Está en la página 1de 3

Apakah ciri-ciri budaya? Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri budaya.

1.

BUDAYA ITU DIKONGSI

Ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya tentunya sedia maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam masyarakat itu. Contohnya seorang lelaki di suatu tempat di Afrika akan berasa besar hati apabila dia terjumpa seorang lelaki lain dari kelompoknya sedang menjelirkan lidah kepadanya. Hal ini kerana bagi masyarakat itu, jeliran lidah bermaksud hello. Umumnya apabila seorang Melayu masuk ke rumah seorang Melayu lain, tanpa disuruh pun dia akan terus menanggalkan kasutnya. Umumnya apabila seorang Jepun didatangi tetamu, mereka sama-sama akan membongkokkan diri tanpa disuruh. Perlakuan-perlakuan ini terjadi dengan sendirinya kerana elemen budaya itu sudah dikongsi menyebabkan ia dimaklumi oleh ahli-ahli dalam masyarakat tersebut. Apabila budaya tidak dikongsi, akan berlakulah kekecohan dan ada kalanya kelucuan. Seorang mat saleh akan terus masuk ke rumah temannya orang Mel ayu tanpa membuka kasut. Mat saleh itu pula akan terasa hati apabila sahabatnya orang Melayu tadi meletakkan tuala dan persalinan di katil. Baginya perlakuan itu seolah-olah mengatakan dirinya busuk dan mesti segera mandi. Padahal memang menjadi adab orang Melayu untuk menyediakan tuala dan pakaian salin dengan segera kepada tetamu yang mahu bermalam, tidak kira bila si tetamu hendak mandi. Budaya mat saleh dan budaya Melayu kan banyak perbezaannya?

Jelasnya di sini, budaya itu dikongsi oleh sesuatu masyarakat.

2.

BUDAYA ITU DIPELAJARI

Budaya tidak diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara genetik. Budaya dipelajari oleh ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat apabila mereka saling berinteraksi dengan persekitaran sosial mereka. Contohnya apabila seseorang itu hendak berkahwin, dengan sendirinya dia akan berusaha mengambil tahu tentang adat budaya perkahwinan dalam masyarakatnya. Ilmu itu tidak sedia ada pada dirinya melainkan mestilah dipelajari.

3.

BUDAYA ITU TIDAK KELIHATAN

Budaya dikatakan tidak kelihatan kerana ia mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana ia sudah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Contohnya ada orang-orang Cina di Tanah Melayu pada zaman dahulu tidak membuka kelambunya selepas bangun pada waktu pagi. Malam nanti terus sahaja masuk tidur. Ia bukan satu kejanggalan kerana hal itu sudah sebati dalam diri masing-masing ahli masyarakat Cina itu. Orang Melayu pula sebaliknya apabila bangun pagi terus membuka dan melipat kelambu serta menggulung tilam. Begitu juga dengan perlakuan kita menggosok gigi pada setiap pagi. Kita tidak perlu berfikir tentangnya lagi, tapi terus melakukannya sebagai rutin.

4.

BUDAYA ITU MEMPENGARUHI PROSES-PROSES BIOLOGI

Manusia mempunyai kehendak-kehendak biologi yang sama iaitu makan, minum, buang air, rehat, tidur, berlindung dan sebagainya, walaupun cara manusia memenuhi tuntutan biologi itu adalah mengikut acuan adat budaya masing-masing. Contohnya (secara umum) orang Melayu suka makan menggunakan tangan dengan duduk bersila di bawah, orang Arab suka dihidangkan roti terus di atas meja tanpa berlapik, orang Cina menggunakan penyepit dan orang Barat menggunakan sudu dan garfu. Orang Cina suka melebihkan sayur manakala orang Arab suka melebihkan daging. Orang Iran makan nasi sebagai makanan ruji, orang Mesir makan gandum (roti), sementara ada masyarakat lain di dunia ini yang makan jagung. Ringkasnya, semua ahli masyarakat di atas tadi makan, sekalipun bentuk makanan dan cara makannya ada perbezaan.

5.

BUDAYA ITU MENGALAMI PERUBAHAN

Budaya berubah dari semasa ke semasa, sedikit atau banyak, cepat atau lambat. Perubahan budaya berlaku melalui proses inovasi atau difusi. Inovasi ialah idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat seperti kemajuan komputer dan media telah merubah budaya hidup dan budaya sosial kita. Penciptaan dapur gas membuatkan makanan lebih cepat disediakan berbanding dapur kayu, maka masyarakat makan dengan lebih menu. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, penciptaan motosikal, telefon bimbit dan sebagainya.

Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada budaya-budaya lain. Contohnya budaya MTV yang berasal dari Amerika Syarikat. Budaya ini begitu banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global.

6.

BUDAYA ITU SEJAGAT

Umumnya dalam masyarakat yang mana pun di serata pelosok dunia ini, mereka mempunyai unsur-unsur budaya sejagat iaitu wujudnya seni bela diri, tarian, peraturan moral atau agama, berpantang selepas bersalin, perubatan, upacara pengebumian, hiasan tubuh, istilah kekerabatan, pembahagian tugas, keraian dan pelbagai lagi.

8.

BUDAYA ITU BERSIFAT INTEGRATIF

Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain seperti aspek agama, politik, ekonomi, social, kekeluargaan, perubatan, hiburan dan sebagainya. Aspek-aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu perubahan kepada salah satu aspek, aspek-aspek yang lain akan turut mengalami perubahan. Contohnya apabila sesuatu masyarakat itu menerima agama baharu, segenap aspek kehidupan mereka akan turut berubah.

También podría gustarte