Está en la página 1de 15

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KEBERKESANAN PROGRAM JQAF DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 - SATU KAJIAN KES

Bhasah Abu Bakar (bhasah@usim.edu.my) Mohd Nafiruddin bin Mad Siadid Abdul Jadid bin Suwairi Safaruddin bin Urusli Azlan bin Deris Mohd Yusof bin Abd Wahab Mahyuddin bin Abu Bakar Universiti Sains Islam Malaysia
Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penguasaan j-QAF berdasarkan persepsi partisipan Tingkatan 1 di enam buah Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah. Ianya merupakan satu kajian ek-post fakto menggunakan persampelan selasa terhadap pembelajaran j-QAF yang telah mereka lalui selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah sebelumnya. Kajian ini melibatkan 424 partisipan Tingkatan 1 yang terdiri dari 172 lelaki dan 252 perempuan. Instrumen yang digunakan adalah borang soalselidik kajian j-QAF dari UPSI yang mengandungi Bahagian A (6 item demografi partisipan), Bahagian B (8 item Jawi), Bahagian C (6 item al-Quran), Bahagian D (6 item Bahasa Arab) , Bahagian E (9 item Solat) dan Bahagian F (6 item Kem Bestari Solat). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah 0.86. Hampir 93% partisipan menyetujui program j-QAF dianggap berkesan dengan skor min yang baik (min=3.89, sp=0.51) pada skala 5 dengan jawi (min=3.99, sp=0.64), Quran (min=3.76, sp=0.73), Bahasa Arab (min=2.93, sp=0.94), solat (4.05, sp=0.71) dan kem bestari solat (min=4.61, sp=0.56) . Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan antara lelaki dengan perempuan tentang persepsi mereka terhadap j-QAF. Secara keseluruhannya, keberkesanan pembacaan Quran adalah bergantung kepada pelajar yang telah khatam al-Quran setelah 6 tahun pembelajaran j-QAF semasa di sekolah rendah dengan 2 (dk=2, n=424)=34.403, p < 0.01). Kata kunci: j-QAF, fardhu ain, jawi, tasmik, khatam

PENGENALAN Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara,termasuklah penyemakan kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran abad ke-21. Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea mantan YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan bahasa Arab diwajibkan, asas-asas fardu ain dihayati dan jawi diperkukuhkan bermula di sekolah rendah.Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian
1

kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh mantan YAB Perdana Menteri.Adalah diharapkan model-model yang dicadangkan seperti Kelas Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model 6 Bulan Khatam al-Quran, Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini bagi memastikan matlamat program j-QAF dapat dicapai. PERNYATAAN MASALAH Jawi,Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan umat Islam seharian. Amalan Fardhu Ain memerlukan pengetahuan tentang AlQuran,memahaminya memerlukan penguasaan bahasa Arab,dan untuk mahir dalam Bahasa Arab penguasaan Jawi amat diperlukan.Dalam pendidikan pula,kepentingannya j-QAF tidak dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah dan menjadi asas dalam memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Kemerosotan penguasaan jawi,Al-Quran,Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja amat ketara sekali.Masalah ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap program J-QAF yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik berminat untuk mengkaji keberkesanan program j-QAF dari perspektif partisipan itu sendiri dalam penerapan dan amalannya seharian.Usaha ini dilakukan untuk mengukur tahap penerimaan dan penguasaan partisipan serta kesannyadalam mengikuti program ini, di samping melihat sikap dan minat partisipanterhadapj-QAf yang secara tidak langsungnya boleh mempengaruhi pencapaian ekademik mereka. TINJAUAN LITERATUR j-QAF adalah singkatan kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Kesemua perkara tersebut adalah unsur-unsur dalam Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab. Projek jQAF bertujuan memperkukuhkan penguasaan Jawi, memastikan murid-murid khatam alQuran di sekolah rendah, mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan penghayatan fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memperkasakan sekolah kebangsaan.Oleh kerana j-QAF agak baru juga diperkenalkan maka tinjauan lampau secara khusus kurang didapati. Jawi - Mohd Yusof (2002) menegaskan perlunya pengajaran jawi di masukkan kedalam pendidikan Islam kerana ia berkait rapat dengan pengajaran al-Quran khasnya dalam kemahiran mambaca dan menulis. Rasional pertamanya,pengajaran jawi boleh menggunakan pendekatan sepadu dengan al-Quran kerana huruf jawi hampir sama dengan huruf al-Quran. Kedua, didapati dalam mutakhir ini guru-guru pendidikan Islam kurang kompeten dalam penulisan jawi. Tulisan arab yang digunakan oleh orang Melayu untuk menulis dalam bahasa Melayu disebut tulisan jawi.Ini terbukti dengan penumuan batu bersurat dan lainlain peninggalan sejarah di kepulauan melayu yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang melayu telah menggunakan tulisan jawi dalam penulisan (Abdul Hamid 1972).Gong (1986) berpendapat bahawa tulisan jawi boleh mendekati bahasa arab dengan lebih mudah kerana
2

agama islam lebih sesuai dengan bahasa arab dan jawi.Mustapha (1991) mendapati dalam kajiannya tidak ada seorang pun pelajar tingkatan 5yang dapat menguasai kemahiran jawi dengan baik.Hanya 56% sahaja pelajar boleh membaca dan menulis jawi pada tahap sederhana.11.1% tidak dapat menguasai langsung kemahiran jawi.Antara factor yang mempengaruhi jawi ialah faktor sikap pelajar.Dimana 95% pelajar mempunyai sikap negative terhadap tulisan jawi seperti malas, jemu, merasa susah,dan menggap tulisan jawi tidak penting kerana tiada nilai dalam peperiksaan.Kajian oleh Mokhtar (1990)mendapati pencapaian murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran membaca dan menulis jawi KBSR adalah di tahap paling rendah. Hasil tinjauan terhadap penggunaan tulisan jawi iaitu 87% tidak menggunakan tulisan jawi ketika mencatat nota Pendidikan Islam. 100% pelajar tidak menggunakan tulisan jawi ketika menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Islam. 43% tidak pernah membaca bahan-bahan dalam tulisan jawi. Amin (1991) menjelaskan bahawa penggunaan tulisan jawi hanya berlaku dalam pembelajaran Pendidikan Islam dan tidak dalam mata pelajaran lain, ini menyebabkan tulisan jawi sukar utnuk dikuasai dan akhirnya penggunaanya dalam Pendidikan Islam tidak berkesan. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor, iaitu Murid-murid terpaksa bersaing dengan kemahiran penggunaan tulisan rumi yang terdapat dalam subjek lain. Ejaan jawi yang berbagai bentuk, lebih-lebih lagi dalam sitem ejaan jawi baru yang di perkenalkan di peringkat KBSM mengelirukan mereka. Buku-buku teks dalam tulisan jawi melambatkan lagi pembelajaran Pendidikan Islam kerana pelajar-pelajar yang ingin memahami kandungan tidak mudah mendapat bantuan daripada pihak lain. KPM (1988) menjelaskan hasil dari satu kajian kebolehan menulis jawi mempunyai korelasiyang tinggi dengan membaca jawi. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang boleh membaca jawi tidak semestinya boleh menulis jawi dengan baik. Kajian ini menunjukkan 68% pelajar sekolah rendah yang boleh membaca jawi dengan baik tetapi hanya 58% sahaja yang boleh menulis jawi dengan baik. Kajian mendapati, kebolehan pelajar perempuan dalam kemahiran menulis dan membaca jawi adalah lebih baik daripada pelajar lelaki. Pendapat ini di sokong oleh kajian Junaidah (1999) yang juga mendapati lebih ramai pelajar lelaki yang tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi berbanding dengan pelajar perempuan. Abdul Razak (1988) menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kelemahan dalam pelajaran jawidi sekolah rendah di negeri Kedah. Masa yang di peruntukkan untuk pelajaran jawi tidak mencukupi Guru-guru tidak mempunyai kemahiran yang khusus dalam pelajaran Jawi. Alat bantu mengajar yang khusus untuk pelajaran jawi amat berkurangan Murid-murid menghadapi masalah apabila guru menggunakan tulisan Jawi dalam pengajarannya. Baharuddin(1995) menegaskan bahawa pelajaran jawi harus dilihat sebagai mata pelajaran yang penting dan perlu dipopularkan lagi kerana penggunaanya yang penting dalam keagamaan. Beliau juga mencadangkan agar kementerian meyediakan buku teks, buku kerja,
3

dan buku latihan untuk pelajaran jawi.Balkhis (1987) mendapati faktor pelajar lemah dalam Pendidikan Islam kerana pelajar tidak minat dalam Pendidikan Islam dan tidak dapat menguasai jawi dengan baik serta kurang kerjasama daripada guru-guru lain dan kekurangan guru yang berpengalaman. Al-Quran - Belajar dan menghayati ajaran al-Quran sudah menjadi kewajipan kepada setiap orang islam dan perlu diperkenalkan di peringkat awal kanak-kanak (Abdullah,1990), sebagaimana ia diturunkan di peringkat awal Islam di zaman Rasulullah saw. Ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah yang mengiringi perlantikan baginda sebagai nabi dan rasul kepada umat Islam, adalah sebagai tanda perlunya al-Quran kepada diri orang Islam dan diperkenalkan kepada kanak-kanak baru yang lahir dalam keluarga Islam.Sejarah mencatatkanbahawa pendidikan Islam di Negara ini bermula dari rumah guru (imam), kemudian berkembang ke pondok-pondok, seterusnya ke madrasah-madrasah dan akhirnya ke sekolah-sekolah seperti hari ini. Pendidikan Islam diajar secara rasmi di sekolah pada peringkat awal ketika berumur 6 tahun melalui kelas-kelas al-Quran (Zawawi, 1984). Satu kajian yang telah dijalankan oleh KPM, mendapati ramai pelajar-pelajar Islam sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah (PPK,KPM 1996). Malah tidak ada usaha untuk mempelajari al-Quran apabila dewasa.Hampir 10 tahun dari 1982-1992 pengajaran membaca al-Quran KBSR telah dilaksanakan tetapi masih terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak boleh membaca alQuran (Mohd Mukri Abdullah, 1994). Kajian pusat perkembangan kurikulum (1984), mendapati pengajaran al-Quran secara kumpulan belum lagi dipraktikkan sepenuhnya oleh guru-guru. Aktiviti kumpulan tidak dirancang dengan baik, bahan untuk pemulihandan pengayaan tidak mencukupi dan kelas masih di tahap yang tidak memuaskan.Mesyauarat penyelarasan perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam KBSR dan KBSM pada 21 Jan 1994 telah bersetuju supaya murid tahun 1di sekolah rendahdiberi tumpuan kepada pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah IQRA dalam jangka masa 6 bulan mulai awal persekolahan 1994/1995. Dalam tempoh ini murid-murid dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.Satu surat pekeliling KP.5206/3/60 Jld.3(47) bertarikh 1 Mac 1994 mengenai perkara ini telah dihantar kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri iaitu ; I. Berdasarkan kajian dan pemantauan, didapati masih ramai murid tahun enam yang belum boleh membaca al-Quran dengan lancar. II. Bagi mengatasi ketidaklancaran murid-murid membaca al-Quran di peringkat sekolah rendah ini, maka diharapkan kaedah IQRA boleh dijadikan bahan pembelajaran sokongan ke arah mempercepatkan murid-murid menguasai pembacaan al-Quran. III. Kajian dan pemantauan yang dibuat mendapati ada sedikit peningkatan penguasaan kebolehan murid-murid membaca al-Quran melalui buku IQRA tersebut.. Namun begitu masih lagi terdapat 30%-40% murid-murid yang masih merangkak-rangkak membaca al-Quran. IV. Antara faktor murid-murid sekolah rendah belum lancar membaca al-Quran ialah : a. Murid-murid dalam satu kelas adalah ramai, sukar bagi guru hendak menggunakan kaedah talaqqi dan musafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. b. Kekurangan kemahiran guru dalam mengajar dan membimbing murid-murid membaca al-Quran.
4

c. Masa pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah terhad. Kajian yang dilakukan oleh Amrah (1996) di SRK Convent, Kajang, Selangor, mendapati 100 peratus responden yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam bersetuju bahawa kaedah IQRA amat berkesan dan berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran alQuran.Sikap pelajar juga menentukan proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan subjek Pendidikan Islam. Apabila pelajar menunjukkan sikap negatif terhadap mata pelajaran, sudah tentu menimbulkan banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mohd Endut (1992) telah menyenaraikan beberapa masalah umum yang selalu dihadapi: oleh guru-guru Pendidikan Islam antaranya ialah: a. b. c. d. Kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran dan ulum al-Quran. Penggunaan tulisan jawi dan Pendidikan Islam. Suasana kelas dan disiplin semasa pembelajaran. Amalan nilai-nilai yang bercanggah.

Dari persepsi pelajar pula kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Islam (1988) terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam disekolah rendah, mendapati minat terhadap guru Pendidikan Islam mempunyai korelasi positif dengan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ( Nik Rosila,1997).KPM (2004) mencadangkan pengajaran alQuran menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, iaitu murid mendengar bacaan contoh dari guru, murid membaca dengan bimbingan guru atau pembimbing, guru pembimbing terus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.Dalam projek jQAF ini mushaf al-Quran yang digunakan hendaklah dalam bentuk Rasm Uthamani. Ini disebabkan Rasm ini telah digunakan sejak mula turunnya al-Quran dan mendapat sepakat jumhur ulama bahawa Rasm Uthmani adalah Tauqifi. Iaitu tidak hanya menulis al-Quran dalam bentuk Rasm lain kecuali dalam Rasm Uthmani sahaja (Mohd Yusuf, 2000). Bahasa Arab - Bahasa Arab mempunyai tunjang yang kukuh dalam sejarah dan tidak mengalami perubahan-perubahan yang besar berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Sebab utama kestabilan bahasa arab kerana al-Quran itu sendiri dan wujudnya fakta bahawa sejak al-Quran diturunkan, orang-orang Islam dari berbagai bangsa dan bahasa mahu mempelajari al-Quran sebagai tanda kasih kepada Allah dan wahyuNya.Che Pee (1991) yang mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar sekolah menengah kebangsaan Agama mendapati pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan pendidikan Islam masih berada di tahap rendah.Asad Awang (1995) telah melakukan kajian terhadap keberkesanan program Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab di sebuah Sekolah Kebangsaan Agama di Perak, mendapati ABM dapat membantu pelajar dalam penguasaan pembendaharaan kata dalam Bahasa Arab. KPM (2004) mencadangkan pengajaran Bahasa Arab j-QAF menggunakan kaedah tematik, Kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi atau terus dan kaedah latih tubi. Fardu Ain - Amri (2005) menyatakan Pendidikan Fardu Ain perlu diperkenalkan kepada anak-anak di peringkat awal kanak-kanak lagi supaya ia terbiasa dengan suasana ini. Apabila mereka dewasa nanti, amalan-amalan yang berkaitan dengan fardu ain khususnya, menjadi mudah untuk diamalkan dan sukar untuk mereka tinggalkan kerana telah sebati begitu lama dalam diri mereka. Beginilah kaedah pengajaran fardu ain kepada anak-anak iaitu mengikut tahap dan tingkat-tingkat tertentu. Contohnya Rasulullah menyuruh sahabat solat dengan cara
5

melihat bagaiman Rasulullah saw solat. Kemudian ditegaskan kepada anak-anak supaya diajar solat ketika berumur tujuh tahun dan jika tidak solat pada umur sepuluh tahun maka perlu dirotan.Azman (1986) berpendapat Pendidikan Islam itu bermula melalui proses meniru dan indoktrinasi iaitu kanak-kanak mengikut gelagat ibubapa atau mereka yang lebih tua. Ibubapa yang membaca al-Quran, bersoalat, berpuasa dan melakukan ibadah lain boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak mereka sekiranya kanak-kanak itu tidak terpengaruh dengan perkara negatif yang lain. Mereka juga harus diberi dorongan untuk sentiasa mempelajarinya.Sikap negatif dan kurangnya penghayatan amalan solat dikemukakan oleh Muhammad (1995) dalam latihan ilmiahnya. Beliau mendapati peratus pelajar luar bandar yang mengerjakan amalan solat fardu adalah lebih tinggi daripada pelajar yang tinggal di bandar. Minat pelajar yang kurang terhadap pendidikan Islam merupakan faktor kurangnya kesedaran untuk menghayati ajaran Islam. Ini dapat dilihat dalam peperiksaan SPM 1976, didapati hanya 68,122 calon sahaja yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, sedangkan 45,564 calon Melayu lagi tidak mengambilnya (Haron dan Sobri, 1988).Reformasi pendidikan pada tahun 1988 telah memberi penekanan supaya pendidikan Islam menitikberatkan kepada keupayaan tiap-tiap pelajar untuk memahami aspek akidah dan boleh beramal dengan ibadah dan akhlak islam dengan baik. Sebab itulah waktu pembelajaran Pendidikan Islam telah ditambah daripada tiga waktu kepada enam waktu. Di mana dua waktu untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di kelas, satu waktu adalah khusus untuk amali solat, dua waktu untuk memperkukuhkan kurikulum dan pembelajaran di kelas. Amali solat ini dilaksanakan secara berjamaah pada waktu zohor atau asar. Status amali solat secara berjamaah ini adalah rasmi dan dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan seperti Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 1/1988 (KPM,1988). Tujuh tahun KBSM telah dilaksanakan, namun masih ramai yang gagal dalam mengamalkan fardu ain. Terdapat pelajar yang tidak boleh membaca al-Fatihah, Tahiyyat, qunut dan berwuduk dengan sempurna. Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) bagi mengatasi masalah ini (BPI, 1995).KPM (2004) meminta sokongan dan kerjasama dari sekolah dan ibubapa bagi memastikan pelajar-pelajar mengambil berat tentang amalan solat di sepanjang masa bagi memastikan hasrat murni ini tercapai. Matlamat dan Objektif j-QAF Projek j-QAF yang memberi tumpuan secara khusus itu diharapkan dapat memenuhi matlamat pendidikan Islam seperti yang ditetapkan iaitu a) Melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia b) Menjadi hamba Allah dan khalifah Allah yang bertaqwa dan c) Dapat menyumbang kepada tamaddun bangsa dan Negara. Antara Objektif yang ingin di capai oleh KPM melalui program j-QAF ini adalah a) Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah, b) Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain, dan c) Membolehkan semua murid Islam mempelajari Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF Model Kelas Pemulihan Jawi Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada. Model Khatam Al-Quran Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Quran Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Quran Model Tasmik. Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran. Model Tasmik Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan. Model Bahasa Arab Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model Bestari Solat Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guruguru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

OBJEKTIF KAJIAN 1. Untuk mengkaji sejauhmana Program J-QAF dikatakan berjaya membantu pelajar dalam menguasai Jawi,Bahasa Arab, Al-Quran dan Solat. 2. Untuk mengkaji perbezaan keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan lelaki dan perempuan.
7

3. Untuk mengkaji keberkesanan Program J-QAF kepada partisipan yang telah khatam atau belum Al-Quran. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif yang dinyatakan diatas, penyelidik telah berusaha untuk mengukur nilai persepsi pelajar tingkatan satu mengenai keberkesanan program j-QAF. Oleh itu, pernyataan soalan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah persepsi partisipan terhadapamalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ? 2. Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina ? 3. Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepada khatam membaca al-Quran ? METODOLOGI KAJIAN Sampel Kajian Kajian rengkas ini telah dijalankan secara penyelidikan kaedah tinjauan di sebuah sekolah terpilih di Negeri Sembilan,Selangor danKedah, dan tiga buah sekolah lagi di negeri Perak menggunakan persampelan selesa (convenience sampling). Pemilihan partisipan adalah dibuat secara rawak dari pelajar-pelajar di Tingkatan 1. Seramai 424 orang partisipan telah mengambil bahagian dalam penyelidikan ini. Jadual 1 menunjukkan demografi partisipan kajian. Jadual 1: Demografi Partisipan Maklumat Demografi Jantina Lelaki Perempuan Khatam al-Quran Sudah Belum Belajar al-Quran Ibubapa/Penjaga Guru Agama di sekolah Tahap Membaca al-Quran Cemerlang Sederhana Lemah Pekerjaan Bapa Kerajaan Swasta Sendiri Pekerjaan Ibu Kerajaan Bilangan (%) 172 (40.6%) 252 (59.4%) 223 (52.6%) 201 (47.4%) 201 (48%) 218 (52%) 76 (18.0%) 310 (73.5%) 36 (8.5%) 103 (24.9%) 88 (21.3%) 222 (53.8%) 89 (21.0%)
8

Swasta Sendiri Instrumen Kajian

50 (11.8%) 285 (67.2%)

Kajian ini telah menggunakan sebahagian daripada soalselidik yang pernah digunakan oleh penyelidik dari UPSI terhadap j-QAF. Namun demikian, beberapa pindaan kecil telah dibuat untuk menyesuaikan dengan kajian yang kami lakukan ini. Selepas pemurnian dibuat keatas instrument ini, nilai kebolehpercayaan Cronbach alpha adalah pada 0.86 dengan mengekalkan sebanyak 35 item kajian dari 5 komponen yang terdiri dari: Amalan pembelajaran jawi, Amalan pembelajaran tilawah al-Quran, Amalan pembelajaran Bahasa Arab, Amalan solat dan Kem bestari murid.Kami telah membahagikan instrument ini kepada 2 bahagian. Bahagian A mengandungi 6 item seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Bahagian mengandungi komponen j-QAF seperti yang kami telah jelaskan yang perlukan untuk tujuan penyelidikan ini. Sementara pengukuran konstruk j-QAF ini menggunakan skala Likert 5 mata yang menjelaskan persepsi partisipan terhadap j-QAF terdiri dari: 1=tidak setuju, 2=kurang setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=amat setuju. DAPATAN KAJIAN Berikut merupakan dapatan bagi setiap soalan kajian yang telah kami sediakan. Soalan Kajian 1 Apakah persepsi partisipan terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan amalan solat dalam program J-QAF ? Jadual 2 menunjukkan tahap persepsi partisipan yang telah ditransformasikan kepada konstruk keberkesanan j-QAF terhadap amalan pembelajaran jawi, amalan pembelajaran tilawah al-Quran,amalan pembelajaran Bahasa Arab, amalan solat dan kem bestari solat didalam program J-QAF bagi setiap item. Kajian ini mendapati pelajar amat bersetuju bahawa j-QAF memang dapat meningkatkan kemahiran partisipan dalam pembelajaran jawi. Ini jelas ditunjukkan dengan skor min yang tinggi sebanyak 3.99 (berkesan) dengan sisihan piawai = 0.640. Membantu pelajar dalam amalan pembelajaran tilawah al-Quran. diikuti dengan pembelajaran bahasa arab yang agak rendah dengan Min=2.9287 (kurang berkesan), sp=0.94.Amalan solat merupakan amalan yang amat berkesan sekali dengan min 4.049 (amat berkesan) dan sp=0.706 dari segi amalan harian yang diamalkan. JADUAL 2: Persepsi Terhadap Penguasaan program J-QAF
Item Variabel Amalan Pembelajaran Jawi 1 Saya menulis jawi dengan lancer 2 Saya membaca jawi dengan baik 3 Saya membuat sendiri latihan jawi 4 Saya membuat latihan jawi dibantu keluarga Min
3.99 3.62 3.95 3.39 3.59

SP
0.640 1.101 1.100 1.368 1.514

Tafsiran Berkesan Berkesan Berkesan Berkesan Berkesan 9

5 Guru memberi latihan jawi 6 Saya suka belajar jawi 7 Guru membimbing saya menulis jawi 8 Saya malu jika markah jawi rendah Amalan Pembelajaran Tilawah al-Quran 9 Saya membaca Al-Quran bila disuruh 10 Ibubapa mengajar al-Quran dirumah 11 Ibubapa saya menekankan bacaan al-Quran 12 Ibubapa mendengar bacaan al-Quran saya 13 Saya belajar al-Quran di kelas tambahan 14 Tasmik al-Quran menyeronokkan Amalan Pembelajaran Bahasa Arab 15 Saya bercakap Bahasa Arab dengan kawan 16 Guru bercakap Bahasa Arab dengan saya 17 Saya membuat latihan Bahasa Arab bersendirian 18 Saya suka belajar Bahasa Arab 19 Saya malu jika markah Bahasa Arab saya rendah 20 Bahasa Arab adalah penting untuk saya 21 Saya solat Subuh setiap hari Amalan solat 22 Saya solat Zohor setiap hari 23 Saya solat Asar setiap hari 24 Saya solat Maghrib setiap hari 25 Saya solat Isyak setiap hari 26 Saya membaca qunut ketika solat Subuh 27 Saya solat apabila disuruh oleh ibubapa 28 Saya solat apabila disuruh oleh guru 29 Saya membaca doa wuduk Kem Bestari Solat 30 Saya suka kem bestari solat 31 Kem bestari solat banyak membantu saya belajar solat 32 Ibubapa mengambil berat kem bestari solat 33 Ibu marah jika saya meninggalkan solat 34 Ibubapa mengajak solat berjamaah 35 Saya rasa berdosa bila meninggalkan solat

4.71 4.35 4.20 4.06 3.76 2.86 3.96 4.34 4.17 3.04 4.22 2.93 1.77 2.38 2.34 3.40 3.87 3.82 4.10 4.049 4.34 4.35 4.54 4.18 4.25 3.19 3.32 4.26 4.609 4.43 4.76 4.52 4.78 4.43 4.75

0.783 0.986 1.241 1.404 0.734 1.530 1.466 1.184 1.248 1.605 1.195 0.94 1.200 1.505 1.449 1.460 1.415 1.296 1.106 0.706 0.967 0.942 0.817 1.058 1.177 1.591 1.634 1.161 0.563 1.111 0.752 0.927 0.692 0.923 0.763

Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Berkesan Kurang Berkesan Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Berkesan Amat Berkesan Kurang Berkesan Tidak Berkesan Kurang Berkesan Kurang Berkesan Berkesan Berkesan Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Berkesan Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan Amat Berkesan

Cronbach alpha = 0.86

10

Soalan kajian 2 Apakah persepsi partisipan terhadap keberkesanan j-QAFberdasarkan jantina? Jadual 3 menunjukkan persepsi j-QAF berdasarkan jantina. Kajian ini mendapati persepsi partisipan perempuan terhadap j-QAF adalah lebih tinggi (min = 4.131 sp=0.559) berbanding dengan persepsi partisipan lelaki (min =3.778,sp=0.693) terhadap j-QAF. Perbezaan ini amat signifikan statistic pada aras alpha 0.05 dengan nilai t bersamaan t(422)= -5.05, p < 0.01) JADUAL 3. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan jantina Persepsi j-QAF Lelaki Perempuan ** p < 0.01 Soalan 3 Adakah persepsi keberkesanan j-QAF bergantung kepadakhatam membaca al-Quran ? Kajian ini mendapati seramai 223 (52.6% ) telah khatam Quran dengan skor min persepsi terhadap keberkesanan program j-QAF bersamaan 4.047 dan sp=0.456, manakala seramai 201 (47.4%) belum lagi khatam Quran menunjukkan min persepsi bersamaan 3.716 dengan sp=0.500. Menunjukkan perbezaan yang signifikan statistic bila diuji dengan ujian-t yang bernilai dengan t(422) = 7.139, p < 0.000. JADUAL 4. Ujian-t terhadap persepsi j-QAF berdasarkan khatam al-Quran Persepsi j-QAF Sudah khatam Belum khatam ** p < 0.01 Apabila variable khatam al-Quran ini dikaitkan dengan persepsi keberkesanan j-QAF, ternyata terdapat hubungan yang positif antara khatam al-Quran dengan keberkesanan j-QAF, dan ujian khi kuasa dua menunjukkan terdapat pergantungan yang signifikan statistic antara kedua varibel ini. X2 =34.403, df=2, p <0.01. Ini dapat perjelaskan dari Jadual N 223 201 min 4.047 3.716 Sp 0.456 0.500 T 7.139 Dk 422 Sig .000 N 172 252 min 3.778 4.131 Sp 0.693 0.559 T -5.784 Dk 422 Sig .000

11

Jadual 5. Ujian Khi Kuasa Dua Persandaran khatam al-Quran terhadap keberkesanan j-QAF Khatam al-Quran Sudah Belum Jumlah
2 =34.403, dk=2, p <0.01.

Kategori Keberkesanan Kurang Berkesan Berkesan Amat Berkesan 9(4%) 84 (37.7%) 130 (58.3%) 20 (10%) 120 (59.7) 61 (30.3%) 29 204 191

KESIMPULAN Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan amalan nilai-nilai Islam dari perspektif j-QAF dari persepsi partisipan itu sendiri setelah mereka mempelajari, menerap dan menghayatinya selama 6 tahun semasa berada di sekolah rendah dahulu. Kajian ini cuba menganalisis secara umum sahaja dari aspek persepsi mereka terhadap beberapa amalan seperti:pembelajaran jawi, pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran bahasa arab, amalan solat dan kem bestari solat. Kajian ini juga ingin mengenalpasti perbezaan dari aspek persepsi partisipan terhadap program j-QAF berdasarkan jantina, kerjaya ibubapa mereka, tahap pembacaan al-Quran dan samaada mereka sudah atau belum khatam pembacaan alQuran yang mungkin ada pertaliannya dengan keberkesanan program j-QAF yang diadakan di sekolah rendah. Pada umumnya, penyelidik mendapati para partisipan begitu positif dan dianggap berkesan terhadap perlaksanaan program j-QAF ini. Mereka memberikan persepsi yang begitu positif sekali terutamanya dari aspek solat dan kem bestari solat itu sendiri. Mereka bersetuju, hasil dari pembelajaran dan penerapan j-QAF di sekolah telah dapat membuatkan mereka melakukan solat setiap hari. Kem bestari solat juga telah banyak memberikan kesedaran dan dapat memotivasikan mereka untuk memahami kepentingan solat di samping suruhan dari ibubapa mereka di rumah. Dari aspek pembelajaran tulisan jawi dan pembelajaran al-Quran masih lagi belum begitu mantap dan memerlukan sesuatu kaedah yang lebih berkesan lagi agar ia dapat menyamai dengan persepsi mereka seperti melakukan solat. Persepsi partisipan terhadap pembelajaran Bahasa Arab boleh dianggap negative dan hambar sekali. Sikap partisipan terhadap pembelajaran Bahasa Arab begitu dingin sekali, malahan mereka sendiri tidak begitu pasti terhadap pemelajaran Bahasa Arab yang pernah mereka pelajari atau terapkan semasa di sekolah dahulu dalam pembelajaran j-QAF Bahasa Arab. Pembelajaran j-QAF ini boleh dianggap lebih berkesan kepada partisipan perempuan berbanding lelaki. Partisipan perempuan menunjukkan persepsi yang positif dan berkesan bagi semua komponen j-QAF. Ini termasuklah terhadap tulisan jawi, pembelajaran tilawah al-Quran, pembelajaran Bahasa Arab dan Kem bestari solat. Bagi komponen solat, persepsi yang ditunjukkan kepada j-QAF adalah sama antara lelaki dan perempuan.Bagi mereka yang telah khatam membaca al-Quran mempunyai persepsi yang amat positif terhadap keberkesanan j-QAF kepada mereka. Dari kajian ini, kami mendapati memang terdapat

12

pergantungan persepsi bagi mereka yang sudah khatam mengaji Quran dengan yang belum khatam mengaji Quran. Setelah melihat hasil tinjauan ini secara umum, pengkaji mendapati ianya adalah satu penunjuk peningkatan yang baik sekali, terutmanya dari aspek solat. Pembelajaran tulisan jawi, bersama dengan pembelajaran tilawah al-Quran boleh dipertingkatkanlagi terutamnya dalam pembelajaran Bahasa Arab. Kumpulan penyelidik berasa amat yakin jika diberikan masa yang cukup dan pembaik pulih model pengajaran j-QAF yang betul,ianya boleh dianggap sangat berkesan untuk dilaksanakan di sekolah rendah, dan dipanjangkan lagi ke sekolah menengah rendah demi untuk meningkatkan lagi akhlak keIslaman dalam kalangan remaja kita masa kini. Semoga tinjauan kajian kes ini dapat menjadi titik permulaan bagi penyelidik lain yang mahu mengkaji keberkesanan program j-QAF dengan lebih mendalam lagi. RUJUKAN Abdul Aziz Andik Acuk (1983). Ilmu usul fiqh. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Pustaka Abdullah Nasih Ulwan (1990). Tarbiatul awlad fil-Islam ( terjemahan pendidikan anak-anak dalam Islam,jilid 2) karya terjemahan. Singapura : Pustaka Nasional Pte Ltd. Abdul Razak Hj Osman (1988). Sistem pendidikan islam sekolah rendah malaysia. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya. Abdul Hamid (1972). Petua ejaan jawi. Kuala Lumpur: Mahamir Enterprise. Amin Mohd Rashid (1991). Masalah-masalah pengajaran pendidikan islam KBSR, satu tinjauan persepsi guru-guru sekolah rendah. M.Ed Universiti Kebangsaan Malaysia. Amrah Aru (1996). Cara perlaksanaan kaedah iqra tahap satu dan tiga. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Asad Awang (1995). Kesan penggunaan alat bantu mengajar terhadap penguasaan perbendaharaan kata bahasa arab pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah. Laporan Disertasi. Universiti Malaya. Azman Wan Cik (1986). Kaedah hayati amali, satu pendekatan mengajar pendidikan islam. Kuala Lumpur Fajar Bakti. Baharuddin Adam (1995). Delima jawi kepada anak-anak. Utusan Qiblat. 133,39-41 Balkhis lebai Mat (1987). Pencapaian pelajaran agama islam di sekolah-sekolah menengah berasrama penuh; satu kajian di SMKA selangor dan SMKA al-mashoor (L) pulau pinang. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13

Chee Pee Saad (1991). Pelajar sekolah menengah agama, cabaran dan masa depan. Jurnal Pendidikan Islam 4,(3),35-41. Ghazali Hassan (1982). Perkembangan dan kualiti pengajaran agama islam di sekolah rendah dan menengah di malaysia. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. Gong Sok (1986). Perkembangan tulisan jawi dalam masyarakat melayu. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka. Haron Din dan Sobri Solomon (1988). Masalah dalam pendidikan islam. Kuala Lumpur Pustaka Ar-Rahmaniah, Dewan Bahasa Pusataka. Junaidah Mat Lia (1999). Penilaian terhadap kemahiran membaca jawi di kalangan murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di wilayah persekutuan. Laporan kertas projek UM. Kementerian pendidikan Malaysia (1988). Kajian status pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di sekolah menengah di malaysia. Kuala Lumpur. Kementerian pendidikan Malaysia (1995). Buku panduan perkara asas fardu ain. Kuala Lumpur Dewan bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan perlaksanaan model perluasan bahasa arab komunikasi dan model pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). j-QAF projek rintis tahun 2004, panduaan perlaksanaan model kelas pemulihan jawi dan model pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur. Mohamad Khalifa (1993).Al-quran dan orientasi, Karya Terjemahan .Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Endut (1992) Pendidikan islam KBSM satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah menengah di johorM.Ed. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yusof Ahmad (2000). Sejarah dan kaedah pendidikan al-quran. Kuala Lumpur. penerbit university Malaya. Mohd Yusof Ahmad (2002). Falsafah dan sejarah pendidkan islam . Kuala Lumpur penerbit Universiti Malaya. Mustapha Yazid (1991). Penguasaan jawi di kalangan murid-murid sekolah menengah di negeri kelantan,satu kajian khusus di daerah kota bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya.
14

Mokhtar al-Fakari Anurbek (1990). Pencapaian mata pelajaran pendidikan islam tahap ii KBSR. Laporan Hasil Penyelidikan. Universiti Sains Malaysia. Muhamad Zakaria (1991). Amalan sembahyang fardu di kalangan pelajar sekolah menegah; stau kajian di bebrapa buah sekolah di kota baharu. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya. Nik Rosila Nik Yaacob 1997. Penguasaan jawi dan hubungnnya dengan pencapaian dan minat pelajar dalam pendidikan Islam. Laporan Disertasi. Kuala lumpur Universiti Malaya. Zawawi Ahmad (1984). Pendidikan islam kaedah dan teknik pengajaran. Petaling jaya international Book Service

15

También podría gustarte