ra.di] [khai.tat] [da.duk] Rajah 4. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.kah] [nge.jam] [vi.lem] [yu.ga] [ka.da] [fa.pat] [sa.jah] [zi.lai] [ma.kir] [ga.da] [sé.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.lak] [bi.rik] [ta.dah] [naf.par] [qa.3 di bawah. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.mak] [se.bus] [gha.ran] .ham] [syi.la] [ka.ri] [nya.

2006). sisian.3 Konsonan Asal.lau] [se. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. iaitu ai. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh.poi] Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong.pin] Rajah 4. iaitu letupan. geseran. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. gandingan dan rangkap. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.al. pinjaman. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et. Daripada segi cara sebutan. Pinjaman. sengauan dan separuh vokal.tai] [pu. getaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za.4 di bawah.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. 34 . letusan.5 di bawah.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4. skuasy. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. 35 . huruf ‘i (‘ilmu). ‘u (‘umur) digugurkan. digantikan dengan huruf k menjadi makna. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. ‘a (‘alam). Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Sa’odah. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Pada tempat lain.

dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. 36 . Namun. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. gh. walaupun huruf berubah. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. ny dan ng. AKTIVITI Secara berpasangan. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. dz menjadi z. gh. manakala satu berubah satu huruf. (Abdullah Hassan. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. ch. dz. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. Akan tetapi. ng. dh dan th. 2006:95-96). konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. iaitu kh. iaitu kh. iaitu empat kekal. ny. Selain itu. Sebenarnya jika anda peka.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. bunyi sebutannya tetap sama. iaitu ch menjadi c. sh. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. dh menjadi d dan th menjadi s.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian b b Bibir 2 t d 3 4 l 37 . Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Abdullah Hassan. Lutfi Abas. (1985). (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2006). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Marzukhi Nyak Abdullah. (1975).Bhd. 38 . Nik Safiah Karim et. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (1980). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .al. (2006). Indirawati Zahid. Mardian Shah Omar (2006).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Separuh Vokal b w BAHAN BACAAN Abdullah Hassan.Bhd. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. simbol konsonan. anda seharusnya dapat: 1. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. 2. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu.

berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . 5. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. dan simbol diftong. simbol konsonan rangkap. simbol konsonan.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. Untuk mencapai tujuan tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.

[Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5. 41 .2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. [/].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. 2. dan 3.

4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ] [ð] [x] Rajah 5.

kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Ilmu Fonetik dan Linguistik. 2005. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. Linguistik Pengenalan. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan. Petaling Jaya: Secara individu. Agensi Penerbitan Nusantara. (1982).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful