Está en la página 1de 20

TAJUK KUMPULAN : GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR DI DALAM KELAS KUMPULAN: D

NAMA PENUH VIVIEN CHONG ROHANI BT ABDUL WAHAB MUHAMMAD ZAHID B. CHE HAMAD SITI ZUBAIDAH IBRAHIM

NO MATRIK D20091035578 D20091035594 D20091035610 D20091035632

DISEDIAKAN UNTUK : ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR

Hiperaktif (ADHD)

Page 1

ISI KANDUNGAN
PERKARA
1.0 Pengenalan 2.0 Definisi Hiperaktif 3.0 Ciri-ciri Pelajar Hiperaktif 4.0 Teori dan Pendekatan yang sesuai 4.1 Teori Kognitif Piaget 4.2 Pendekatan Konstruktivisme 5.0 Faktor-faktor Pelajar Hiperaktif 5.1 Faktor Genetik 5.2 Faktor Neurologik 5.3 Faktor Kultural dan Psikologi a) Pemanjaan b) Kurangnya Disiplin dan Pengawasan c) Orientasi Kesenangan 5.4 Pengaruh Sekolah 6.0 Kesan-kesan Pelajar Hiperaktif 6.1 Kendiri yang Rendah 6.2 Kurang Tumpuan dalam Kelas 6.3 emosional 7.0 Langkah-langkah Mengatasi Pelajar Hiperaktif

MUKA SURAT
1 2-3 3-4

5 6

7 7-8 8 9 9 10

10-11 11-12 12-13

7.1 Pendekatan Diagnosis 7.2 Pendekatan Multidisiplin 7.3 Ubat Simulasi


8.0 Kesimpulan

13-14 15 15 16

Bibliografi

Hiperaktif (ADHD)

Page 2

1.0 Pengenalan Pada hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan telah mencapai tahap pemodenan yang baik. Namun begitu, dalam mencapai arus pemodenan itu, banyak ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga boleh menyebabkan jiwa kanak-kanak menjadi kacau dan mudah dicemari dengan pengaruh-pangruh negatif daripada pemakanan, suasana keluarga dan sebagainya. Dalam hal ini, demi mencapai sosioekonomi yang tinggi, sesebuah intistusi kekeluargaan khususnya telah mengabaikan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak. Dalam konteks ini, arus globalisasi sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup individu dan keluarga yang menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan anak-anak. Dengan bahasa yang labih mudah, keghairahan masyarakat Malaysia dalam mengejar arus pemodenan dan globalisasi telah menjadikan mereka lalai dengan tanggungjawab terhadap keluarga terutamanya pada anak-anak sehingga telah menyebabkan anak-anak menghadapi masalah hiperaktif atau kurang tumpuan (ADHD). Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Jika kita lihat pada masalah ini, anakanak yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang tumpuan adalah golongan kanakkanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing mereka. Bagi mengenalpasti kanak-kanak yang menghadapi masalah hiperaktif, terdapat beberapa cirri yang boleh mengambarkan bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperkatif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar menghadapi masalah hiperaktif sepeti faktor neurologik, faktor genetik, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberikan implikasi terhadap dirinya sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain dan juga guru.

Hiperaktif (ADHD)

Page 3

2.0 Definisi hiperkatif Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampu menarik minat mereka tetapi mereka tidak pernah menemui permainan tersebut. Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan mereka. Contohnya ketika membuat keputusan dalam keadaan tertentu mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebut dari sudut positif dan negatif sebaliknya mereka hanya melakukannya mengikut kehendak mereka sendiri.

Menurut kamus dewan edisi keempat telah mendefinasikan hiperaktif sebagai kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk dikawal. Hiperaktif juga merupakan satu masalah yang dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengalami satu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya (Scrib, 2010).

Dalam aspek pembelajaran, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini sukar untuk menerima pelajaran yang diajar kepada mereka. Para pelajar ini lebih asyik dengan dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan orang yang ada disekeliling mereka. Pada kebiasaannya, pelajar yang hiperaktif ini kurang memberi perhatian kepada pembelajaran mereka dan sukar untuk guru mengajarnya. Mereka akan lebih tertumpu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan kadang-kala aktiviti tersebut mampu mengancam
Hiperaktif (ADHD) Page 4

keselamatan mereka. Satu pendekatan yang efektif diperlukan dalam proses pembelajaran bagi mengawal dan menarik minat pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini.

Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif dengan mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Menurut James Dabson pula dalam bukunya kendalikan selagi mampu yang dipetik oleh Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) telah memberikan pengertiannya terhadap anak hiperaktif yang juga disebut hiperkinensis, kelainan kecil pada otak , kelainan impuls dan beberapa istilah yang lain mendifinisikan hiperaktif sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali.

3.0 Ciri-ciri Pelajar Hiperaktif Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif akan menunjukkan tiga ciri-ciri yang berbeza. Antaranya ialah melalui kegiatan hiperaktiviti, tempoh tumpuan yang singkat dan melalui tingkah laku mereka. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang mengalami masalah hiperaktif melalui tingkah laku yang ditonjalkan oleh mereka (Scrib, 2010).

Melalui kegiatan hiperaktiviti, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini akan sentiasa bermain dengan anggota badan mereka. Mereka tidak pandai duduk diam di tempat mereka sebaliknya akan mengeliat-geliut di tempat duduk mereka walaupun berkali-kali telah diarahkan oleh guru supaya duduk diam. Selain daripada itu juga, mereka tidak pernah duduk di tempat duduk mereka tetapi akan berjalan di sekitar dalam kelas tanpa menghiraukan guru yang berada di dalam kelas tersebut. Manakala dalam sukan dan permainan mereka akan bergerak lebih cergas berbanding dengan pelajar yang lain. Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk

Hiperaktif (ADHD)

Page 5

belajar secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan.

Manakala melalui tempoh tumpuan pelajar yang singkat pula akan menunjukkan ciri-ciri seperti sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap perkara yang rumit atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Selain daripada itu juga, pelajar tidak akan mematuhi arahan dan gagal untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja harian. Pelajar akan mengalami masalah untuk mengatur tugas serta aktiviti-aktiviti, tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) dan selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku, tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) .Tumpuan pelajar hiperaktif juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia.

Disamping itu juga, ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalah seperti selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan orang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

Hiperaktif (ADHD)

Page 6

4.0 Teori dan Pendekatan yang Sesuai 4.1 Teori Kognitif Piaget Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat bahawa pelajar perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain daripada itu juga, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi.

Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya.

Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognatif yang seimbang dalam kehidupan mereka (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, 2001).

Hiperaktif (ADHD)

Page 7

4.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.

Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu

memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.

Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).

Hiperaktif (ADHD)

Page 8

5.0 Faktor-faktor Pelajar Hiperaktif Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

5.1 Faktor Genetik Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD). Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif (ADHD) adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

5.2 Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah seperti

gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum alcohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah hiperaktif ( Norman Supadma, 2009). Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan
Hiperaktif (ADHD) Page 9

mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

5.3 Faktor Kultural dan Psikologi Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah faktor kulturul dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan oreintasi kesenangan. a) Faktor pemanjaan Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering

diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanja oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa. .
Hiperaktif (ADHD) Page 10

b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah. Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanakkanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi (di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya) dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid Bin Arshat, 2010) c) Orientasikan kesenangan Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki cirri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanakkanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan dietrima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.
Hiperaktif (ADHD) Page 11

5.4 Pengaruh Sekolah Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Meraka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, ia merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali, sehingga ia menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007).

6.0 Kesan-kesan Pelajar Hiperaktif Kesan hiperaktiif ke atas pelajar kebanyakkannya negatif. Antara kesan hiperaktif ialah mempunyai sifat kendiri yang rendah, kurang tumpuan dalam pelajaran dan terlalu emosional. 6.1 Kendiri yang Rendah Menurut Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) kendiri didefinisikan sebagai persepsi seseorang mengenai dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan di pengaruhi oleh peneguhan yang di terimanya daripada orang- orang penting dalam persekitarannya. Selain itu, maksud kendiri menurut Huffman (2002) menyatakan daripada pandangan Teori Rogers, konsep kendiri ialah semua maklumat dan kepercayaan individu terhadap kehidupan mereka, kualiti dan tingkah laku mereka sendiri. Manakala menurut Carl Rogers (1902- 1987), komponen personaliti yang utama adalah kendiri (self), sebahagian yang dikenali sebagai saya. Menurut Rogers lagi individu yang kurang sihat mentalnya atau tidak dapat menyesuaikan diri bermula apabila

Hiperaktif (ADHD)

Page 12

individu mendapati mereka tiada kongruen antara konsep kendiri dan pengalaman sebenar yang dialaminya. Biasanya pelajar- pelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri negatif dalam dirinya sehingga mereka merasa rendah diri dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana orang ramai asyik memandang serong dan tidak menyokong dan memberi semangat dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Noran dan Habibah (1997), ciri- ciri kendiri negatif ialah tiada keyakinan diri, suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari, tidak suka menerima pendapat dari orang lain, selalu merasa tidak puas hati dengan apa yang diterimanya, selalu menimbulkan masalah, suka menyinggung perasaan orang lain, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Hal ini demikian akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif ini tidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka suka berangan- angan dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu pelajar- pelajar yang kendirinya rendah biasanya akan ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh. Sebagai contoh seperti pendaki gunung Everest yang mempunyai kendiri yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam hidup. Kesimpulannya, pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri yang rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka berupaya merubah diri mereka. Mungkin hasilnya lebih baik dari orang yang normal. 6.2 Kurang Tumpuan Dalam Kelas Akibat mempunyai sifat kendiri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka bermain berseorangan. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Selain itu, kanak- kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana guru tidak pandai menarik minat mereka. Jikalau para guru bijak menarik minat mereka ini akan mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi. Selain itu, jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang telah menyebabkan pelajar-pelajar hiperaktif ini tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung
Hiperaktif (ADHD) Page 13

kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Hal ini kerana tidak kesemua pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang begitu terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar boleh di sesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari. Kesannya pelajar yang hiperaktif ini sering ketinggalan sedangkan mereka juga mempunyai daya ingatan yang baik. Pelajar- pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan mengantuk kerana mereka telah menggunakan semua tenaganya untuk bermain. Ini menyebabkan mereka tidak fokus dan sering ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain itu mereka juga sering mengganggu pelajar- pelajar yang lain. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif ini sering membuat bising ketika guru sedang mengajar.

6.3 Emosional Kecerdasan Emosi (EQ) ialah kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat untuk memandu pemikiran dan tindakannya dalam melakukan sesuatu. Kecerdasan emosi bukan kerana kepandaiannya tetapi lebih menekankan ciriciri sahsiah yang dimilikinya. Melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan kemahiran dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang pelajar daripada kebolehan intelektual semata-mata. Kesimpulannya kecerdasan Emosi lebih penting berbanding IQ yang tinggi. Menurut Goleman (1995), terdapat lima bahagian EQ yang menjadi pengajaran kepada pelajar iaitu kemampuan mengenali emosi diri, kemampuan mengurus emosi, kemampuan memotivasikan diri, kemampuan mengenali emosi orang lain dan kemampuan membina hubungan. Biasanya pelajar-pelajar yang hiperaktif tidak mempunyai lima bahagian yang telah dinyatakan oleh Goleman. Hal ini demikian kerana pelajar hiperaktif ini selalu berseorangan, tahap sosial yang rendah dan mempunyai kesabaran yang rendah.

Hiperaktif (ADHD)

Page 14

Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa tertekan. Ini akan menyebabkan mereka bermain dan tidak menumpukan perhatian ketika berada di dalam kelas. Selain itu juga, mereka juga tidak mempunyai kawan kerana sikap mereka yang terlalu aktif itu menakutkan pelajar-pelajar lain termasuk gurunya. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan pada pelajaran dan akan menyebabkan mereka ketinggalan. Selain itu juga, pelajar yang hiperaktif ini juga mudah marah walaupun itu kesalahannya sendiri. Pelajar ini suka menyalahkan orang lain dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan.

7.0 Langkah-langkah Mengatasi Pelajar Hiperaktif Permasalahan dalam ruangan aktiviti pembelajaran didalam kelas merupakan satu bentuk kelemahan yang harus diambil pendekatan yang terbaik agar setiap isi ruang yang ada didalam kelas mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Lask (1985) menyatakan terdapat beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh murid yang berada di sekolah. Masalah ini mungkin akan dihadapi oleh mereka yang muda dan yang lebih dewasa. Namun masalah ini dihadapi dalm jangka masa yang pendek, merupakn sebahagian daripada proses pertumbuhan yang dihadapi oleh murid.

7.1 Pendekatan Diagnosis

Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud perawatan yang diberikan dalam bentuk kita perlu mengenalpasti corak tertentu tingkah laku, membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah laku pelajar dari masa ke semasa. Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.
Hiperaktif (ADHD) Page 15

1) Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurang tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru dapat mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik. Cara atau keadah permerhatiaan ialah dengan menempatkan pelajar di bangku yang terdekat dengan guru dan juga diantara anak murid yang tenang, ini bagi membolehkan guru memberi perhatian dan pengawasan yang penuh. Cara sebegini akan membolehkan setiap pergerakan yang dibuat oleh pelajar hiperaktif tadi dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketika itu juga guru dapat memainkan peranan untuk mengajar anak murid yang lain kerana pelajar hiperaktif tadi terlatak dekat dengan guru sekaligus ini akan mengurangkan kadar pengawalan yang menyeluruh dan akan membolehkan aktiviti bilik darjah dapat dijalankan dengan lancar. 2) Pendekatan dianogsis yang seterusnya perlu dibuat oleh guru dengan mengelakkan pelajar ditempatkan berhampiran dengan jendela atau pintu yang terbuka dan juga gambar atau lukisan yang berwarna terang kerana ia akan merangsang pergerakan mereka. Sifat semulajadi yang ada pada pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya yang agak menebal. Keadaan ini akan menganggu ruang dan masa aktiviti pembelajaran. 3) Menyingkirkan perlengkapan yang tidak diperlukan di meja belajar supaya perhatian mereka tidak terganggu oleh objek lain. Guru digalakkan selalu memberi pujian kepada pelajar yang hiperaktif apabila mereka berada dalam keadaan tenang kerana ini akan meningkatkan semangat mereka.

Hiperaktif (ADHD)

Page 16

7.2 Pendekatan Multidisiplin Pendekatan multidisiplin ini merujuk kepada cara yang digunakan bagi merawat kanakkanak hiperaktif ini dengan mengunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka ke bentuk yang normal. 1) Membawa anak hiperaktif memdapatkan rawatan dari doktor yang berpengalaman tentang masalah ini. 2) Mencari pendekatan psikologi dari pakar-pakar , terutamanya pakar kanakkanak yang membolehkan pendekatan yang terbaik diberi bagi mengurangkan risiko yang lebih buruk. 3) Diterapkan pendekatan sosial dan pendidikan , contohnya membiarkan mereka bergaul dengan kanak-kanak diluar dengan pengawasan , dan jangan bertindak mengurung anak sebeginikerana akan menambahkan lagi

permasaalahan yang sedia ada. 7.3 Ubat Simulasi Pengambilan ubat simulan merupakan pendekatan untuk jangka masa pendek terutama anak-anak yang terlalu aktif sehingga menganggu waktu tidur dan makan , ini cukup bahaya kerana ianya akan menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak tersebut. Ubat simulan hanya bertujuan atau bersifat membantu menenangkan dan menumpukan perhatian kanak-kanak dalam sesuatu hal.

Hiperaktif (ADHD)

Page 17

8.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, hiperaktif atau gangguan tumpuan (ADHD) adalah merupakan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang sering melakukan tindakan di luar batasan terutamanya di dalam sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang telah dibincangkan dalam tercetusnya masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak ataupun pelajar. Hal ini boleh dirumuskan bahawa faktor yang paling banyak mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif ini adalah melibatkan faktor kekeluargaan seperti faktor genetic dan cara-cara ibu bapa mengawasai anak-anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bijak dalam mencari resolusi yang baik dalam mendidik anak-anak. Pada hakikatnya, masalah hiperaktif ini merupakan satu msalah yang seharusnya dapat dielak daripada berlaku. Bak kata orang menggelak lebih baik daripada merawat. Sehubungan dengan itu, banyak masalah yeng telah timbul akibat daripada masalah hiperaktif yang telah dialami oleh kanak-kanak atau pelajar. Dalam hal ini, masalah-masalah yang berlaku ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada pelajar hiperaktif, namun ia juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada orang yang berada disekiling mereka. Dalam konteks ini, orang yang paling dekat dan paling mudah menerima kesan ini adalah rakan-rakan satu kelas dimana keadaan mereka yang hiperaktif akan menganggu masa belajar rakan kelas mereka, tumpuan belajar dan sebagainya. Oleh kerana masalah ini bukan merupakan masalah yang ringan, maka pelbagai resolusi telah dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlaku. Semua pihak perlu terlibat sama dalam membantu menanggani masalah yang dihadapi oleh pelajar hiperaktif dan tidak hanya menunding jari terhadap masalah tersebut.

Hiperaktif (ADHD)

Page 18

Bibliografi
Goleman, D (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam. Hamid Bin Arshat (2010). Kanak-kanak yang Hiperaktif. Diperoleh pada 6 September 2010, daripada http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html Huffman, Karen (2002). Psychology in Action. USA: John Wiley & Sons. Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). Membimbing Anak Hiperaktif. Diperoleh pada 14 September 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/21251028/MembimbingAnak-Hiperaktif Norman Supadma (2009). Hiperaktif Pada Anak. Diperoleh Pada 30 Ogos 2010, daripada http://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anak-t1540.htm Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Raihanah Abdullah (2004). Anak Hiperaktif Berkurang Apabila Umur Meningkat. Diperoleh pada 25 Oktober 2010, daripada http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=4 8 Shavelson R. J., Hubner J. R dan Stanton G. C (1976). Self- Concept, Validation of Construct Interpretation, Proceeding Sixth Asian Workshop on Child and Adolescent Development, 264- 273. Scrib (2010). Gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-ataukurang-tumpuanpada 14/08/2010.

Scrib (2010). Kanak-Kanak & Permainan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-atau-kurangtumpuan Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhn. Yahya Nursidik (2008). ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders). Diperoleh pada 14 Ogos 2010, daripada http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/06/adhdattention-deficit-hyperactive.html
Hiperaktif (ADHD) Page 19

Zuhayati Yazid ( 24 September 2009). Menangani Anak-anak Hiperaktif. Utusan Malaysia. Diperoleh daripada 4 September 2010, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Mal aysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Hiperaktif (ADHD)

Page 20

También podría gustarte