Está en la página 1de 44

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN Wacana atau discourse merupakan konsep yang meliputi semua aspek komunikasi bukan sahaja mesej atau teks, tetapi juga pengucapan,penerimaan dan situasi konteks. Hal ini bermakna bahawa wacana meliputi komunikasi bertulis, antara penulis dengan pembaca dan komunikasi lisan, iaitu penutur dengan pendengarnya. Jika dilihat sebuah cerpen, cerpen itu sendiri ialah wacana dan di dalamnya ada dialog, ayat, dan perenggan yang merupakan wacana juga. Dalam konteks yang lebih luas, menurut Mohd. Sidin Ishak dalam Keterampilan Menulis (1992), konsep wacana kerap kali digunakan sebagai alternatif kepada laras atau pengucapan biasa sahaja. Selain itu, menurutnya, wacana digunakan untuk merujuk isi, misalnya wacana politik, wacana media dan wacana undang-undang.Wacana juga dianggap sebagai penggunaan bahasa dalam konteks yang membawa makna. Hal ini bermaksud bahawa jika dalam konteks karangan, wacana wujud apabila berlaku interaksi komunikasi antara teks dengan pembaca. Bagi memastikan makna yang dibawa oleh teks itu sejajar dengan makna yang difahami oleh pembaca, maka pengarang perlulah memaparkan ideanya dengan logik dan realistik. Pada umumnya, wacana berkait rapat dengan makna sama ada makna yang di bawa oleh ayat, perenggan atau keseluruhan teks itu. Dalam konteks ini, makna itu merujuk kepada makna dasar dan makna pragmatis. Makna dasar merujuk kepada makna yang ditanggapi tanpa mengambil kira konteks. Sebaliknya, makna pragmatis pula ialah makna sebenar mengikut kontes tertentu. Sebagai contoh, ungkapan panjat lagi dalam kewujudannya yang tersendiri merujuk kepada suruhan agar subjek itu memanjat lagi. Namun begitu, sekiranya ungkapan itu diucapkan oleh seorang bapa kepada anaknya yang enggan mematuhi larangannya agar berhenti memanjat, maka ungkapan itu menjadi ungkapan larangan. Hal ini penting supaya wacana yang terbentuk tidak memesongkan tanggapan antara penulis dan pembaca.

Penanda wacana terdiri daripada dua jenis, iaitu melanjutkan maklumat atau gagasan dan yang menunjukkan pertentangan maklumat atau gagasan. Oleh itu, penggunaan penanda wacana dalam ayat membentuk perkaitan antara ayat dengan ayat atau ayat yang sebelumnya. Sehubungan dengan itu, penanda wacana dalam sesebuah penulisan amat penting bagi mewujudkan pertautan dan kesepaduan bentuk dan makna sesebuah penulisan itu. Penggunaan penanda wacana yang berupa kata atau frasa perangkai menurut Awang Sariyan, membolehkan ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat atau gagasan yang dikemukakan menjadi lancar dan tidak melompat-lompat. Sebaliknya, jika penulis tidak menggunakan penanda wacana, maka huraian dan penerangan yang diberi menjadi terputus-putus. Selain itu, kohensi ialah hubungan antara ayat dengan ayat dalam sesebuah wacana sama ada dalam strata gramatikal mahupun dalam strata leksikal. Ada juga tokoh yang menyatakan kohensi ialah keserasian hubungan antara unsur yang satu dengan unsur yang lain dalam wacana ssehingga terciptalah koheren. Ketidaksesuaian bentuk bahasanya dengan kegagasan dan konteksnya akan menghasilkan teks yang tidak kohensif. Manakala koheren pula merujuk kepada pengaturan secara rapi gagasan, kenyataan, fakta dan idea menjadi satu untaian yang logik sehingga mudah difahami mesej yang terkandung di dalamnya. Koheren mempunyai unsur-unsur pertalian dan pertautan dari segi makna wacana. Keutuhan wacana yang tinggi menggambarkan tanggapan terhadap idea yang diungkapkan oleh penulis itu dapat difahami dengan tepat oleh pembaca. Keutuhan wacana itu diperoleh melalui salah satunya ialah, melalui penggunaan penanda wacana itu sendiri.

1.2 LATAR BELAKANG

Analisis wacana mula muncul di Great Britain dan Amerika Syarikat dalam tahuntahun 50-an. Di Great Britain,analisis ini muncul akibat daripada pegangan konsep teori makna dalam konteks yang dipelopori oleh Reymond Firth. Mengikut teori ini, makna bukan merupakan idea yang terkandung secara tersendiri dan beku di dalam perkataan tetapi ia di tentukan oelh keperihalan keadaan atau konteks situasi. Dalam bahasa Melayu misalnya, perkataan cantik, sekiranya diucapkan dalam nada tenang dan situasi biasa mengandung erti apreasiasi (bermaksud elok, comel dan lain-lain) tetapi jika di ucapkan dalam nada geram dan marah, ertinya bukan lagi sebagai apresiasi tetapi sindiran atau perli. M.A.K Halliday telah terus memperjuangkan teori Firth. Bagi beliau, sifat dan struktur bahasa mempunyai hubungan dengan fungsi bahasa dan fungsi itu ada kaitannya dengan kebudayaan alam bahasa itu sendiri. Kerana itu, huraian struktur sesuatu bahasa mestilah mengambil kira kegunaan bahasa itu dalam masyarakat. Halliday mengatakan bahawa bahasa mempunyai tiga fungsi iaitu: 1- Fungsi alami-bahasa berfungsi melahirkan pengalaman dan fikiran 2- Fungsi hubungan-bahasa mewujudkan dan mempertahankan hubungan sosial yang melaluinya timbul peranan orang-orang yang terlibat seperti ada yang berperanan sebagai penyoal, penyambut, penyahut, penyuruh dan orang yang disuruh. 3- Fungsi tekstual-penggunaan bahasa dalam konteks situasi yang betul-betul wujud, yang benar-benar merupakan bahasa hidup, bukan contoh-contoh yang dibuat-buat yang terdapat dalam kamus dab buku-buku tatabahasa. Di sini, kita melihat struktur tatabahasa dan intonasi dalam ayat-ayat yang berkenaan terjalin dalam keadaan sambung-menyambung dalam bentuk teks dab berkaitan dengan konteks penggunaannya.

Apabila seseorang itu berhubung dengan menggunakan bahasa sekurangkurangnya dua dua fungsi berperanan sekaligus atau kadang-kadang ketiga-tiga peranan berjalan serentak.

Memandangkan begitu pentingnya fungsi dan konteks di dalam bahasa maka menghuraikan bahasa secara ayat demi ayat dan kemudian mencipta rumus-rumus bagi ayat-ayat tersebut tanpa menghuraikan sebahagian besar daripada peristiwa bahasa yang berlaku di sebalik ayat-ayat itu tidaklah lengkap.

1.3 DEFINISI WACANA Pertamanya, definisi wacana boleh diperolehi melalui kamus bagi mendapat makna secara tepat. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan wacana disebut sebagai discourse. Kamus Webster, 1983 halaman 522, terdapat tiga makna perkataan discourse iaitu yan g pertama, Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasangagasan; atau percakapan. Kedua, hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan. Akhir sekali, discourse bermaksud risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah

Selain itu, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baru 1993, perkataan wacana diertikan sebagai ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan serta keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa.

Kamus linguistik pula mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik.

Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, ada baiknya kita melihat batasan (definisi) wacana daripada beberapa tokoh bahasa di bawah ini:

ASMAH HJ. OMAR mendefinisikan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan2 dan perkembangan fikiran yang berturutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Henry Guntur Tarigan pula menyatakan wacana ialah kesatuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Menurut Michael Stubbs, beliau menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain,

wacana merupakan unit2 linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran2 percakapan atau teks2 tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran. Manakala HarimurtiI Kridalaksana memberi definisi wacana sebagai satuan

bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya) paragraph, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Justeru, dapatlah saya membuat kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas iaitu terdapat lapan unsur penting dalam wacana iaitu wacana merupakan satuan bahasa mempunyai kesinambungan yang terlengkap, terbesar ataupun tertinggi kedudukannya, mengatasi ayat atau klausa, malahan teratur, tersusun rapi, mempunyai rasa koheren (kepautan) serta kohesi(kesepaduan) sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan serta mempunyai permulaan dan penutup.

2.0 CIRI-CIRI WACANA


Terdapat 9 ciri utama dalam sebuah wacana iaitu : 2.1 Mempunyai tujuan Tiap-tiap wacana mesti ada tujuan kerana tujuanlah yang menentukan selenggaraan. Kalau tujuan penutur untuk memperolehi maklumat, maka selenggaraan yang timbul ialah ayat tanya.

2.2 Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain

Ayat-ayat yang dihasilkan mestilah mempunyai pertautan atau kesinambungan cerita itu. Hal ini akan dapat melahirkan sesuatu yang menarik dan mudah di fahami oleh semua pembaca khususnya semasa wacana yang melibatkan tulisan. Perkara atau sesuatu akan berkaitan dan mempunyai kesinambungan ini akan dapat dibaca dengan jelas dan terang. Isi-isi yang telah digunapakai dalam menghasilkan sesuatu mestilah bertepatan dan mempunyai hubungkait dengan topik yang sedang di bincangkan. Perkara ini diambil kira kerana jika isi yang dihasilkan itu tidak mempunyai pertautan idea, maka semua hasil penulisan itu tidak akan mempunyai kesinambungan cerita dari awal hingggalah habis. Isu-isu yang dihasilkan juga harus diperkemaskan dengan data dan bukti yang kukuh untuk memberikan keyakinan kepada pembaca mahupun pendengar.

2.3 Berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar

Hubungan penutur dan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dan pendengar dalam bahasa tulisan.

2.4 Berlandaskan hubungan penutur dengan masyarakat

Dalam wacana juga harus ditinjau hubungan dan kedudukan penutur dalam masyarakat pada amnya. Hal ini akan menimbulkan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak. Hubungan ini akan menimbulkan kesan dialek sosial atau geografis di dalam pertuturan. Ia mempunyai bentuk-bentuk ayat, frasa dan kepanjangan yang berlainan.

2.5 Mengandungi informasi baharu

Sesuatu ayat atau percakapan mempunyai informasi yang belum terkandung dalam ayat-ayat atau pertuturan dalam wacana yang sama. Maka ayat-ayat yang merupakan tautologi tidak boleh dianggap sebagai wacana biasa.

2.6 Mempunyai unsur susun atur

Perkataan dalam wacana disusun atur menurut waktu, tempat, keutamaan, sebab akibat dan sebagainya. Ini bererti ayat-ayat yang terlibat dalam wacana itu mesti

memperlihatkan kesatuan dalam hubungan waktu, tempat dan sebagainya. 2.7 Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian Andaian, dalam kata lain adalah objek kepada ayat yang dikemukakan manakala aseri pula merupakan sifat kepada objek itu. Aseri ataupun dikenali sebagai inferensi merupakan komen atau keterangan terhadap andaian (objek) yang dibuat. Contohnya baju itu cantik. Secara tidak langsung, baju itu merupakan andaian manakala cantik itu merupakan aseri kepada ayat tersebut.

2.8 Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya Ayat-ayat yang diletakkan selepas ayat pertama haruslah mempunyai maklumat yang mempunyai makna dan dapat dijadikan logik akal. Maklumat yang tidak mempunyai logik akal akan menunjukkan ketiadaan wacana dan kesinambungan dalam cerita yang dihasilkan.

2.9 Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama Penggunaan bahasa dalam sesebuah pengucapan itu juga merupakan perkara yang penting yang perlu diambil berat oleh penutur. Penutur harus tahu taraf pendengar. Hal ini kerana setiap apa yang diucapkan oleh penutur biasanya akan difahami oleh semua pendengar mahupun sesiapa yang berkaitan.

3.0 JENISJENIS WACANA


Wacana mempunyai ciri-ciri dan jenis yang tersendiri. Hal ini bertujuan untuk menilai dan membanding beza antara satu jenis wacana itu dengan wacana yang lain. Antara jenis-jenis yang dapat dilihat dalam wacana ialah berdasarkan media penyampaian iaitu dari segi wacana lisan dan tulisan. Selain itu, berdasarkan pengungkapan yakni wacana langsung dan tidak langsung dan yang terakhirnya ialah berdasarkan bentuk, yang mempunyai wacana prosa, puisi dan drama

3.1 Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang

berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

10

Selain itu juga, wacana juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang lain contohnya seperti yang dinyatakan di bawah:

3.1.1 EKSPOSISI Salah satu bentuk wacana atau karangan yang bermaksud menjelaskan,

mengembangkan, atau menerangkan suatu gagasan. Tujuannya untuk menambah pengetahuan pembaca tanpa berusaha utuk mengubah pendirian atau mempengaruhi sikap pembaca. 3.1.2 NARASI Wacana atau cerita yang isinya mengisahkan suatu kejadian atau peristiwa menurut urutan waktu atau secara kronologis. Kejadian yang dikisahkan dapat bersifat khayali atau factual, atau gabungan dari keduanya. Narasi ini sering dimasukkan ke dalam golongan karangan fiktif, jadi tercakup di dalamnya roman, novel, cerpen, kisah perjalanan, tambo, dan biografi 3.1.3 DESKRIPSI Salah satu bentuk karangan yang menggambarkan suatu keadaan, kejadian, atau peristiwa sejelas mungkin sehingga pembaca mendapat kesan seperti melihat sendiri. 3.1.4 ARGUMENTASI Sebuah wacana yang berusaha meyakinkan atau membuktikan kebenaran suatu pernyataan, pendapat, sikap, atau keyakinan. Dalam argumentasi ini, suatu gagasan atau pernyataan dikemukakan dengan alasan yang kuat dan meyakinkan sehingga orang yang membacanya akan terpengaruh untuk membenarkan pernyataan, pendapat,dan sikap yang diajukan.

11

3.1.5 PERSUASI Bentuk wacana yang tujuannya adalah meyakinkan, mengajak, atau membangkitkan suatu tindakan dengan mengemukakan alasan-alasan yang kadang-kadang agak emosional. Jika argumentasi berusaha membuktikan kebenaran atau pernyataan melalui proses penalaran yang sihat, persuasi berusaha merebut perhatian dan membangkitkan tindakan terhadap pembacanya.

12

4.0 PENANDA WACANA


Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Henry Guntur Tarigan dalam Pengajaran Wacana (1995) mengelaskan penanda wacana dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 1. Penanda wacana adversatif : tetapi, namun 2. Penanda wacana kausal : sebab, kerana 3. Penanda wacana koordinatif : dah, atau 4. Penanda wacana korelatif : entah, baik, mahupun 5. Penanda wacana subordinatif : meskipun, kalu, bahawa 6. Penanda wacana temporal : sebelum, sesudah John Chapman (1983) pula membahagikan alat penggabungan kata (cohensive devices) kepada empat jenis iaitu : 1. Bagi menunjukkan maksud tambahan : dan, juga, tambahan lagi, selain itu, dengan, pendek kata, hal ini bermaksud 2. Bagi menunjukkan maksud sebaliknya : tetapi, sungguhpun, walaupun, melainkan, sekiranya tidak 3. Bagi menunjukkan maksud sebab : oleh itu, akibatnya, kesudahannya, sekiranya begitu, dalam keadaan ini, kesimpulannya, rumusan daripada 4. Bagi menunjukkan maksud ketika : selepas itu, berikutan itu, pada masa yang sama, kini, pada masa yang sama, pada ketika itu

13

Dari segi penjenisan penanda wacana, Awang Sariyan membahagikannya kepada dua jenis, iaitu yang melanjutkan maklumat dan yang menunjukkan pertentangan maklumat atau gagasan. Contoh penanda wacana daripada jenis yang melanjutkan maklumat ialah di samping itu, selain itu, sementara itu, dengan hal demikian, dengan kata lain, oleh itu, selanjutnya, tambahan pula, demikian juga, dan singkatnya. Manakala contoh kepada penanda wacana yang menunjukkan pertentangan maklumat ialah namun, bagaimanapun, meskipun demikian, namun demikian, dan

sebaliknya.

4.1 Jenis Jenis Penanda Wacana Terdapat tiga jenis penanda wacana iaitu : 1. Penanda Kronologi Boleh dikenalpastikan apabila terdapat perkataan yang berkaitan dengan masa, tempoh dan waktu. Contohnya, kini, lantas, mula-mula, selepas itu, kemudian, semenjak itu, pada suatu waktu, hatta, arakian, sepurnama dan sebagainya.

2. Penanda Organisasi Penanda wacana yang mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Contohnya akhir sekali, dalam hal ini, sebagai kesimpulan, dalam hubungan ini, tegasnya, dengan perkataan lain, dapat dinyatakan bahawa, untuk memperjelas lagi, akan dinyatakan pada tempat yang lain dan sebagainya.

3. Penanda Idea Penanda idea berperanan untuk menghubungkan antara fakta dengan fakta atau idea dengan idea. Terdapat 3 sub bahagian dalam penanda idea iaitu : Pengembangan (malah, selain itu, seterusnya, begitu juga, di samping itu, lebih-lebih lagi, tambahan pula)

14

Pertentangan ( tetapi, sama ada, sebenarnya, sebaliknya, walaupun, walaubagaimanapun, pada masa yang sama) demikian, untuk tujuan itu, dengan demikian, berikutan dengan itu, sebagai akibat daripada, dengan syarat)

Walaubagaimana pun, terdapat juga contoh-contoh penanda wacana yang lain mengikut kategori tertentu :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tambahan Urutan

: dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan Contoh Rumusan Tempat Waktu Sebab dan kesan Bandingan : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

10. Pertentangan

15

11. Pengesahan

: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

5.0 KEUTUHAN WACANA


Keutuhan wacana adalah satu aspek yang penting kerana keutuhan inilah yang menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Tambahan pula, keutuhan wacana bercirikan kepada kesatuan idea, tersusun dengan sistematik (organisasi esei) dan mempunyai jalinan yang kemas

Maka, keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan iaitu dari aspek: 5.1 SEMANTIK Hubungan dari aspek ini dapat dilihat dari segi konteks iaitu : Hubungan sebab dan akibat Hubungan sebab dab hasil Hubungan sebab dan tujuan Hubungan latar dan kesimpulan Hubungan syarat dan hasil Hubungan perbandingan Hubungan memperkuatkan isi Hubungan aditif Kesatuan tajuk Hubungan sosial antara penutur dan pendengar
16

empat

Laras bahasa yang digunakan

5.2 LEKSIKAL Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan : sinonim antonim hiponim kolokasi unsur bersambut pengulangan pembuka dan penutup wacana 5.3 GRAMATIKAL Penanda gramatikal yang menunjukkan keutuhan wacana anata lain ialah : kata penghubung elipis 5.4 FONOLOGIS Hubungan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Unsur-unsur ini juga boleh menimbulkan hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana.

17

6.0 ANALISIS WACANA


Analisis wacana yang ditulis oleh Deborah Tannen mendefinisikan kajian bahasa sebagai kajian yang menjangkau aspek-aspek di luar kalimat ('beyond the sentence'). Hal ini berbeza dengan analisis yang mengkaji bahasa dari sudut gramatika: kajian tentang hal-hal yang kecil dalam bahasa, seperti kajian bunyi-bunyi bahasa (fonetik dan fonologi), bahagian-bahagian kata (morfologi), makna (semantik), dan urutan kata di dalam sintaksis. Penganalisis wacana mengkaji satuan bahasa yang lebih besar dalam ayat yang saling berhubungan sehingga merupakan kesatuan yang utuh. Pada peringkat ini, penganalisisan wacana dilakukan bagi mengenalpasti dan menghuraikan penanda wacana, ciri-ciri wacana dan jenis-jenis wacana serta

memberikan alasan tentang keutuhan wacana berdasarkan petikan rencana pengarang daripada akhbar Berita Harian bertarikh 29 Julai 2009 yang bertajuk Usaha atasi jenayah perlu pendekatan yang komprehensif . Dengan ini, saya sertakan beberapa keutuhan wacana yang dapat dikaji berdasarkan rencana pengarang yang saya pilih. Penggunaan wacana yang baik mempengaruhi rencana itu yang secara langsungnya akan membuatkan gagasan atau rencana itu kelihatan menarik selain dapat difahami dengan mudah dan jelas oleh pembaca.

18

6.1 CONTOH PERTAMA : Peningkatan kadar jenayah memberi gambaran buruk terhadap imej sesebuah negara. Ia bukan saja menimbulkan keresahan kepada rakyat, malah menjejaskan kemasukan pelabur atau pelancong asing.

6.1.1 CIRI-CIRI WACANA Terdapat beberapa ciri wacana dalam petikan di atas. Antaranya ialah mempunyai koheren (pertautan) antara ayat pertama yang bermaksud peningkatan kadar jenayah telah memberi imej yang buruk kepada negara dan ayat kedua mempunyai pertautan dengan memberikan kesan buruk yang lain iaitu menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Selain itu, petikan di atas juga mempunyai maklumat yang baharu iaitu pada ayat kedua untuk frasa pertama, kesan buruk terhadap peningkatan jenayah ialah akan menimbulkan keresahan kepada rakyat. Namun pada frasa kedua, maklumat baharu iaitu menjejaskan kemasukan pelabur atau pelancong asing ditambah selepas dihubungkan oleh penanda wacana malah.

Di samping itu, ciri wacana untuk petikan ini ialah berlandaskan hubungan penulis rencana dengan pembaca.
19

6.1.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA Berdasarkan contoh petikan di atas, malah dan atau merupakan penanda wacana dalam ayat di atas. Malah merupakan jenis penanda wacana, penanda idea bagi pengembangan ayat. Manakala atau merupakan penanda wacana tambahan

sebagai tambahan kepada maklumat yang disampaikan iaitu peningkatan kadar jenayah akan menjejaskan kemasukan pelabur sebagai contoh pertama dan penggunaan penanda wacana atau sebagai tambahan kepada contoh yang lain iaitu pelancong asing. Malah dalam contoh ayat di atas adalah penanda yang menjadi pengembangan idea daripada informasi pertama ke informasi seterusnya. Ayat pertama mengatakan bahawa kadar jenayah yang semakin meningkat boleh memburukkan imej negara dan akan menimbulkan keresahan kepada rakyat, penanda wacana malah digunakan untuk mengembangkan idea dengan mengatakan perkaitan iaitu kadar jenayah yang meningkat juga akan menjejaskan kemasukan pelabur atau pelancong asing. 6.1.3 JENIS WACANA Jenis wacana untuk petikan ini ialah berdasarkan media penyampaian jenis wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk eksposisi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penjelasan yang lebih utuh melalui pengembangan kesan peningkatan kadar jenayah dengan memberikan tiga contoh untuk menambahkan ilmu pengetahuan pembaca iaitu imej negara menjadi buruk, rakyat berasa tidak selamat dan kedatangan pelabur dan pelancong asing terjejas teruk.

20

6.1.4 KEUTUHAN WACANA Petikan di atas dianggap sebagai wacana kerana mempunyai hubungan sesebuah wacana dari aspek semantik iaitu hubungan sebab dan akibat. Hal ini dibuktikan ekoran daripada peningkatan kadar jenayah di Malaysia yang mengakibatkan imej negara menjadi buruk, rakyat berasa tidak selamat dan kemasukan pelabur dan pelancong asing akan berkurangan. Selain itu, hubungan dari aspek gramatikal juga terdapat dalam ayat di atas. Hal ini dibuktikan dengan kehadiran kata penghubung malah dan atau di dalam ayat. Penggunaan kata malah dan atau ini bukan sahaja menjadikan petikan ini lebih menarik malahan ia turut digunakan untuk menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dan masih mempunyai kesatuan dan perkaitan iaitu memberi gambaran ekoran daripada peningkatan kadar jenayah dan kesan-kesannya. 6.1.5 KESALAHAN Penggunaan ia pada ayat ia bukan saja menimbulkan keresahan kepada rakyat, malah menjejaskan kemasukan pelabur atau pelancong asing merupakan kesalahan kata ganti diri yang dilakukan oleh pengarang. Hal ini kerana ia adalah kata ganti diri dia yang merujuk kepada manusia. Dalam hukum tatabahasa, ia tidak membawa sebarang makna kepada sesuatu ayat.

21

6.2 CONTOH KEDUA Ini adalah keputusan dan sasaran yang objektif kerana kegiatan jenayah bukanlah sesuatu yang mudah

diselesaikan. Ia adalah penyakit sosial di seluruh dunia yang sukar dihapuskan.

6.2.1 CIRI-CIRI WACANA

Petikan di atas menunjukkan ciri wacana yang ditonjolkan ialah mempunyai koheren, bermaklumat dan berdasarkan hubungan penulis dengan pembaca. Bagi ciri wacana mempunyai koheren, ayat di atas mempunyai pertautan isi dengan isi apabila isi pertama menyatakan tentang kegiatan jenayah bukanlah sesuatu yang mudah diselesaikan, manakala isi kedua menyatakan sebabnya iaitu jenayah adalah penyakit sosial.

Selain itu, ciri wacana bermaklumat terdapat dalam petikan ini kerana terdapat maklumat baharu pada isi kedua. Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan hubungan penulis dengan pembaca.

6.2.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

Berdasarkan petikan ini penanda wacana yang didapati ialah penanda wacana kausal iaitu kerana yang membawa maksud melanjutkan gagasan atau ayat yang ingin dikemukakan. Contoh ayat yang terdapat dalam petikan di atas ialah, Ini adalah
22

keputusan dan sasaran yang objektif kerana kegiatan jenayah bukanlah sesuatu yang mudah diselesaikan. Perkataan kerana dalam ayat ini menunjukkan sebab dan telah berfungsi sebagai penyambung kepada ayat yang pertama tetapi secara tidak langsung telah melanjutkan ayat yang pertama.

6.2.3 JENIS WACANA

Jenis wacana dalam petikan ini ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk eksposisi. Hal ini keran jika dilihat ayat di atas, jelas menunjukkan pengarang telah menerangkan ayat tersebut dengan menyatakan sebab mengapa kegiatan jenayah sukar dihapuskan. Ini secara tidak langsung menjelaskan kepada pembaca tanpa perlu berfikir untuk mendapatkan sebab permaslahan ini masih berterusan.

6.2.4 KEUTUHAN WACANA

Dalam ayat ini, keutuhan wacana dapat dikesan melalui hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan memperkuatkan isi yang bertujuan untuk memberi

kesinambungan dan pertautan idea antara ayat pertama yang menyatakan kegiatan jenayah tidak mudah diselesaikan dan ayat kedua memperkuatkan isinya dengan menyatakan sebab.

6.2.5 KESALAHAN Petikan ini juga mempunyai kesalahan penggunaan kata ganti diri melalui penggunaan ia dalam ayat ia adalah penyakit sosial di seluruh dunia yang sukar dihapuskan. Hal ini kerana ia merupakan kata ganti diri dia yang merujuk kepada manusia. Dalam hukum tatabahasa, ia tidak membawa makna dalam ayat dan sepatutnya perkataan ia digantikan dengan perkataan kegiatan jenayah.

23

6.3 CONTOH KETIGA Sehingga ke hari ini,kes jenayah jalanan seperti ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku terus berlaku. Fenomena ini tidak ada penyelesaiannya.

6.3.1 CIRI-CIRI WACANA Ciri-ciri wacana yang terdapat dalam ayat di atas ialah mempunyai koheren. Kenyataan ini dibuktikan melalui contoh yang diberikan yang mempunyai pertautan dengan kes jenayah jalanan iaitu ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku. Selain itu, ayat ini juga mempunyai ciri wacana yang menekan aspek diterima khalayak iaitu melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca seperti perkataan ragut, fenomena dan sebagainya. 6.3.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA Berdasarkan petikan di atas, terdapat tiga penanda wacana iaitu sehingga ke hari ini, seperti serta dan. Sehingga ke hari ini merupakan jenis penanda wacana, penanda kronologi yang berkaitan dengan tempoh atau waktu. Manakala penanda wacana seperti merupakan penanda wacana contoh yang digunakan untuk memberikan contoh kepada pernyataan ayat sebelumnya. Sementara itu, dan pula merupakan penanda wacana jenis penambahan. Pengarang menggunakan penanda wacana sehingga ke hari ini pada permulaan ayat untuk memberi gambaran kepada pembaca bahawa kes jenayah jalanan telah lama berlaku dan masih lagi berlaku sehingga sekarang.
24

Penggunaan penanda

wacana seperti digunakan memperkuatkan lagi isi kes jenayah jalanan dengan menyediakan contoh yang mempunyai kaitan iaitu ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku. Seterusnya, pengarang menggunakan penanda wacana dan yang menjadi penghubung untuk menambahkan maklumat baharu yang berkaitan iaitu pecah rumah dan seluk saku. Kedua-dua maklumat ini mempunyai kaitan kerana kedua-duanya

merupakan antara contoh jenis jenayah jalanan. 6.3.3 JENIS WACANA Jenis wacana untuk ayat di atas ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk eksposisi iaitu pengarang telah memberikan penjelasan yang kukuh dengan memberikan contoh seperti ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku kepada kes jenayah jalanan tanpa mempengaruhi para pembaca. 6.3.4 KEUTUHAN WACANA Petikan di atas dianggap wacana kerana dapat dilihat dengan jelas mempunyai hubungan dari aspek leksikal iaitu kolokasi. Kolokasi ialah hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu susunan maka contoh kes jenayah jalanan yang telah dinyatakan di atas menunjukkan ragut, samun, pecah rumah dan seluk saku bersesuaian dengan hubungan jenis ini. Selain itu pula, hubungan dari aspek gramatikal yang terdapat dalam ayat juga adalah kata penghubung contohnya sehingga ke hari ini, seperti serta dan. Kata ini digunakan untuk menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain. Penanda gramatikal ini juga dikenali sebagai penanda wacana yang menunjukkan keutuhan wacana itu sendiri.

25

6.4 CONTOH KEEMPAT Penjenayah jalanan semakin berani sehingga ada yang sanggup mencederakan mangsa, malah menyebabkan maut.

6.4.1 CIRI-CIRI WACANA Salah satu ciri wacana yang terdapat dalam ayat di atas ialah mempunyai koheren yang memberi kesinambungan dan pertautan idea. Kenyataan ini dibuktikan melalui pertautan isi pertama yang menyatakan penjenayah jalanan semakin berani mencederakan mangsa, isi kedua pula telah memberi kesinambungan kepada isi pertama iaitu dengan menyatakan penjenayah jalanan juga berani bertindak sehingga menyebabkan maut. Selain itu, ayat ini juga mempunyai ciri wacana yang diterima khalayak. Hal ini kerana penggunaaan bahasa yang mudah difahami melalu istilah-istilah yang biasa digunakan oleh orang ramai.

6.4.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA Berdasarkan ayat di atas, penanda wacana yang boleh didapati ialah penanda wacana malah. Penanda wacana malah ialah jenis penanda idea bagi pengembangan ayat. Penggunaan malah untuk ayat di atas adalah untuk mengembangkan lagi isi pertama iaitu penjenayah jalanan semakin berani untuk mencederakan mangsa dan
26

penggunaan malah menyambungkan ayat seterusnya iaitu mereka juga bertindak sehingga menyebabkan maut.

6.4.3 JENIS WACANA Jenis wacana dalam ayat ini ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk eksposisi. Hal ini kerana pengarang telah menjelaskan kepada pembaca tahap

tindakan penjenayah jalanan terhadap mangsanya iaitu mencederakan dan ada yang menyebabkan maut. Penjelasan ini juga telah menambahkan pengetahuan para

pembaca tentang keadaaan semasa tentang penjenayah jalanan ini.

6.4.4 KEUTUHAN WACANA Keutuhan wacana yang terdapat dalam ayat ini ialah hubungan dari aspek semantik iaitu hubungan memperkuatkan isi. Hal ini kerana pengarang bukan sahaja

menjelaskan tentang tindakan penjenayah jalanan yang sanggup mencederakan mangsanya, malah pengarang telah memperkuat isinya dengan menyatakan

penjenayah jalanan juga sudah berani bertindak sehingga menyebabkan mangsanya maut.

Selain itu, keutuhan wacana seterusnya ialah hubungan dari aspek gramatikal juga terdapat dalam ayat ini melalui penggunaan kata hubung malah. Penggunaan kata penghubung malah telah mengembangkan ayat ini iaitu bukan mencederakan mangsa sahaja yang dilakukan oleh penjenayah jalanan, malah ada yang sudah berani menyebabkan mangsanya maut.

27

6.5 CONTOH KELIMA

Setakat ini, sudah banyak diperkatakan mengenai usaha membendung jenayah, tetapi kes jenayah terus juga meningkat. Ia tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan. Ini disebabkan mangsa jenayah sendiri tidak yakin dengan keberkesanan pihak berkuasa membanteras jenayah atau menahan mereka yang terbabit dalam pelbagai bentuk perlakuan jenayah.

6.5.1 CIRI-CIRI WACANA

Terdapat beberapa ciri-ciri wacana antaranya ialah mempunyai koheren yang mempertaut ayat Setakat ini, sudah banyak diperkatakan mengenai usaha

membendung jenayah, tetapi kes jenayah terus juga meningkat. Ia tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan dengan ayat Ini disebabkan mangsa jenayah sendiri tidak yakin dengan keberkesanan pihak berkuasa membanteras jenayah atau menahan mereka yang terbabit dalam pelbagai bentuk perlakuan jenayah. Ayat pertama menyatakan bahawa kadar jenayah makin meningkat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, manakala ayat kedua telah memberi kesinambungan dengan menyatakan faktor terjadinya peningkatan tersebut.

Selain itu, ciri wacana bermaklumat juga terdapat dalam petikan ini iaitu ayat pertama hanya menyatakan tentang kadar jenayah yang semakin meningkat walaupun
28

pelbagai usaha telah dilakukan, manakala ayat kedua telah memberi informasi baharu dengan menyatakan faktor terjadinya peningkatan tersebut.

Salah satu ciri wacana yang boleh didapati iaitu diterima khalayak dengan menggunakan taraf bahasa yang boleh difahami oleh pembaca seperti penggunaan perkataan yang biasa digunakan sebagai contoh jenayah.

6.5.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

Berdasarkan petikan di atas, terdapat penanda wacana yang digunakan untuk mewujudkan kesinambungan dalam ayat iaitu setakat ini, tetapi dan atau. Penanda wacana setakat ini merupakan penanda kronologi, penanda wacana tetapi pula merupakan penanda idea jenis pertentangan manakala atau merupakan penanda wacana tambahan. Pengarang menggunakan penanda wacana setakat ini untuk

menjelaskan kepada pembaca pada hari pertama kejadian kes jenayah jalanan direkodkan sehingga ke hari pengarang menulis rencana, usaha mengenai

membanteras jenayah sudah banyak kali diperkatakan.

Manakala

penanda

wacana

tetapi

pula

berfungsi

untuk

menunjukkan

pertentangan terhadap ayat pertama iaitu sudah banyak diperkatakan mengenai usaha membendung jenayah, tetapi kes jenayah terus jua meningkat . Secara logiknya,

sekiranya pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung jenayah, hasilnya pasti kes jenayah akan semakin menurun namun untuk ayat ini, impak yang terhasil ialah impak yang sebaliknya. Oleh itu, penanda wacana tetapi digunakan untuk

menunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan, namun kadar kes jenayah semakin meningkat merupakan implikasi yang bertentangan dengan logik akal manusia.

Akhir sekali, pengarang menggunakan penanda wacana atau sebagai tambahan informasi baharu iaitu masyarakat sendiri yang tidak menahan penjenayah yang menjadi faktor mengapa kes jenayah semakin meningkat walaupun pelbagai usaha

29

dilakukan selain daripada faktor mangsa sendiri yang tidak yakin dengan keberkesanan pihak berkuasa membenteras jenayah.

6.5.3 JENIS WACANA

Jenis wacana dalam petikan di atas ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk persuasi yang bertujuan untuk meyakinkan, mengajak, atau membangkitkan suatu tindakan dengan mengemukakan alasan-alasan yang kadang-kadang agak emosional. Dalam petikan ini pengarang menggunakan alasan-alasan emosional iaitu mangsa jenayah sendiri tidak yakin dengan keberkesanan pihak berkuasa serta masyarakat yang tidak menahan mereka yang melakukan jenayah. Kenyataan ini

mampu membangkitkan tindakan para pembaca sama ada menafikan kenyataan ini dengan mengambil tindakan yang mampu mengubah persepsi pengarang terhadap peranan masyarakat untuk membanteras jenayah atau sebaliknya.

6.5.4 KEUTUHAN WACANA

Dalam petikan di atas, terdapat dua keutuhan wacana yang dikesan iaitu hubungan sesebuah wacana dari aspek leksikal dan juga hubungan wacana dari apek gramatikal.

Bagi hubungan dari aspek leksikal yang menjurus kepada hubungan pengulangan, perkataan yang diulang ialah perkataan jenayah. Ayat yang

mengandungi perkataan jenayah ialah Setakat ini, sudah banyak diperkatakan mengenai usaha membendung jenayah, tetapi kes jenayah terus juga meningkat. Ia tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan. Ini disebabkan mangsa jenayah sendiri tidak
30

yakin dengan keberkesanan pihak berkuasamembanteras jenayah atau menahan mereka yang terbabit dalam pelbagai bentuk perlakuan jenayah. pengulangan perkataan kes juga terdapat dalam ayat tersebut. Selain itu,

Manakala, hubungan dari aspek gramatikal pula dilihat melalui kata penghubung iaitu tetapi dan atau. Penggunaan kata penghubung tetapi untuk menghubungkan frasa setakat ini, sudah banyak banyak diperkatakan mengenai usaha membendung jenayah dengan kes jenayah terus juga meningkat. Manakala, kata

hubung atau digunakan untuk menghubungkan faktor-faktor kadar jenayah tidak menurun walaupun pelbagai usaha dilakukan.

6.5.5 KESALAHAN

Petikan ini juga mempunyai kesalahan penggunaan kata ganti diri melalui penggunaan ia dalam ayat ia tidak termasuk kes yang dilaporkan. Hal ini kerana ia merupakan kata ganti diri dia yang merujuk kepada manusia. membawa makna dalam ayat. Dalam hukum tatabahasa, ia tidak

31

6.6 CONTOH KEENAM Usaha membanteras jenayah bukanlah sesuatu yang mudah seperti ditonton melalui wayang atau drama, ia memerlukan pendekatan komprehensif dan komitmen semua pihak.

6.6.1 CIRI-CIRI WACANA

Ciri wacana yang didapati dalam ayat ini ialah mempunyai koheren. Hal ini kerana pertautan idea dan kesinambungan ayat dapat dilihat apabila isi pertama menjelaskan usaha membanteras jenayah bukanlah mudah dan isi seterusnya pula menyatakan cadangan yang boleh dilakukan sebagai usaha membanteras jenayah.

Selain itu, ayat di atas juga mempunyai ciri wacana bermaklumat dengan memberikan informasi baharu tentang cadangan yang boleh dilakukan untuk membanteras jenayah iaitu melalui pendekatan komprehensif dan komitmen semua pihak. Malah, dalam ayat ini ciri wacana mesti mempunyai unsur susun atur dikesan apabila memberi keutamaan kepada ayat penyata usaha membanteras jenayah bukanlah mudah dan seterusnya memberikan cadangan yang boleh dilakukan.

6.6.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

32

Dalam ayat ini, penanda wacana yang didapati ialah seperti yang merupakan penanda wacana contoh serta atau yang merupakan jenis penanda tambahan. Penggunaan penanda wacana seperti untuk ayat ini untuk memperjelas kepada pembaca iaitu usaha untuk membanteras kegiatan jenayah bukanlah mudah sebagaimana kita menonton wayang atau pun drama. Manakala, penggunaan penanda wacana atau adalah untuk menambah contoh kepada usaha membenteras kegiatan jenayah bukanlah mudah sepertimana kita menonton wayang atau drama.

6.6.3 JENIS WACANA

Jenis wacana dalam ayat ini ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk persuasi. Hal ini kerana pengarang memberikan cadangan yang menarik perhatian pembaca iaitu melalui pendekatan komitmen semua pihak untuk membanteras kegiatan jenayah. Pernyataan ini sekaligus menyebabkan pembaca mungkin akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membanteras jenayah.

6.6.4 KEUTUHAN WACANA

Hubungan dari aspek semantik yang menjurus kepada hubungan syarat dan hasil berperanan sebagai keutuhan wacana untuk ayat ini. Kenyataan ini dibuktikan melalui penggunaan ayat yang bermaksud pendekatan komprehensif dan komitmen semua pihak diperlukan sebagai syarat untuk membanteras kegiatan jenayah. daripada syarat ini ialah kegiatan jenayah dapat dibanteras. Selain itu, hubungan dari aspek gramatikal juga boleh didapati melalui penggunaan kata penghubung atau yang bertujuan untuk menambah contoh lain usaha membanteras jenayah tidak semudah di dalam wayang. 6.6.5 KESALAHAN Penggunaan ia pada ayat ia memerlukan pendekatan komprehensif dan komitmen semua pihak. Hal ini kerana ia adalah kata ganti diri dia yang merujuk kepada manusia. Dalam hukum tatabahasa, ia tidak membawa sebarang makna kepada sesuatu ayat.
33

Maka hasil

6.7 CONTOH KETUJUH Selain mengenal pasti punca sebenar masalah itu, penggunaan teknologi juga memainkan peranan yang besar seperti memasang kamera CCTV di tempat yang berpotensi berlaku kegiatan jenayah. Pemasangan 900 kamera CCTV di kawasan sering berlaku jenayah, mungkin boleh membantu polis menyelesaikan masalah jenayah dengan cepat. Ia bukan sahaja memudahkan polis bertindak, tetapi lebih penting mencegah niat sesorang untuk melakukan kegiatan jenayah.

6.7.1 CIRI-CIRI WACANA

Terdapat beberapa ciri-ciri wacana dalam petikan di atas antaranya ialah mempunyai koheren yang mempertautkan ayat pertama dengan ayat kedua dan ayat kedua dengan ayat ketiga. Bagi ayat pertama dan ayat kedua pertautan kedua-dua ayat ini dilihat apabila terdapat cadangan untuk memasang kamera CCTV di kawasan yang berisiko dan ditautkan dengan impak yang akan terhasil melalui pemasangan CCTV. Manakala pertautan antara ayat kedua dengan ayat ketiga ialah kedua-dua ayat ini masih memperkatakan tentang implikasi pemasangan kamera CCTV.

34

Selain itu, ciri-ciri wacana bermaklumat juga terdapat dalam petikan ini iaitu setiap ayat dalam petikan ini memberikan maklumat yang baharu kepada pembaca seperti cadangan memasang CCTV untuk mengurangkan kadar jenayah untuk ayat pertama, implikasi yang terhasil melalui pemasangan CCTV untuk ayat kedua dan implikasi yang berlainan untuk ayat ketiga.

6.7.2 JENIS-JENIS PENANDA WACANA

Terdapat beberapa penanda wacana dalam petikan di atas, antaranya ialah selain mengenal pasti punca sebenar masalah itu, seperti dan tetapi. Hal ini

menunjukkan petikan ini sebuah wacana kerana mempunyai kesinambungan antara ayat pertama dengan ayat seterusnya. mengenal pasti punca masalah Jenis penanda wacana untuk selain itu ialah penanda idea iaitu

sebenar

pengembangan, seperti pula ialah penanda wacana contoh dan tetapi pula ialah penanda wacana jenis pertentangan.

Pengarang menggunakan penanda wacana selain mengenal pasti punca sebenar masalah itu pada permulaan ayat untuk memberi kesinambungan terhadap maklumat yang diberikan pada perenggan sebelum petikan ini dan ayat seterusnya memberi maklumat baharu kepada pembaca dengan memberi cadangan lain iaitu melalui penggunaan teknologi untuk membanteras jenayah.

Pengarang juga menggunakan penanda wacana seperti untuk memberi gambaran lebih jelas tentang penggunaan teknologi yang mampu membanteras jenayah di tempat yang berisiko tinggi dengan memberikan contoh melalui pemasangan kamera cctv.

35

Penggunaan penanda wacana tetapi dalam ayat di atas untuk memberi pertentangan maklumat iaitu maklumat pertama mengatakan bahawa penggunaan teknologi bukan sahaja memudahkan polis untuk bertindak cepat. Manakala maklumat kedua pula memberi maklumat yang bertentangan dengan memudahkan polis bertindak iaitu ia lebih kepada untuk membantutkan niat penjenayah untuk melakukan jenayah. Maka untuk memberi kesinambungan kepada maklumat pertama dan maklumat kedua,penanda wacana tetapi digunakan.

6.7.3 JENIS WACANA

Jenis wacana untuk petikan ini ialah wacana tulisan yang dikategorikan dalam bentuk argumentasi. Hal ini dapat dilihat melalui pernyataan pemasangan kamera CCTV di kawasan berisiko akan membantu pihak polis dan membantutkan niat penjenayah untuk melakukan jenayah. Alasan-alasan ini telah menyakinkan pembaca untuk membenarkan pernyataan pengarang terhadap implikasi yang akan terhasil.

6.3.4 KEUTUHAN WACANA

Petikan di atas mempunyai hubungan dari aspek leksikal yang dapat diperincikan sebagai hubungan sinonim atau ekuivalensi leksikal. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan kehadiran perkataan memasang dan pemasangan. Keduadua perkataan ini datang dari satu satu kata akar yang sama iaitu pasang yang ditambah dengan imbuhan meN.. dan pe...an. Dalam ayat ini, memasang camera dan pemasangan yang dilakukan membawa satu makna yang berkait antara satu sama lain, ini secara tidak langsung telah menekankan aspek tersebut iaitu sinonim.

Selain aspek leksikal, hubungan dari aspek semantik juga terdapat dua hubungan dalam petikan ini iaitu hubungan sebab dan akibat serta hubungan memperkuatkan isi. Bagi hubungan sebab dan akibat, ayat yang menunjukkan sebab
36

ialah ayat yang menyatakan tentang cara untuk mengatasi masalah peningkatan kadar jenayah iaitu melalui pemasangan kamera CCTV di kawasan yang berisiko. Manakala ayat yang menunjukkan akibat hasil daripada pemasangan kamera CCTV ialah pihak polis lebih mudah untuk bertindak malah mampu mencegah niat seseorang penjenayah. Secara ringkasnya ialah disebabkan pemasangan kamera CCTV di

kawasan yang berisiko telah mengakibatkan penurunan kadar jenayah jalanan.

Bagi hubungan memperkuatkan isi pula dapat dilihat melalui ayat Ia bukan sahaja memudahkan polis bertindak, tetapi lebih penting mencegah niat seseorang untuk melakukan kegiatan jenayah. Ini jelas menunjukkan bahawa frasa kedua dalam ayat ini iaitu lebih penting mencegah niat seseorang untuk melakukan kegiatan jenayah telah memberi lebih penekanan kepada impak positif daripada pemasangan kamera CCTV sekaligus memperkuatkan isi ayat tersebut.

Di samping itu, hubungan dari aspek gramatikal juga terdapat dalam petikan di atas iaitu penggunaan kata penghubung seperti selain itu dan tetapi. Penggunaan kata hubung selain itu telah menghubungkan petikan terdahulu dengan petikan ini iaitu petikan sebelumnya menceritakan tentang langkah mengatasi masalah jalanan dengan mengenal pasti punca sebenar masalah itu. Manakala perenggan ini pula

menceritakan tentang penggunaan teknologi mampu membendung masalah ini. Oleh itu, penggunaan selain itu telah memberi satu kesinambungan dari segi makna yang sama iaitu langkah-langkah mengatasi peningkatan kadar jenayah walaupun daripada perenggan yang berlainan.

Manakala

penggunaan

tetapi

sebagai

kata

hubung

pula

telah

menghubungkan frasa-frasa menjadi satu ayat iaitu frasa pertama menyatakan pemasangan kamera CCTV akan memudahkan pihak polis untuk bertindak dan frasa kedua pula menyatakan tentang pemasangan kamera CCTV akan mencegah niat

37

penjenayah jalanan untuk melakukan jenayah. Penggunaan kata hubung tetapi telah menghubungkan kedua-dua frasa walaupun bertentangan dari segi makna.

6.3.5 KESALAHAN

Pada petikan ini juga, penggunaan ia pada ayat Ia bukan sahaja memudahkan polis bertindak merupakan kesalahan ganti nama diri. Hal ini kerana ia merupakan kata ganti diri dia yang merujuk kepada manusia. Dalam hukum tatabahasa, ia tidak membawa makna dalam ayat. Seharusnya ia digantikan dengan perkataan pemasangan kamera CCTV.

7.0 RUMUSAN
Rumusan yang boleh saya rumuskan selepas menyiapkan tugasan ini ialah wacana merupakan keseluruhan idea berdasarkan ungkapan-ungkapan, ayat, perkataan, gerak laku dalam situasi tertentu yang saling difahami oleh dua orang atau lebih yang sedang berkomunikasi. Sesuatu teks perlu mempunyai kesatuan idea yang menghubung

setiap kata, frasa, klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Oleh itu, penanda wacana digunakan untuk menghubungkan kesatuan-kesatuan ini. Penanda wacana ialah hentian perkataan yang berkesinambungan dalam topik teks ditulis seperti penanda kronologi, penanda organisasi dan penanda idea. Selain itu, ketika menganalisis wacana, ciri-ciri wacana juga perlu diambil kira. Terdapat lima ciri-ciri wacana iaitu mempunyai tujuan, berlandaskan hubungan penutur dengan pendengar, berdasarkan hubungan penutur dengan masyarakat, mengandungi informasi baharu dan mempunyai unsur-unsur susun atur. Keutuhan wacana dianalisis supaya kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Malah melalui analisisnya, kita akan dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Keutuhan wacana dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu keutuhan semantik, keutuhan gramatikal, keutuhan fonologi dan keutuhan leksikal.

38

Terdapat dua kaedah analisis wacana iaitu melalui Kaedah Zelling Harris dan Kaedah A.L Becker. Kaedah Zelling Harris menumpukan analisis kepada unsur

sesuatu teks iaitu morfem, kata dan frasa berdasarkan penyebarannya, sama ada memasuki lingkungan yang sama (identical), serupa (equivalent) atau diulang-ulang. Matlamat analisis ini ialah memberikan gambaran tentang struktur teks atau jenis teks dan peranan tiap-tiap unsur di dalam struktur yang berkenaan. Dengan ini dapat

diterangkan bagaimana sesebuah wacana itu wujud untuk tujuan-tujuan tertentu. Tegasnya tujuan analisis wacana ialah untuk menentukan bagaimana sesuatu wacana atau teks disusun.

Bagi Kaedah A.L Becker pula, kaedah ini digunakan oleh Becker dalam menganalisis karangan yang berbentuk eksposisi. Menurut beliau karangan ini

mempunyai tiga gatra iaitu Topik (T), Restrikal (R) dan Ilustrasi (I) dam hubungan antara gatra dengan ayat-ayat yang disebut tagmen ceraian. Di antara kepentingan wacana dianalisis adalah untuk melihat perkaitan ujaranujaran atau ayat-ayat di dalam satu satuan yang dapat dianggap sebagai wacana dan memahami dengan mendalam sesuatu wacana. Selain itu, kepentingan analisis

wacana adalah untuk menghuraikan atau menjelaskan kekeliruan makna yang timbul, membezakan jenis wacana yang berlainan misalnya bentuk pidato, komen, novel, cerpen, ulasan dan sebagainya, serta untuk memudahkan perlakuan metabahasa seperti mencari inti sari teks, membuat kesimpulan dan menterjemah. Di samping itu, kepentingan analisis wacana adalah untuk memahami hubungan bahasa dengan faktor-faktor di luar bahasa iaitu aspek sosial dan budaya serta memahami hubungan bahasa dalam melaksanakan fungsi-fungsinya yang berbagai-bagai.

39

8.0 REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini yang pertepatan dengan kehendak soalan hendaknya. Secara jujurnya apabila mendapat tugasan ini, saya merasa agak tertekan dengan kehendak soalan yang agak rumit. Hal ini kerana saya sedar bahawa ilmu bahasa Melayu saya terutamanya untuk menganalisis wacana agak cetek.

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya telah mendapat pensyarah yang ternyata pakar dalam bidang ini dan ilmu yang disampaikan oleh beliau boleh dipercayai iaitu Dr. Mashudi bin Bahari. Seperti yang diketahui, dalam tugasan ini para pelajar PPISMP Semester 3 dikehendaki mencari rancana pengarang daripada akhbar berbahasa Melayu arus perdana. Seterusnya menghuraikan ciri-ciri penanda wacana dan jenis wacana serta memberikan alasan tentang keutuhan wacana berpandukan petikan yang sama. Saya menyatakan dengan sejujurnya bahawa pada mulanya saya keliru adakah ciri-ciri sebuah wacana sama isinya dengan ciri-ciri penanda wacana. Hal ini kerana nota yang telah disediakan pensyarah hanya mengandungi isi tentang ciri-ciri sebuah wacana namun pertolongan yang dihulurkan oleh para pensyarah dan rakan-rakan, saya mampu mengatasinya.

40

Selain itu, pelbagai rujukan yang dilakukan iaitu melalui buku-buku ilmiah dan jaringan internet yang membolehkan saya mendapatkan maklumat baharu serta

memahami lebih mendalam mengenai ilmu wacana ini seperti definisi wacana, jenisjenis penanda wacana, jenis-jenis wacana dan keutuhan wacana secara lebih terperinci. Saya juga telah mendapat pelbagai ilmu baharu yang seharusnya dimiliki oleh para guru bahasa Melayu khususnya dalam memantapkan ilmu bahasa dan sekaligus menghayati keindahan bahasa Melayu itu sendiri. Melalui pelbagai rujukan yang telah dilakukan ketika mencari maklumat tentang ilmu wacana, pelbagai kosa kata baharu untuk diri saya telah saya temui dan terus merujuk perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti hiponim, kolokasi, elipis dan sebagainya. Malahan perbincangan dengan rakan-rakan dalam perkongsian idea dan maklumat terutamanya merupakan satu tindakan positif yang mengajar saya erti persahabatan. Di samping itu, kami turut memperlihat draf yang telah kami siapkan di kalangan kami agar memberi lebih kefahaman untuk membuat tugasan ini mengikut kehendak soalan. Sekali lagi saya ingin melahirkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran kepada semua pihak samada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Setelah selesai tugasan ini, barulah saya tahu betapa pentingnya aktiviti perbincangan bersama rakanrakan dan pensyarah selain maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini. Sekian , terima kasih.

41

9.0 RUJUKAN
SUMBER BUKU

Dijk, T. A. (1997). Discourse Studies, 2 Vols. London: Sage Publications. Gee, J. P. (2005). An Introduction to Discourse Analysis : Theory and Method. London: Routledge . Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin. (2002). Bahasa Melayu STPM Kertas 1&2. Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Omar, A. H. (2009). Panduan Wacana Akademik : Teori dan Penerapan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Simin, A. B. (1993). Sintaksis Wcana 'Yang' Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tarigan, H. G. (1987). Pengajaran Wacana. Bandung, Indonesia: Penerbit Angkasa.

42

SUMBER JURNAL

Seng, W. K. (Mei 1992). Sejarah Perkembangan Analisis Wacana. Jurnal Dewan Bahasa , 438.

SUMBER INTERNET

http://mystudentsportal.blogspot.com/2008/06/definisi-wacana-1.html http://www.scribd.com/doc/4849164/KONSEP-WACANA http://www.tutor.com.my/stpm/wacana.htm http://www.scribd.com/doc/14472872/CIRICIRI-WACANA http://groups.google.com/group/bmsmiaag/web/penanda-wacana-dalam-karangan http://mystudentsportal.blogspot.com/2008/06/keutuhan-sebuah-wacana-bagimenentukan.html http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/keutuhan-wacana.html

43

44

También podría gustarte